rezeki suami isteri

10 Tip Murah Rezeki Untuk Suami Isteri

Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah dariNya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.

Berikut adalah 10 Tip Murah rezeki untuk suami dan isteri…

suamiisteri

1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup

2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri

3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai

4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan

5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja

6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa

7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja

8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah

9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka

10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam

Mudahan rezeki anda bersama keluarga sentiasa dimurahkan! Kongsikan dengan pasangan anda! 😉

* Ada juga pasangan suami dan isteri ingin mula menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan Internet dalam membantu ekonomi keluarga. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah banyak melahirkan usahawan dikalangan suami dan isteri dalam membantu menjana pendapatan dan ekonomi sekeluarga dari rumah.

Pengambilan terbaru kini dibuka dan tempat semakin terhad. Dapatkan maklumat lanjut di sini sekiranya anda ingin memulakan aliran pendapatan tambahan baru melalui berniaga dari rumah. Atau, hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk maklumat lanjut.

girls

perlu sabar

4 Sebab mengapa PERNIAGAAN juga perlu SABAR…

Sabar itu separuh dari Iman. Begitu juga perlunya kesabaran dalam berniaga. Usahawan yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan yang sabar dalam pelbagai perkara. Tidak mudah melenting. Tidak gopoh. Dan tidak melakukan sesuatu yang drastik tanpa memikir panjang implikasinya. Dalam kata pendek, banyak-banyaklah bersabar bila berniaga ya…

perlusabar

Dalam perniagaan, pelbagai cabaran.

Bukan semuanya mudah. Boleh dikatakan seperti naik rollercoaster, perniagaan anda turun naiknya. Kadang kala terasa nak muntah, loya dan pening pun ada. Tapi masih menyeronokkan!

Turun naik perniagaan ini akan menjadi amat sukar bagi mereka yang tidak sabar, terutamanya ketika turun yang banyak dan selalu, dan naiknya sedikit-sedikit.

Dalam perniagaan perlu ilmu dan pengalaman

Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ilmu dan pengalaman. Untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman, memerlukan pengorbanan dan masa. Perniagaan tidaklah semudah yang disangka terutamanya bagi mereka yang tidak pernah berniaga. Bagi yang berpengalaman dalam perniagaan sudah melihat asam garam perniagaan dan belajar dari pengalaman. Kesemuanya memerlukan kesabaran!

Dalam perniagaan, pelbagai kerenah manusia

Bila berniaga, pelbagai kerenah manusia kita akan jumpa. Bukan sahaja pelanggan, tetapi mungkin pekerja. Ada juga perniagaan yang melibatkan keluarga, kalau ngam, tak mengapa, tapi ada juga yang menyukarkan lagi keadaan bila keluarga terlibat.

Dalam keadaan berhadapan dengan manusia selalu dalam perniagaan, kesabaran amat diperlukan oleh kerana ragam manusia adakalanya tidak dapat kita faham dan agak. Hati manusia juga pelbagai jenis untuk kita jaga. Kesabaran amat diperlukan!

Dalam perniagaan, lebih banyak rejection

Bukan semua orang akan membeli barangan anda. Tambahan, lebih ramai yang tidak akan memilih untuk membeli barang anda pun. Anda akan mendapay terlalu banyak rejection dalam perniagaan, bukan sahaja dari pelanggan, mungkin juga apabila proposal di reject oleh mana-mana pihak.

Rejection sememangnya sinonim dengan perniagaan. Bak kata, 9/10 rezeki adalah dalam perniagaan, tetapi, 9/10 perniagaan gagal. Maka perlulah sabar dan tiba masanya untuk sabar yang paling diperlukan…

Dalam perniagaan, sabar bila gagal

Sering kita dengar kisah kegagalan perniagaan. Kalau nak dengar kisah kejayaan perniagaan, biasanya ia datang dari perniagaan yang pernah gagal juga. Perniagaan yang bersabar dalam kegagalan.

Perlu diingat, perniagaan memerlukan pengalaman dan ilmu. Kebiasaannya mereka yang baru memulakan perniagaan tidak memiliki kedua-dua ini. Oleh itu, sering kali perniagaan pertama akan gagal. Mungkin juga perniagaan kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya akan gagal.

Mereka yang bersabar dan bangun dari kegagalan adalah mereka yang lebih cenderung mencapai kejayaan perniagaan, mungkin setelah mencuba kali ke sepuluh!

