Membina jenama adalah amat penting di zaman ini yang terlalu banyak persaingan perniagaan. Sehari kita terdedah kepada lebih 2,000 iklan-iklan perniagaan. Tanpa membina jenama, pastinya perniagaan kita akan tenggelam!
Membina jenama adalah amat penting dalam perniagaan, dan sebagai permulaan, berikut adalah asas-asas membina jenama…
- Nama perniagaan Pastikan nama perniagaan kita mudah disebut, mudah di eja dan mudah diingat! Seringkali, nama yang complex atau complicated mudah dilupakan oleh orang ramai. Fikirkan nama-nama jenama hebat di dunia, dan anda akan dapat lihat betapa mudahnya bahasa/nama digunakan untuk memudahkan nama perniagaan kita masuk ke fikiran pengguna.
- Logo & Warna perniagaan Manusia bersifat visual. Oleh itu, visual juga memainkan peranan penting untuk sesebuah perniagaan seperti logo dan warna. Bila kita fikirkan sesuatu jenama, apa yang kita ingat adalah imej perniagaan tersebut seperti tulisan senget Air Asia di atas warna merah, logo Apple pada produk apple seperti iPhone, dan juga lambang arca M warna emas untuk McDonalds.
- Slogan Dengan terlalu banyak perniagaan, ianya semakin sukar untuk prospek kita ingat pada fungsi dan keistemewaan perniagaan kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai slogan pendek yang padat untuk memberi makna kepada jenama kita.
Namun begitu, menjenama perniagaan kita bukan setakat visual seperti di atas. Ada banyak lagi perlu difahami mengenai jenama terutamanya bagaimana kesan emosi sesuatu perniagaan itu boleh menarik lebih ramai pelanggan melalui pembinaan jenama- secara psikologi
Satu kelemahan perniagaan kecil-kecilan adalah kurangnya maklumat bagaimana hendak membina jenama.
Cara terbaik dalam membina jenama adalah di langkah awal. Sebelum memulakan perniagaan anda (atau di tahap awal perniagaan anda sekiranya belum memikirkan jenama), fikirkan bagaimana anda perlu membina jenama perniagaan bermula dengan asas di atas.
Namun, membina jenama bukan sahaja pada logo, warna dan slogan, kerana ada banyak lagi faktor yang dapat membina jenama perniagaan anda. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan membantu anda membina jenama perniagaan anda bermula tahap awal. Dalam dunia perniagaan pesaingan tinggi ini, pastinya penjenamaan adalah amat penting dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Klik di sini untuk maklumat lanjut bagaimana kami dapat membantu anda dalam memulakan jenama perniagaan anda di Internet atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 melalui Program Intensif separuh masa kami.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam …
adakah ia perlu walaupun untuk berniaga di tepi jalan?
Terima kasih.
betul tu.
Langkah 1 dah buat, cuma langkah 2 dan 3 nya belum. Tapi impaknya memang ada sebab sekarang apabila ada orang call dia akan tanya, “Ini Koleksi Salmy?”.
Salam sejahtera Tuan Irfan Khairi. 😉
Selepas ini, saya akan menjadikan Radio24 sebagai radio2 pilihan saya. Izinkan saya bertanya: pada waktu bilakah IK akan ke udara??
dah buat semua 3 langkah, tapi ….
Salam semua,
Memang benar cabaran untuk membina jenama perniagaan merupakan antara tugas yang paling sukar bagi setiap peniaga. Sebagai seorang peniaga baru saya ingin berkongsi pengalaman di mana strategi group networking (sesama peniaga baru) mampu digunapakai bagi membina jenama perniagaan masing-masing. Saya kira jika kita berjaya mencari dan menyakinkan peniaga baru yang lain untuk bertukar-tukar ‘ruang publisiti’ demi mencari tumpuan prospek pelanggan di luar sana MAKA ini bererti usaha menjenamakan perniagaan masing-masing sudah berada dilandasan yang betul, namun kita harus terus mencuba dan mencuba dan mencuba lagi strategi-strategi lain sehingga mampu menukar prospek pelanggan tersebut kepada pelanggan yang membeli dari perniagaan kita. Semoga pengalaman yang telah dikongsikan di http://www.blog.mustikaseri.com/tip-memilih-wangian-wanita-berjenama-yang-sesuai-dengan-lifestyle-anda/ bermanfaat untuk semua. Salam : )
Tq bang,
Jenama memang sangat penting.
