Tak heran dengan LAMBORGHINI!?

Saya ni bukannya minat sangat dengan kereta. Tetapi, bila keluar, pastinya suka melihat kereta-kereta sports. Dan di Dubai memang banyak kereta sports di jalan raya.

Hinggakan…

Orang ramai di sini tak heran pun dengan Lamborghini. Ada di mana-mana sahaja!

Pertama kali saya tiba di Dubai 2014 atas jemputan membuat talk di sini, sangat teruja melihat banyakya kereta sports di jalan raya. Tetapi kini, apabila sudah menjalankan perniagaan di sini, saya pun selalu sangat melihat kereta sports yang terlalu banyak dan sudah menjadi kebiasaan melihat kereta sports di jalan raya.

Image

Tetapi begitulah resminya. Apa yang kebiasaan di satu-satu tempat, di tempat yang lain bukanlah kebiasaan.

Contohnya, di pedalaman Afrika, memakai kasut bukanlah satu kebiasaan. Oleh kerana ramai yang tidak memakai kasut, maka, TIDAK memakai kasut adalah kebiasaan.

Tak kira, sama ada contoh Lamborghini atau kasut, kedua-duanya adalah contoh yang extreme mengenai “kebiasaan”. Apa yang biasa adalah subjektif untuk kita bergantung pada persekitaran.

Teringat saya pada kata-kata seorang motivator usahawan, Jim Rohn:

You are the average of 5 people you spend your time with

Sekiranya kita sering bersama orang-orang yang berjaya, maka kebiasaan adalah kejayaan. Kita juga akan menjadi orang yang berjaya.

Sekiranya kita sering bersama mereka yang negatif, maka kebiasaan adalah berfikiran negatif. Kita juga akan sering berfikir negatif dan tidak yakin dengan kebolehan diri kita sendiri.

Sering saya kenang kembali. Mengapa saya mulakan perniagaan di Dubai?Antara sebabnya adalah untuk meletakkan diri saya dalam keadaan “kebiasaan” yang lebih tinggi dari saya. Ia seakan-akan mencabar diri saya sendiri untuk menjadi lebih baik dan lebih hebat lagi oleh kerana “kebiasaan” di Dubai ini adalah kejayaan yang hebat-hebat.

Dan itulah yang kita perlu lakukan pada diri kita sendiri.

Kelilingi diri kita dengan kejayaan. Jadikan kejayaan itu sebagai satu kebiasaan. Dan untuk berjaya, pastinya memerlukan ilmu. Kelilingkan diri kita dengan mereka yang berilmu. Jadikan mencari ilmu itu satu kebiasaan.

Dampingi mereka yang mempunyai matlamat yang sama, atau lebih tinggi dari kita. Jadikan satu kebiasaan untuk mempunyai matlamat yang tinggi dan mencapai matlamat-matlamat kita.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan Internet, atau kembangkan lagi perniagaan sedia ada anda, kelilingi diri anda dengan ilmu dan mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan internet.

Sebab itulah Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah melahirkan paling ramai usahawan online berjaya dari dulu hingga kini di Malaysia.Suasana pembelajaran, rakan-rakan usahawan dan bakal usahawan baru, 10 modul yang teratur dan penuh struktur menjadikannya satu kebiasaan untuk peserta-peserta lebih mudah mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Tidak seperti program atau seminar perniagan lain, program ini adalah terhad dan ekslusif untuk lingkungan 30-40 peserta sahaja. Bukan 400 atau 4,000 atau 40,000! Saya ingin membantu 30-40 peserta terpilih sahaja. Terhad dan Eksklusif!

Klik di bawah untuk maklumat lanjut.

7 Salah Anggap Mengenai Dubai

Sedar-sedar sudah 3 tahun saya berulang alik dari Kuala Lumpur dan Dubai menjalankan perniagaan di sini, dan sebagai rumah ke-dua di Dubai. Menjalankan perniagaan global, memang ada cabarannya, kejap di Kuala Lumpur, kemudian semula ke Dubai, namun apakah hidup tanpa cabaran bukan? Cabaran akan membuatkan kita menjadi insan yang lebih kuat!

3 tahun di Dubai, semakin serasi saya dengan bandaraya dan negara timur tengah ini yang terkenal dengan kemewahan, kekayaan dan glamour!

Tetapi, banyak juga perkara yang saya salah anggap sebelum saya berhijrah ke Dubai. Dan lebih saya mengenali negara UAE, dan bandaraya Dubai, lebih saya fahami.

Bagi anda yang ingin datang ke Dubai untuk bercuti, atau bekerja atau mulakan perniagaan, apa kata saya bantu anda kongsikan antara 7 salah anggap saya mengenai Dubai, UAE sebelum ini…

1. Ingatkan ramai orang Arab, perlu berbahasa Arab

Sebelum saya memulakan perniagaan di Dubai 3 tahun yang lalu, saya ingat, Dubai dipenuhi ramai orang Arab. Maklumlah, nama pun negara Arab!

Tetapi tanggapan saya salah. Tercari-cari jua waktu permulaan mana orang Arab berjubah dan berpurdah?

Sebenarnya, lebih kurang 90% populasi Dubai adalah expat. Ya, bukan orang tempatan tetapi orang dari luar negara. Bayangkan, setiap 10 orang yang kita jumpa di luar, 9 adalah orang bukan Arab dan hanya seorang orang Arab.

Dubai adalah bandaraya international, kalau ke mana-mana anda pergi anda akan jumpa pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Orang Arab, tersangatlah kurang.

3 tahun lepas, sebelum memulakan perniagaan di sini, saya belajar bahasa Arab. Konon-kononnya, ianya penting untuk perniagaan. Namun, realitinya adalah English adalah bahasa pengantara utama di sini. Maka, kelas bahasa Arab saya pun entah ke mana! 🙂

2. Negara yang sangat panas

Negara timur tengah memang terkenal dengan padang pasir, tiada tumbuhan, tiada hujan dan cuaca yang panas!

Dulu-dulu di sekolah, saya tidak pandai geografi, dan pendapat saya juga sama. Sememangnya ada betulnya, UAE adalah negara yang panas, namun, ianya bermusim. Musim panas ada, musim sejuk juga ada.

Musim sejuk di Dubai, boleh hingga 7 darjah celcius di waktu-waktu tertentu. Namun musim panas di dubai pula boleh mencecah 50 darjah celcius pun boleh!