Berita baik, pengambilan TERBARU Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Program separuh masa 6 bulan ini telah membantu beribu usahawan Internet Malaysia mencapai kejayaan. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran online atau hubungi Cik Jay di talian 03-77292277 kami sedia membantu dan berjumpa sekiranya mempunyai sebarang persoalan.

3batchJom join kami! 😉 Klik di sini

perniagaan terbaik

Perniagaan terbaik ketika EKONOMI TIDAK MENENTU kerana…

Ketika saya memulakan perniagaan Internet pertama, ia adalah sekitar krisis ekonomi dunia lebih 15 tahun dulu. Kini, keadaan ekonomi di Malaysia juga tidak menentu membuatkan ramai usahawan dan juga orang ramai ingin mencari pendapatan tambahan dalam menampung bebanan kos hidup yang semakin tinggi.

perniagaan terbaik

Memulakan dan menjalankan perniagaan Internet merupakan satu pilihan terbaik ketika krisis ekonomi dalam meningkatkan pendapatan, sepertimana pengalaman saya 15 tahun dulu, berikut adalah 4 sebab mengapa perniagaan Internet adalah pilihan terbaik…

1. Kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah

Dalam memulakan perniagaan ketika ekonomi tidak menentu, pastinya perlu menjimatkan kos. Memulakan perniagaan yang memerlukan premis, tapak dan sewa akan memakan belanja yang tinggi. Bukan sahaja pada downpayment, membayar sewa premis, renovation kedai yang memakan belanja beratus ribu ringgit, tak lupa dengan kelengkapan memulakan perniagaan lain yang mungkin boleh mencecah beratus ribu ringgit bergantung kepada lokasi.

Memulakan perniagaan Internet adalah murah. Zaman ini, tapak premis sudah tidak lagi diperlukan dalam menjalankan perniagaan Internet. Perniagaan boleh dimulakan dengan hanya menggunakan Facebook dan blog yang sememangnya adalah percuma.

Sekiranya ingin kelihatan lebih profesional, mendapatkan lamanweb .COM sendiri seperti IrfanKhairi.com, hanya memerlukan kos tidak lebih RM200 setahun. Bukan lagi berpuluh ribu atau beratus ribu seperti perniagaan offline!

2. Kos overhead juga rendah

Perniagaan mempunyai premis mempunyai kos overhead tinggi seperti sewa bulanan, elektrik, aircond, serta perlu seorang dua pekerja yang bergaji bulanan untuk menjaga kedai. Pastinya di sini sahaja usahawan perlu membayar beberapa ribu ringgit sebulan untuk meneruskan perniagaan.

Tidak seperti perniagaan Internet yang boleh dijalankan dari rumah, kos overhead adalah rendah- sepertimana bayaran bil di rumah sahaja.

Oleh kerana perniagaan Internet juga boleh menggunakan perisisan dan aplikasi automasi, pekerja juga tidak diperlukan atau boleh diminima. Ini dapat menjimatkan pelbagai kos apabila mengendalikan perniagaan dari rumah.

3. Oleh kerana kos overhead rendah…

Oleh kerana kos overhead adalah rendah, seringkali usahawan boleh menjual produk pada harga yang lebih rendah lagi berbanding dengan mereka yang mempunyai kedai, semestinya kos keseluruhan adalah lebih tinggi. Meletakkan harga lebih rendah bukan sahaja mendapat daya saingan yang lebih baik, tetapi ia juga selaras dengan keadaan ekonomi di mana pembeli lebih memilih dalam belian.

Harga yang lebih rendah akan memudahkan pembeli membuat pilihan  ketika ekonomi tidak menentu oleh kerana kuasa berbelanja juga adalah rendah. Satu keadaan MENANG-MENANG bagi keduanya, usahawan dan juga pembeli ketika ini.

4. Pasaran perniagaan bukan sahaja Malaysia, tetapi Asia dan sedunia!

Keadaan ekonomi tidak menentu kini mungkin hanya di Malaysia sahaja. Oleh itu perniagaan Internet bukan sahaja boleh disasarkan ke pasaran Malaysia sahaja, tetapi juga ke pasaran Asia dan sedunia. Tahukah anda, benua Asia adalah benua yang paling ramai pengguna Internet di dunia? Pengguna Internet Asia adalah lebih daripada pengguna Internet USA dan juga Eropah. Hinggakan hampir separuh pengguna Internet dunia adalah pengguna Internet di Asia.

