super ghairah

Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “10 Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 1)”]

Pernahkah anda rasainya?

  1. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu!
  2. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa terhibur dan cukup seronok melakukannya!
  3. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan merasa bosan melakukannya!
  4. Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita, kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan menjawab soalan-soalan yang ditanya!
  5. Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya bermati-matian!
  6. Apabila kita ghairahkan perkara itu, sebelum tidur kita ingat, bangun tidur pun kita akan terus ingatkannya.
  7. Apabila kita pergi kemana sahaja, perkara yang kita ghairahkan itulah yang kita asyik nampak di mana-mana sahaja.
  8. Apabila bertemu dengan orang yang mempunyai minat keghairahan yang sama, kita akan menjadi amat teruja berbual dengannya!
  9. Apabila kita berada di dalam kesedihan, hanya dengan melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita boleh menjadi amat gembira serta merta dan hilang rasa sedih dan kecewa.
  10. Apabila kita berpeluang merealisasikan minat kita yang sekian lama kita ghairahkan, kita terasa bagaikan satu impian besar sudah tercapai.

Maksud Ghairah = Minat yang teramat-amat sangat!

superghairah

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bukan sahaja telah melahirkan ramai usahawan Internet, tetapi juga membantu perniagaan offline (bukan Internet) dalam menggandakan keuntungan perniagaan mereka dikala keadaan pesaingan perniagaan semakin sengit kini. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran]

Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan karier dalam bidang yang mereka minat. Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat sebagai karier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?

Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan “Jangan memilih kerja”, nasihat saya pastinya berbunyi “Pilih kerja dengan tepat!” lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan “dipaksa” melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk bertahun-tahun yang akan datang. Ini akan membuatkan kita berduka dan semangat kita akan mudah patah dan akhirnya berputus asa.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat. Sekiranya terperangkap dalam karier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang.

Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun… atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan ‘rugi’ kalau berhenti dan melakukan sesuatu yang lain.

Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan sesuatu yang kita tidak minat!

“Kita tidak mahu terperangkap melakukan sesuatu yang kita tidak minat seumur hidup!”

Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti

“Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?”, jawapan yang diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

*** Teringin menjadi usahawan? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.

miskin kaya

Minda Kaya vs Minda Miskin… anda yang mana?

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel di ruangan Arena kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin dijelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik daripada minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat di sekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

miskin kaya

 

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa – matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat ke arah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi jika tidak tercapai, ia masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk menanggung perbelanjaan bulan depan! dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan yang akan datang!”

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai jangka yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya ke hadapan!

 Minda kaya melihat “dua” pilihan, manakala minda miskin melihat hanya “satu” pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat satu sahaja pilihan seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai satu pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai satu pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang berjaya dengan perasaan “inspirasi” manakala minda miskin melihat orang berjaya dengan perasaan “benci”

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dengan melihat orang yang telah berjaya. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model” di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi response-response negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak Mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”

Mudahan kita dijauhkan dari memiliki minda miskin, dan miliki minda kaya!

*** Sertai peserta-peserta ‘minda kaya’ di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Irfan Khairi telah menjalankan program perniagaan Internet sejak 2005 lagi dan hingga kini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk informasi.

formula perniagaan

Perniagaan yang paling menguntungkan?

Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.

Jadi, persoalannya, sekiranya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?

Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN. Kerana dengan dua elemen ini, dua pihak akan untung – KITA dan PELANGGAN akan untung.

fromulaperniagaan

[PENGUMUMAN: Sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut]

MINAT

Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.

Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.

Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.

Bila melakukan sesuatu yang kita minat, kita yang UNTUNG!

PERMINTAAN

MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.

Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?

Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.

Bila berniaga sesuatu yang mempunyai permintaan, pelanggan yang UNTUNG!

Oleh itu, formula perniagaan yang menguntungkan adalah adalah;

MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Pastikan anda memiliki kedua-duanya kerana keuntungan bukan sahaja pada wang ringgit. Tetatpi juga dengan kepuasan hati berniaga kerana minat dalam memenuhi permintaan pelanggan.

*** Dapatkan bantuan dan bimbingan memulakan perniagaan Internet selama 6 bulan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Ramai yang telah berjaya memulakan dan mengembangkan Internet bersama kami. Klik di sini untuk maklumat program terlaris ini bersama jutawan Internet, Irfan Khairi!

pelanggan mudah

Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

Jawapannya, untuk mendapat pelanggan dengan lebih mudah, usahawan perlu berusaha dengan lebih lagi, iaitu – dengan membina jenama perniagaan.