Ketika musim panas (Julai-September), sekolah pun tutup dan cuti. Perniagaan di Dubai perlahan sedikit. Ketika ini, ramai yang ke luar negara, bercuti atau pulang ke negara asal. Ya, ketika ini tersangatlah panas. Ada yang kata macam “oven”!

Tetapi, ianya tidak menjadi masalah oleh kerana bandaraya Dubai bersedia untuk keadaan ini. Segala-galanya adalah indoors. Dari shopping, hiburan, tempat makan semuanya ada air-cond. Sehingga hendak pergi ski juga adalah indoor! Siapa nak pergi ski di Timur Tengah, boleh datang Dubai…

Nak ski di dubai pun boleh! Indoor ski terbesar di dunia!

3. Mahal!!!

Pastinya inilah tanggapan pertama ramai mengenai Dubai. Dubai adalah mahal! Saya juga berfikir begitu sebelum ini. Tak 100% salah. Tetapi, biar saya kongsikan dari segi context.

Ramai antara kita mungkin pergi ke Dubai untuk bercuti. Dan apabila kita bercuti, kita hanya mempunyai masa yang terhad seminggu, dua atau kurang. Dan waktu ini, kita akan melawat tempat-tempat menarik di Dubai.

Maklumlah, nama pun tempat pelancong. Di tempat-tempat ini pastinya barangan mahal. Seperti di Burj Khalifa, banggunan tertinggi di Dunai. Makan nasi goreng di food court Dubai Mall (connected to Burj Khalifa) pun boleh cecah RM50+. Itu pun baru food court!

Tapi bukan hari-hari kita akan makan di Burj Khalifa bukan? Samalah konsepnya, di KL pun ada restoran mewah dan mahal, bukan hari-hari hendak makan di sana.

Di Dubai, apabila kita sudah biasa, sebenarnya kedai mamak pun ada. Nak makan roti canai dan teh tarik (cuma mereka tak tarik) dalam harga RM2-4 pun boleh dapat.

Kalau nak diikutkan bandaraya mahal, negara jiran kita Singapore adalah jauh lebih mahal dari Dubai!

Top 10 bandaraya termahal di dunia. Yang tersenarai mengikut turutan paling mahal…

1. Singapore
2. Paris
3. Hong Kong
4. Zurich
5. Geneva
6. Osaka
7. Seoul
8. Copenhagen
9. New York
10. Los Angeles

(Dubai tak tersenarai pun dalam top 10!)

Tapi betul, kos of living di Dubai adalah lebih mahal dari Malaysia.

4. Orang ramai kaya raya

Ya, Dubai terkenal sebagai bandaraya mewah. Bila dah mewah, ramai la orang kaya raya. Tetapi, seperti tempat lain, bukannya semua orang kaya sahaja. Pastinya ada yang kaya, ada yang sederhana, ada yang bekerja dengan pendapatan kurang RM1,000 pun ramai juga!

Oleh kerana ramai di Dubai adalah expat, mereka yang berhijrah ke Dubai sama ada untuk bekerja atau memulakan perniagaan, boleh dikatakan pendapatan mereka sudah stable sebelum mengambil keputusan untuk pindah ke sini.

Dalam masa yang sama juga, mereka dari negara-negara yang berpendapatan rendah, datang ke Dubai untuk bekerja walaupun berpendapatan rendah, namun masih lagi tinggi berbanding dengan mata wang negara mereka.

Secara rata-rata, orang tempatan (orang Arab) di sini, memang kaya raya. Ramai expat yang berpindah ke sini yang mendapat kerja di syarikat antarabangsa multimillion juga boleh dikatakan hidup senang dan mewah. Sebagai perniagaan, oleh kerana gaya hidup yang tinggi dan disposable income yang tinggi, pemilik perniagaan yang berjaya juga boleh dikatakan orang kaya.

Tetapi ramai (boleh dikatakan jauh lebih ramai) yang hidup sederhana dan tak kurang juga hidup di bawah paras kemiskinan di Dubai, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah yang hidup di bandaraya yang mahal. Pastinya mereka tidak tinggal di kawasan mewah Dubai, tetapi di kawasan luar bandaraya Dubai yang lebih affordable.

Seperti di serata dunia, ramai perlu bekerja keras untuk menampung gaya hidup sendiri.

5. Polis bawa kereta Ferrari, Lambo, Porsche dan Mazeratti

Jujurnya pertama kali saya tiba di Dubai beberapa tahun lepas, ini yang saya cari! Mana taknya, sering menjadi viral di Internet, kereta polis adalah kereta sports seperti Ferrari, Lambo, Porsche dan Mazeratti.

Beberapa hari berlalu, tak jumpa pun! Seminggu dua kemudian, tak nampak pun! Yang nampak adalah kereta polis Toyota. Mana sports car kereta polis?

Kemudian baru saya tahu, TAK SEMUA kereta polis adalah sports car. Patutlah jarang nampak. Malah yang sports car hanyalah sebilangan kecil sahaja. Sekali sekala ada la ternampak. Tapi kebanyakan kereta polis bukanlah kereta sports.

Bagi saya, kereta sports polis hanyalah sekadar “show” sahaja di Dubai di tempat-tempat tertentu, lebih-lebih lagi di kawasan pelancongan. Mana taknya, kadar jenayah di Dubai adalah sangat-sangat rendah, hampir kosong (ini antara sebab saya suka Dubai!). Tak de guna pun kereta sports untuk kejar penjenayah…

Namun, di Dubai memang ramai memiliki kereta sports. Boleh dikatakan setiap street dan junction, selalunya pastinya ada kereta sports di jalan raya.

Tak lah banyak sampai macam ni. Ni hanya ketika pertunjukan kereta sports di Dubai 🙂

*Nota: Terlanjur cakap mengenai kereta di Dubai, Uber, paling busuk adalah kereta Lexus. Tak boleh kurang dari Lexus- yang ni memang boleh nampak merata-rata tempat.

6. Ramai orang kaya miliki harimau!

Sini satu lagi ‘viral’ yang terjadi. Gambar orang Dubai yang memiliki harimau!

Buatnya Cheetah tu NGAPPP kepala pemandu tu baru tahu...