Pasaran ini adalah amat berharga terutamanya bagi kita di Malaysia oleh kerana Malaysia terletak agak strategik di negara Asia untuk memudahkan penghantaran dalam transaksi belian online.

Diatas adalah antara 4 sebab mengapa Perniagaan Internet adalah pilihan yang tepat ketika ekonomi tidak menentu. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dan ramai juga tertekan dengan bebanan kos sara diri dan keluarga, selain daripada mengharapkan bantuan pihak lain yang mungkin ada atau mingkin tiada, tanggungjawab kita sendiri untuk meningkatkan lagi kewangan diri dan keluarga. Apa sahaja cabaran yang ada, jadikannya sebagai peluang untuk berubah menjadi lebih baik.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya dan ramai lagi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6 bulan yang telah membantu paling ramai usahawan Internet Malaysia memulakan dan menjalankan perniagaan Internet yang berjaya.

Pengambilan terbaru akan bermula tidak lama lagi, dan tempat sentiasa di penuhi. Klik di sini untuk maklumat lanjut bagaimana kami di OpenEducation dapat membantu anda menjana pendapatan melalui Internet.

girls

perniagaan gagal

4 Sebab mengapa perniagaan gagal… AWAS!

Dalam perniagaan ada susah dan senang, ada turun dan naik. Kisah kejayaan tidak banyak kita dengar, kisah kegagalan selalu kita lihat. Apakah sebabnya kegagalan sesuatu perniagaan? Berikut adalah antara 4 sebab utama…

awas gagal

1. Tiada matlamat untuk berkembang

Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, pastinya perlukan matlamat. Matlamat jangka masa panjang, tak lupa matlamat jangka masa pendek.

Perniagaan yang tidak mempunyai matlamat akan tetap di tempat yang sama melakukan perkara yang sama tanpa sebarang momentum untuk kehadapan dan berkembang. Apabila tidak berubah dan di tempat yang sama sahaja, pastinya pesaing-pesaing yang mempunyai matlamat akan lebih berjaya dalam mendapat pasaran yang lebih besar.

Maka, perniagaan tanpa matlamat akan sering ketinggalan pesaing!

2. Takut untuk bersaing

Tidak kira apa sahaja bidang perniagaan yang dijalankan, persaingan adalah pasti. Mungkin pada awalnya tiada pesaing, lambat laun pastinya ada jua.

Pesaingan boleh diambil secara positif atau negatif.

Secara positifnya, melihat pesaingan sebagai cabaran dan memberi motivasi kepada kita untuk lebih berusaha dan melakukan pemasaran yang lebih hebat lagi dari pesaing. Secara negatif pula, melihat pesaing dan takut dengan pesaing.

Apabila kita takut bersaing, kita kurang berusaha dan kurang inovatif dalam menjalankan perniagaan. Kita biarkan pesaing-pesaing kita kehadapan dan hanya sekadar tunggu dan lihat.

Tunggu dan lihat apa? Tunggu dan lihat pesaing yang mencapai kejayaan!

3. Tidak inovatif

Perniagaan yang tidak inovatif pastinya akan ketinggalan ke belakang. Inovatif bermaksud bijak dalam melakukan sesuatu yang baru atau mengubahkan sesuatu dengan pendekatan yang baru.

Inovasi boleh dilakukan kepada proses kerja untuk lebih efisyen, pada produk untuk jadikan produk lebih baik, pada pemasaran untuk jadikan lebih efektif dan sebagainya.

Melakukan perkara yang sama sahaja dan tidak inovatif pada zaman ini akan ditinggalkan oleh pesaing yang lebih berinovasi. Pesaing kini tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Sebagai contoh, lihat keliling kita sahaja sudah beratus jenis produk kesihatan yang ada.

Daripada beratus itu, bagaimana hendak dapatkan tumpuan pelanggan sekiranya tidak berinovasi?

4. Tidak melakukan pemasaran

Pemasaran adalah nadi perniagaan. Tanpa pemasaran tiada siapa akan tahu tentang perniagaan kita. Pemasaran perlu dilakukan setiap hari secara efektif. Boleh dikatakan sebab utama kegagalan perniagaan adalah kerana tiada ilmu pemasaran, atau ilmu pemasaran yang terhad.