Cara terbaik untuk membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan berkongsikan informasi mengenai perniagaan yang dijalankan. Contoh, sekiranya menjual tudung, anda boleh menunjukkan cara-cara berfesyen tudung dengan lebih profesional, kreatif dan menawan di laman facebook. Anda juga boleh menggunakan Youtube untuk memaparkan artis-artis yang bertudung dan fesyen yang diperagakan. Tak lupa juga dengan menulis artikel di blog mengenai fesyen dan rekacipta tudung.

Dengan berkongsikan informasi sebegini, kepercayaan dan kredibiliti anda sebagai usahawan tudung dapat ditingkatkan, dan jenama perniagaan akan sering diingati.

pelangganmudah

Ada juga usahawan yang menggunakan kreativiti dalam menggalakkan interaksi di laman sosial, seperti memberi pengetahuan melalui soalan trivia, mengendalikan pertandingan ataupun menjalankan undian di laman sosial. Interaktif sebegini, kini mudah untuk dijalankan dan seringkali mendapat sambutan yang baik. Cara pemasaran sebegini dikenali sebagai soft-sell.

Zaman ini, soft-sell adalah lebih efektif daripada hard-sell. Soft-sell di Internet memperkasakan informasi kepada pengguna dan hanya melakukan promosi sekali-sekala sahaja. Hard-sell adalah lebih kepada promosi perniagaan secara terus kepada pengguna.

Seperti yang disebutkan, oleh kerana persaingan adalah amat tinggi tak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, dan ramai menggunakan pendekatan hard-sell di sini, usahawan yang berusaha lebih membina jenama melalui soft-sell akan mendapat habuan pelanggan yang lebih ramai.

Revolusi perniagaan Internet telah mengubah persada perniagaan. Dengan perisian seperti laman web sosial yang kebanyakannya percuma, bererti usahawan kini perlu lebih mengambil tahu dan menguasai cara pemasaran alaf baru web 2.0 ini. Mereka yang tidak mengambil endah perkembangan pemasaran di Internet, akan ketinggalan dalam perniagaan tidak lama lagi. Jangan biarkan ini terjadi kepada perniagaan anda!

Sekiranya anda berminat untuk pelajari teknik dan kaedah perniagaan Internet dari A hingga Z, sertai Program Intensif Perniagaan Interent dan Strategi Media Sosial bersama saya, Irfan Khairi. Program separuh masa 4 bulan ini akan melengkapkan anda dengan teknik dan strategi cara memulakan perniagaan Internet sehingga cara mendapatkan pelanggan dengan membina jenama perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan baca kisah-kisah kejayaan pelajar kami.

8 perkara JANGAN lakukan untuk murah rezeki

Selalunya saya berikan tip rezeki apa perlu kita lakukan untuk mudah dan murah untuk mendapat rezeki. Kali ni, tipnya adalah apa yang JANGAN anda lakukan pula untuk mendapat rezeki Allah swt yang pelbagai… JANGAN lakukan ya…

janganlakukan

  1. JANGAN kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang diberkati. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan memuaskan rohani.
  2. JANGAN terlalu ghairah ingin menjadi insan yang berjaya hingga lupakan hukum hakam agama.
  3. JANGAN henti mencari ilmu. Perkataan ilmu disebut beratus kali dalam Al Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki!
  4. JANGAN bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki kita yang punya, tetapi ada bahagian rezeki orang lain punya. Kesemuanya telah ditentukan.
  5. JANGAN membazir. Maksud di sini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa juga
  6. JANGAN lupa bersyukur dengan pemberian-Nya walau sekecil mana
  7. JANGAN suka cari kesalahan orang lain, kalau itu yang kita cari, memang kesalahan lah yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki.
  8. JANGAN mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti mudah sangat pintu rezeki tertutup.

Kalau suka, apa kata anda share. Suami dan isteri, pastikan share ya sebab point yang #8 AMAT-AMAT PENTING untuk murah rezeki!

*** Bagi anda yang ingin menyertai Program Intensif 6-bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial (separuh masa), masih belum terlewat lagi oleh kerana kelas akan bermula tidak lama sahaja lagi! Hanya tinggal beberapa tempat kosong sahaja lagi. Hubungi Cik Jay di 03-77292277 atau lawati www.OpenEdu.com.my untuk maklumat lanjut dan booking!

3batchGambar pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian 6 bulan bersama kami! Bukan sahaja mendapat ilmu dan membina perniagaan sendiri, tetapi juga mendapat ramai kenalan baru yang saling membantu!

