Potensi Media Sosial Dalam Pemasaran (Bahagian 1)

Adakah anda sedar mengenai potensi Pemasaran Media Sosial pada masa kini? Pemasaran Media Sosial merupakan salah satu cara pemasaran yang amat berkesan jika diaplikasikan dengan cara yang betul. Perkhidmatan ‘Microblogging’ merupakan salah satu contoh Pemasaran Media Sosial. Apa yang paling penting ialah anda perlu mendapatkan ‘follower’ sebanyak yang mungkin. Oleh itu, anda haruslah sentiasa post update sekerap yang mungkin dan sentiasa mencari follower baru. Dengan cara ini bukan sahaja anda boleh mendapatkan follower malah anda boleh mengeratkan lagi hubungan rapat dengan mereka.

Media Sosial berkembang begitu pesat dan hampir semua orang menggunakan pelbagai media sosial yang ada pada masa kini. Anda tentu masih ingat dengan Friendster. Diawal kemunculannya, media sosial  ini sangat digemari oleh generasi muda. Mahasiswa mengakses internet dan membuka jaringan sosial ini untuk saling berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Tidak lama kemudian, muncul pula Facebook dan Twitter yang sehingga kini masih menjadi media sosial dengan jumlah pengguna aktif terbanyak di dunia.

Jika anda menggunakan Media Sosial untuk memasarkan perniagaan anda yang sedia ada, terutamanya yang berasaskan dalam talian, pastikan anda memasukkan pautan ke laman web jualan anda. Ianya merupakan kesilapan besar dalam pemasaran Media Sosial sekiranya anda tidak melakukan sedemikian. Tujuannya adalah supaya mereka yang temui anda di media sosial, berpeluang melihat segala yang anda tawarkan di laman web anda.

Pemasaran menggunakan media sosial merupakan salah satu teknik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan media sosial sebagai aktiviti pemasaran, peniaga boleh mendapat pelanggan baru yang berpotensi dengan mudah dan mereka juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai produk anda. Bukan untuk pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga boleh didapati dengan adanya media sosial ini.

Hampir semua industri dengan berbagai jenama besar telah menggunakan media sosial sebagai pemasaran mereka. Ini adalah kerana mereka sedar bahawa media sosial adalah antara cara pemasaran yang terbaik dizaman ini.

Strategi Pemasaran Media Sosial Melalui Video

pemasaran video

Video Youtube juga memainkan peranan untuk meningkatkan sesuatu perniagaan. Ini adalah kerana lumrah manusia yang suka menonton video. Pemasaran video juga mempunyai strateginya yang tersendiri. Antaranya adalah dengan memasukkan tag yang sesuai terhadap video Youtube anda akan memudahkan pencarian yang akan terkait dengan perkhidmatan bisnes anda. Anda boleh menggunakan kelebihan ‘keyword tools’ daripada google untuk mencari kata kunci yang popular di kalangan ‘target audience’ anda. Penonton akan cenderung untuk share video dengan orang lain sekiranya mereka menemui apa yang mereka inginkan. Oleh itu pastikan video yang anda hasilkan adalah menarik supaya mereka yang menonton tidak bosan dan sudah pasti mereka akan kongsikan dengan kawan-kawan mereka.

[Bersambung di “Potensi Media Sosial Dalam Pemasaran (Bahagian 2)”]

Jutawan Gawat! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Jutawan Gawat! (Bahagian 1)”]

Mulakan perniagaan berkos rendah

soho

Kini, perkataan SoHo – Small office Home office sudah menjadi kebiasaan. Seperti yang saya sering sarankan, apabila memulakan perniagaan, fikirkan pilihan untuk mengurangkan kos permulaan. Zaman kini, dengan kebolehan dan kekuatan Internet, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan daripada rumah. Jadi, mulakan SoHo!

