Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 1)”]

Sebenarya, sepanjang karier saya menjalankan perniagaan di internet, ramai yang saya lihat mempunyai tanggapan yang salah di mana, perniagaan Internet yang dijalankan secara automatik memerlukan 100% automatik. Tidak semestinya!

Sebagai contoh, menjual ebook secara online, boleh dikatakan automatik (100%) di mana pembeli melakukan order online menggunakan kad kredit, dan kemudian boleh download ebook secara terus. Namun di Malaysia terutamanya, untuk menjalankan perniagaan 100% automatik adalah agak sukar oleh kerana masih ramai pembeli prefer melakukan bayaran menggunakan cara tradisional seperti bank-in, wang pos atau online banking, yang memerlukan interaksi manusia dalam pemprosesan order.

Tetapi, bagaimana pula menjual barangan online, dan  anda mengupah seseorang untuk melakukan proses pengambilan order, pembungkusan & penghantaran? Walaupun ianya bukan 100% automatik, namun bagi anda (pengusaha), ini pun boleh dikira automatik juga oleh kerana anda telah sediakan satu sistem di mana kesemuanya dijalankan secara automatik untuk anda.

penghantaran produk

Sebagai contoh, produk keluaran saya sendiri iaitu, CD Rom 1-2-3, memerlukan seseorang mengambil stok, mengambil order, membungkus & membuat penghantaran. Dari segi zahirnya, bukanlah automatik kerana ia memerlukan campur tangan manusia. Tetapi, bagi saya yang mengusahakannya, saya sudah sediakan sistem dan krew kami yang proseskan kesemuanya. Jadi, bagi saya, ia masih lagi automatic. Ini disebabkan terdapat satu sistem yang telah tersedia dan cuma perlu ikuti satu persatu langkah pemprosesan itu sahaja.

Contoh seterusnya adalah apabila kita mempunyai apa saja perniagaan internet dan bertambah ramai pula pelanggan kita. Sampai suatu masa anda akan mendapat banyak soalan—soalan lazim dari para pelanggan baru. Di mana anda seharusnya menjawab soalan-soalan mereka demi memastikan anda mendapat jualan.

Secara am, anda kelihatan mempunyai perniagaan internet, secara automatik di mana setiap pelanggan boleh melayari website perniagaan internet anda dan ketahui tentang produk yang dijual secara lebih detail, tanpa campur tangan anda! Meskipun banyak informasi diberikan tentang produk anda di website itu, namun seperti biasa, masih ramai lagi yang ingin bertanya tentang produk anda. Di sinilah khidmat nasihat anda diperlukan. Boleh dikatakan ini adalah perniagaan separa automatik, bukan 100% automatik.

Jadi, tak semestinya dalam jual beli online, ianya harus dilakukan 100% automatik. Ada yang 100% automatik tetapi mungkin kurang interaktif dengan pelanggan membuatkan perniagaan anda merosot. Dan pastinya ada yang separa automatik yang mana masih memerlukan campur tangan manusia atau kerjasama dengan seorang lagi manusia.

Sekiranya kita ciptakan sistem di mana perniagaan itu boleh dijalankan dengan campur tangan minima, dan waktu kita bebas melakukan perkara lain, ia juga merupakan aliran wang automatik kepada kita sebagai usahawan.

Salam Inspirasi Kejayaan.

Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 1)

Kadang-kadang saya berasa amat kecewa dengan sesetengah sikap usahawan-usahawan baru yang selalu mahu kaya cepat! Apa yang menarik minat mereka di internet adalah iklan-iklan yang mengatakan anda perlu mengeluarkan modal paling rendah dan akan mendapat pulangan keuntungannya paling tinggi, malah 10 kali ganda lebih tingginya!

penipuan di internet

ITU ADALAH SATU PENIPUAN! Semua itu angkara khianat mereka yang menjalankan skim cepat kaya sahaja… sesungguhnya, setiap pekerjaan memerlukan kerja keras dan usaha yang berpanjangan untuk berjaya. Dan jika kita mahu jadi jutawan, maka hasil kerja kita itu kenalah lebih dari seorang jutawan.

