Cara buat duit menggunakan YouTube!?

Ramai yang ingin tahu, apakah caranya untuk menjana pendapatan melalui YouTube?

Ya, platfom video online kesukaan ramai, memang kita tidak lekang sentiasa menonton video-video yang ada d YouTube. Dan adakalanya kita tertanya juga, mereka yang meletakkan video di YouTube, dan mereka yang dikenali sebagai “YouTube stars” ni, bagaimana mereka menjana pendapatan?

Ada antara mereka menjana pendapatan beribu dan berpuluh ribu USD setiap bulan dengan hanya upload video-video di YouTube.

Jadi, anda pun terfikir… apakah caranya jika anda juga ingin menjana pendapatan melalui YouTube?

Seperti cara menjana pendapatan yang lain, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya memerlukan usaha anda juga, terutamanya menghasilkan video-video yang ditonton ramai.

Sekiranya anda hasilkan video dan penonton sekadar 2-3 orang ahli keluarga kita sahaja, macam mana nak menjana pendapatan betul tak? 🙂

Video-video anda perlu mempunyai beratus atau beribu views. Lebih banyak views, lebih banyak pendapatan yang anda boleh dapat.

Tetapi, kali ini, saya ingin kongsikan langkah pertama anda bagaimana anda boleh mula menjana pendapatan mealui YouTube.

Langkah pertama…

Untuk mula menjana pendapatan di YouTube, anda perlu mempunyai channel YouTube anda sendiri, dan mula upload video-video yang anda hasilkan.

Cari topik perkongsian yang menarik minat anda. Ataupun sekiranya anda ahli muzik, upload video-video muzik anda. Apa sahaja yang anda upload, tidak kira apa, video cucuk tanam, memasak, silap mata, lawak jenaka, dan sebagainya, yang penting video-video anda dan channel anda menarik minat orang ramai untuk tonton video dan subscribe kepada channel anda.

Ini kerana…

Langkah kedua…

YouTube telah meletakkan syarat sebelum membenarkan anda mula menjana pendapatan. Luangkan masa anda untuk hasilkan video-video menarik dan tambahkan llebih ramai subscribers video anda.

Sehingga anda mendapat sekurang-kurangnya 4,000 jumlah views terkumpul dari video-video anda dan lebih dari 1,000 subscribers channel YouTube anda, baru YouTube akan masukkan anda ke “YouTube Partner Program”.

Apabila anda diterima di YouTube Partner Program, baru lah anda akan dapat mula menjana pendapatan di YouTube!

Langkah ke tiga…

Apabila anda dapat memasuki “YouTube Partner Program”, hasilkan lebih banyak video-video yang menarik orang ramai.  Sepertimana yang saya sebutkan, pastinya lebih ramai orang menonton video-video anda, maka lebih banyak pendapatan anda akan jana melalui YouTube.

Dari mana pendapatan itu di janakan? Melalui iklan banner yang terpapar di bawah video-video anda, serta iklan yang terpapar “Skip Ad” sebelum video anda dimainkan. Itulah punca pendapatan anda di YouTube seperti contoh di atas!

Itulah caranya menjana pendapatan di YouTube. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia memberi manfaat!

Tetapi, sebenarnya di Internet, ada lagi banyak cara yang lebih mudah dan pantas dalam menjana pendapatan. Ingin tahu lebih lanjut? Klik di sini…

Tertekan dan terdesak dalam kewangan. Bagus!

Memang tidak dapat dinafikan, antara kita ada yang kurang bernasib baik dalam perihal kewangan. Mungkin diberhentikan kerja, syarikat down sizing, menganggur, melakukan kerja di luar bidang, atau sebagainya.

Simpanan pula cukup-cukup makan sahaja dan adakalanya pendapatan habis pada perbelanjaan dan tiada simpanan dapat dilakukan. Ada juga yang berhutang dan pendapatan hanya digunakan untuk membayar balik hutang sedia ada.

Namun inilah hakikatnya. Keadaan sering tertekan dan terdesak dalam kewangan adalah perkara yang biasa terjadi.

Walaupun ini sering dilihat sebagai sesuatu yang negatif, dalam perniagaan dan pembangunan diri, ianya perlu dilihat pada sudut yang lebih positif.

Teringat saya hampir 20 tahun lalu ketika saya tidak mempunyai wang, saya bekerja sebagai seorang tukang cuci dengan gaji minima. Apa yang terjadi ketika itu, minda saya menjai lebih kreatif dan inovatif untuk mencari peluang-peluang menjana pendapatan.

Keadaan ini dikenali sebagai “survival instict”. Apabila tertekan dan terdesak, kita akan mencari peluang untuk survive. Pernah kah anda dalam keadaan ini?

