suka

Bagaimana hendak tahu minat anda dalam bidang apa?

Ada istilah ni yang berbunyi:

Passion is more important than brains & talent

Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:

  1. Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat 🙂 Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.
  2. Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.

Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/minat/keghairahan atas segala idea.

Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia akan memberi momentum dan passion kepada anda.

Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut! 🙂

sukaapa

[Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan Internet, jangan berlengah lagi. Klik di sini bagaimana kami boleh membantu.]

Sering saya sebutkan, kita patut buat apa yang kita suka… apa yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:

84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the people hate their jobs!

Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat untuk cuti 🙂

  • Satu soalan yang sering saya ditanya di Facebook dan blog ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion/minat/semangat/keghairahan kita?
  • So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is your true passion …
  • Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
  • Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
  • Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
  • Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
  • Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
  • Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
  • Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?

Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!

***Adakalanya kita mempunyai idea memulakan perniagaan mengikut minat kita. Namun, mungkin asyik tertunda oleh kerana tidak tahu ingin mula di mana dan bagaimana caranya untk kembangkan idea tersebut. Ramai yang telah mendapat manfaat dari Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama kami dalam memulakan perniagaan Internet mereka yang pertama dan mula menjana pendapatan. Klik di sini untuk maklumat lanjut pengambilan terdekat. Tempat amat terhad!

kesilapan usahawan

5 Kesilapan Utama Perniagaan Internet

Ingin memulakan perniagaan Internet? Ianya tidak semudah yang sering digembar-gemburkan. Apa sahaja bidang yang inginkan kejayaan, memerlukan usaha. Kalau takde usaha, takde la duitnya.

Namun, dari pengalaman saya memantau beribu-ribu usahawan Internet, saya dapati terdapat 5 kesilapan utama yang mengakibatkan perniagaan Internet gagal. Jadi, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, please take note ya!…

5silap

Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…

  1. TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! 😉
  2. TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!
  3. TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda! 😉
  4. HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!
  5. MELAKUKAN SPAMMING. Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!

Masih lagi ingin memulakan perniagaan Internet? Klik di sini untuk melihat bagaimana kami dapat membantu anda.

magnet rezeki

3 Cara Untuk Jadi “Magnet” Rezeki…

Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.

Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…

Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.

Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!

magnetrezeki

ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:

1. Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.

Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).

2. Banyakkan Bersedekah

Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).

Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.

Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”

3. Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:

  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa selepas solat 5 waktu
  • Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
  • Doa waktu solat dhuha
  • Doa diwaktu berjemaah
  • Doa seorang ibu
  • Doa ketika sedang sujud

Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah.

*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini dibuka. Daftar sekarang sebelum anda terlepas. Tempat adalah amat terhad untuk program yang telah melahirkan paling ramai usahawan online di Malaysia ini! Klik di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

jangan malu

Bodoh sombong kerana tidak bertanya?

Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda yang anda suka bertanya kepada, dan memudahkan komunikasi.

Orang yang anda tanya juga akan rasa dihargai dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda berjaya dengan membantu anda dari segi berkongsi ilmu/pengalaman.

jangantanya

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!

Terdapat pepatah Cina berbunyi: “He who asks a question is a fool for five minutes; he who does not ask a question remains a fool forever.” – Chinese proverb

Maksudnya, adalah, siapa yang bertanya soalan mungkin terasa seperti tidak tahu selama 5 minit sahaja. Tetapi siapa yang TIDAK bertanya soalan, dia tidak akan tahu sampai bila-bila.

Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.

Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan. Mungkin dengan bertanya soalan, terasa kita bodoh kerana tidak tahu. Maka, jawapannya adalah kita mempunyai masalah ego kerana tidak mahu mengaku tidak tahu.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.

Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

*** Konsep yang diketengahkan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial adalah pembelajaran secara interaktif di mana peserta sering bertanyakan soalan-soalan untuk membantu memulakan perniagaan dan dan mengembangkan perniagaan Internet mereka. Klik di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia!

Adakah matlamat anda betul?

Salah satu soalan penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah “Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?”

Sering terjadi dikalangan kita, kita berusaha sedaya upaya dengan tidak putus asa memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar… tangga kejayaan yang kita panjat adalah tangga yang salah.