Sekali lagi, setahu saya mungkin seorang dua kot yang ada pet harimau. Atau 3-4 orang. Saya pun tak pasti. Dan antara sebabnya adalah UAE membenarkan pemilikan haiwan exotic (kebanyakan negara melarang). Jadi, memang betul pun, orang-orang kaya Dubai yang terlebih kaya raya dan tak tahu nak belanja duit ke mana, mungkin bela lah harimau seekor dua.

Tetapi ianya bukanlah kebiasaan. Yang saya tahu, adalah kerabat ruler of Dubai yang mempunyai ruang/sangkar haiwan-haiwan exotic dia rumahnya…. oh, bukan rumah, tapi palace! (boleh di lihat dari jalan raya)

7. Susah untuk dapat kerja di Dubai atau mulakan perniagaan di Dubai!

Dan soalan cepu emasnya… adakah mudah untuk dapat kerja di Dubai atau mulakan perniagaan di Dubai?

Jawapannya, nak kata susah, tak susah. Nak kata senang… boleh juga!

Oleh kerana poin saya yang (1) di atas, lebih urang 90% populasi UAE/Dubai adalah expat, iaitu orang-rang dari negara lain. Bukan orang tempatan. Oleh sebab itu, ekonomi Dubai digerakkan oleh orang luar (seperti saya). Tanpa orang luar, pastinya ekonomi Dubai tidak booming seperti kini.

Oleh sebab itu, kerajaan UAE mempermudahkan juga orang luar negara untuk mendapatkan kerja di Dubai, serta mempermudahkan juga perniagaan bermula di Dubai.

Namun oleh kerana poin saya yang ke (3), persepsi dan juga realiti bahawa kos hidup di Dubai adalah mahal dibandingkan dengan banyak negara lain (termasuk Malaysia), ia menyukarkan juga mereka yang ingin kerja di sini dan menjalankan perniagaan di sini.

Dari segi kerja, dan sebagai perbandingan, pemandu teksi boleh menjana pendapatan bulanan RM5,000-RM6,000 di sini. Tetapi, oleh kerana kos hidup yang lebih tinggi, boleh dikatakan kesemua pemandu teksi yang saya jumpa dan berbual mengatakan mereka tidak dapat bawa ahli keluarga mereka (isteri dan anak-anak) ke Dubai dan terpaksa tinggalkan mereka di negara asal (Pakistan, India atau Bangladesh). Bertahun-tahun terpaksa berjauhan dari mereka. Dan ini adalah perkara yang sangat biasa di Dubai.

Bagi perniagaan pula, jangan lupa poin saya yang ke (2). Dubai mempunyai musim panas yang tersangatlah panas. Banyak aktiviti perniagaan perlahan ketika ini. Usahawan berpengalaman pesan pada saya, di Dubai perlu membuat business plan 9 bulan. Bukan 12 bulan. Oleh kerana 3 bulan itu, perniagaan agak slow. Oleh itu, perniagaan perlu bersiap sedia untuk keadaan ini.

Pendek kata, itulah 7 Salah Anggap saya mengenai Dubai sebelum saya memulakan perniagaan di sini. Mana tahu, ada rezeki anda datang melawat atau kembangkan perniagaan anda ke Dubai pula satu hari nanti. Memang best!

Saya pun mulakan perniagaan internet baru…

Mungkin ianya satu tabiat, bagi saya, setiap tahun, saya akan mulakan satu perniagaan internet baru. Kesemua perniagaan yang saya mulakan bermula kecil sahaja. Tidak meggunakan modal yang besar, ataupun pekerja. Dan kesemuanya menggunakan Internet sebagai platfom.

Bila guna internet, itu yang tidak perlu modal yang besar dan pekerja.

Selepas 3 tahun menjalankan perniagaan di Dubai yang pelbagai, tahun ini saya dapat lihat “gaps in the market” dan permintaan dalam food and beverage industry di dubai, terutamanya restoran-restoran mewah di sini dan menghasilkan perkhidmatan untuk pasaran ini.

Point saya sebenarnya bukanlah mengenai perniagaan saya. Tetapi mengenai “multiple source of income”.

Saya memiliki bebrapa aliran pendapatan. Dari royalti menulis buku, produk-produk saya di Internet, perkhidmatan yang dijalankan, dan juga beberapa perniagaan online dalam negara dan luar negara termasuk di Dubai kini.

Ramai antara kita hanya mempunyai 1 atau 2 aliran pendapatan sahaja. Namun sekiranya kita lihat mereka yang berjaya dalam bidang kewangan, mereka mempunyai 4…5 atau lebih aliran pendapatan.

Sebab itulah saya suka membina perniagaan online (walaupun kecil) tetapi, perlahan-lahan kembangkannya satu demi satu menggunakan teknik dan startegi perniagaan internet.

Sedikit pengakuan…

Saya memulakan beberapa perniagaan dan kembangkannya bukan hanya kerana pulangan dari segi wang. Tetapi, bagi saya sekiranya saya tidak mulakan sesuatu yang baru dan aktifkan dan cabar minda saya…. nanti saya akan jadi tersangat bosan!

Ya, saya jenis yang akan rasa “rimas” kalau tiada projek baru. I always want to start something new. A new venture. Kalau tidak, nanti saya bosan.

Bila saya mulakan sesuatu baru, saya akan belajar sesuatu baru. Dan ini sering memberi saya semangat dan momentum setiap hari dan setiap tahun.

Jadi, ianya win-win situation. Bukan sahaja multiple source of income dapat memberi pedapatan tabahan kepada saya dan keluarga, tetapi juga ia dapat penuhan masa saya dan cabar diri saya sendiri supaya tidak bosan dan sentiasa melakukan perkara baru!

Pernah kah anda berada dalam keadaan ini? Mungkin wang bukan merupakan masalah utama, dan anda mempunyai masa. Tetapi anda rasa ingin cuba sesuatu baru, a new veture untuk aktifkan diri sendiri.

Perniagaan di internet

Sentiasa saya beringat dan bersyukur sejak 20 tahun lalu telah belajar cara memulakan perniagaan di internet. Sejak itu, tidak lagi saya menoleh ke belakang dan terus menerus menggunakan internet sebagai platform utama perniagaan.