Keadaan tertekan dan terdesak seakan-akan memberi semangat yang baru kepada anda untuk menjadi lebih baik dan hebat!

Sebab itulah kita sering dengar kisah kejayaan perniagaan pada asal usulnya dari mereka yang gagal dan susah. Oleh kerana, keadaan tersebut telah memberi survival instict untuk mereka bangun melawan arus kesusahan tersebut!

Ramai antara kita rasa lemah dan tertewas apabila dilanda tekanan. Perasaan tertewas atas tekanan dan desakan hidup ini akan melemahkan lagi sehingga kita masuk dalam kitaran lemah, dan lagi lemah dan semakin lemah.

Namun, apa yang anda perlu lakukan adalah terima dan ’embrace’ keadaan tertekan dan terdesak ini, dan jadikannya sebagai kekuatan dalam memulakan perniagaan.

Banyak perniagaan yang berjaya hari ini bermula dalam keadaan ekonomi down dan tertekan. Ramai usahawan berjaya kini adalah dari mereka yang memulakan perniagaan oleh kerana keadaan yang ‘memaksa’ mereka mulakan perniagaan.

Termasuk juga saya. Sekiranya 20 tahun lalu kewangan saya stable, pastinya saya tidak akan mulakan perniagaan. Sekiranya saya tidak gagal dalam tahun pertama saya menjalankan perniagaan, pastinya saya tidak akan berusaha dan mendalami ilmu perniagaan internet dengan lebih mendalam. Sekiranya perjalanan hidup saya mudah sahaja sejak dulu hingga kini, pastinya saya tidak akan menjadi lebih kreatif dan inovatif hingga berjaya kembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa (*semalam mendapat panggilan menjemput saya ke Moscow, Russia pula!)

Percaya saya, sekiranya anda dalam keadaan tertekan dan terdesak, ianya adalah satu rahmat yang tersembunyi.

Jangan fikirkan negatif, tetapi fikirkan positif. Cari peluang dan jalan serta banyakkan berfikir cara dan strategi. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk anda mulakan perniagaan dan jadikan survival instict sebagai pembimbing anda.

Sepertimana yang saya lakukan 20 tahun lalu hingga kini.

Masalah tidak FOKUS

Ramai antara kita mempunyai masalah ini. Masalah tidak FOKUS. Antara petanda mempunyai masalah ini adalah:

  1. Ingin melakukan terlalu banyak perkata dalam satu-satu masa
  2. Mempunyai beberapa idea dan ingin menjalankan kesemuanya
  3. Cepat rasa bosan melakukan sesuatu dan ingin lakukan sesuatu yang baru
  4. Adakalanya mudah putus asa dan ingin melihat idea lain lebih baik
  5. Suka lompat dan lompat memulakan perniagaan baru sebelum perniagaan lama dapat bertapak
  6. Terlalu cepat teruja/excited dengan sesuatu idea baru

dan bermacam lagi…

Peribahasa berbunyi, “Yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran” namun, kita tidak belajar darinya. Itulah masalah seseorang yang tidak fokus.

Mengapa masalah ini berlaku?

Ini kerana manusia mempunyai lebih 30,000 fikiran yang berlegar dalam minda sehari. Terlalu banyak yang difikirkan sehingga kita sendiri tidak perasan dan tidak mengira. Namun, inilah hakikatnya.

Apabila terlalu banyak yang difikirkan maka terlalu banyak idea dan pilihan juga di dalam kepala dan ingin melakukan pelbagai perkara.

Keadaan ini bertambah lagi sekiranya mindset kita adalah mindset usahawan. Mindset usahawan lebih banyak yang difikirkan! Juga, tidak semestinnya anda sudah menjadi usahawan. Mungkin juga anda yang membaca email saya ini mempunyai mindset usahawan tetapi menunggu masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

Oleh sebab inilah kita mengalami masalah tidak fokus.

 

Namun, fokus adalah elemen yang sangat penting dalam kejayaan. Oleh kerana ramai yang tidak fokus, sebab itu ramai sukar mencapai kejayaan. Mereka yang berjaya adalah mereka yang memberi fokus kepada satu-satu perkara sehingga menjadi sebelum beralih ke perkara yang baru.

Bayangkan senario ini. Sekiranya anda tidak fokus. Melakukan pelbagai perkara. Membahagikan masa, tenaga, semangat, modal, usaha kepada beberapa projek atau perniagaan.

Manakala pesaing anda memberi 100% fokus, masa, tenaga, semangat, modal dan usaha pada satu-satu projek atau perniagaan.