Kebanyakkan manusia suka benda-benda berjenama.
Jom kita naikkan jenama kita
zasssss
Salam,
Diakui penjenamaan atau branding merupakan salah satu faktor kejayaan sesebuah perniagaan. Dalam bab ini saya pun masih mencari sesuatu kelainan luar biasa yang membolehkan orang mudah ingat perniagaan kita.
TQ to IK
branding memang important tapi sebelum build up jenama , perlukan services dan quality yang baik, from there barulah org lain help promote your company for free ( mouth to mouth ) unless you ada duit yang banyak,tak kisah bagi advertising firm tolong you promote. susah sikit kalau nak build up jenama kita ke international kalau tak dapat support daripada………
membina jenama memang teramat penting..tp ianya perlukan kesabaran dan kerajiaan.. kerana kita tak kan dapat membina “jenama kita” dalam masa 1 @ 2 hari aje.. jadi usaha yang berterusan dengan cara yang betul, jenama kita sedikit2 kan mula di kenali..
*Program Affiliate Multi-Tier yang Lumayan Dengan 100% Komisyen.*
saya tidak pernah jemu membaca tip satu minit dari irfan malah saya boleh membaca berulang-ulang kali artikel yang sama dan ada yang saya copy paste di blog saya untuk koleksi saya. terimakasih irfan
Banyak tips daei aifu IK.
adakah sama jika branding utk nama sendiri?
pendapat sy branding sgt2 penting dan perkara pertama yg perlu diketengahkan oleh semua usahawan. Sebelum mengeluarkan sesuatu produk, perlu kita pertimbangkan :
1.Packaging yang cantik.
2.Design yg menarik.
3. Mesej yg jelas pada packaging
Packaging yang cantik dan menarik seperti ni kalau letak harga mahal sikit pun takpe, pelanggan masih tetap mahu membeli kerana merasakan ianya berbaloi dan sesuai dgn harga.
secara tak langsung kita menaikkan brand dan meng-position-kan produk kita pada tempat yg betul.
terima kasih ats perkongsiaan yg menarik ni IK. 😉
Utk mewujudkan jenama agak sukar selari bagi Global Branding .
Ada tak coaching bagi menghasilkan Jenama Global yang catchy.
pendapat sy branding sgt2 penting dan perkara pertama yg perlu diketengahkan oleh semua usahawan. Sebelum mengeluarkan sesuatu produk, perlu kita pertimbangkan :
1.Packaging yang cantik.
2.Design yg menarik.
3. Mesej yg jelas pada packaging
Packaging yang cantik dan menarik seperti ni kalau letak harga mahal sikit pun takpe, pelanggan masih tetap mahu membeli kerana merasakan ianya berbaloi dan sesuai dgn harga.
secara tak langsung kita menaikkan brand dan meng-position-kan produk kita pada tempat yg betul.
terima kasih ats perkongsiaan yg menarik ni IK. 😉
terima kasih IK atas perkongsian, jenama memang penting, sebab tu banyak syarikat besar habis duit banyak kt 3 asas ni
Susah nk maju….tak pandai nk promosi..dh setahun buat roti..tp utong 3,4rts je sbln..
betul 2,web berkonsepkan perkongsian atau perkhidmatan percuma akadm lebih org sukai,berserta nama yg pendek
Branding sememangnya mustahak dlm perniagaan. Tetapi dlm dunia network marketing, selain daripada product branding, self-branding juga jadi key element dlm perniagaan. Harap-harap ada tips tentang menaikkan self branding di masa akan datang. Btw, love the article 🙂