Ingin memulakan perniagaan Internet? Ianya tidak semudah yang sering digembar-gemburkan. Apa sahaja bidang yang inginkan kejayaan, memerlukan usaha. Kalau tiada usaha, tiada la duitnya. Ketika memulakan perniagaan Internet lebih 15 tahun lepas, saya sendiri juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam perniagaan saya. Maklumlah, masih setahun jagung dalam berniaga, apatah lagi di Internet. Kesilapan-kesilapan tersebut mengakibatkan saya hanya mendapat 3 pelanggan sahaja dalam jangka masa satu tahun.
Bak kata orang, kesilapan adalah guru terbaik. Apabila mempelajari cara dan teknik berniaga online yang betul, perlahan-lahan, hasilnya mula membuah daripada 3 pelanggan setahun, menjadi 3 pelanggan setiap hari… dan lebih daripada itu!
Melalui pengalaman saya mengajar topik perniagaan Ineternet sejak 2005 lagi, berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…
1.TIDAK MELAKUKAN PROMOSI.
96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya!
Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! 😉
2.HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI.
Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.
Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!
[PENGUMUMAN: Sertai Program 6 bulan separuh masa bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Irfan Khairi dan pelajari teknik dan strategi memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan. Klik di sini untuk maklumat dan pendaftaran]
3.MELAKUKAN SPAMMING.
Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.
Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!
4.SERING KETINGGALAN
Internet merupakan medium yang sungguh cepat berubah. Mungkin selepas setahun dua, berbagai-bagai perubahan teknik, strategi dan juga platform telah berlaku. Sekiranya dulu, Friendster dan myspace adalah agak popular. Tetapi kini, Facebook dan Instagram yang mendominasi media sosial. Sekiranya dulu kita hanya melakukan promosi di laman web, kini promosi menggunakan YouTube juga sudah bermula.
Di Internet, sekiranya anda ketinggalan dengan perkembangan teknologi dan platform, anda juga akan ketinggalan dalam cara dan kaedah terbaru untuk mempromosikan perniagaan anda oleh kerana orang ramai akan sering mengikuti perkembangan terbaru.
Dalam memulakan apa sahaja usaha, termasuk memulakan perniagaan di Internet, pastinya kita akan melalui salah dan silap. Tugas kita adalah untuk memperbaiki diri kita dan keadaan dan menganggap pengalaman melakukan salah silap itu sebagai peluang mencari ilmu baru untuk memperbaiki.
Walaupun saya telah kongsikan 4 kesilapan dalam menjalankan perniagaan Internet, namun, kesilapan utama seseorang itu sebenarnya adalah kesilapan dalam tidak mencuba apa sahaja idea dan usaha!
*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Program bersama jutawan Internet, Irfan Khairi. Sertai sekarang sebelum ia dipenuhi- klik untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini untuk tempahan tempat.