Biasanya lepas menghadiri seminar, atau lepas baca buku, atau lepas bersembang bisnes dengan kawan-kawan, berbagai-bagai idea datang. Bukannya apa, sebagai usahawan yang mempunyai mindset usahawan, macam-macam idea datang dalam kepala. Tetapi, masalahnya, bila banyak sangat idea, sampai satu pun tak buat!
Bukan saya nak mengata anda. Tetapi, saya pun sama juga. Adakalanya hangat-hangat tahi ayam orang kata. Mula-mula bersemangat habis, tapi, selang beberapa hari, minggu, adakalanya cecah berbulan, hilang semangat tu entah ke mana.
Silap-silap, idea lain pulak yang datang dan idea baru tu pula yang cuba diusahakan dan sekali lagi berulang kisah diatas, satu pun tak menjadi sebab berhenti ditengah jalan.
Bagaimana hendak mendapat motivasi? bagaimana hendak dapat momentum? Bagaimana tidak mahu hilang semangat?
1. Amalkan ilmu yang anda dapat setiap hari selama sebulan…
dan jangan tinggalkan sehari pun tanpa melakukannya. Apa yang anda akan capai adalah, dengan memaksa diri melakukan sesuatu itu setiap hari, anda sedang menanam tabiat untuk berubah kearah itu.
Sebagai contoh, sekiranya ingin memulakan perniagaan, jangan biarkan satu hari berlepas tanpa melakukan sesuatu yang berkenaan dengan perniagaan anda, walaupun sikit. Dalam masa sebulan, anda akan mendapat tabiat baru, iaitu tabiat menjalankan perniagaan.
2. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan ringan terlebih dahulu…
Jangan mulakan dengan sesuatu yang sukar dan complex sehingga diri sendiri terasa beban untuk meneruskan. Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Antara sebab kita putus asa dan hilang momentum adalah tidak mampu melakukan sesuatu yang sukar, besar atau yang belum diri kita bersedia lagi. Dengan bermula sedikit, kecil dan perlahan, apa yang dilakukan adalah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang ingin dilakukan- tidak lah terkejut beruk!
Proses bermula dengan sesuatu yang mudah dan ringan akan memberi kita motivasi apabila mencapai matlamat yang lebih kecil, di samping mengajar kita ilmu-ilmu baru secara perlahan-lahan untuk melakukan yang lebih sukar.
3. Jangan henti mencari ilmu dan berbincang mengenai perniagaan…
dengan mereka yang berpengalaman. Ini kerana dengan terus menerus mencari ilmu dan berbincang perihal niaga, ia sentiasa akan memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan momentum anda.
Dalam waktu yang sama, cuba juga jauhkan diri dari perkara-perkara negatif berkaitan dengan perniagaan, seperti berbual dengan mereka yang berfikiran negatif, membaca berita-berita negatif, tak lupa juga berfikir negatif mengenai usaha yang ingin dilakukan oleh kerana fikiran negatif adalah musuh utama dalam menghentikan usaha kita.
Memang lumrah bila kita berusaha, kita terasa untuk berhenti ditengah jalan. Untuk mencapai kejayaan perniagaan, pastinya istiqamah itu penting supaya usaha yang dilakukan berpanjangan dan sentiasa diberkati selamanya.
Pengambilan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula dalam masa terdekat sahaja lagi. Sekiranya anda belum daftar, sertai pengambilan terbaru ini yang akan bermula tidak lama lagi.
Hanya beberapa tempat sahaja tinggal. Klik di sini untuk maklumat lanjut, atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan. Program keusahawanan Internet pilihan #1!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Ilmu datang terlalu banyak… Tetapi terlalu banyak ilmu tanpa tindakan tidak akan menjadi apa-apa perubahan/result… Oleh itu bertindak dan istiqamah dalam melaksanakan ilmu itu