Pastinya, dalam keadaan ini, pesaing yang akan berjaya berbanding anda.

Pepatah English pula berbunyi, “Don’t be jack of all trades, and master of none”

Ramai yang tidak fokus dalam perniagaan. Ingin melakukan pelbagai. Namun, inilah antara kesilapan ketara tidak mencapai kejayaan dalam perniagaan.

FOKUS. FOKUS. FOKUS.

Itulah caranya!

Remuk Hati Saya…

Bulan lepas, ketika saya pulang ke Malaysia, waktu itu sedang membeli barang di pusat membeli belah. Sesuatu terjadi yang agak meremukkan hati saya.
Saya terdengar seorang anak kecil meminta ayahnya permainan.
“Ayah, Ani nak mainan ini”
Jawab ayahnya…
“Tak boleh, ni mahal”
Agak sedih apabila mendengar kata-kata itu.
Memang tidak semuanya kita mampu walaupun permainan itu berharga RM50. Memang juga permainan bukanlah sesuatu yang paling penting untuk anak.
Tetapi ia membuatkan saya terfikir. Bagaimana pula sekiranya kita tidak mampu pada perkara yang lebih penting seperti buku, ilmu, pendidikan, kesihatan dan sebagainya?
Satu waktu dulu ketika saya masih belajar, saya bertanyakan pada mentor saya.
“Kenapa perlu jadi kaya?”
Katanya, kalau kaya, kita boleh dapat pendidikan yang lebih baik, kesihatan yang lebih baik, bantu mereka yang susah dengan lebih baik, gaya hidup yang lebih baik dan bercuti serta holiday pun boleh yang lebih baik.
Waktu saya lebih muda, saya fikir ianya SALAH untuk jadi kaya. Tetapi, selepas dengar kata-kata mentor saya, saya fikir, sebenarnya ia tak salah menjadi kaya.
Bila tefikir kembali mengenai apabila kita tidak mampu sesuatu, apakah caranya untuk ubahkan situasi ini?
Jawapannya satu sahaja.
Kita yang perlu berubah.
Dan saya akui, ianya bukan mudah untuk berubah. Bukan mudah untuk mula fikirkan cara menjana pendapatan tambahan. Apatah lagi melakukannya.
Namun, teringat saya satu quote berbunyi:
You don’t have to be great to start.
But you have to start to be great!
Anda tidak perlu hebat untuk bermula.
Tetapi anda perlu bermula untuk hebat!
Adakalanya terdetik untuk kita mula fikirkan cara menjana pendapatan tambahan. Sekiranya anda ingin pendidikan dalam cara mejana pendapatan melalui online, dapatkan maklumat lanjut bagaimana program saya dapat membantu anda.
 .

8 Sebab Mengapa saya berpindah ke Dubai

Dua tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Dubai dan menjalankan perniagaan di Dubai. Bukan meninggalkan Malaysia 100%, oleh kerana pusat latihan dan program saya, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial juga masih dijalankan di Malaysia dan saya akan berulang alik dari Dubai ke Kuala Lumpur setiap bulan untuk bersama pelajar-pelajar saya! Sekiranya anda ingin saya menjadi mentor anda di Malaysia, klik di sini.

Berikut adalah 8 sebab mengapa saya berpindah…

1. Dunia tanpa sempadan

Kini, dunia tiada lagi sempadan untuk perniagaan. Dengan wujudnya perniagaan melalui Internet, memudahkan sesiapa sahaja melebarkan perniagaannya ke serata dunia secara maya.

Sebagai tambahan, sistem pengangkutan seperti penerbangan yang semakin efisyen dari segi fungsi dan juga kos, membolehkan perniagaan secara fizikal juga berkembang serata dunia.

Tidak kira di mana sahaja saya berada, saya tetap dapat menjalankan perniagaan dengan pelanggan-pelanggan saya tidak kira di mana sahaja serata dunia. Kini, pelanggan-pelanggan konsultan saya berada di beberapa buah negara termasuk Denmark, Italy, Jordan, India, Pakistan, Thailand, Malaysia, Australia dan banyak lagi. Pelajar-pelajar saya pula berada di serata dunia dan Malaysia!

2. Dubai di pusat dunia

Melihat peta dunia, Dubai boleh dikatakan tempat yang sangat strategik dari segi lokasinya di pusat dunia. Untuk saya mencapai pelanggan saya secara fizikal di negara-negara di atas adalah lebih mudah berbandingkan dari Malaysia.