Selama ini, matlamat kita salah!

tangga-kejayaan

Di sini lah terjadinya keadaan seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi, sebenarnya terperangkap di dalam kejayaan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu… tangga kejayaan yang mana satu perlu anda panjat? Usah memburu kejayaan yang hasilnya tidak bermakna kepada anda sendiri. 😉

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda 2-3 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Ia tidak mustahil, tetapi kurang realistik untuk tetapkan.

Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

*** Sekiranya anda bermatlamatkan untuk memulakan perniagaan Internet atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda melalui Internet, sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di MalaysiaProgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya, akan membantu usahawan dan bakal usahawan separuh masa dalam menjalankan perniagaan Internet dari rumah. Lawati www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk keterangan lanjut.

beri fokus

Kerja tertunda kerana sukar untuk fokus? Ini caranya…

Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.

Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 – 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.

So nak buat macam mana?

berifokus

[PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka untuk pengambilan. Klik di sini sebelum dipenuhi]

Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.

Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.

Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya! 🙂

***Sekiranya anda masih tertunda-tunda ingin memulakan perniagaan Internet kerana sering hilang fokus, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program ini bukan sahaja membantu anda memulakan perniagaan Internet, tetapi juga membantu dan membimbing anda supaya lebih fokus untuk mereliasasikan impian anda untuk menjalankan perniagaan dari rumah. Untuk maklumat lanjut, lawati www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay 03-77292277. Pengambilan terbaru bermula dan tempat adalah terhad.

Sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan online di Malaysia!

Kalau kongsi ilmu, apa yang kita dapat?

Ramai yang bertanyakan kepada saya, saya memberi tip-tip perniagaan dan kejayaan setiap hari,

“Tidak takutkah sehingga kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?” ada juga yang kata “Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia-rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang akan tiru cara anda dan bersaing dengan anda!”

Jawapannya adalah, ilmu perniagaan dan kejayaan tidak akan habis! Lagi banyak kita berikan dan dedahkan, lebih banyak idea-idea baru yang kita akan dapat.

kongsikong

[PENGUMUMAN: Pelajari ilmu perniagaan Internet bersama Pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi. Program yang melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia!]

Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Jangan takut untuk berkongsi ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan mebantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan.

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.

Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.

Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”

Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi- Ilmu dan pengalaman tidak hilang!

**Sekiranya anda ingin mendalami dan pelajari ilmu memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Program separuh masa ini terbaik untuk anda yang baru ingin memulakan perniagaan melalui Internet. Layari www.OpenEdu.com.my untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk tempah tempat anda hari ini.

Maaf… saya tak cukup masa

“Tak cukup masa”… “sibuk sangat”

Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.

Anda pernah tak guna alasan ini? 🙂 Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis di Facebook dan blog saya- walaupun sememangnya saya sibuk 🙂

Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.

tak-cukup-masa

Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.

Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).

Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? 🙂

Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!

Berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!

Ingin memulakan perniagaan yang menguntungkan dari rumah? Mulakan perniagaan anda sendiri dengan bantuan kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6 bulan yang berjaya melahirkan paling ramai usahawan online di Malaysia! Sertai saya, Irfan Khairi di www.OpenEdu.com.my

Nak mulakan perniagaan terus besar… jangan!

Teringat satu ketika dulu saya sedang berbual-bual dengan kenalan baik saya, Chef Ismail, mengenai perniagaan. Chef Ismail merupakan Chef selebriti yang tidak asing lagi dan pemilik restoran yang sangat berjaya, Rebung di Bangsar. Bila saya tanyapadanya tentang rahsia kejayaan restorannya, Rebung, jawabnya…

Untuk berjaya sebagai pemilik restoran hebat, perlu bermula dari bawah. Perlu tahu mencuci peti sejuk dahulu. Perlu tahu selok belok dapur terlebih dahulu. Perlu tahu semua kerja-kerja yang dikira leceh terlebih dahulu sebelum ingin memulakan perniagaan yang besar. Tak kira, bekerja dulu dengan orang untuk menimba pengalaman. Kemudian-kemudian, perlahan-lahan mulakan perniagaan dan perlahan-lahan besarkan perniagaan.