Dengan mempunyai ilmu perniagaan online, apabila saya mempunyai idea ingin memulakan sesuatu perniagaan, tak sampai 1 minggu, InshaAllah perniagaan itu akan bermula sudah di internet. Kalau ada rezeki, pendapatan baru (multiple source of income) juga bermula.

Platform Internet membolehkan kita memulakan perniagaan dengan mudah dan murah. Dengan hanya mempunyai laman web, dan media sosial kini, ia merupakan langkah pertama untuk menjana pendapatan tambahan.

Kerja dari rumah

Ketika menulis ini, saya berada di rumah. Walaupun mempunyai pejabat di Dubai Marina (sungguh cantik pemandangannya!), tetapi sering kali pejabat itu adalah untuk sebarang appointment dan meeting sahaja. Saya lebih suka dan selesa melakukan kerja dari rumah. Dan ini yang saya lakukan sejak 20 tahun lalu.

Salah satu manfaat menjalankan perniagaan online adalah dari segi kebebasan masa di mana saya boleh melakukannya di mana sahaja dan pada bila bila masa pun. Teringat saya sejak anak sulung saya dilahirkan lagi, saya sudah pun menjalankan perniagaan dari rumah. Ketika itu, bukan zaman Google, Facebook, YouTube, Instagram dan Whatsapp. Ketika itu, zaman ALtavista, Netscape, Lycos, Infoseek dan Ask Jeeves!

Kini, anak sulung sudah pun remaja (dan tambah lagi 3 anak), dan saya masih lagi bekerja dari rumah!

20 tahun berlalu dan perniagaan Internet kini…

20 tahun kini berlalu dan perniagaan internet merupakan platform utama serata dunia dalam memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan. Tidak kira perniagaan besar atau perniagaan kecil-kecilan menggunakan internet dan media sosial.

Sering juga saya fikirkan. Sekiranya 20 tahun lalu saya tidak belajar perniagaan internet, dan tidak memulakan perniagaan online, agak-agaknya apa yang saya lakukan hari ini?

Wallahualam. Allah SWT adalah perancang yang terbaik!

 

Bahayanya fikir negatif

Secara seyap-senyap, pemikiran negatif akan menyelinap masuk dalam minda kita. Dan mula kita merasa ragu-ragu dalam melakukan sesuatu.

Adakalanya kita bermula dengan positif dan penuh bersemangat untuk mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan, tetapi, apabila ada suara negatif dari pihak lain, seakan telah memakan diri sendiri dan berjangkit kita pula berfikir negatif.

Inilah penangannya pemikiran negatif.

Ya, ianya sangat sukar untuk dihalang. Lebih-lebih lagi sekiranya negativiti tersebut datang dari pihak lain.

Masalahnya, pemikiran negatif adalah lebih kuat dari pemikiran positif. Hinggakan jika 5 orang berfikir dan berkata-kata positif, dan hanya satu orang yang berfikir negatif dan berkata-kata negatif, lambat laun, kesemua 5 orang tersebut akan berfikir negatif juga- bukan yang negatif itu yang akan menjadi positif! Begitu kuatnya kesan negativiti.

Mengapa ini terjadi?

Ini kerana, pemikiran negatif adalah lebih mudah dari positif.

Contoh:

  • Menyalahkan orang lain kerana kita tidak berjaya (negatif) adalah lebih mudah dari berusaha sehari 4-5 jam untuk mencapai kejayaan (positif tetapi susah)
  • Malas dan tidak melakukan apa-apa (negatif) adalah lebih mudah dari membaca buku-buku ilmiah, mengikuti program-program keusahawanan, dan mencuba perkara-perkara baru untuk berjaya (positif tetapi susah)
  • Mencari alasan (negatif) adalah jauh lebih mudah dari berusaha tanpa henti (positif tetapi susah)

Akibat pemikiran, tutur kata dan perbuatan yang negatif adalah lebih mudah, maka itu yang kita sering lakukan. Psikologi manusia akan melakukan apa yang mudah (negatif) berbandingkan apa yang susah (positif).

Tanya pada diri sendiri, adakah kita benar-benar berusaha (positif) atau kita sering mengambil jalan mudah tidak berusaha dan menyalahkan orang lain? (negatif)

Sebab itulah juga, kita sebagai manusia sering lebih mudah mencari kesilapan orang lain, dan bukan kesilapan diri kita sendiri.

Bayangkan pasangan suami isteri yang sedang bergaduh, dalam keadaan marah dan tertekan, masing-masing bertengkar menyalahkan satu sama lain. Kesemua perbuatan dan kelakuan negatif akan di ungkit-ungkitkan. Maklumlah, sedang marah (negatif).

Sekiranya negatif yang kita fikirkan, maka negatif lah yang kita dapat lihat dan cari. Negatif sahaja yang kita nampak. Dalam pertengkaran suami isteri tersebut, si suami akan menyalahkan isteri- ini tak betul, itu tak betul. Dan isteri pula akan menyalahkan suami- ini tak betul dan itu tak betul.

Dalam keadaan pemikiran negatif, yang positif tidak dapat dilihat.

Pernah tak anda mengalami keadaan ini? Hanya melihat negatif sahaja dan bukan yang positif.

Ianya terjadi pada semua orang. Maklumlah, kita manusia…

Berita baiknya adalah, pemikiran positif adalah tabiat. Ianya bergantung pada individu tersebut.

Sesetengah individu, tidak kira dalam keadaan apa pun akan bersabar dan berfikir positif. Anda mengenali orang sebegini?

Ini kerana, individu tersebut telah mengamalkan pemikiran yang positif sejak dulu lagi dan ianya telah sebati dan menjadi tabiat dalam diri sendiri. Mereka sering melihat perkara-perkara yang positif sahaja oleh kerana itu yang di cari. Tidak suka mencari negatif dan melihat negatif kerana mereka tahu, sekiranya negatif yang di cari, dalam segala kebaikan pastinya mereka akan jumpa yang negatif juga.

Pernah saya bersama seorang yang sangat negatif, seorang rakan saya satu ketika dulu. Sambil berbual, tersebut mengenai seorang kenalan lama kami.

“Eh, si polan (seorang ahli perniagaan berjaya) tu baru-baru ni bina yayasan nak bantu keluarga-keluarga yang susah dikampungnya” saya kata.

Jawab rakan saya itu “Alah… dia tu dari dulu suka menunjuk!”

????