11 Petua dibuka pintu rezeki…

Rezeki itu luas, dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. Berikut adalah koleksi 11 Tip Murah Rezeki dari Facebook saya…

  1. Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.
  1. Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T 🙂
  1. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.
  1. Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.
  1. Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.

11tipsrezeki

  1. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.
  1. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.
  1. Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.
  1. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
  1. Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
  1. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.

*** Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi akan bermula. Sekiranya anda ingin mencuba rezeki dalam perniagaan Internet, sertai kami oleh kerana hanya beberapa sahaja tempat tinggal. Klik di sini untuk maklumat lanjut program separuh masa 6 bulan ini.

Cara Mendapat Jualan Dalam Masa 24 Jam Tanpa Kos

Assalamualaikum!

Dua perkara saya ingin kongsikan pagi ini bersama anda.

Pertama, suka saya kongsikan bahawa pada Jumaat lepas, online seminar atau webinar “Cara Mendapat Jualan Dalam Masa 24 Jam Tanpa Kos” yang saya jalankan mendapat sambutan yang amat baik dengan lebih 1,000 peserta mengikutinya dari rumah!

Saya juga mendapat permintaan untuk mengulangkan webinar tersebut dalam bentuk rakaman kepada mereka yang tidak dapat mengikutinya pada malam itu.

Berita baiknya, sekiranya anda terlepas dan ingin mengikuti webinar ini, rakaman ulangan kini telah disediakan untuk anda dengar secara percuma.

TETAPI, rakaman ulangan ini hanya disediakan sehingga hari esok, KHAMIS 16hb APRIL sahaja!

Sekiranya anda ingin mengikuti webinar “Cara Mendapat Jualan Dalam Masa 24 Jam Tanpa Kos”, pastikan anda mengikutinya sebelum ia diturunkan esok. Lawati http://www.irfankhairilive.com sebelum terlewat.

nokos

Kedua, ingin mengumumkan pengambilan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bermula 19hb April ini sudah hampir penuh dengan hanya 2 tempat sahaja lagi. Sekiranya anda atau kenalan anda ingin menyertai, saya amat mengalu-alukan!

Sejak 2005 lagi program yang dikendalikan oleh kami telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan memerlukan bantuan dan bimbingan, sertai kami di http://www.openedu.com.my/step-1.htm.

Juga, sekiranya anda menonton rakaman webinar di atas, terdapat sedikit special offer khas untuk anda yang ingin menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial ini.

Di bawah adalah sedikit ringkasan apa yang membuatkan program ini menarik untuk anda…

  1. Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi sebagai pensyarah!
  2. Program 6 bulan- mendalami teknik, strategi dan tips memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet
  3. Bermula dengan teknik asas khas bagi mereka yang masih lagi baru dengan perniagaan Internet, sehingga teknik yang lebih maju/advance bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan Internet
  4. Program separuh masa- kelas bersemuka sebulan dua kali sahaja, dan selebihnya melalui online dari rumah.
  5. Tempat terhad & eksklusif – setiap kelas terhad kepada 50 peserta sahaja dan bukan beratus atau beribu peserta untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik dan tertumpu.
  6. Business based assignment- tugasan adalah berdasarkan perniagaan anda jalankan. Sekiranya anda belum memulakan perniagaan, program ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama melalui modul pertama untuk mencari perniagaan terbaik untuk anda.
  7. Sokongan dan coaching selama enam bulan- bersama Irfan Khairi Sdn Bhd membantu perniagaan anda berkembang di Internet.
  8. Bersama rakan-rakan baru sekelas yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjayakan perniagaan masing-masing turut membantu!
  9. Pengambilan/kelas bermula 19hb APRIL, 2015 – *pengambilan BARU* TEMPAT TERHAD- hanya 2 tempat tinggal!

Lawati http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Aie di 03-77292277 hari ini.

Jumpa anda di sana!

Irfan Khairi
Kuala Lumpur

Nota; dua link penting:

  1. http://www.irfankhairilive.com untuk mendengar webinar ulangan sebelum Khamis 16hb April (ESOK)
  2. http://www.OpenEdu.com.my untuk maklumat lanjut dan pendafataran program bersama saya.

Apakah langkah ANDA seterusnya?

Ramai yang menangguh-nangguhkan melakukan sesuatu kerana terlalu banyak berfikir langkah-langkah yang akan datang tak menentu. Biar saya jelaskan…

Mungkin, nak memulakan perniagaan Internet, tetapi fikir kalau pelanggan minta refund macam mana? kalau nak promote menerusi search engine, macam mana? kalau nak buat blog untuk promote produk macam mana?

