Ramai yang fikirkan “perlu duit untuk buat duit”. Kita sering fikir…
- Bila tiada duit, susah nak kembangkan perniagaan
- Bila tiada duit, tak boleh nak letak iklan
- Bila tiada duit, sukar untuk bersaing
Sebenarnya, ianya adalah satu mitos bahawa untuk kembangkan perniagaan, anda memerlukan duit yang banyak.
Memanglah, kalau ada banyak duit, lebih mudah untuk kembangkan perniagaan. Tetapi bagaimana pula dengan usahawan kecil-kecilan di mana wang/modal/duit sering menjadi kekangan.
Apa yang anda perlu adalah ILMU…
Berikut adalah 3 strategi online yang tidak memerlukan wang tetapi memerlukan ILMU…
1. SEO (Search Engine Optimization)
Bunyinya agak canggih, tetapi maksudnya adalah cara bagaimana anda boleh bawa laman web anda di hadapan sekali di Google.
Contoh, apabila kita lakukan carian “Halal Gelatine” di Google, kita akan dapat lamanweb yang menjual halal gelatine.
Ini adalah antara pelajar program saya kendalikan! Beliau menggunakan strategi SEO berjaya membawa laman web ke depan enjin pencari dan mendapat pelanggan tempatan dan serata dunia tanpa menggunakan sebarang modal – hanya menggunakan ILMU!
2. Membina jenama!
Lumrah perniagaan pastinya ada pesaingan. Silap-silap, pesaingan yang ramai. Cara untuk menjayakan sesuatu perniagaan sekiranya ramai pesaing dan kurang modal adalah penjenamaan peribadi- atau self branding.
Ianya penting untuk membina jenama walaupun perniagaan kita adalah perniagaan kecil-kecilan oleh kerana membina jenama bererti orang akan ingat pada perniagaan kita.
Membina jenama tidak semestinya memerlukan modal. Jangan di bandingkan jenama Coca-Cola, Air Asia atau Zalora – kesemuanya ini adalah syarikat besar yang mempunyai modal yang banyak.
Tetapi antara cara membina jenama adalah “content marketing”, seperti mana anda melihat influencers-influencers di internet di mana mereka tidak menggunakan modal, tetapi menggunakan daya tarikan personal branding mereka dalam perniagaan. Ini juga memerlukan ILMU!
3. Media Sosial
Zaman ini, media sosial telah menjadi gaya hidup. Dan tentunya media sosial adalah percuma. Ia memainkan peranan yang penting dalam perniagaan dalam membina hubungan antara pelanggan dan perniagaan.
Namun, ramai yang menggunakan media sosial dengan cara yang salah. Cara yang salah ertinya adalah, apabila kita update media sosial, dan akibatnya, tidak ramai yang LIKE atau SHARE atau comment pada posting yang kita lakukan. Yang ada pun mungkin dua tiga orang sahaja.
Bererti tiada “engagement”. Apa yang penting di media sosial adalah “engagement”, iaitu bagaimana mengalakkan orang ramai berinteraksi dengan media sosial sesuatu perniagaan.
Ianya penting untuk menganggap media sosial sebagai media interaksi (sosial) dan bukan media jualan. Tetapi, dalam pada interaksi tersebut, secara ‘lembut’ dapat menjual produk dan perkhidmatan kita. Itulah ILMU yang perlu di cari!
Dalam perniagaan, anda boleh laburkan wang dan kos untuk iklan berbayar. Tetapi, satu lagi pilihan sekiranya anda tidak dapat laburkan wang dan kos untuk iklan, anda perlu laburkan masa untuk mencari ILMU.
Apa kata laburkan masa anda berjumpa dengan saya di sesi preview Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021