Lokasi Dubai di pusat dunia memudahkan perjalanan saya dalam kapal terbang oleh kerana kebanyakan tempat yang saya perlu pergi hanya kurang dari 7 jam perjalanan dari Dubai. Ambil flight malam, pagi esok sudah tiba untuk sebarang meeting atau kendalikan program. InshaAllah segala urusan perjalanan dipermudahkan.

3. Komuniti expat yang ramai

85% penduduk Dubai adalah expat, iaitu mereka dari luar negara dan bukan orang tempatan. Orang tempatan ‘Emirati’ hanya 15% sahaja. Oleh kerana mereka dari luar negara adalah ramai, ini memudahkan lagi saya memperluaskan perniagaan saya ke peringkat antarabangsa oleh kerana business networking juga menjadi global.

Boleh dikatakan kesemua pelanggan-pelanggan saya adalah orang luar dan bukan ‘Emirati’. Dan network ini membolehkan perniagaan saya berkembang ke peringkat global dengan lebih pantas.

4. Gaya hidup yang berbeza

Tentunya anda pernah lihat gaya hidup di Dubai melalui kaca TV ataupun online. Gaya dan kualiti hidup adalah agak subjektif, namun, dari segi keselamatan (UAE adalah negara ke-2 paling selamat di dunia), bandaraya dan tempat awam adalah sangat bersih, kemudahan awam juga adalah cantik, modern, baru dan bersih (oleh kerana Dubai boleh dikatakan sebagai bandaraya baru)

Saya ingin melalui dan merasai pengalaman yang baru dan berbeza.

Namun, soalannya adakah Dubai mahal? Jawpannya, tidak seperti mana yang disangkakan. Singapore, Tokyo, Hong Kong, Seoul dan London adalah jauh lebih mahal. Tetapi ya, lebih mahal sedikit dari Malaysia, dalam 10%.. 20% begitu untuk barangan biasa.

Kereta adalah murah di Dubai. Kereta sport berharga RM900,000 di Malaysia, tetapi di Dubai berharga dalam lingkungan RM300,000. Sebab itulah ramai yang membawa kereta mewah di Dubai. Termasuk juga polis yang membawa Ferrari, Lamborghini dan Porsche!

5. Bawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi

Dubai memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk berusaha lebih hebat lagi. Kini, pesaingan perniagaan saya adalah di peringkat global. Keadaan ini memberi daya motivasi kepada saya untuk jadi lebih baik dari sebelum ini.

Bukan sahaja perniagaan di peringkat tempatan, tetapi kini, pesaingan, pelanggan dan partner adalah di tahap antarabangsa. Maka, usaha juga perlu di tahap yang lebih tinggi.

6. Motivasi dan inspirasi

Dubai sememangnya terkenal dengan banggunan tertinggi, terbesar, termewah, terpantas, terkenal dan sebagainya. Bandaraya yang sering cuba menjadi lebih baik dari yang lain dari segi pencapaian.

Persekitaran sebegini umpama memberi motivasi untuk menjadi lebih hebat lagi bagi saya. Ia sering mengingatkan saya untuk tidak rasa terlalu selesa dan mencuba sesuatu yang baru diluar zon keselesaan.

7. Matlamat yang perlu berubah

Matlamat saya ketika umur 20 tahun adalah ingin menjadi jutawan,

Matlamat saya ketika umur 30 tahun adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan internet di Malaysia,

Matlamat saya kini dah masuk 4-series, adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan Internet Muslim di peringkat global.

Dubai merupakan tempat yang sangat strategik untuk mencapai matlamat saya yang terkini ini yang merupakan hijrah saya dalam perniagaan.

Pastikan anda juga sering mengubah matlamat anda supaya makin lama, makin tinggi InshaAllah!

8. Hijrah dalam hidup dan perniagaan

Dalam hidup dewasa, saya telah tinggal di United Kingdom selama 6 tahun (1998-2004), kemudian di Malaysia selama 12 tahun (2004-2017), dan kini di Dubai hampir 2 tahun menjalankan perniagaan.

Saya yakin bahawa berhijrah adalah sangat penting dalam hidup kita begitu juga dalam perniagaan. Hijrah saya ke Dubai adalah untuk hidup dan juga perniagaan. Seperti mana poin saya yang #1, dunia semakin kecil kini dengan Internet dan juga kemudahan pengangkutan mempermudahkan segala hijrah.

Sedangkan beribu tahun lalu mengambil masa berhari-hari untuk berhijrah, kini hijrah telah dipermudahkan. Tiada alasan untuk saya untuk tidak berhijrah. Wallahualam.

Bila dapat IDEA, apa nak buat?