Orang yang negatif pastinya akan lihat yang negatif- walaupun dalam sesuatu kebaikan. Sekiranya negatif yang dicari, maka negatif lah yang akan kita jumpa. Sekiranya negatif yang difikirkan, maka negatif juga yang akan di pertuturkan dari mulut.

Sejak itu, saya telah jauhkan diri darinya. Kerana saya tahu, sekiranya saya bersama orang yang negatif, lambat laun saya juga akan terkesan dan menjadi negatif seperti mereka.

InshaAllah, saya tidak rugi.

Dalam mencapai kejayaan, pemikiran, kata-kata dan perbuatan positif adalah penting. Mereka yang negatif, tidak akan berjaya. Itulah hakikatnya.

Cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan

Tentunya kita pernah dengar USP- iaitu unique selling proposition. Yang mencadangkan untuk sesuatu perniagaan berjaya dalam keadaan pesaingan yang sengit, perniagaan itu perlu mengetengahkan sesuatu yang unik.

Keunikan berkait rapat dengan kreativiti. Dan dalam perniagaan, sama ada cara melancarkan perniagaan, cara pemasaran, cara mengendalikan perniagaan, sekiranya dilakukan dengan kreatif, ia akan menjadi unik!

Tetapi, bagaimana caranya untuk kita menjadi kreatif dalam perniagaan?

1. Jadi kreatif dengan cara banyak surf internet!

Pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pandangan. Zaman ini, dengan adanya internet, kita tidak perlu lagi secara fizikal untuk mendapat luas pandangan.

Dunia ada di hujung jari anda sahaja.

Layari internet untuk mendapat idea-idea yang boleh diaplikasikan pada perniagaan anda. Lakukan search di Google tentang perniagaan dan industri anda, tetapi lakukan search untuk melihat perniagaan-perniagaan dan industri anda di luar negara- bukan sahaja di Malaysia.

Dengan melakukan ini, anda akan mendapat lebih banyak idea-idea yang digunakan di luar negara yang boleh diaplikasikan untuk perniagaan anda di Malaysia!

2. Tak semestinya industri anda sahaja!

Buka fikiran anda untuk idea-idea yang dilakukan oleh perniagaan lain, dan industri anda. Jangan hanya tumpu pada idea yang terdapat pada industri anda sahaja.

Adakalanya idea dari industri lain, boleh diaplikasikan untuk industri anda.

Sebagai contoh, mungkin dari search anda, anda terjumpa perniagaan kasut “Tom’s” www.toms.com. Sebuah perniagaan menjual kastu yang telah menjadi popular melalui pergerakan mereka, beli sepasang kasut, dan sepasang kasut akan didermakan oleh Tom’s kepada kanak-kanak yang susah di Afrika!

Hmmm… boleh kah idea sebegitu digunakan dalam industri tudung sebagai contoh? Beli tudung dari anda, dan sehelai tudung akan didermakan kepada mereka yang kurang berada!

Hanya sekadar contoh, tetapi anda dapat lihat bagaimana caranya menjadi kreatif? Ianya tidak susah!

3. Kreativiti adalah seperti otot. Lagi digunakan, lagi kuat!

Sering kita lihat, ada “Orang yang kreatif” ada pula “orang yang tidak kreatif”.

Sebenarnya kreativiti adalah seperti otot. Orang yang kreatif, sering berfikir dan melihat perkara-perkara kreatif. Seperti contoh-contoh di atas. Kreativiti ini akan merangsang diri sendiri untuk menjadi lebih kreatif.

Lebih banyak yang kita fikirkan untuk jadikan perniagaan kita kreatif, lebih banyak idea-idea kreatif yang kita akan dapat.

Seperti otot, lagi banyak kita bersenam dan workout, lebih kuat otot kita. Jika kita kurang fikirkan kreativiti dalam perniagaan, sebab itulah kita tidak menjadi kreatif.

Oleh itu, untuk menjadi kreatif, mula berfikir secara kreatif. Lama kelamaan, anda akan mendapat lebih banyak idea-idea yang kreatif yang anda boleh aplikasikan dalam perniagaan anda!

Contoh-contoh idea kreatif yang saya lihat yang dilakukan…

  1. Tom’s shoes menjadi kreatif melalui derma. Untuk setiap pembelian kasut, mereka menderma kasut pada kanak-kanak yang tidak mampu serata dunia.
  2. Perniagaan Sharpie (pen warna) menggalakkan pengguna-pengguna pen tersebut menghantar hasil lukisan/contengan mereka kepada sharpie untuk Sharpie paparkan di Instagram mereka!
  3. Sebuah restoran Pizza memberi satu slice pizza kecil percuma kepada pelawat mereka yang “follow” mereka di Instagram.
  4. Sebuah travel agent menjalankan pertandingan selfie. Ambil selfie di tempat-tempat menarik, dan gunakan hashtag travel agent tersebut untuk mendapat diskaun travelling akan datang!

Dan banyak lagi! Jangan lupa… fikirkan bagaimana idea yang kreatif dari industri lain boleh anda aplikasikan untuk perniagaan anda juga!

3 Cara YAKINKAN DIRI untuk mulakan perniagaan

Keyakinan diri memang diperlukan dalam memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak mempunyai pengalaman memulakaan perniagaan, atau yang pernah gagal dalam perniagan.

Dalam apa sahaja buku motivasi kejayaan, sering ditekankan untuk mempunyai keyakinan diri sebagai langkah pertama. Tanpa keyakinan diri, semuanya tidak menjadi. Begitu juga dengan perniagaan.

Berikut adalah 3 tip cara meningkatkan keyakinan diri untuk memulakan perniagaan…

1. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain

Sering kali kita melihat kejayaan orang lain, dan kita merasa diri kita kecil dan tidak mampu capai kejayaan seperti mereka. Mana taknya, tambahan di zaman media sosial kini, pelbagai kisah kejayaan dipaparkan di media sosial.

Gaya hidup mereka yang bergelar “usahawan” umpama gaya hidup yang hebat dan sempurna. Maklumah, resmi media sosial, itulah yang sering di war-warkan dan ditunjukkan.

Kisah kegagalan, kesedihan, kesusahan ketika menghadapi cabaran perniagaan sangat kurang dikongsikan. Apa yang kita sering lihat adalah kejayaan, dan segalanya sempurna.