Sebagai contoh, usahawan hanya tahu satu cara pemasaran sahaja dan bergantung kepada satu cara itu tanpa menghiraukan kaedah pemasaran lain- contoh hanya menggunakan Facebook untuk pemasaran. Masalahnya adalah, sekiranya hanya fokus kepada satu cara, bagaimana pula jika pesaing menggunakan pelbagai pemasaran seperti Facebook + Blog + Email + Google dan sebagainya? Bagaimana pula sekiranya reach Facebook semakin kurang dan harga pengiklanan Facebook menjadi semakin mahal? Pastinya akan mengalami kesukaran promosi.

Jawapannya, perniagaan akan ketinggalan lagi dan lama kelamaan pastinya akan gagal!

Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Sekiranya mudah pastinya banyak perniagaan yang berjaya hari ini. Namun kini, lebih banyak yang gagal dari berjaya. Tambahan, tidak seperti dulu, mungkin 10-20 tahun lepas, pesaingan tidak ramai. Ini memudahkan lagi jalan sesuatu perniagaan. Tetapi kini, pesaingan yang begitu banyak disekeliling membuatkan usahawan perlu menambahkan lagi ilmu perniagaan supaya kegagalan tidak menjadi pilihan!

*Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah menjadi pilihan beribu usahawan Internet untuk mempelajari cara memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet.

3batch

Bantuan dan bimbingan yang diberikan selama 6 bulan dalam program ini telah banyak membantu usahawan bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada di pasaran dengan pelbagai strategi pemasaran. Untuk maklumat lanjut, klik di sini atau sekiranya ingin bercakap dengan kami, hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang soalan.

girls

cara tingkat kewangan

2 cara PERBAIKI kewangan ketika ekonomi DOWN!

Keadaan ekonomi Malaysia kini kurang stabil. Lihat sahaja keliling, ramai yang mengadu kenaikan harga barang, beberapa hari lepas kenaikan harga petrol, beberapa bulan lepas GST dikenakan pula. Makin hari, semakin tinggi kos sara hidup masyarakat oleh kerana kenaikan harga ini. Gaji pula tidak naik setimpal dengan kenaikan kos ini.

2caraonly

Dalam memperbaiki kewangan kita, hanya terdapat dua cara sahaja. Iaitu, tingkatkan simpanan dan tingkatkan pendapatan. Dengan meningkatkan simpanan, kita perlu berjimat cermat supaya lebih banyak simpanan dapat dilakukan. Manakala, tingkatkan pendapatan pula, perlu meningkatkan usaha sama ada dalam kerjaya atau berniaga.

1. Tingkatkan penjimatan mungkin mudah bagi ramai antara kita. Caranya, mungkin kurang makan luar, kurangkan perbelanjaan, beli barangan yang perlu sahaja, memilih barangan yang lebih murah, dan sebagainya.

Katakan, pendapatan isi rumah adalah RM6,000 sebulan. Mungkin dengan berjimat cermat dan kurang berbelanja, pada hujung bulan, dapat menyimpan RM600 sebelum ini- Alhamdulillah.

Namun, akibat kenaikan harga petrol, barangan, elektrik, GST dan sebagainya, simpanan RM600 sebelum ini mungkin telah menjadi RM400 sebulan.

2. Pilihan kedua yang merupakan pilihan yang lebih baik adalah meningkatkan pendapatan. Antara caranya adalah memulakan perniagaan seperti Perniagaan di Internet.

Kos perniagaan Internet yang rendah serta capaiannya yang tinggi membolehkan usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dengan risiko yang jauh lebih rendah berbanding dengan membuka kedai atau premis yang memakan belanja yang tinggi ketika waktu ini. Bayangkan sekiranya menjalankan perniagaan Internet, dan mendapat pendapatan RM400 sebulan. Digabungkan dengan penjimatan RM400 tadi, jumlah peningkatan pendapatan kini sudah RM800 pula.

Apa yang hebatnya dalam menjalankan perniagaan adalah, pendapatan tidak mempunyai had. Bergantung kepada ilmu perniagaan yang dimiliki oleh usahawan, bukan sahaja pendapatan RM400 sebulan, malah RM4,000 sebulan atau RM40,000 sebulan juga boleh dicapai.

Dalam memperbaiki keadaan kewangan kita, hanya dua pilihan sahaja. Iaitu menambahkan penjimatan atau meningkatkan pendapatan. Dalam keadaan ekonomi kini, kita perlu pertimbangkan kedua-dua pilihan.