Sememangnya benar pesanan itu. Bagi saya juga, perniagaan saya kini hanya bermula sebagai one-man-show di Internet dari rumah bermula tahun 2000 dahulu.

Ramai yang inginkan perniagaan yang terus besar. Mungkin dapatkan pinjaman bank, gran kerajaan, minta ahli keluarga untuk bantu wang, ataupun bermodalkan sendiri berpuluh atau beratus ribu ringgit ingin memulakan perniagaan besar terus.

BAHAYA!

pilihan_terbaik

[PENGUMUMAN: Ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan? Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pengambilan terbaru bermula bulan hadapan. Daftar hari ini sebelum terlewat.]

Melainkan anda sedia mempunyai pelbagai pengalaman, pernah berjaya dalam perniagaan, tahu selok belok dan turun naiknya keusahawanan, mempunyai jaringan network perniagaan yang sedia besar dan hebat, mempunyai modal yang banyak sebagai kecemasan sekiranya perniagaan tidak berjaya, dan banyak lagi, maka tak salah nak terus mulakan perniagaan besar. Tetapi, itupun masih lagi perlu berhati-hati.

Sebaiknya timba pengalaman dulu dari bawah, dari zero, dari kosong. Memulakan perniagaan kecil-kecilan dulu dapat membantu anda:

1. Meminimakan risiko perniagaan

Sememang perniagaan memerlukan modal. Kalau perniagaan kecil, kecil lah modalnya. Kalau besar, maka besar modalnya dan risiko juga turut besar.

Sering saya dengar kisah seseorang itu mempunyai simpanan RM20,000 dan ingin memulakan perniagaan dengan menggunakan keseluruhan RM20,000 tersebut. Bukan sahaja itu, berhutang pula lagi RM20,000 sebab tak cukup modal!

Mencari nahas namanya ini.

Mulakan kecil, rendahkan risiko pelaburan pada perniagaan. Kalau bisnes kecil pun tidak boleh berjaya, bagaimana nak berjaya bisnes besar kan?

2. Timba pengalaman dan ilmu

Apabila memulakan bisnes kecil dan kembangkan perniagaan kecil tersebut perlahan-lahan dengan keuntungannya, pelbagai pengalaman dan ilmu dapat dipelajari.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu dan pengalaman memainkan peranan penting. Jadikannya satu cabaran bagaimana perniagaan kecil yang kita mulakan tersebut boleh menjadi sederhana besar. Kemudian, daripada perniagaan sederhana besar tersebut boleh jadi besar dan hebat.

Ilmu yang dipelajari melalui pengalaman sendiri membina sebuah perniagaan dari kecil hingga besar akan menjadikan seseorang itu lebih hebat sebagai usahawan berjaya.

3. Menguji diri dan pasaran

Tidak semua perniagaan berjaya kali pertama. Malah, lebih banyak lagi kegagalan perniagaan pertama lagi daripada yang berjaya. Memulakan perniagaan besar terus mendedahkan diri kita kepada risiko perniagaan gagal yang lebih teruk.

Apabila bermula kecil, ia dapat menguji kebolehan diri kita sendiri mengendalikan perniagaan. Ia juga dapat menguji pasaran perniagaan tersebut. Mungkin selama ini kita “rasa” kita boleh mengendalikan perniagaan dan mungkin kita “rasa” perniagaan tersebut mempunyai permintaan di sesuatu tempat itu.

Tetapi adakah ia pasti? Tidak semuanya pasti dalam perniagaan. Mula kecil dan uji kebolehan diri sendiri dan pasaran terlebih dahulu. Mana tahu, selepas beberapa bulan anda mencuba, anda rasa perniagaan itu bukan untuk anda. Atau, selepas mencuba, baru anda tahu tiada pasaran yang bagus untuk perniagaan anda di situ. Maka, bermula kecil dapat membantu memperbaiki diri anda sendiri serta mengenalpasti pasaran dengan lebih tepat lagi tanpa risiko yang tinggi.