Sekiranya ini memberi inspirasi kepada kita, maka tidak mengapa.

Tetapi, sebaiknya, jangan dibandingkan. Manusia mempunyai bakat, kebolehan, sumber yang berbeza. Bandingkan diri kita dengan diri kita sendiri. Perbaiki diri kita supaya lebih baik dari semalam, bulan lepas dan tahun lepas.

Usaha untuk perbaiki diri sendiri sahaja. Sekiranya ingin mulakan perniagaan, apa kata mulakan sahaja dan timba ilmu dan pengalaman untuk diri sendiri. Usah dibandingkan dengan orang lain.

2. Sentiasa fikir positif!

Satu ketika dulu, ketika saya masih lagi muda, saya TIDAK MAHU jadi kaya!

Ini kerana, saya sering kaitkan orang “Kaya” sebagai sesuatu yang jahat, atau berdosa, atau tidak baik. Maklumah, sejak kecil lagi sering menonton TV watak-watak jahat semuanya orang kaya sahaja. Mana taknya, sedangkan filem P Ramlee juga, watak-watak jahat adalah orang kaya.

Oleh kerana pemikiran negatif ini, membuatkan saya tidak yakin dan tidak mahu memulakan perniagaan dan berjaya.

Sehingga saya mula kaitkan perkara-perkara positif mengenai perniagaan, kejayaan, dan kekayaan, ketika itulah baru saya mula berani dan yakin untuk mulakan perniagaan.

Fikirkan, apakah perkara-perkara negatif yang menghalang anda dari mulakan perniagaan? Adakah takut gagal? Takut tiada masa? Takut apa pula orang kata? Takut tidak mendapat sokongan? Dan sebagainya…

Buangkan fikiran-fikiran ini jauh-jauh. Berdamping bersama mereka yang lebih positif dan mereka yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu memulakan perniagaan. Ini pasti akan memberi anda pemikiran yang lebih positif lagi untuk bermula!

3. Punyai matlamat dan visi yang jelas

Sekiranya matlamat anda samar-samar, keyakinan juga akan turut samar-samar.

Punyai matlamat dan visi yang sangat jelas.

“Saya ingin mulakan perniagaan”

Matlamat ini tidak cukup. Ianya tidak jelas dan agak subjektif.

Tetapi, cuba letakkan matlamat dan visi yang lebih jelas seperti:

“Saya ingin mulakan perniagaan menjual produk kesihatan melalui internet, dan selepas 6 bulan ingin menjana pendapatan RM10,000 setiap bulan!”

Matlamat sebegini adalah lebih tepat dan jelas!

Mempunyai matlamat yang lebih jelas akan memberi keyakinan kepada diri kita sendiri sekiranya kita sering fikirkan dan ulangkan matlamat tersebut dalam kepada kita.

Ianya seakan-akan memberi hala tuju dan sasaran untuk kita fokus pada usaha kita. Apa yang kita perlu lakukan seterusnya adalah…

BERMULA!

Keyakinan diri bukanlah sesuatu yang dimiliki secara semulajadi pada semua orang. Sesetengah kita memang sedia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mungkin dari cara kita membesar.

Seperti saya, saya seorang yang pemalu, pendiam, dan tidak mempunyai keyakinan diri satu ketika dulu. Tetapi, apabila langkah demi langkah, dan sedikit demi sedikit memperbaiki diri saya sendiri, keyakinan diri pun datang!

Tak suka kerja 9 pagi hingga 5 petang!

Sesetengah dari kita, memang tidak suka kerja dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Tetapi, oleh kerana terpaksa untuk jana pendapatan, maka kita bekerja.

Satu ketika dulu, saya juga bekerja mengikut waktu pejabat. Walaupun tidak suka, tetapi terpaksa. Kalau tak kerja, bagaimana hendak bayar sewa rumah dan makan minum? Ketika itu, saya belum lagi memiliki kereta. Pergi pejabat pun berjalan kaki sahaja untuk jimat wang. Maklumlah, baru lepas tamat beajar di Universiti.

Sememangnya, pada peringkat permulaan, kita akan lakukan kerana wang. Jadi saya terpaksa kerja. Namun, dalam diri saya sendiri saya inginkan kelainan- tidak mahu terikat dengan kerja makan gaji 9 pagi hingga 5 petang. Dan ingin menjana pendapatan dari rumah, mengikut masa saya sendiri.

Ketika itulah saya mula menjinakkan diri dengan perniagaan online secara sambilan. Sambil bekerja, sambil menjalankan perniagaan.

Langkah #1: Tak mengapa kalau tak suka. Terpaksa!

Pastinya kita pernah dengar kata-kata bahawa, untuk berjaya, kita perlu lakukan apa yang kita suka.

Memang benar!

TETAPI, pada permulaannya, memang tidak dapat dinafikan kita perlu melakukan apa yang kita tidak suka, untuk mendapatkan wang. Sepertimana saya lebih cenderung ingin mulakan perniagaan 20 tahun lalu, namun saya terpaksa kerja makan gaji juga untuk menampung hidup ketika itu.

Apa yang penting, saya sentiasa tanamkan matlamat dan cita-cita dalam diri saya sendiri untuk mulakan perniagaan secara sambilan, dan sekiranya ada rezeki, perniagaan sambilan itu dapat menampung hidup saya untuk saya berhenti kerja 9-5 dan fokus pada perniagaan sahaja.

Sekiranya anda melakukan sesuatu yang anda tidak minat dan tidak suka kini, tidak mengapa. Tetapi, simpan niat untuk satu hari nanti, ubah diri sendiri untuk melakukan apa yang kita suka!

Langkah #2: Perlu berubah. Berubah pula susah!

Mengapa kita masih belum mencapai matlamat kita?

Jawapannya mudah tapi agak pedas.

Kerana, kita tidak mahu berubah. Melakukan sesuatu yang sama sahaja setiap hari, akan memberi keputusan yang sama sahaja. Sebab itulah hidup kita masih sama seperti tahun lepas, 3 tahun lepas, 5 tahun lepas atau lebih!

Tidak akan terjadi sekiranya kita melakukan perkara yang sama, tetapi keputusan atau outcome adalah berbeza.

Untuk mencapai matlamat, kita perlu berubah melakukan sesuatu yang baru. Melakukan sesuatu yang baru pula bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan kita keluar dari zon selesa kita.