Dalam memulakan perniagaan Internet juga memerlukan ilmu untuk memastikan kejayaan. Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang telah membantu beribu usahawan memulakan perniagaan Internet mereka yang berjaya. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Atau, hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk berbincang.

black_ik

berniaga tanpa modal

Tiada modal dalam memulakan perniagaan… ini caranya.

Rata-rata, bila ditanya memang minat memulakan perniagaan. Tetapi, ramai juga antaranya yang melengah-lengahkan waktu untuk memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi kerana tiada modal untuk memulakan perniagaan. “Takde Modal” sering menjadi kekangan dalam berbisnes. Apatah lagi kalau perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan yang besar.

Hendak melakukan pinjaman perniagaan dari bank, waktu ini agak sukar, tidak seperti dulu. Ada juga yang bergantung kepada ingin mendapat bantuan modal dari kerajaan untuk memulakan perniagaan. Tidak salah kedua cara ini, namun kedua cara ini adalah cara yang tidak pasti akan dapat.

Apa yang pasti adalah usaha kita sendiri dalam mencari modal dan bukan alasan tidak mahu mencari modal.

nomodal

Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang ingin memulakan perniagaan restoran, kekangannya memulakan restoran kerana tiada modal. Saya bertanya, apa yang diperlukan? Jawapannya sewa premis, tukang masa, meja, kerusi, kaunter, barang hiasan dan seribu satu lagi perkara. Jumlah modal yang diperlukan dalam RM200,000.

Saya tanya semula kepadanya, kenapa tidak mula kecil. Buka gerai, atau pushcart, atau gerai mobile yang agak murah, dan kumpulkan duit dulu sehingga cukup untuk membuka restoran.

Jawapannya pula “Alaa… susah la camtu”

Susah?

Terkejut juga saya mendengarnya. Menunggu modal RM200,000 untuk membuka restoran, tidak pula susah. Tetapi memulakan perniagaan kecil dilihat susah? Cuba mencari pinjaman bank atau cuba mendapat geran kerajaan tidak pula susah, tetapi berusaha berniaga dari kecil dan kembang menjadi besar, susah pula?

Pelik juga manusia ni 😉

Tetapi, hakikatnya itu yang terjadi selalu. Ramai yang ingin memulakan perniagaan yang terus besar. Terus nampak hebat, mempunyai premis, pekerja yang ramai, dan peralatan yang canggih. So,  bila keluarga, saudara mara  atau kenalan lihat, nampak agak gah perniagaan yang kita jalankan.

Tidak ramai yang sanggup bermula kecil dahulu, untuk mengumpul modal sedikit demi sedikit, dan kembangkan perniagaan secara berperingkat. Mungkin mereka tidak dapat lihat, perniagaan kecil hari ini, 10-20 tahun yang akan datang boleh menjadi besar dengan usaha yang dilaburkan.

ontable

Masalah yang lebih besar adalah, sekiranya bermula perniagaan yang bermodal besar terus, tanpa pengalaman berniaga, besar kemungkinan perniagaan itu akan gulung tikar. Yang bankrupt pun ramai. Nauzubillah. Mana taknya, pengalaman berniaga kecil pun tiada, masakan pula nak berniaga terus besar? Modal besar, maka tanggungjawab juga besar. Ianya tidak semudah yang dilihat.

Tetapi, sekiranya bermula kecil, maka risiko juga adalah kecil. Namun, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan yang kecil itu. Pengalaman berniaga akan menguatkan kita sebagai usahawan peringkat demi peringkat. Nanti, bila perniagaan menjadi besar, InsyaAllah segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan dari berniaga kecil hingga besar.

Peringatan saya kepada bakal usahawan, tidak perlu menjadikan modal sebagai alasan. Mulakan kecil dahulu. Hendak terus membuka kedai atau jaringan jenama kosmetik sendiri, memang memerlukan modal yang besar.

Tetapi, cuba dulu niagakan barangan kosmetik orang lain sebagai agent kecil-kecilan katakan- bina pengalaman dan tambahkan ilmu. Modal juga akan menjadi kecil.  Fikirkan, kalau tidak boleh menjual 100-200 produk orang lain, bagaimana pula hendak menjual 10,000-20,000 atau lebih produk sendiri.

Fikir besar… tetapi mula kecil!

*Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya selama 6 bulan di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Sekiranya anda mempunyai masa untuk berjumpa untuk tahu lebih lanjut program 6 bulan ini, hubungi kami di 03-77292277.