Memang saya tahu, bermula dengan premis perniagaan hebat, berkereta mewah, mempunyai ramai kakitangan bunyi glamour dan nampak pun seperti orang berjaya.

Cuma takut, nanti premis hebat, kereta mewah, kakitangan ramai tu la yang membuatkan kita tertekan bila hutang keliling pinggang. Pendapatan cukup-cukup makan. Dan hampir-hampir lemas perniagaan! Mudahan dapat dijauhkan dari kita.

*Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula pada bulan hadapan. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

Mengapa tiada motivasi dan keyakinan diri?

Salah satu kunci kejayaan adalah yakin dengan diri kita sendiri. Namun, masalahnya, ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan diri.

Pertama sekali, berkeyakinan tinggi bukan bermaksud perlu menjadi riak, sombong atau dilihat takbur. Keyakinan diri ertinya dalam diri sendiri mempunyai perasaan yakin. Tidak perlu pula “over confident” sehingga menunjuk-nunjuk dan memberi persepsi yang negatif pula kepada orang lain.

Berkeyakinan tinggi adalah perasaan “saya boleh” dalam diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara itu. Bezannya dengan mereka yang tidak yakin adalah, mereka yang tidak yakin akan teagak-agak melakukan suatu, fikir diri tidak layak menghasilkan sesuatu, sering fikir gagal, berasa malu untuk melakukan sesuatu itu, walaupun ianya dapat membantu diri sendiri mencapai kejayaan.

takyakin2

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin diri kita tidak pernah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Oleh itu, dalam diri kita sendiri fikirkan kita tidak layak mencapai kejayaan. Bila fikir tidak layak, di situlah keyakinan diri pun terganggu. Tiada keyakinan diri, maka usaha juga tidak bersungguh, dan sekali lagi tidak akan berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan. Maka, kitaran pun akan berulang sekali lagi!

Walaupun tidak pernah mencapai kejayaan yang membanggakan, fikirkan there’s always a first time for everything!

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin kita pernah gagal sebelum ini. Dan kegagalan lepas masih lagi menghantui diri kita. Kita akan terasa takut gagal dan pisang berbuah dua kali. Kalau dulu gagal, nanti gagal lagi. Apa yang lagi menakutkan adalah lebih tekanan untuk buktikan orang keliling bahawa kali ini kita akan berjaya. Kalau gagal juga, malu muka nak sorok di mana!? Kalau gagal juga, ini lah peluang terakhir dan selepas ini tidak lagi akan mencuba!

Walaupun pernah gagal, perlu ingat, itu adalah langkah-langkah awal kesemua orang yang berjaya hari ini. Bukan hanya gagal sekali, tetapi setelah gagal berkali-kali, baru akan terjumpa kejayaan. Tingkatkan keyakinan diri dengan memahami untuk berjaya, gagal berkali-kali itu adalah perkara biasa!

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin selalu melihat kegagalan orang sekeliling, kisah-kisah kesusahan orang lain, atau mungkin juga terdapat suara-suara negatif luaran dari orang lain yang tidak menyokong kita. Hati mahu lakukan tetapi, pengalaman sekeliling dan luaran membuatkan kita hilang keyakinan diri. Kalau orang lain gagal, kita pun akan gagal. Kalau orang lain kata kita akan gagal, betul lah tu. Kalau perniagaan mereka tidak menjadi, kita lakukan pun pasti tidak akan jadi.

Abaikan anasir-anasir luaran. Untuk berjaya kita tidak boleh puaskan hati semua pihak. Beri fokus kepada diri sendiri. Kejayaan yang ingin kita capai adalah untuk diri dan keluarga kita. Bukan untuk orang lain.

Buangkan rasa tiada keyakinan diri jauh jauh. Kerana sesiapa sahaja, termasuk ANDA layak, mampu dan pastinya boleh berjaya! 

* Antara sebab tidak yakin adalah kurangnya ilmu dalam sesuatu perkara itu. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tidak yakin, mungkin perlu menambahkan ilmu dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan keyakinan diri anda.  Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah berjaya membantu ramai usahawan memulakan perniagaan mereka yang pertama. Klik di sini untuk maklumat lanjut pengambilan terbaru!