Nak tak nak, itu yang mesti dilakukan. Kejayaan kita dalam mencapai matlamat, adalah bila kita keluar dari zon selesa. Memang tidak mudah. Sebab itulah ramai yang masih belum mencapai cita-cita mereka…

Langkah #3: Belajar, baca, tonton, dengar dan seumpama!

Zaman internet kini, mencari ilmu bukan sahaja melalui membaca buku. Baca online, tonton YouTube, dengar PodCast dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan untuk berubah sekiranya tidak suka bekerja 9-5, anda perlu banyak belajar dan terus belajar.

Tidak kira apa pun cara anda belajar, mula baca mengenai menjalankan perniagaan online. Tonton video-video YouTube tip dan strategi perniagaan, ada banyak juga podcast-podcast motivasi perniagaan di Internet.

Lebih banyak yang kira belajar, ia akan siap sediakan kita dari segi mental (dan juga fizikal) untuk keluar dari kitaran bekerja 9-5 dan menjalankan perniagaan secara sambilan.

Ramai yang tanya saya, apakah langkah pertama sebelum mulakan perniagaan? Jawapan saya sering kali adalah, cari ilmu terlebih dahulu.

Ilmu yang kita belajar, tak semestinya lengap sebelum kita mulakan perniagaan. Ilmu tidak akan lengkap. Tetapi, dengan sedikit ilmu persiapan, ia akan sedikit sebanyak membantu kita memulakan transisi dari bekerja 9-5 kepada mulakan perniagaan sambilan.

Mudahan perkongsian saya kali ini dapat membuka mata dan minda anda sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan secara sambilan!

All the best!

Semua masalah pastinya ada penyelesaiannya…

Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari masalah. Ada masalah yang kecil, ada juga masalah yang besar. Setahun, mungkin sekali atau dua kali kita akan menemui krisis yang sangat hebat!

Inilah lumrahnya manusia.

Apabila menemui masalah…

Apabila menemui masalah, tentunya kita akan rasa down dan tertekan. Lagi besar masalah yang melanda, lagi besar bebanan dan tekanan yang akan di rasa.

Ada yang sehingga merasakan diri tak berdaya dan ingin putus asa.

Fasa ini adalah kebiasaan. Kita tidak dapat lari dari perasaan sedih, marah, tertekan apabila dilanda masalah.

Terima keadaan ini dengan rasa terbuka oleh kerana waktu ini juga akan memberi tekanan kepada kita untuk bersedia mencari penyelesaiannya!

Banyak kisah yang kita sering dengar apabila seseorang itu mempunyai masalah kewangan, tekanan yang dirasai membuatkan mereka mencari ikhtar untuk keluar dari tekanan tersebut!

Mencari penyelesaian…

Tidak kira apa sahaja masalah yang anda lalui, pastinya ada penyelesaian. Pasti juga terdapat orang lain yang melalui masalah yang serupa sebelum ini. Apa yang mereka lakukan?

Muhasabah diri sendiri. Mengapa anda terjerat dalam masalah tersebut? Pastinya ada sebab dan mungkin salah diri sendiri juga. Untuk mencari penyelesaian, jangan terlalu fikirkan masalah, namun, perlu tahu mengapa dan dari mana masalah itu berpunca supaya kita dapat perbaikinya.

Apabila menilai diri sendiri, fikirkan cara-cara untuk perbaiki diri dan keadaan supaya dapat mencari penyelesaian. Ambil langkah demi langkah.

Masalah yang kecil, pastinya mudah untuk diselesaikan. Masalah yang lebih besar, tentunya memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk diselesaikan.

Mungkin penyelesaian adalah berperingkat, sikit demi sedikit. Ianya tidak mengapa, yang penting adalah progres yang dilakukan dan tindakan yang dilakukan.

Luangkan masa untuk kosongkan kepada, berjalan di taman, di tempat yang sunyi, atau di mana sahaja untuk mencari ketenangan. Waktu inilah ilham akan datang untuk menyelesaikan masalah!

Ilham tanpa ikhtiar tidak berguna…

Mendapat ilham sesuatu penyelesaian hanyalah langkah pertama. Ianya perlu disusuli dengan ikhtiar.

Usaha dan ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah itu. Masalah tidak akan selesai tanpa tindakan yang diambil. Tunggu dan lihat mungkin akan menjadikan keadaan lebih teruk.

Untuk mengubah keadaan, kita perlu mengubah diri kita sendiri terlebih dahulu. Dan perubahan pertama yang perlu dilakukan adalah take action!

Seperti kisah yang sering kita dengar, apabila seseorang yang melanda masalah kewangan, dirinya berusaha mencari idea untuk mulakan perniagaan. Namun apakah cara yang terbaik memulakan sesuatu perniagaan?

Jawapannya adalah “BERMULA”.

Tip menghasilkan video LIVE di Internet

Salah satu trend terkini dalam perniagaan online, adalah video marketing. Menurut majalah Forbes, 80% isi kandungan Internet adalah video menjelang 2020 nanti.

Antara strategi pemasaran video yang paling mudah dan popular adalah berkongsikan informasi yang relevan mengenai perniagaan anda.

Contoh:

  • Sebagai agen hartanah, kongsikan tip-tip hartanah
  • Sebagai penasihat kewangan, kongsikan tip-tip kewangan
  • Sebagai fitness coach, kongsikan tip-tip kesihatan

Tip #1:

Kongsikan informasi dalam video yang dihasilkan. Bukan promosi semata-mata. Video yang berbentuk promosi, kurang yang akan menonton.

Fikirkan seperti iklan di YouTube, di mana anda hanya “skip” sahaja iklan. Betul tak?

Namun, walaupun kongsikan informasi ataupun tip yang relevan dengan industri anda, selitkan juga sedikit promosi.

Fikirkan 80-20. 80% dari isi kandungan video anda adalah informasi, dan 20% adalah promosi. Sekiranya video anda adalah video 10 minit, penuhkan 8 minit dengan informasi yang membantu penonton. Lagi 2 minit, kongsikan mengenai perniagaan anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat hasilkan video yang ditonton sasaran pasaran anda, dan dalam waktu yang sama, mempromosikan perniagaan anda!