Sekiranya tidak dapat berjumpa, klik di sini  untuk keterangan lanjut. Kami juga menyediakan pembelajaran secara online khusus bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur (baca di ruang Soalan Lazim untuk keterangan lanjut)

tingkat keyakinan

6 Cara Meningkatkan Keyakinan Pelanggan Untuk Membeli Dari Anda

6 tip cara bagaimana untuk memberi keyakinan kepada pelanggan kita secara atas talian.

Kepercayaan merupakan sebab #1 seseroang membeli atau tidak dari laman web kita.

tingkat keyakinan

Sekiranya mereka tidak yakin dengan laman web kita, maka kita tidak akan berjaya mendapatkan jualan secara online. Pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan keyakinan pelanggan anda:

  1. Letakkan gambar anda di laman web

    Dikatakan sekiranya anda meletakkan gambar anda di laman web anda, ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan 4x ganda. Pelanggan ingin tahu dengan siapa mereka melakukan transaksi jual beli. Dengan melihat gambar pemilik perniagaan sekurang-kurangnya akan meningkatkan kepercayaan mereka dalam melakukan transaksi online.

  2. Balas email dengan pantas

    Jangan biarkan masa 2-3 hari baru hendak membalas email pelanggan. Sebaiknya kurang satu jam, email pelanggan telah terjawab. Kepantasan ini akan menunjukkan bahawa anda benar-benar serius dalam mengendalikan perniagaan dan melayan sebarang persoalan pelanggan. Keyakinan pelanggan akan bertambah apabila menerima balasan email dengan pantas.

  3. Letakkan maklumat lengkap perniagaan

    Sertakan nama perniagaan, alamat, nombor telefon secara lengkap. Jangan lupa juga, alamat email, facebook, skype atau whatsapp sekiranya anda menggunakannya dalam perniagaan. Lebih banyak cara anda berikan untuk pelanggan menghubungi anda, lebih yakin mereka dalam membeli. Ini kerana ia menunjukkan anda sedia dihubungi sekiranya terdapat sebarang soalan, masalah atau pelanggan memerlukan bantuan. Jangan lupa juga kini, dimestikan meletakkan nombor pendaftaran perniagaan anda di laman web dalam memberi keyakinan untuk perniagaan anda.

  4. Aktif di media sosial

    Dengan menjadi aktif di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya menunjukkan anda mempunyai personaliti dan wujud di dunia sebenar, dan bukan sekadar laman web yang hendak menipu pelanggan. Pelanggan akan lebih rasa yakin apabila dapat menjalinkan hubungan bersama anda walaupun menerusi kemaskini anda di media sosial. Oleh itu, ambil sedikit masa untuk update media sosial anda sehari beberapa kali.

  5. Gunakan Video memperkenalkan diri dan perniagaan

    Apakata gunakan video pula untuk memperkenalkan diri dan perniagaan anda. Tidak perlu terlalu panjang, sekadar video 2-5 minit sudah memadai memaparkan diri anda memperkenalkan perniagaan anda. Sekiranya gambar anda boleh meningkatkan keyakinan pelanggan 4x ganda, video dapat meningkatkan berkali-kali ganda lagi oleh kerana bakal pelanggan dapat melihat, mendengar dan menonton anda. Zaman kini agak mudah menghasilkan video oleh kerana handphone anda juga telah dilengkapi dengan perisian video camera.

  6. Sertakan testimonial pelanggan lepas

    Jangan lupa, sertakan testimoni pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Testimoni terbaiknya disertakan dengan gambar untuk meningkatkan keyakinan. Lebih baik lagi sekiranya testimoni adalah berbentuk video!

Mudahan dengan 6 tip ini dapat memberi anda lebih banyak idea untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap perniagaan Internet anda dan meningkatkan lagi jualan perniagaan Internet anda. In shaa’ Allah!

Sekiranya anda ingin dalami lagi perniagaan Internet, sertai saya dan pelatih-pelatih bertauliah selama 6 bulan di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Sekiranya anda mempunyai masa untuk berjumpa untuk tahu lebih lanjut program 6 bulan ini, hubungi kami di 03-77292277 untuk berjumpa. Sekiranya tidak dapat berjumpa, klik di sini  untuk keterangan lanjut. Kami juga menyediakan pembelajaran secara online khusus bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur (baca di ruang Soalan Lazim untuk keterangan lanjut).

girlsKlik pada gambar di atas untuk keterangan lanjut bagaimana anda juga boleh memulakan perniagaan Internet!