Memulakan perniagaan secara tradisional, seperti menyewa tapak kedai, membuat renovation kedai, memasang kelengkapan kedai dan sebagainya boleh memakan berpuluh ribu ringgit kos permulaan. Itu pun belum dikira kos overhead yang tinggi membayar elektrik, air, air-cond, pekerja, pengangkutan dan sebagainya.

Bolehkah perniagaan anda dilakukan daripada rumah? Itulah soalan pertama yang anda perlu tanya pada diri anda sendiri. Small office home office adalah konsep yang sangat popular di negara barat, dan mula mendapat perhatian kita di Malaysia. Secara peribadi, saya telah menjalankan perniagaan SoHo sejak 10 tahun lalu! Bila kita kurangkan kos, maka, keuntungan juga bertambah berlipat kali ganda!

Perniagaan tidak kira keadaan ekonomi

Satu tip yang saya terima dari pakar perniagaan adalah, tidak kira ekonomi naik atau turun, permintaan produk dan perkhidmatan mengenai ‘health’ dan juga ‘wellness’ tidak banyak berubah. Ini kerana, orang ramai kini menitikberatkan kesihatan tidak kira keadaan ekonomi.

Fikirkan produk dan perkhidmatan yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi. Pelajari trend belian ketika ekonomi merosot, dan anda pasti akan jumpa produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk dijual!

Menurut majalah Entrepreneur, produk organik juga adalah antara produk yang akan BOOM ketika ekonomi merosot. Di sini juga saya sarankan agar kita semua luangkan masa untuk membaca majalah-majalah perniagaan dan mencari idea-idea perniagaan!

Akhir kata…

Tidak kira keadaan ekonomi, dengan kebijaksanaan, usahawan perlu melihat peluang-peluang yang ada dihadapan mereka. Fikirkan positif dan jangan hanya lihat kepada kesan ekonomi negatif sahaja. Saya telah melihat sendiri, telah ramai usahawan yang berjaya ketika keadaan ekonomi merosot!

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah pendekatan perniagaan supaya dapat hidup tidak kira ekonomi turun atau naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru. Tiada yang mustahil dalam perniagaan!

Teringat saya akan kisah kawan baik saya, jutawan hartanah Azizi Ali. Tahukah anda, bagaimana beliau menjadi jutawan? Beliau membeli rumah ketika gawat 10 tahun lepas, dan menjualnya ketika ekonomi pulih semula!

Itulah yang dinamakan Jutawan Gawat – menggunakan peluang kegawatan untuk memperolehi keuntungan!

Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,

Irfan Khairi

Jutawan Gawat! (Bahagian 1)

Selalu juga yang bertanya kepada saya, perniagaan apa yang perlu dilakukan ketika ekonomi merundum? Di waktu kegawatan sekarang ini, banyak syarikat-syarikat telah terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja mereka untuk mengelakkan daripada jatuh bankrap. Golongan penganggur pula memang sudah ramai yang sedia ada.

penganggur

Keadaan ekonomi yang merosot bagaikan memaksa ramai memikirkan untuk memulakan perniagaan.  Tetapi, perniagaan apa? Boleh ke berjaya di dalam perniagaan di waktu gawat sebegini? Apatah lagi untuk menjadi jutawan ketika gawat?

Berikut adalah beberapa idea dan juga keadaan untuk kita sama-sama fikirkan…

Sasarkan perniagaan anda kepada “baby boomers”

Baby boomers merujuk kepada golongan yang lahir dalam lingkungan 1945-1965. Ramai golongan ini dikatakan golongan yang “stable” dan tidak terjejas sangat dengan keadaan ekonomi (bukan seperti kita-kita yang muda-mudi ini). Mereka mempunyai kuasa pembelian yang kuat oleh kerana mempunyai pendapatan untuk dibelanjakan dengan banyak.

Jika diikutkan, golongan baby boomers ini sedang dalam proses pencen, atau baru pencen. Oleh itu, kuasa belian adalah agak tinggi. Ingin memulakan perniagaan ketika gawat? Sasarkan pada golongan ini!