Tidak ada istilah, “Mula bisnes Internet dan duduk goyang kaki  di rumah dengan mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit!” – INI SEMUA TIPU! Tiada  orang yang berjaya itu hanya duduk berehat di rumah, goyang kaki, makan sedap-sedap tanpa buat kerja! Semua kerja KERAS!

Tetapi, sememangnya ada cara-cara yang boleh memudahkan perniagaan internet kita. Dan apabila kita mengaplikasikan ke dalam perniagaan kita, ianya boleh menjadi seolah-olah pernigaan internet itu, berjalan secara automatik dan mendatangkan banyak untung sekiranya kita selalu berusaha mencari pelanggan serta membuat iklan.

Pernah saya ditanya,“Bagaimanakah caranya untuk kita boleh menjalankan perniagaan internet secara 100% automatik?”

[Bersambung di “Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 2)”]

 

Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 1)”]

Ketika team Majalah IK berada di PWTC untuk pesta buku baru-baru ini, sambil mempromosi buku dan majalah, kami terlihat banyak produk Malaysia yang masih kurang dijual di Internet secara meluas, seperti al-Quran digital, Ensiklopedia Sains Al-Quran, CD-CD ceramah agama dan sebagainya.

Ensiklopedia Sains Al-Quran

Begitu juga dengan pelbagai barangan halal untuk kegunaan harian, seperti ubat gigi, sabun organik, pemakanan kesihatan, alat solek yang berstatus halal dan berbagai-bagai lagi. Sememangnya, masih terlalu banyak peluang untuk dipasarkan khas buat penduduk islam yang bermastautin di seluruh dunia!

Bayangkan jika semua produk islamik ini, kita pasarkan secara meluas di internet, menyeluruh ke pelusuk dunia, pasti ianya akan memberi impak yang amat baik untuk semua usahawan muslim.

“Kadangkala, peluang perniagaan di hadapan kita,

namun tidak kita nampak.”

Jika direnung sedalam-dalamnya, betapa elok dan berkatnya apabila kita menjual produk-produk berteraskan Islam ini. Apatah lagi, jika kita dapat menyalurkan dan mengedarkannya ke seluruh dunia. – Mudah-mudahan, sambil menjalankan perniagaan islamik sebegini, kita boleh berdakwah dan menunaikan fardhu kifayah.

Apa yang cuba diperkatakan di sini adalah, seboleh-bolehnya jangan kita sempitkan pemikiran kita, sebaliknya LUASKAN pemandangan agar terbuka minda kita untuk mula menjalankan perniagaan di internet secara lebih inovatif dan berbeza daripada orang lain agar apa yang kita niagakan dapat menembusi pasaran dunia, insya-Allah!

Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 1)

Sukacita dan ceria di hati terasa sebenarnya apabila melihatkan suasana pasaran di internet semenjak kebelakangan ini, berkembang pesat dengan laman-laman yang berunsur Islamik. Di facebook, sudah banyak laman tentang Islam, sejarah Islam, Al-quran, dan para ulamak serta cendekiawan islam mendekati masyarakat sedunia, sehingga berjuta-juta yang ‘like’ pages mereka.

Oleh kerana itu jugalah, terasa amat gembira melihat abang-abang, kakak-kakak bersama emak, abah pun sudah menggunakan internet secara berterusan, menyusuri laman-laman yang banyak menawarkan segala-gala tentang islam, Alhamdulillah.

Kadang-kadang, mereka kelihatan begitu asyik sehingga berjam-jam lamanya melayari internet. – Ini jelas menunjukkan, pasaran perniagaan internet semakin meluas, lebih-lebih lagi kepada Usahawan Muslim!

“Boleh dikatakan, terlalu banyak ruang-ruang kosong di pasaran (gaps in the market) untuk produk dan perkhidmatan yang berteraskan Islam di Internet.

Ini adalah kerana tidak ramai usahawan Internet Islam yang mengambil peluang tersebut. Kita di Malaysia yang mempunyai kemudahan Internet yang mencukupi patut mengambil peluang ini dalam meniagakan produk-produk berteraskan Islam untuk pasaran Malaysia ataupun pasaran dunia.

produk islamik

Ini kerana, pasaran produk Islam amat luas sekali di seluruh dunia. Cuba kita lihat pasaran tempatan sahaja dulu. Di sekeliling kita, di kedai-kedai buku Islam, banyak buku-buku, DVD, CD pendidikan islam untuk anak-anak, Audio CD Islamiah yang bagus, semuanya masih agak kurang dijual di Internet.

[Bersambung di “Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 2)”]

 

3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 2)

[Bersambung dari “3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 1)”]

#Perniagaan 2

  • Modal perniagaan: Sederhana
  • Tempoh perniagaan: 6-8 jam Setiap Hari
  • Waktu berniaga : Setiap Malam
  • Kawasan: Kebiasaan perniagaan di luar Bandar
  • Kuasa Membeli: Golongan remaja & dewasa

Walaupun pada hari-hari biasa, perniagaan #2 ini dijalankan, tetapi bagi peniaga yang menjalankan perniagaan ini dalam  bulan Ramadhan adalah saat yang amat menguntungkan bagi perniagaan mereka. Perniagaan yang dimaksudkan adalah perniagaan di Bazar Lewat Malam. Perniagaan ini kebiasaannya, wujud di tempat yang agak luar dari kawasan bandar dan pengunjung  bazar lewat malam ini rata-ratanya adalah terdiri dari golongan remaja. Di sini, antara sebab utama  bazar lewat malam menjadi tumpuan golongan remaja menjadi pilihan kerana jualan barangan lebih mengikut ‘trend’ golongan muda,  bagi golongan wanita pula mereka dapat memilih pelbagai jenis barangan terutama dari jenis tudung, beg tangan  sehingga pakaian-pakaian yang agak ‘trendy’ dengan harga yang berpatutan serta kualiti yang dijual. Begitu juga dengan golongan ramaja lelaki,  mereka juga tidak melepaskan peluang memilih pakaian dan barangan yang diminati mereka. Di sini,anda juga boleh tawar-menawar harga untuk membeli sesuatu barangan.

baju raya

Jika anda ingin  mengambil kesempatan berniaga di bulan Ramadan dan ingin menjual barangan ‘trendy’dan pakaian untuk hari raya, disini adalah pilihan agak tepat dengan hanya perlu  memberi fokus kepada golongan remaja terhadap produk yang anda ingin jualkan. Kebiasaannya, jualan pakaian hari raya sangat laris dan sesuai untuk golongan remaja ini, biasanya mereka akan membeli seluar dan pakaian untuk hari raya nanti. Keuntungan anda berniaga disini adalah anda dapat memberi lebih tumpuan terhadap golongan remaja dan golongan tertentu sahaja.

 

#Perniagaan 3

  • Modal perniagaan : Besar
  • Tempoh perniagaan:8-12 jam Setiap Hari
  • Waktu berniaga : Pagi hingga Malam
  • Kawasan: Bandar
  • Kuasa membeli: Golongan Bekeluarga

Jika anda sudah bekeluarga, semestinya pilihan anda berada di bahagian terakhir ini dan menjadi pilihan seisi keluarga yang mementingkan keselesaan dan keselamatan ahli keluarga iaitu dengan mengunjung ke pusat membeli belah. Di sini, anda boleh  mendapatkan pelbagai barangan pilihan untuk persediaan Hari Raya. Barangan yang dapat dibeli lengkap untuk persiapan diri sendiri, apa yang hendak dicari semuanya ada disini, dalam erti kata lain ‘dari hujung rambut sehingga hujung kaki’ apa yang nak beli pastinya ada di kompleks  membeli belah ini . Sewaktu hari raya, pasti ada di antara kita bukan sekadar menyiapkan diri sahaja untuk nampak kemas dan cantik, tetapi juga persiapan kelengkapan di dalam dan di luar rumah juga pasti ada yang tengah sibuk mencantikkan rumah, jika golongan bapa, mereka lebih suka membuat persediaan bagi kawasan di luar rumah, dan bagi golongan ibu pula akan cenderung di dalam rumah sahaja, ada yang sibuk menukar langsir baru, perabot baru, perkakasan dapur yang baru dan juga permaidani yang baru. Kelengkapan ini semua hanya dapat diperoleh di pusat-pusat membeli belah semuanya.

Pusat membeli-belah ini wujud di kawasan-kawasan bandar besar. Di sini juga adalah peluang yang terbaik jika anda ingin memulakan perniagaan disini. Modal perniagaan diperlukan agak besar, akan tetapi, pulangan keuntungan juga adalah jauh lebih besar. Orang yang datang sememangnya yang ingin berbelanja dan mendapatkan barangan yang dicari. Di sini juga anda boleh menyediakan jualan borong untuk peniaga-peniaga. Jadi bagi anda yang ingin menjalankan perniagaan dan juga perniagaan di bulan Ramadhan ini khususnya, anda boleh fikirkan jenis perniagaan yang boleh anda jalankan. Salam Ramadhan untuk semua!!

 

3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 1)

Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan ini, anda boleh melihat dari 3 aspek perniagaan yang berbeza dari kategori yang akan saya berikan dibawah.

#Perniagaan  1

  • Modal  perniagaan: Kecil
  • Tempoh perniagaan: 4 jam Setiap Hari
  • Waktu berniaga : 1 Ramadhan-30 Ramadhan
  • Kawasan: Penempatan di setiap pekan
  • Kuasa Membeli: Semua peringkat umur

Rasa-rasanya, apa perniagaan yang pertama ni ya? Perniagaan yang betul-betul mendapat sambutan di bulan Ramadhan. Modal perniagaan yang diperlukan agak kecil, waktu sesuai untuk menjalankan perniagaan agak singkat dalam lingkungan 4 jam setiap hari, dan majoriti pembeli  terdiri dari semua  peringkat umur dan golongan lelaki dan wanita.

bazar ramadhan

Jika anda perasan kan? Perniagaan #1 adalah perniagaan yang dijalankan di bazar Ramadhan, pastinya bagi yang sibuk bekerja dan tidak sempat menyediakan juadah berbuka, bazar Ramadhan menjadi pilihan pertama bagi mendapatkan pilihan makanan dan minuman untuk waktu berbuka. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan, anda akan dapat lihat bukan sekadar pembeli yang beragama Islam sahaja  yang datang ke bazar Ramadhan tetapi juga dari pelbagai kaum dan agama turut serta merebut peluang ini untuk mencuba juadah makanan dan minuman yang  dijual sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagi yang belum pernah ke bazar Ramadhan, jika ingin mencuba dan merasai juadah berbuka yang dijual di bazar ramadhan, anda digalakkan pergi lebih awal  sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal dari waktu berbuka puasa  untuk mengelakkan dari kesesakan orang ramai dan beratur untuk membeli dan juga untuk mengelakkan dari habisnya  juadah pilihan  dimana perniagaan bazar Ramadhan wujud di penempatan yang agak ramai penduduk dan juga  kebiasaannya ada disetiap pekan-pekan kecil.

Jika anda ingin menjinakkan diri dalam perniagaan yang hanya memerlukan modal perniagaan kecil, perniagaan di bazar Ramadhan adalah pilihan yang agak tepat,  anda  boleh memulakan perniagaan seperti menjual air minuman dimana anda boleh menyediakan pelbagai pilihan air minuman untuk pengunjung yang datang ke  bazar Ramadhan. Walaupun modalnya kecil, tetapi keuntungan perniagaan agak lumayan, dimana anda perlu rebut peluang ini dengan membina kelainan dari peniaga-peniaga lain.

[Bersambung di “3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 2)”]

 

Ramai yang bertanyakan pada saya cara saya (Alhamdulillah!) berjaya jadi jutawan dalam perniagaan Internet. Jawapannya saya rakamkan dalam kapal terbang!

Klik pada video do bawah untuk menontonnya…

Sekiranya anda memerlukan bantuan dan bimbingan dari saya untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah (tidak kira perniagaan apa pun mengikut minat dan pilihan anda), sertai program Intensif perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya dan juga pelatih-pelatih IKSB untuk membantu anda. Lawati http://www.OpenEdu.com.my untuk maklumat lanjut.

 

10 Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 1)

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat. Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan karier yang kita sangat-sangat minat?

Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak lakukan sesuatu yang kita tidak minat?

Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan dalam perniagaan masing masing.

bill gates

Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya di dunia pernah berkata bahawa: “Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komputer!”. Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta perisian komputer.

“Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komputer!”. – Bill Gates

Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah menceritakan bahawa “Ketika saya di sekolah menengah, saya membina komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer adalah minat saya!”. Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire seperti Bill Gates.

Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai bangunan mewah serata dunia dalam portfolionya!

Lihatlah bagaimana billionaires dunia ini melakukan apa yang menjadi minat mereka yang mendalam, melakukan sesuatu yang membuatkan mereka merasa ghairah melakukannya.

Itulah juga langkah-langkah untuk menjadi Jutawan, kita harus mempunyai keghairahan di dalam apa yang kita usahakan. Di sini saya senaraikan 10 tip langkah jutawan ghairah untuk anda perhatikan dan lihat jika ianya pernah anda rasai di dalam hidup anda.

[Bersambung di “10 Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 2)”]

Kesalahan UTAMA perniagaan Internet!

Ketika saya memulakan perniagaan Internet lebih kurang 12 tahun lalu, zaman itu dikenali sebagai web 1.0. Web 1.0 adalah laman web statik, yang mungkin mengandungi gambar-gambar sahaja. Kini, Internet dikenali sebagai web 2.0, yang merupakan laman web interaktif – di mana pemilik laman boleh mengemaskini laman dengan mudah dan pelawat laman web juga boleh melakukan interaksi di sesuatu laman web.

Contoh-contoh laman web, web 2.0 yang popular adalah seperti blog, facebook, twitter, youtube, myspace dan friendster. Atau lebih dikenali sebagai social networking.

 

Kini, usahawan Internet, mahupun usahawan konvensional tidak boleh lagi mengabaikan kehadiran laman-laman sosial ini. Tengok sahaja syarikat gergasi seperti Toys R Us, mereka mempunyai saluran YouTube. Lihat sahaja Coca-cola, mereka mempunyai berjuta pengikut di laman Facebook mereka. Dan kini, berbagai-bagai perniagaan menggunakan blog sebagai wadah untuk mengemaskini maklumat kepada pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan.

kesilapan utama

Tak kira sama ada perniagaan anda kecil-kecilan, sederhana ataupun besar, pemasaran menggunakan laman web sosial adalah dimestikan supaya kita tidak tertinggal oleh pesaing-pesaing kita.

Namun begitu, ramai yang menyalahgunakan kaedah pemasaran sosial ini. Yang paling jelas adalah kelakuan SPAMMING di Internet, yang bermaksud mempromosikan perniagaan secara membuta di laman-laman sosial akaun milik orang lain. Sering kali, gambar kita di’tag’ dengan mesej pengiklanan atau seseorang meletakkan iklan perniagaan di ruang komen Facebook atau blog kita, ada juga yang menghantar email yang mempromosikan perniagaan mereka ke inbox kita tanpa kebenaran. Semua ini dikenali sebagai SPAMMING dan ianya JANGAN DIAMALKAN!

Spamming adalah satu kesalahan etika di Internet. Bukan sahaja itu, ia juga menjatuhkan kredibiliti seseorang usahawan. Di Internet, sekiranya kredibiliti kita jatuh, maka ianya adalah lebih sukar untuk ditingkatkan semula- dan promosi anda seterusnya akan menjadi sia-sia.

Oleh kerana spamming adalah dilarang di laman-laman sosial di atas (anda juga mungkin akan kena BANNED oleh pemilik laman tersebut) Jadi, apakah cara terbaik untuk promosi dan pemasaran di media sosial?

Cara promosi dan pemasaran sosial terbaik adalah dengan menggunakan wadah laman sosial sebagai tempat membina jenama perniagaan anda. Zaman ini di kalangan pesaing yang amat sengit, jenama memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenama perniagaan.