Bila dapat IDEA, apa nak buat?
Untuk menjawab soalan ini, suka saya kongsikan kisah saya…
Beberapa tahun lepas, mulai 2012 saya mula mendapat jemputan melakukan talk dan program ke luar negara. Bermula di Sydney, Australia adalah jemputan saya yang pertama ke luar negara. Sejak itu, saya mendapat jemputan ke beberapa negara lagi, dalam 2-3 jemputan ke luar negara setahun termasuk New York, London, Paris, Amsterdam dan beberapa negara lain.
Fast forward, 2 tahun kemudian, 2014 saya mendapat jemputan saya yang pertama ke Dubai, UAE.
Ketika mendapat jemputan itu, saya sangat teruja oleh kerana itulah kali pertama saya dijemput oleh negara Islam untuk memberi talk mengenai Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.
Salah satu matlamat hidup saya adalah untuk membangunkan lebih ramai usahawan Internet Muslim serata dunia!
Jemputan untuk saya memberi talk di negara Islam sangat-sangat saya nantikan dan sungguh teruja menanti waktu itu!
Apabila tiba hari saya bertolak dari Kuala Lumpur ke Dubai, menaiki syarikat penerbangan Emirates, perjalanan mengambil masa 7 jam. Seperti ramai antara kita, apabila di dalam kapal terbang, kita membelek majalah kapal terbang yang tersemat di poket tempat duduk di hadapan kita.
Belek-belek majalah tersebut, sehingga muka surat terakhirnya, apa yang saya terlihat adalah peta dunia dan route/perjalanan penerbangan syarikat emirates ke serata dunia. Seperti gambar di bawah…
Image
Secara tiba-tiba saya mendapat INSPIRASI dan IDEA!
Apa yang saya nampak bukanlah sekadar peta dunia dan perjalanan penerbangan syarikat Emirates. Tetapi bagaimana saya dapat meluaskan dan mencapai cita-cita saya untuk membangunkan lebih ramai usahawan Internet Muslim serata dunia.
Jawapannya saya perlu berada di Dubai untuk mencapai pasaran global! Lihat semula gambar di atas. Adakah anda dapat lihat apa yang saya nampak?
2 tahun kemudian, saya menubuhkan pusat latihan saya di Dubai, UAE sini, dan kini 2018 menjalankan perniagaan di Dubai UAE.
Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda adalah ini…
IDEA dan inspirasi akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ia adalah rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Namun sekiranya kita tidak mengambil tindakan, ianya tidak akan ke mana pun.
Apabila saya mendapat idea, terus saya berniat dan take action untuk menjadikan idea tersebut nyata. Ianya adalah rezeki. Mungkin orang lain tidak mendapat idea atau inspirasi itu.
Pastinya pada awalnya saya tidak tahu, apakah caranya untuk mencapai matlamat atau cita-cita saya. Ianya hanyalah idea.
Namun sekiranya kita tidak MULA mengambil sebarang tindakan, idea tersebut tidak akan berkembang dan kita masih tidak akan progress dalam hidup kita.
Nasihat saya, sekiranya anda mendapat idea, jangan tunggu lagi. TAKE ACTION!
Lakukan sesuatu walaupun sedikit. Sedikit-sedikit, lama lama akan menjadi bukit.

8 sebab mulakan perniagaan Internet

1. Semua nak extra income

Dengan kos hidup yang semakin meningkat, pastinya ramai yang inginkan pendapatan tambahan bukan sahaja untuk menampung kos hidup, tetapi juga untuk mendapat pendapatan lebih untuk menikmati gaya hidup yang lebih baik.

Dengan pendapatan tambahan, boleh juga bermewah sedikit, bawa keluarga holiday ke luar negara, dapatkan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, dan sebagainya.

Tidak semestinya bermewah sangat, tetapi, bayangkan sekiranya pendapatan tambahan yang kita dapat adalah RM2,000 atau RM3,000 sebulan? Pastinya ia dapat membantu gaya hidup kita kini bukan? Apatah lagi sekiranya perniagaan berjaya mendapat keuntungan RM5,000… RM10,000 atau lebih!

2. Pilihan terbaik untuk perniagaan sambilan

Tidak seperti membuka kedai fizikal, perniagaan online boleh di automasikan. Ini bererti, perniagaan boleh dijalankan dengan penglibatan anda yang minima. Tidak perlu jurujual, oleh kerana laman web yang akan melakukan jualan. Tidak perlu mempromosi setiap hari oleh kerana ianya boleh dilakukan secara automatik melalui Facebook Ads atau Google Adwords. Tidak perlu berhubung dengan prospek setiap orang bersemuka, oleh kerana perhubungan boleh dilakukan dengan ramai orang melalui media sosial dan menjimatkan masa anda.