Jual produk atau perkhidmatan yang “mampu dibeli” bukan mewah

Ketika ekonomi gawat, ramai akan mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Ramai akan cuba mengurangkan kos sara hidup dengan mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Oleh yang demikian, ketika keadaan ekonomi gawat, produk dan perkhidmatan di dalam kategori “mewah” perlu dielakkan.

Keadaan ekonomi gawat mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Mereka akan cuba untuk tidak berbelanja sesuka hati mengikut nafsu. Oleh yang demikian, gunakan pengetahuan ini untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Niagakan produk dan perkhidmatan yang dalam kemampuan ramai orang dan bukan produk atau perkhidmatan yang mewah.

[Bersambung di “Jutawan Gawat! (Bahagian 2)”]

Antara Strategi & Teknik (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Antara Strategi & Teknik (Bahagian 1)”]

Walaupun kedua-duanya penting tetapi, TEKNIK boleh dikatakan dipelajari melalui teori, manakala STRATEGI dipelajari melalui pengalaman (atau daripada mereka yang berpengalaman).

Sebab itu dalam peperangan, pengatur strategi adalah general yang berpengalaman dan bukan yang pakar dalam teknikal perang.

Strategi adalah amat penting untuk membezakan anda dengan pesaing. Ini kerana, ramai orang sedia maklum mengenai teknik-teknik perniagaan Internet tetapi, tidak ramai yang arif dalam strategi perniagaan.

strategi

Strategy is looking at things in a bigger picture!

Nasihat saya adalah cuba lihat perniagaan anda atau perancangan perniagaan anda in a bigger picture. Draftkan satu strategy yang lengkap. Sebabnya ramai usahawan Internet terlalu menumpukan kepada teknik tanpa mementingkan strategi. Maka, amat sukarlah untuk bersaing kerana kebanyakannya sudah memahami teknik. Dan kesemuanya menggunakan teknik yang sama. Tetapi, jika anda mempunyai TEKNIK perniagaan internet yang berkesan, ditambah lagi dengan STRATEGI yang menyeluruh, sudah pasti perniagaan anda akan cepat berkembang maju, selamat mencuba!

Antara Strategi & Teknik (Bahagian 1)

Dalam perniagaan tradisional dan perniagaan Internet, terdapat teknik untuk menjayakan perniagaan. Juga, terdapat strategi menjayakan sesuatu perniagaan.

Strategi & teknik adalah berbeza. Ramai usahawan Internet tempatan rata-ratanya, saya dapati amat memahami teknik-teknik perniagaan Internet. Namun, kekurangan adalah pada strategi perniagaan.

Sejak dua tahun lepas sehingga kini, saya menggunakan dan mengimplementasikan strategi perniagaan dan agak kurang menggunakan teknik perniagaan. Dapatkah anda bezakan antara strategi perniagaan & teknik perniagaan? Pada pendapat anda, yang mana satukah patut diutamakan?

Another way to look at STRATEGI & TEKNIK. Ia adalah teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW?  WHERE?  WHEN?  And  WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

email autorensponder

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategi adalah dengan siapa kita patut ada network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang, dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun daripada sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet?

Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

[Bersambung di “Antara Strategi & Teknik (Bahagian 2)”]

Di Manakah Tahap Kewangan Anda? (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Di Manakah Tahap Kewangan Anda? (Bahagian 1)”]

bebas kewangan

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah – anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). Namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela.

Tip untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)

Tahap ini paling sedikit yang mencapainya… boleh dikatakan teramat sedikit. Mereka ini adalah dari golongan yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama–nama seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang  berada di dalam tahap ini.

Mereka semua memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu orang pekerja. Oleh yang demikian wang yang dimilikinya adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga ke akhir hayat.

