Tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, pastinya ada pesaing. Pesaingan adalah lumrah dalam perniagaan. Nak tak nak, memang perlu berhadapan dengan pesaing.
Berikut adalah 10 idea untuk bersaing dan mendapat pasaran yang lebih besar dari pesaing anda.
1. Bina jenama. Jenama perniagaan anda adalah apa yang dapat membezakan anda dan pesaing. Lihat sahaja jenama-jenama yang terkenal. Mereka umpama tidak perlu bersaing oleh kerana orang ramai telah sedia mengenali perniagaan tersebut dan dapat membezakan mereka dan pesaing yang lain.
2. Tambah teknik pemasaran. Jangan hanya bersaing pada satu atau dua teknik sahaja. Kebanyakan pesaing anda hanya menggunakan satu atau dua teknik. Sekiranya anda menggunakan 5 atau 6 strategi pemasaran, pastinya anda telah melakukan lebih kaedah pemasaran dari pesaing dan akan dapat pasaran yang lebih besar.
3. Perkhidmatan yang lebih pantas dari pesaing. Zaman ini, matawang yang amat penting adalah kepantasan. Orang ramai mahukan sesuatu dengan pantas. Sekiranya anda dapat memberi kepantasan kepada prospek dan pelanggan anda, maka anda akan menjadi pilihan utama dari pesaing anda.
4. Beri nilai yang lebih. Pastinya kini prospek akan melakukan survey dikalangan anda dan pesaing-pesaing anda sebelum membuat keputusan membeli. Sekiranya anda dapat memberi nilai yang lebih, atau added value lebih dari pesaing anda, lebih mudah mengubah prospek menjadi pembeli.
5. Usaha lebih. Dunia perniagaan adalah adil. Mereka yang berusaha lebih, pastinya akan mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Mereka yang kurang berusaha, maka kuranglah pulangannya. Tiada jalan pintas dalam kejayaan. Tingkatkan lagi usaha anda.
6. Pantas dalam menggunakan strategi dan teknik baru. Dunia Internet pantas berubah dan sering kali platform dan kaedah pemasaran baru akan muncul. Ini adalah peluang untuk bersaing. Siapa cepat, dia dapat. Sebagai contoh, baru-baru ini, IGTV (Instagram TV) dilancarkan. Ini adalah peluang untuk perniagaan anda mencuba sesuatu yang baru sebelum pesaing mendapat tapak. Perhatikan teknik, trend dan kaedah pemasaran yang baru apabila ia muncul supaya anda dapat menggunakannya denagn pantas sebelum pesaing anda!
7. Jangan lupa pelanggan sedia ada. Apabila bersaing, kita sering fikirkan untuk mendapat pelanggan-pelanggan baru, dan terkejar-kejar pelanggan baru. Jangan lupa pelanggan sedia ada dan cara bagaimana mendapat jualan berulang dari mereka. Beri perhatian kepada pelanggan-pelanggan sedia ada supaya mereka tidak lari kepada pesaing anda pula.
8. Fikirkan sasaran pasaran yang baru. Mungkin produk dan perkhidmatan yang kita jual sudah mempunyai ramai pesaing, tetapi, fikirkan sasaran pasaran baru yang mungkin diabaikan oleh pesaing kita. Contoh, selama ini kita sasarkan produk kesihatan kita untuk seisi keluarga, namun, kita terlepas pandang sasaran pasaran penasihat-penasihat kecergasan/fitness trainers yang memerlukan produk kesihatan kita untuk pelanggan-pelanggan mereka. Satu sasaran pasaran yang terbuka luas!
9. Rancang masa hadapan perniagaan anda dari sekarang. Kadangkala, kita tersangkut dalam operasi perniagaan seharian dan kita tidak merancang strategi bulan hadapan, 3 bulan akan datang, 6 bulan akan datang dan setahun kemudian. Dengan melakukan perancangan, anda merancang untuk berjaya. Sentiasa 2-3 langkah di hadapan pesaing anda dan fikir masa hadapan. Apakah langkah anda seterusnya?
10. Dapatkan bantuan tambahan! Kesemua cara dan idea di atas saya sampaikan dengan lebih terperinci dan cara melakukannya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi media Sosial yang kini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet berjaya di Malaysia. Apa kata luangkan 5 minit masa anda dan dapatkan maklumat lanjut di sini. Program akan bermula tidak lama lagi dan pastikan anda mendapat ilmu, teknik dan strategi untuk bersaing dan sentiasa dihadapan pesaing-pesaing anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021