Perniagaan online adalah pilihan terbaik menjalankan perniagaan Internet. Dengan hanya smartphone anda, ia boleh dikendalikan pada bila-bila masa sahaja.

3. Bukan sahaja memberi wang, tetapi memberi anda masa!

Tidak semestinya anda mengejar kewangan atau inginkan pendapatan yang lumayan. Ada juga yang mempunyai matlamat untuk mendapat lebih banyak masa. Masa untuk diri sendiri, masa untuk keluarga, atau apa sahaja yang dapat membebaskan masa kita yang kini mungkin agak terhad.

Apabila perniagaan Internet boleh dikendalikan secara automatik, maka, lebih banyak masa dapat diluangkan untuk anda lakukan apa yang anda mahu. Mungkin jadual kita kini adalah agak padat, dan masa adalah lebih penting untuk anda bukan sahaja wang.

Perniagaan Internet apabila dapat dilakukan dengan betul akan membebaskan masa anda sambil menjana pendapatan.

4. Menjalankan perniagaan di mana sahaja

Kini, dengan hubungan Internet adalah agak mudah tidak kira di mana sahaja kita berada membolehkan anda menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja di dunia. Istilah “Digital Nomad” kini adalah agak popular yang bermaksud menjalankan perniagaan tidak kira di mana pun yang membolehkan seseorang itu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sejak beberapa tahun yang lepas, saya sering mengembara serata dunia, dari New York, ke Los Angeles, ke Sydney, ke Seoul, ke Tokyo, ke Bangkok, ke Amman, ke Paris, ke Amsterdam, ke New Delhi dan juga ke Dubai dan banyak lagi. Tidak kira di mana pun saya berada di dunia, ia tidak mengganggu perniagaan saya oleh kerana berniaga boleh dilakukan di mana sahaja- di dalam negara atau keluar negara.

5. Pasaran yang SANGAT besar

Pengguna Internet yang semakin ramai di Malaysia dan serata dunia menjadikan perniagaan online sebagai perniagaan yang paling ideal untuk dijalankan. Di mana lagi kita boleh menjalankan perniagaan yang dapat mencapai keseluruhan pasaran Malaysia dan juga antarabangsa?

Lihat sahaja statistik penggunaan Internet kini. Di Malaysia sahaja, lebih 25,000,000 (25 juta) pengguna internet di Malasyia. Manakala kini, lebih dari 4,000,000,000 (4 bilion) pengguna Internet sedunia.

Mana lagi platform perniagaan yang mempunyai capaian yang sebegini besar?

6. Kos memulakan dan menjalankan yang rendah

Tidak lagi memerlukan modal yang besar membayar sewa kedai yang berkos beribu ringgit setiap bulan, serta kos pengubahsuaian kedai yang mungkin memakan berpuluh ribu ringgit, atau membayar bebrapa pekerja, tidak termasuk bil elektrik, aircond, air, dan sebagainya.

Memulakan perniagaan Internet adalah berkos rendah. Dengan peningkatan teknologi, kos menjalankan perniagaan Internet adalah jauh semakin murah kini berbandingkan 5-10 tahun yang lalu. Kos yang rendah ini membolehkan sesiapa sahaja memulakan perniagaan online oleh kerana pastinya semuanya mampu kini!

7. Kini anda sudah memang menggunakan media sosial!

Pastinya kini anda sudah sedia ada menggunakan media sosial, seperti mendapatan maklumat di Facebook, mempunyai akaun Instagram, menonton video di YouTube, mendapatkan maklumat melalui blog dan laman web dan sebagainya.

Oleh kerana kita kini sedia ada menggunakan media sosial dan tahu cara ianya berfungsi, ianya tidak begitu sukar untuk menggunakannya pula dalam perniagaan. Dengan mempelajari sedikit teknik dan strategi perniagaan online, anda sebagai pengguna boleh menjadi usahawan di Internet.

Mungkin tiba masanya untuk anda mula menjana pendapatan di Internet pula, dan bukan sahaja sebagai pengguna!

8. Menjadi lebih produktif

Pernahkah anda terasa anda mempunyai potensi diri untuk lebih maju dan berjaya? Mungkin anda ketika berada di rumah terasa bahawa masa anda boleh diluangkan pada sesuatu yang lebih produktif? Atau anda mempunyai idea perniagaan yang anda hanya simpan sahaja tanpa melakukan apa-apa?

Menjalankan perniagaan Internet dari rumah dapat memberi anda kepuasan dari segi produktiviti yang meningkat. Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, dan mencabar minda dan juga diri anda sendiri, perniagaan online boleh menjadi aktiviti baru anda.

