Sejak pertengahan tahun ini, sering saya lihat peniaga-peniaga terpaksa tutup kedai. Bukan sahaja perniagaan kecil-kecilan, tetapi juga perniagaan yang telah bertapak beberapa tahun juga mendapai sukarnya dunia perniagaan kini. Apabila bertanya, ramai pemilik kedai berkeluh tentang keadaan ekonomi dan juga GST yang dikenakan telah menyukarkan perniagaan.
Dalam keadaan ekonomi kini, pengguna pula semakin berjaga-jaga dengan perbelanjaan. Kuasa pembeli semakin kurang oleh kerana barangan semakin mahal. Tidak kira peniaga atau pengguna, kedua-duanya akan terasa kesan ekonomi kini.
3 pesanan kepada peniaga dan usahawan kini…
1. Work hard and fast
Dalam keadaan ekonomi kini, tidak mampu lagi untuk bergerak perlahan. Perlu bergerak pantas. Tiada lagi istilah “Work smart not hard” oleh kerana dalam kejayaan, pastinya usaha yang keras diperlukan.
Saya yakin ramai yang berusaha keras untuk perniagaan untuk mendapatkan prospek, dan cuba mengubahkan prospek menjadi pembeli. Tetapi, adakah berusaha dengan pantas? Ertinya, kalau dulu mungkin mencari 3-4 prospek sehari. Tetapi kini tidak lagi, perlu lebih pantas mencari 6-7 prospek sehari.
Pantas juga pada mempelajari ilmu-ilmu baru. Ilmu yang sedia ada tidak mencukupi. Ilmu yang diamalkan selama ini, akan membawa kita ke tahap ini sahaja. Tetapi ilmu dan strategi perniagaan baru yang diamalkan dengan pantas pastinya akan membawa perniagaan kita ke hadapan lagi.
Miliki ilmu sahaja tidak berguna sekiranya tidak mengamalkan ilmu tersebut. Fikirkan ilmu-ilmu perniagaan yang telah kita pelajari. Adakah kita mengamalkannya? Ataupun memberi alasan “sibuk” dan “tidak cukup masa?”
2. Engage with your customers
Kini, dengan pilihan yang pelbagai, usahawan perlu lebih berinteraksi dan engage bersama prospek dan pelanggan. Dulu-dulu, iklan sehala seperti di TV, radio, akhbar, brochure sudah memadai untuk mendapatkan pelanggan. Namun kini tidak lagi.
Di zaman teknologi dan informasi kini, usahawan perlu lebih berinteraksi dengan pelanggan dan bina hubungan bersama pelanggan. Membina jenama kini adalah dengan menzahirkan hubungan antara perniagaan dan pelanggan.
Tidak kira berapa ramai followers di Facebook atau Instagram anda miliki, sekiranya tiada engagement atau interaksi, maka tidak berguna juga. Kini, anda perlu lebih banyak memberi sebelum anda menerima. Beri bantuan, beri content, beri maklumat sebelum anda terima wang dari pelanggan.
Tanya pada diri sendiri, adakah anda membantu prospek anda SEBELUM anda menjual produk dan perkhidmatan anda? Sekiranya anda hanya cuba menjual tanpa membantu, disitulah silapnya. Kini, teknik hard selling sudah tidak menjadi. Fikirkan soft selling.
3. Never give up!
Dalam keadaan kesukaran perniagaan, pastinya terdetik untuk putus asa. Sekiranya putus asa, maka sama sahaja senasib perniagaan kita dan perniagaan lain yang terpaksa tutup dan gulung tikar.
Putus asa dibolehkan sekiranya benar-benar tiada jalan lain dan anda sudah berusaha sedaya upaya. Yang sedihnya, apabila mendapat keluhan usahawan mereka ingin putus asa, saya lihat terlalu banyak lagi perkara yang mereka tidak lakukan dalam perniagaan.
Tidak berusaha sepenuhnya dan memberi pelbagai alasan seperti tidak cukup masa, tidak tahu cara, sibuk dengan perkara lain, tiada modal, pesaing cuba jatuhkan dan seribu satu lagi alasan. Zaman ekonomi yang menganggu keusahawanan kini, alasan sudah tidak boleh lagi diberi kerana alasan akan membawa kemusnahan. Tidak kira apa pun alasan, cari penyelesaiannya dan lakukan dengan bersungguh dan pantas.
Dalam perniagaan saya juga sejak GST, sememangnya jatuh jualan sebanyak 10-20%. Tetapi bagaimana caranya untuk tingkatkan semula?
Jawapannya adalah saya perlu lebih berusaha dan produktiviti syarikat perlu meningkat 20% lagi untuk tingkatkan jualan semula! Tiada alasan oleh kerana tanggungjawab kita sebagai usahawan adalah untuk mencari penyelesaian…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021