Mungkin anda sedang tercari-cari produk apa yang hot dan sesuai untuk menambahkan pendapatan anda sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi. Semestinya anda mahu mencari produk yang sesuai untuk dilakukan dalam masa yang singkat ini tetapi mendatangkan keuntungan yang lumayan. Dengan keuntungan yang akan anda dapat itu, anda boleh gunakan untuk menampung perbelanjaan anda untuk berhari raya nanti.
Dalam artikel ini, saya akan menyenaraikan 5 produk hot yang anda boleh jual sepanjang bulan puasa nanti sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Kesemua produk ini tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan modal yang besar kerana ia boleh dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan produk-produk ini selalunya mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pengguna khususnya apabila datangnya musim Hari Raya.
#1 Makanan Berbuka dan Sahur
Menjelangnya bulan ramadhan, kebanyakan orang akan datang mengunjungi bazar ramadan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Bagi yang sudah bekeluarga, mereka akan membawa anak-anak mereka mencari juadah untuk berbuka puasa. Sama juga, kebanyakan daripada mereka yang membeli juadah berbuka puasa ini, mereka akan membeli makanan untuk bersahur juga. Jika anda ingin cuba menjual makanan untuk berbuka dan bersahur ini, pastikan anda memasak dengan sedap supaya mereka yang membeli dari anda akan terus membeli setiap hari kerana mereka berpuas hati dengan masakan yang anda jual itu.
Selain itu, pastikan juga anda menghiasnya supaya nampak cantik dan menyelerakan bila dipandang. Jika makanan itu adalah makanan yang berkuah, pastikan ianya nampak pekat. Sebagai contoh, ayam percik. Anda ratakan kuah yang pekat di atas ayam percik tersebut. Gerenti meleleh bila ditengok. Walau apa jua makanan yang anda jual di bulan ramadhan ini, mesti ramai orang yang akan beli. Sangat rugi jika anda tidak mencuba untuk berniaga di bulan ramadhan ini walaupun anda hanya menjual kuih yang bernilai RM1.
#2 Sampul Duit Raya
Jika sebelum ini, design sampul duit raya yang bergambar duit RM1, RM5, RM10 dan RM50 menjadi rebutan ramai orang. Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Tapi jika ianya masih digunakan untuk hari raya kali ini, mungkin design tersebut akan dianggap sebagai sudah lapuk. Anda perlu dapatkan design yang terbaru yang boleh membuatkan penggunanya nampak lebih bergaya. Pada zaman sekarang ini, kita telah berada di zaman mobile dimana rata-rata yang kita lihat pasti menggunakan telefon bimbit. Tidak kira dimana sahaja, pasti tidak terlepas telefon bimbit mereka dari tangan.
Oleh itu, adalah satu kelebihan untuk anda menjual sampul duit raya yang mempunyai design smartphone seperti iphone, HTC, Blackberry, gameboy dan banyak lagi yang lebih elegan dan ekslusif. Terutama sekali kepada kanak-kanak yang pasti akan teruja apabila mendapat sampul duit itu. Selalunya sampul seperti ini sukar untuk didapati kerana ia hanya boleh disorder secara online. Jadi, tidak salah untuk anda memborongnya di online dan jualkannya kembali di bazar ramadhan nanti. Harga pasaran untuk sepaket sampul duit raya ini boleh mencecah sehingga RM2. Sangat lumayan.
Bersambung dalam artikel akan datang…
*Artikel oleh Amim Najmie, trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam sifu,
di mana saya boleh dapatkan sampul duit raya secara banyak…??? mungkin boleh jual semula untuk jana pendapatan..harap dapat bagi cadangan..terima kasih..
Assalamuaikum, Irfan. Salam Ramadhan dari saya.
Saya masih lagi setia membaca blog ini sejak dari 2006 lagi sehingga ke hari ini. You are an inspiration to me.
-ShueQry-
Assalamualaikum Irfan.
Bulan ramadhan lepas saya telah menjual cookies raya secara online. Alhamdulillah, tak sangka jualan saya mendapat perhatian…
sampul raya biasanya saya buat free gift
kalau customer beli barang
biasanya customer teruja
dengan design sampul raya tersebut
boleh iklankan sekali produk kita
#proedu24
Walaupun dah tahun 2019, info dari tuan Irfan Khairi masih relevan 😉