Tip #2:

Sekiranya video anda adalah berbentuk “talking head”, bererti anda bercakap dan kongsikan informasi kepada orang ramai (seperti mana video yang sering saya hasilkan- contoh di bawah)

Contoh video “talking head”

Prepare-prepare dan prepare. Sediakan nota dan rancang apa yang anda ingin sampaikan.

Mungkin anda pernah melihat video saya seperti di sini, namun, sebelum menghasilkan video, saya akan rancang terlebih dahulu apakan point-point yang ingin saya kongsikan. Bukan terus bercakap sahaja!

Apabila kita prepare nota dan point-point yang ingin disampaikan, ini akan membantu melancarkan lagi apa yang ingin dikongsikan.

Jangan kongsikan terlalu banyak perkara dalam satu waktu yang singkat. Kongsikan maklumat yang padat dan membantu sasaran pasaran anda.

Pada hari lain, kongsikan maklumat lain pula. Jangan gabungkan terlalu banyak perkara dalam satu video oleh kerana ia akan mengelirukan penonton anda sahaja.

Oh ya, video informasi tidak lebih dari 20 minit sudah memadai. Kurang pun boleh- lagi padat, lagi baik!

Tip #3:

Tidak perlu laburkan wang untuk mendapatkan peralatan tercanggih dan terbaik!

Ada yang fikirkan perlu camera yang hebat, perlu setup lampu seperti studio, atau perlu peralatan bunyi microphone yang mahal.

TIDAK!

Gunakan smartphone pun sudah memadai. Zaman ini, camera pada smartphone yang kita miliki dapat menghasilkan video yang berkualiti.

Apa yang kita tidak mahu adalah alasan “tiada peralatan canggih” untuk bermula.

Keluarkan smartphone anda, dan mulakan rakaman (atau live). Practice makes perfect! Selagi kita tidak mula mencuba dan practice, selagi itu kita tidak akan hasilkan video untuk perniagaan kita.

Namun, mungkin satu pelaburan yang baik untuk peralatan yang boleh anda dapatkan, adalah TRIPOD!

Letakkan telephone anda pada tripod paras mata (eye level), cari tempat yang terang dan tidak bising, dan anda dapat hasilkan video yang menarik!

Tetapi, jangan pula ada alasan sekiranya TIADA TRIPOD- seperti gambar saya di atas di mana saya terlupa bawa tripod saya!

Yang penting, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi kita tidak mula mencuba, selagi itu kita tidak akan gunakan platform video marketing untuk perniagaan  kita yang sangat efektif ini!

Pelajari pelbagai teknik dan strategi yang efektif untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda di Program saya, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial! Klik di sini untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

3 Strategi Pemasaran TANPA MODAL

Ramai yang fikirkan “perlu duit untuk buat duit”. Kita sering fikir…

  • Bila tiada duit, susah nak kembangkan perniagaan
  • Bila tiada duit, tak boleh nak letak iklan
  • Bila tiada duit, sukar untuk bersaing

Sebenarnya, ianya adalah satu mitos bahawa untuk kembangkan perniagaan, anda memerlukan duit yang banyak.

Memanglah, kalau ada banyak duit, lebih mudah untuk kembangkan perniagaan. Tetapi bagaimana pula dengan usahawan kecil-kecilan di mana wang/modal/duit sering menjadi kekangan.

Apa yang anda perlu adalah ILMU…

Berikut adalah 3 strategi online yang tidak memerlukan wang tetapi memerlukan ILMU…

1. SEO (Search Engine Optimization)

Bunyinya agak canggih, tetapi maksudnya adalah cara bagaimana anda boleh bawa laman web anda di hadapan sekali di Google.

Contoh, apabila kita lakukan carian “Halal Gelatine” di Google, kita akan dapat lamanweb yang menjual halal gelatine.

Ini adalah antara pelajar program saya kendalikan! Beliau menggunakan strategi SEO berjaya membawa laman web ke depan enjin pencari dan mendapat pelanggan tempatan dan serata dunia tanpa menggunakan sebarang modal – hanya menggunakan ILMU!

2. Membina jenama!

Lumrah perniagaan pastinya ada pesaingan. Silap-silap, pesaingan yang ramai. Cara untuk menjayakan sesuatu perniagaan sekiranya ramai pesaing dan kurang modal adalah penjenamaan peribadi- atau self branding.

Ianya penting untuk membina jenama walaupun perniagaan kita adalah perniagaan kecil-kecilan oleh kerana membina jenama bererti orang akan ingat pada perniagaan kita.

Membina jenama tidak semestinya memerlukan modal. Jangan di bandingkan jenama Coca-Cola, Air Asia atau Zalora – kesemuanya ini adalah syarikat besar yang mempunyai modal yang banyak.

Tetapi antara cara membina jenama adalah “content marketing”, seperti mana anda melihat influencers-influencers di internet di mana mereka tidak menggunakan modal, tetapi menggunakan daya tarikan personal branding mereka dalam perniagaan. Ini juga memerlukan ILMU!

3. Media Sosial

Zaman ini, media sosial telah menjadi gaya hidup. Dan tentunya media sosial adalah percuma. Ia memainkan peranan yang penting dalam perniagaan dalam membina hubungan antara pelanggan dan perniagaan.

Namun, ramai yang menggunakan media sosial dengan cara yang salah. Cara yang salah ertinya adalah, apabila kita update media sosial, dan akibatnya, tidak ramai yang LIKE atau SHARE atau comment pada posting yang kita lakukan. Yang ada pun mungkin dua tiga orang sahaja.

Bererti tiada “engagement”. Apa yang penting di media sosial adalah “engagement”, iaitu bagaimana mengalakkan orang ramai berinteraksi dengan media sosial sesuatu perniagaan.

Ianya penting untuk menganggap media sosial sebagai media interaksi (sosial) dan bukan media jualan. Tetapi, dalam pada interaksi tersebut, secara ‘lembut’ dapat menjual produk dan perkhidmatan kita. Itulah ILMU yang perlu di cari!

Dalam perniagaan, anda boleh laburkan wang dan kos untuk iklan berbayar. Tetapi, satu lagi pilihan sekiranya anda tidak dapat laburkan wang dan kos untuk iklan, anda perlu laburkan masa untuk mencari ILMU.

Apa kata laburkan masa anda berjumpa dengan saya di sesi preview Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial…