Dalam perniagaan, kalau tak sebut tentang harga, memang tak sah. Ramainya bila nak mulakan perniagaan akan fikir letakkan harga rendah… murah… jadi boleh bersaing. Tak salah strategi ini. Ada juga yang mengambil langkah yang lebih “berani” meletakkan harga tinggi untuk mendapat pasaran premium. Yang ni pun tak salah 🙂
Nasihat saya, secara mudahnya, kita lihat terdapat 3 pasaran diluar sana…
- Mereka berpendapatan rendah ATAU selalu inginkan bargain
Golongan ini sering mencari produk dan perkhidmatan pada harga rendah. Dikatakan sebagai “bargain hunters”. - Mereka berpendapatan sederhana dan fikir harga yang berpatutan
Mereka ni ditengah-tengah pagar… quite flexible dan suam-suam. Mungkin berpendapatan serdehana atau tinggi, dan inginkan harga yang berpatutan. - Mereka berpendapatan tinggi ATAU selalu inginkan premium
Mereka inginkan prestij, kualiti & premium. Tidak berapa risaukan harga tetapi selalu inginkan yang terbaik.
Dengan memahami golongan pasaran sebegini, pastinya kita tidak takut dalam meletakkan harga oleh kerana tak kira apa sahaja harga anda letakkan, pastinya ada pembeli. Namun sudah tentu produk dan perkhidmatan anda perlu mencerminkan harga yang diletakkan…
- Siapa kata restoran 5 bintang tidak laku sedangkan gerai-gerai adalah jauh lebih murah?
- Siapa kata ice-cream Haagn Dazs yang harga RM10 satu scoop tak lakukeran boleh dapat icecream Walls kat kedai RM10 satu balang? Haagn Dazs tetap laku kerana ramai yang inginkan ice cream premium
- Siapa kata Mercedes, BMW, Ferrari tak laku sebab ada banyak lagi kereta-kereta murah di pasaran? Sudah tentu ramai juga pembeli kereta-kereta mewah ini…
Dalam perniagaan, kita tidak semestinya mula pada harga rendah. Terutama usahawan-usahawan tempatan suka sangat meletakkan harga murah kerana “segan” harga tinggi atau “takut nanti apa orang kata” atau mungkin sikap rendah diri tidak berapa yakin dengan produk dan perkhidmatan sendiri ianya boleh diletakkan pada harga tinggi.
Bayangkan ini juga, satu gelas Coca Cola dijual di kedai mamakberharga RM2.50. Satu gelas Coca Cola yang sama di restoran 5 bintang berharga RM10. Satu gelas Coca Cola yang di sediakan di Hotel 7 bintang Atlantis di Dubai, diletakkan harga USD25 (RM45).
Apakah yang membezakan harga walaupun produk yang sama? Jawapannya sasaran pasaran.
Sekali lagi perlu ingat… Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli! Anda hanya perlu sasarkan golongan yang tepat untuk perniagaan anda 😉
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan atau sedang menjalankan perniagaan, ketahui teknik dan strategi dalam menjayakan perniagaan anda dan mengsasarkan pelagggan perniagaan anda secara lebih berkesan. Sertai program 6 bulan bersama saya dengan bantuan dan bimbingan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Tempat semakin terhad. Untuk maklumat lanjut klik disini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 waktu pejabat (Selasa-Jumaat).