Bukan sahaja ia boleh menjadi sesuatu yang anda lakukan pada masa yang terluang untuk menjadi lebih produktif, ia juga merupakan peluang untuk menjana pendapatan tambahan untuk anda dan keluarga!

Jihad dalam perniagaan

Jihad, dari segi bahasanya membawa maksud berjuang bersungguh-sungguh. Dalam konteks perniagaan, maksud yang sama perlu dibawa iaitu berjuang bersungguh-sungguh dalam perniagaan dengan niat mendapat rezeki yang halal. Masih terdengar kata-kata salah seorang mentor saya, Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, “Bisnes bukan sekadar mencari keuntungan, tetapi bisnes adalah suatu jihad”

Sekiranya kita ingin benar-benar berjaya dalam perniagaan, konsep jihad dalam perniagaan perlu dipegang. Dari segi bahasa, kesungguhan itu sahaja telah memberi kunci kejayaan perniagaan.

Mengapa ramai usahawan gagal dalam perniagaan?

Antara punca utama adalah tiada kesungguhan dalam perniagaan. Kesungguhan dalam mencari ilmu baru dan tiada kesungguhan dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Kesungguhan sangat diperlukan dalam perniagaan oleh kerana iannya dikatakan, kesungguhan adalah lebih penting dari kepintaran dalam berniaga.

Sering saya melihat antara pelajar-pelajar saya yang berjaya dalam perniagaan Internet, bukanlah mereka yang hebat IT dan teknologi, malah sebaliknya. Ramai antara mereka yang berjaya adalah mereka yang memberi kesungguhan dalam menjayakan perniagaan masing-masing.

Mengamalkan konsep jihad dalam perniagaan memberi makna yang lebih besar kepada perniagaan anda. Makna yang lebih besar ini akan memberi motivasi yang lebih tinggi, oleh kerana menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk mengejar keuntungan yang lumayan, tetapi juga berniatkan untuk, diri dan keluarga, mengukuhkan ekonomi umah dan membantu mereka yang memerlukan. Lebih banyak kita memberi, maka lebih banyaklah yang kita akan terima.

Kita perlu sering tanya pada diri sendiri, mengapa kita ingin menjalankan perniagaan. Apakah sebab utama dan niat kita? Apakah the BIG WHY?

Pastinya bukan keuntungan material sahaja. Tetapi, sekiranya mendalami sebab utama, jawapan yang diberikan pastinya adalah lebih bermakna dari segi emosi dan emosi inilah yang akan memberi motivasi yang lebih bermakna juga untuk diri kita.

Namun begitu, tidak salah dalam memikirkan kekayaan dan keuntungan. Malah itulah yang diperlukan dalam perniagaan. Sepertimana antara sahabat-sahabat Rasulullah saw, yang merupakan usahawan termasyur zaman itu yang kaya dengan harta benda yang turut digunakan untuk mengembangkan Islam.

Teringat saya pada matlamat saya ketika berumur 20-an. Matlamat saya ketika itu hanyalah pada kekayaan. Maklumlah, masih lagi darah muda. Alhamdulillah, mencapai kejayaan perniagaan ketika itu. Ketika berumur 30-an, matlamat saya pula berubah. Iaitu ingin membangunkan lebih ramai usahawan di Malaysia.

Kini, telah memasuki 40 tahun, matlamat saya pula semakin besar, iaitu ingin membangunkan lebih ramai usahawan Muslim serata dunia.

Kini, saya berada di pejabat saya di Dubai, Dubai Marina dan beberapa hari sahaja lagi akan ke Amman, Jordan bertemu dengan beratus usahawan dan bakal usahawan di sana untuk menyampaikan ilmu perniagaan Internet bersama mereka.

Alhamdulillah, Allah swt telah mempermudahkan jihad saya dalam perniagaan. Mudahan jihad perniagaan anda juga dipermudahkan dan and mencapai segala impian anda tahun-tahun yang akan datang!

BHIP Malaysia. Kisah dan pengalaman saya…

Memang tidak dinafikan, industri Multi Level Marketing (MLM) dan Jualan langsung adalah industri yang sangat besar di dunia dan juga Malaysia. Antara pelanggan-pelanggan syarikat consulting saya juga adalah antara syarikat jualan langsung dan MLM terbesar di Malaysia, yang terdiri dari syarikat tempatan dan juga global.

Tahun lepas, saya mendapat satu lagi syarikat jualan langsung sebagai pelanggan consulting, iaitu BHIP Global yang berpusat di USA, dan mempunyai cawangan di lebih 40 negara serata dunia, termasuk di Dubai sini.