Namun  begitu, keadaan ini tidak pula membuatkan mereka berhenti  daripada melakukan kerja dan menjalankan perniagaan kerana, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan yang kukuh ini, mereka seringkali  melakukan tugas  lantaran  minat dan bukan semata–mata kerana wang!

Jadi, sekali lagi ingin saya tanyakan, “Di manakah tahap kewangan anda sekarang ini dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda?  – Tepuk dada, tanya selera!

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,

Irfan Khairi.

Tahap kewangan selamat atau tidak. Anda di mana?

Terdapat dua tahap kewangan sama ada Tahap Kewangan Selamat, atau Tahap Kewangan Tidak Selamat. Anda di mana?

Sama seperti di dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke point B, kita perlu ketahui di mana point A.

“Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat?”

tahapkewangan

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan terbaru. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran]

Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu! Jadi, artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan. Berikut adalah empat tahap kewangan tersebut. Cuba renungkan seketika, di manakah tahap kewangan anda?

 #1: Kewangan tidak selamat (Financially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan sedikit pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda akan dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapa pun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi makan pagi… kais petang makan petang. Zaman moden ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ini… kais bulan depan, makan bulan depan.

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda bekerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda sebenarnya, TIDAK SELAMAT!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, jika anda berhenti kerja (atau diberhentikan) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkah simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga – tanpa perlu bekerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang–sekurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda, bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga anda merasa cukup selesa, dan seterusnya tingkatkan, dan tambahkan sedikit demi sedikit, 6%, 8% sehingga 10%.

Cara memperbaiki keadaan kewangan ada 2 sahaja sebenarnya. Iaitu, dengan cara mengurangkan perbelanjaan dan juga menambahkan pendapatan, antaranya adalah dengan cara menambahkan pendapatan sampingan melalui perniagaan online. Program 6 bulan saya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial membolehkan pembelajaran dewasa secara part time, disamping menjana pendapatan melalui menjalankan perniagaan serentak.Klik di sini untuk sertai pengambilan terbaru program yang telah melahirkan ramai usahawan Internet dari rumah ini.

 

8 Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 1)

Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.

senaman minda

  1. Fikirkan masa hadapan

Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.

  1. Punyai matlamat dalam minda

Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan  spesifik  apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.

IKLAN: Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial dan mulakan perniagaan Internet anda bersama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Program separuh masa, khusus untuk usahawan, bakal usahawan dan suri rumah! 

  1. Komitmen kepada kecemerlangan

Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat,  kejayaan pun pastinya hebat!

  1. Fokuskan kepada penyelesaian

Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari segala pemikiran yang negatif.

Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah. Fokuskan  minda kita kepada penyelesaiannya.

[Bersambung di “8 Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 2)”]

Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 1)”]

Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa “Tiada modal” untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.

affiliate

So, selepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet. Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), lebih baik anda sertai perniagaan program affiliate. Tak perlu bayar apa-apa pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?

Sekiranya anda ingin pelajari dengan lebih lanjut cara menjalankan perniagaan Internet Tanpa Modal, hadirilah workshop yang selalu saya jalankan di IKSB.

Di mana saya akan menunjukkan kaedah 100% percuma memulakan perniagaan Internet tanpa modal – daripada memilih produk secara percuma, membina laman web percuma sehingga promosi-promosi yang percuma tetapi amat efektif!

Untuk keterangan lebih lanjut apa kata anda ke laman web, www.rahsiainternet.com

Salam Inspirasi Kejayaan,

Irfan Khairi.

Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 1)

Alasan tidak dapat memulakan perniagaan yang paling menjadi kegemaran ramai sering saya dengar adalah :-

“Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”

tiada modal

Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada Institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.

Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk “affiliate” di Internet. – Perniagaan affiliate ialah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.

Ramai yang beranggapan atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggaplah perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!

Berikut adalah tiga contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal) :-

  • http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
  • http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
  • http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal – hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permainan di Internet!

[Bersambung di “Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 2)”]