TETAPI, bila ditanya… nak jual apa di Internet? Jawapannya… “belum tau lagi!”

Langkah pertama pun masih belum buat, mengapa pula hendak fikirkan langkah 7, 8, dan 9?

Sememangnya perancangan penting- tetapi, perancangan yang melewat-lewatkan kerja sendiri, hanya memudaratkan diri. Kita dok fikirkan langkah-langkah yang jauh ke hadapan, sedangkan, langkah awal, langkah asas, langkah pertama kita tak buat pun lagi. Bukan sahaja untuk perniagaan Internet ya… untuk apa sahaja.

Pakar psikologi mengatakan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu “sengaja” tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri. Jadi, mencipta alasan-alasan yang jauh kehadapan untuk menangguhkan kerja.

Bagaimana hendak menangani ini?

Apa kata anda ibaratkan anda seperti memandu kereta. Dari Johor, ke KL… (dari mana-mana pun takpe, nanti bukan orang Johor kecik hati pula :))

Ok, anda dari Johor ke KL, dan anda memandu pada malam hari. Just say, lampu-lampu kat highway tiada, dan hanya lampu kereta anda sahaja menyuluhi jalan. Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 100 kilometer di hadapan? Adakah anda nampak 10km di hadapan? Adakah anda nampak 1km di hadapan?

taknampakjalan

Sudah tentunya tidak! Lampu anda hanya menyuluh lebih kurang 50-100 meter dihadapan sahaja bukan?

Tetapi, adakah anda meneruskan perjalanan, walaupun anda tak dapat melihat 1km… 10km… 100km akan datang?

Sudah tentunya ya! kerana anda yakin, lambat laun anda akan sampai KL juga, walaupun apa yang anda perlu lakukan adalah, sampai sahaja yang 100 meter pertama itu terlebih dahulu, dan 100 meter yang seterusnya anda akan dapat lihat!

Sama juga dengan melakukan sesuatu, jangan terlalu risau sangat langkah 7, 8, 9 dan seterusnya sekiranya ia hanya melewat-lewatkan langkah pertama anda memulakan sesuatu! Mulakan lagkah pertama, dan langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih terang! Jadi seperti memandu kereta di malam hari 🙂 Zoom!

*** Sekiranya anda masih tertunda-tunda ingin memulakan perniagaan, apa kata ambil langkah pertama anda bersama kami di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia. Saya dan juga pelatih-pelatih bertauliah IKSB ingin sangat langkah bersama anda di alam perniagaan online! Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

kena kritik

Anda pernah kena kritik? Ini adalah apa yang anda patut lakukan…

Kita masyarakat Malaysia agak sensitif apabila dikritik. Bila dikritik sahaja, sering kita hendak melenting dan membalas balik. Kalau tidak pun, apabila dikritik, semangat dan motivasi diri hilang! Maksud saya adalah kritikan berunsur negatif…

Sememangnya semua yang ingin kejayaan dan mengejar kejayaan tidak akan lari daripada dikritik- SEMUANYA! Termasuk diri saya sendiri 🙂

Namun, apabila dikritik negatif, jauhkan dari melenting, membalas atau menjatuhkan motivasi dan semangat anda. Apa yang sering saya lakukan dan apa yang anda patut lakukan adalah…

kenakritik

[PENGUMUMAN: Sertai program perniagaan Internet yang telah berjaya melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia! Klik di sini utnuk maklumat lanjut]

Tanya, siapa yang mengkritik? Apakah niat mereka? Apakah permata yang dapat dicungkil?

