bina jenama

3 Langkah PENTING untuk membina jenama…

Setiap kali saya ke luar negara, saya akan memilih rangkaian hotel kegemaran saya “Starwoods” yang merupakan antara jaringan hotel terbesar di dunia untuk penginapan.

Mengapa?

Kerana percaya dan yakin jaringan hotel ini memuaskan hati dan keperluan saya berdasarkan pengalaman travelling ke seluruh negara dan menginap di jaringan hotel yang sama.

Adakah bererti jaringan hotel yang lain tidak bagus? Sama sekali bukan. Saya pasti hotel-hotel lain pun bagus juga. Adakah saya telah mencuba semua jenis hotel dan akhirnya memilih jaringan “Starwood”? Pastinya saya tidak pernah mencuba smeua hotel.

Hanya dengan sekali melalui pengalaman bersama jaringan hotel Starwood, membuatkan setiap kali travel, akan booking hotel Starwood!

Ini menunjukkan kekuatan penjenamaan.

  • Walaupun banyak pesaing, kita akan memilih satu jenama
  • Walaupun kita tidak pernah cuba yang lain, kita tetap memilih satu jenama
  • Walaupun mungkin lebih mahal, kita tetap memilih jenama tersebut

3langkah 

Untuk membina jenama yang hebat, 3 perkara ini amat diperlukan:

Brand promise (Janji jenama)

Merujuk kepada apa yang dijanjikan oleh sesuatu jenama- apa yang akan diberikan melalui iklan-iklan atau mesej yang disampaikan. Pembeli dan pengguna akan tertarik dengan janji pengiklanan yang diberikan, oleh itu, jangan sia-siakan janji tersebut. Janji tersebut akan menarik lebih ramai pengguna kepada jenama anda.

Brand Experience (Pengalaman jenama)

Menjanjikan sesuatu yang hebat tetapi, tidak memberi pengalaman yang dijanjikan akan merosakkan jenama. Tepati janji yang telah diberikan melalui iklan-iklan. Sebagai tambahan, beri lebih dari apa yang dijanjikan untuk memberi kesan dan impak lebih mendalam kepada pengguna.

Menjanjikan sesuatu tetapi tidak penuhi, akan memusnahkan jenama. Menjanjikan sesuatu dan memenuhinya, akan memberi kepuasan kepada pengguna.

Tetapi, menjanjikan sesuatu dan memberi lebih daripada apa yang disangkakan, akan menjadikan pengguna sebagai pengguna yang paling setia! Lakukan yang ini!

Brand Relationship (Hubungan jenama)

Terlalu banyak pesaing hari ini yang memberi ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang sama. Walaupun pembeli telah membeli dari kita, tidak bermakna mereka akan setia dengan jenama kita.

Di sinilah hubungan antara jenama dan pengguna adalah amat penting. Bina hubungan jangka masa panjang bersama pengguna dan pelanggan. Sering mengingatkan mereka dan beri manfaat kepada mereka supaya jenama anda sentiasa difikirkan dan menjadi pilihan mereka untuk masa yang akan datang!

Membina jenama perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Ia melibatkan langkah-langkah tertentu untuk membina jenama yang hebat. Namun, langkah-langkah ini adalah amat penting untuk keuntungan perniagaan jangkamasa panjang lebih-lebih lagi, dalam keadaan pembeli yang semakin bijak dan pilihan pesaingan yang semakin banyak, serta masa yang semakin suntuk.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “3 Langkah PENTING untuk membina jenama…

  1. Alhamdulillah… Terima kasih atas perkongsian sifu IK… Memang benar jika dalam Bisnes mestilah jujur dalam apa jua keadaan. Seperti pengalaman saya sebagai seorang pelanggan, saya akan lari kedai lain dan tidak akan datang ke kedai itu jika saya merasai servis yang mereka menipu… Mengambil kesempatan atas kekurangan kita bagi mendapatkan keuntungan lebih tetapi tidak KEKAL LAMA.. InsyaAllah akan saya jauhinya dari Bisnes saya http://www.RahsiaBajuKurung.com

  2. Alhamdulillah… Terima kasih atas perkongsian sifu IK… Memang benar jika dalam Bisnes mestilah jujur dalam apa jua keadaan. Seperti pengalaman saya sebagai seorang pelanggan, saya akan lari kedai lain dan tidak akan datang ke kedai itu jika saya merasai servis yang mereka menipu… Mengambil kesempatan atas kekurangan kita bagi mendapatkan keuntungan lebih tetapi tidak KEKAL LAMA..

Leave a Reply

Your email address will not be published.