Anggap laman sosial sebagai platform membina jenama perniagaan anda. Apabila jenama terbina, dan kredibiliti anda tercipta, di situlah akan memudahkan anda mendapat jualan. Melalukan promosi membuta di Internet jelas sudaj tidak efektif lagi pada zaman Internet 2.0 kini. Oleh itu, strategi perlu diubah untuk memenuhi keadaan pasaran semasa.

Dengan adanya laman web sosial, tidak lagi mustahil untuk perniagaan kecil-kecilan membina jenama dengan mudah dan murah. Sekiranya anda merancang untuk memulakan perniagaan di Internet melalui media sosial, apa kata program intensif *baru* saya, iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di mana selama 6 bulan, saya dan juga pelatih/trainers bertauliah kami akan membantu dan membimbing anda dalam memulakan perniagaan anda yang pertama melalui Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

6 Cara Menggunakan Internet Untuk Menambahkan Pelanggan

Mungkin sebelum ini, usahawan bila berniaga hanya fokus kepada 1-2 cara sahaja dalam menambahkan pelanggan. Sebenarnya, lagi banyak cara yang digunakan, maka lebih ramai pelanggan boleh kita dapat. Cuba lihat 6 senarai ini… adakah anda sudah melakukannya untuk menambahkan pelanggan?

Sekiranya belum, maka, pastikan anda tidak lepas daripada menggunakan teknik dan strategi ini untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda.

yangmana

Cara 1 : Gunakan BLOG seperti blogTip Satu minit IrfanKhairi.com. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog yang profesional dengan nama domain yang juga profesional adalah dimestikan! Blog juga disukai oleh enjin pencari dan lebih mudah dibawa kehadapan enjin pencari.

Cara 2 : Gunakan FACEBOOK, paparkan gambar-gambar menarik mengenai produk anda, kongsikan ilmu, kongsikan informasi berguna, tetapi hati-hati, jangan asyik promosi sahaja di facebook anda, tetapi kena selang-seli dengan info penting.

Cara 3 : Gunakan YOUTUBE, uploadkan video-video informatif yang berguna ke youtube. Sampaikan mesej dan berbagai pengetahuan tentang produk anda. Muatkan juga testimoni-testimoni yang REAL. Interview secara live tentang produk atau servis anda.

Cara 4 : Gunakan NEWSLETTER, atau lebih dikenali sebagai E-MEL yang dihantar melalui data base anda di mana pelanggan telah signup untuk menerimanya daripada anda. Berikan penjelasan dan penerangan secara detail.

Cara 5 : Gunakan E-BOOK percuma, atau lebih dikenali PDF FILE. Muatkan segala-gala info berguna dan promosi produk anda. Berikannya secara percuma agar semua orang boleh mendapatkan info anda dengan mudah. Galakkan mereka berkongsi dengan kawan-kawan mereka.

Cara 6 : Gunakan ARTIKEL percuma. Tulis berbagai-bagai artikel berkenaan dengan industri anda dan submit ke ezinearticles.com, pastikan anda memuatkan alamat website anda, email, dan info-info yang banyak memberi manfaat serta rujukan yang utama agar pengunjung dengan mudah berminat untuk berkongsi dengan kenalan mereka.

Ada berbagai jenis cara dan kaedah serta strategi perniagaan Internet tentang bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk anda. Yang penting, anda harus gunakan kaedah-kaedah ini.

Lakukan sekurang-kurangnya enam kali atau lebih banyak lagi bagus, agar segala yang ingin disampaikan melekat di hati, terbenam di minda pelanggan dan bakal pelanggan anda- pastinya ia akan menambahkan lagi ramai pelaggan. Barulah ianya berkesan. Jangan beri alasan sukar mendapat pelanggan sekiranya belum mencuba. Selamat mencuba!

Sekiranya anda merancang untuk memulakan perniagaan di Internet melalui media sosial, apa kata program intensif *baru* saya, iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di mana selama 6 bulan, saya dan juga pelatih/trainers bertauliah kami akan membantu dan membimbing anda dalam memulakan perniagaan anda yang pertama melalui Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Pelbagai teknik termasuk 6 teknik di atas juga akan diberikan untuk digunakan oleh perniagaan anda!