  1. Adakah yang mengritik berpengalaman?
    Contoh, sekiranya keluarga anda mengkritik anda memulakan perniagaan (sering kali saya dengar masalah ini), tanya pada diri sendiri.Adakah keluarga anda berpengalaman untuk mengkritik dalam bidang ini? Adakah mereka menjalankan perniagaan yang berjaya? Sering kali keluarga yang mengkritik sekiranya anda ingin memulakan perniagaan adalah mereka tidak pernah memulakan perniagaan.Oleh itu, kritikan mereka tidak harus menjatuhkan semangat anda. Dalam erti kata lain, mereka tidak berpengalaman memberi kritikan dalam bidang ini.Mungkin juga kritikan mereka adalah akibat pengalaman daripada gagal dalam perniagaan sebelum ini. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan kritikan tersebut.
  2. Apakah niat kritikan tersebut
    Sekiranya anda sedang sibuk mengejar kejayaan, dan seseorang (yang anda tidak kenali) menghantar email mengkritik anda (ini pun masalah saya sering dengar), tanya pada diri sendiri adakah mereka berpengalaman dan berkelulusan memberi kritikan dan apakah niat mereka?Selalunya, yang menghantar email, anda tidak akan mengetahui qualification mereka, oleh itu, di situ sahaja anda boleh ambil keputusan untuk mengabaikan kritikan tersebut.Sekiranya kritikan adalah melulu dan negatif, mungkin niat mereka hendak menjatuhkan semangat anda supaya anda berhenti daripada berusaha- sering terjadi apabila sesetengah pihak iri hati dengan kejayaan anda. Jadi, usah di layan.
  3. Cari permata di dalam kritikan
    Dalam apa sahaja kritikan, terdapat permata yang boleh memotivasikan anda. Sekiranya kritikan adalah seperti contoh (1) di atas, maka, gunakan kritikan tersebut untuk anda pelajari lebih mendalam tentang perniagaan supaya anda dapat menjadi hebat dalam perniagaan dan buktikan pada keluarga bahawa memulakan perniagaan adalah pilihan anda yang tepat!Sekiranya seperti contoh (2) di atas, gunakannya sebagai satu pembakar semangat anda atau “survival instict” di mana ia akan memotivasikan anda lebih  banyak lagi. Ingat, sekiranya anda di kritik, menunjukkan anda sedang keluar dari kepompong kesederhanaan!

Kita tidak boleh mengawal kritikan orang lain terhadap kita. Tetapi, ianya terpulang pada kita untuk menerimanya atau tidak atas 3 pertimbangan di atas. Anda pertimbangkan sendiri- pilihannya di tangan anda!

… pernah saya tulis sebelum ini untuk anda maafkan sahaja mereka yang mengkritik anda. Tidak perlu balas 🙂 Maafkan sahaja kerana ianya akan menghilangkan rasa marah anda, dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang & terbilang!

*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Hanya beberapa tempat kosong sahaja. Klik di sini sekarang untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

dapat pelanggan

Dapatkan pelanggan dalam masa 24 jam!

Bagi usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan, sememangnya untuk mendapatkan pelanggan pertama terasa agak sukar.

  • Mana nak cari pelanggan pertama?
  • Siapa nak beli produk saya?
  • Siapa nak gunakan perhidmatan aku ni?
  • …dan seribu satu lagi persoalan bermain di fikiran.

Ketika baru memulakan perniagaan, memang terasa berbagai bagai persoalan yang timbul dalam minda. Ada yang positif, tapi ada juga yang negatif mengganggu. Langkah pertama untuk usahawan baru yang boleh saya berikan adalah untuk bertenang.

pelanggan

Tidak ada gunanya kelam kabut dan fikir terlalu banyak perkara. Lebih banyak yang difikirkan, nanti lebih banyak yang tidak menjadi. Ambil langkah demi langkah satu persatu. Bak kata mat salleh, take baby steps. Beri peluang kepada diri sendiri untuk bertenang dan bersabar oleh kerana penyelesaian kepada cara mendapatkan pelanggan dengan pantas mungkin ada di depan mata kita sahaja. Cuma, oleh kerana kita terlalu fikir ke depan, dan fikir  yang sukar sahaja, benda yang mudah pun akan menjadi susah.

Anda ingin tahu caranya mendapatkan pelanggan pertama anda dalam masa 24 jam? Tentu sekali bukan?

Pada malam ini, JUMAAT 10hb APRIL 2015, saya akan mengendalikan webinar LIVE secara percuma pada jam 9.00 malam sehingga 9.45 malam. 

Dalam webinar ini, saya akan kongsikan teknik “Cara Mendapat Jualan dalam Masa 24 Jam Tanpa Sebarang Kos”caranya adalah agak mudah, tetapi ramai yang belum mencuba! Khusus untuk anda yang berminat untuk memulakan perniagaan, atau yang sudah menjalankan perniagaan, pastikan mengikuti sesi seminar online ini pada MALAM INI JUMAAT, 10hb APRIL, jam 9.00 malam-hingga 9.45 malam.

Kali ini saya tidak menulis artikel, tetapi saya ingin menyampaikannya secara LIVE kepada anda malam ini ok? Sekiranya anda berminat untuk mengikuti sesi webinar ini, layari http://www.IrfanKhairiLive.com dan daftar secara percuma.