Apa yang menariknya mengenai pengalaman saya bersama BHIP adalah, selepas beberapa bulan sebagai consultant BHIP di Dubai, pemilik syarikat BHIP telah menghubungi saya untuk satu meeting di Bangkok, Thailand. Maka, saya pun bergegas ke Bangkok (kali pertama ke Bangkok walaupun berjiran dengan Malaysia!).

Pada mulanya, saya berjumpa dengan pemilik lesen BHIP, Jan Sarfelt di penthouse mewahnya di salah satu apartment termewah di Bangkok. Sebagai seorang multi-millionaire, Jan Sarfelt adalah sangat baik dan lemah lembut orangnya membuatkan saya sangat selesa. Juga, itulah kali pertama saya berjumpa dengan isteri Jan, iaitu Karin yang kini bersama keluarganya menjadi kawan baik saya. Ya, hari yang sama juga saya bertemu ibu dan ayah Jan, dan adiknya Michael Sarfelt. Lebih banyak akan saya ceritakan mengenai Michael sebentar lagi…

Tidak dinafikan, oleh kerana hubungan saya dan keluarga Sarfelt ini yang sangat rapat membuatkan saya sangat selesa bersama pelanggan ini.

Meeting pertama bersama BHIP Corporate di Bangkok

Tujuan Jan Sarfelt ingin bertemu saya di Bangkok adalah kerana ini saya bersama BHIP Global dengan lebih rapat lagi. Hasil kerja saya sebagai konsultan di BHIP Dubai telah mendapat perhatian mereka di BHIP Global, dan ingin saya menjadi Global Social Media Director untuk BHIP.

Syukur Alhamdulillah, di situ lah perjalanan saya bersama mencapai tahap yang lebih tinggi…

Pengajaran:

Dengan ilmu, tidak kira di mana sahaja anda di dunia, ia akan dapat membantu anda capai tahap yang lebih tinggi. Ilmu adalah universal. Ianya boleh diaplikasikan tidak kira di mana sahaja. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia sekiranya kita mempunyai visi yang lebih besar!

(bersambung)

Dalam keadaan krisis???…

Dalam perniagaan dan kewangan, pastinya kita tidak lari dari sesuatu krisis. Krisis sering dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan selalu juga membuatkan seseorang itu lemah dan rasa ingin putus asa. Dalam keadaan ini juga, umpama tidak kelihatan jalan keluar dari krisis tersebut. Segalanya seumpama tidak kena sahaja dan hendak melakukan apa sahaja terasa tiada bersemangat.

Pernahkah anda dalam keadaan ini?

Walaupun saya tidak mengharapkannya, tetapi mungkin anda pernah. Kita tidak akan lari dari sesuatu krisis dari masa ke semasa. Mungkin juga akan hadapi beberapa kali dalam masa setahun.

Perjalanan Dubai – Bangkok untuk urusan perniagaan

Pertama sekali, sekiranya anda pernah melalui ini, ianya adalah sesuatu yang biasa. Ianya dihadapi oleh semua orang. Manusia akan hadapi krisis tersendiri dari masa ke semasa. Walaupun dalam keadaan kiris kita umpama melihat diri kita sahaja yang mempunyai masalah dan tidak pada semua orang dikeliling kita, namun hakikatnya, semua orang menghadapi juga krisis tersendiri dan mengalami juga apa yang anda alami mungkin pada waktu yang berbeza.

Sekiranya krisis itu adalah dalam perniagaan, pastinya ilmu dan pengalaman dalam menjalankan perniagaan akan memabantu. Mungkin sukar mendapat pelanggan, atau tidak mencapai sasaran, atau perbelanjaan perniagaan yang meningkat, jawapannya adalah ilmu dan perniagaan. Lebih-lebih lagi ilmu yang belum kita miliki.

Ilmu yang kita miliki telah membawa anda ke tahap ini. Namun, ilmu yang belum lagi anda miliki adalah apa yang akan membawa perniagaan dan kewangan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Namun satu persoalan yang sangat penting yang perlu dijawab adalah…

Tidak kira sedalam mana pun krisis yang anda hadapi, pernahkah anda tidak dapat dan tidak mampu keluar dari krisis tersebut?

Pastinya tidak bukan?

Pastinya Allah swt akan membantu anda keluar dari keadaan tersebut. Dan di sinilah kita perlu sering bersyukur dengan apa yang kita ada, dengan apa yang telah diberikan pada kita, dengan segala rezeki yang kita miliki bukan sahaja pada perniagaan dan kewangan, tetapi pelbagai rezeki yang lain yang kita tidak nampak ketika berada dalam keadaan krisis.

Wallahu a’lam

Irfan Khairi
Dubai, UAE