Dalam perniagaan, beri sesuatu yang tidak disangka

surprise2.jpgBeri sesuatu yang tidak disangka kepada pelanggan anda. Surprise-kan mereka! Ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada pelanggan anda dan pastinya anda akan diletakkan jauh lebih tinggi daripada pesaing-pesaing anda dengan satu aksi mudah ini.

Bayangkan kita membeli sesuatu, tiba-tiba penjual tu memberi sesuatu extra tanpa di beritahu sebelum belian (free gift yang tidak diumumkan). Pastinya kita akan terkejut, dan pada waktu yang sama rasa diri kita dihargai oleh peniaga tersebut!

Pepatah mat salleh berbunyi:

People will forget what you do. People will forget what you say. But people will not forget how you make them feel!

Beri sesuatu ‘surprise’ dan pastinya anda akan membuat pelanggan anda merasa gembira dan mereka tidak akan lupakan anda!

ps: Malam ini adalah peluang terakhir untuk dapatkan Power Pack Digital Irfan Khairi pada harga yang tidak disangka- potongan RM1,000. Klik di sini untuk ambil peluang ini sebelum ianya diturunkan dalam beberapa jam sahaja lagi!

tanda orang berjaya

10 LAGI TANDA adakah ANDA akan berjaya?…

Semalam saya telah berikan 10 tanda-tanda seseorang yang berjaya. Hari ini, saya suka ingin berikan 10 lagi untuk melengkapkan senarai 20 tanda-tanda orang yang berjaya. Cuba lihat, adakah anda mempunyai ciri-ciri ini…

Sekiranya tiada, pastikan and amalkannya InsyaAllah!

10lagi

  1. Anda minat pada apa yang anda usahakan

    Seringkali, mereka yang berjaya minat dan suka sangat pada apa yang mereka lakukan. Kerja umpama hobi yang tidak terasa penat lelah berhadapan dengannya.

  2. Anda faham kekuatan dan terima kelemahan diri

    Mereka yang berjaya menggunakan kekuatan diri untuk kehadapan, namun tidak ego dan akui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan sentiasa usaha memperbaiki kelemahan tersebut.

  3. Anda mengaku sekiranya anda tersilap

    Sekiranya anda melakukan kesilapan, anda akan mengakuinya dan tidak menuding jari pada orang lain atau memberi alasan. Menyalahkan orang lain dan memberi alasan tidak akan perbaiki diri sendiri.

  4. Anda seorang yang penyayang

    Anda mudah didekati orang lain dan anda saling menghormati dan sayang pada makhluk Allah swt. Anda akan rasa bahagia apabila melihat mereka di keliling anda bahagia. Itulah kunci kejayaan.

  5. Anda mengambil tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain

    Anda sanggup mengambil tanggungjawab walaupun yang besar dan sekiranya sesuatu terjadi anda menerima tanggungjawan tersebut adalah tanggungjawab anda dan bukan salah orang lain.

  6. Anda suka sangat belajar perkara-perkara baru

    Anda tahu pentingnya mendalami ilmu dan anda berasa seronok mencari ilmu-ilmu baru dan cuba mengaplikasikannya dengan pantas.

  7. Anda sentiasa mempunyai matlamat untuk menjadi lebih baik

    Anda sentiasa terbayang bahawa diri anda boleh mencapai lebih lagi dari keadaan sekarang. Anda sering menolak diri anda untuk kehadapan dan menjadi lebih baik

  8. Anda banyak bertanya perkara yang anda tidak tahu

    Anda suka bertanya dan belajar dari bertanya. Anda tidak malu untuk bertanya kerana kalau malu bertanya, maka nanti jalan pula yang sesat!

  9. Anda jarang putus asa

    Anda menjadikan usaha sebagai tabiat dan tidak putus asa. Apabila terjumpa kesukaran, anda mengubah cara anda namun tetap tidak putus asa.

  10. Anda yakin pada diri sendiri

    Dan yang paling penting, mereka yang berjaya mempunyai keyakinan diri. Anda yakin anda boleh capai sesuatu yang hebat, mungkin walaupun belum nampak jalannya lagi… tetapi anda tetap yakin dalam hati bahawa satu hari nanti, matlamat anda pasti akan tercapai!

*** Teringin menjadi usahawan? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.

tanda orang berjaya

10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA…

Roda hidup seringkali berputar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga kejayaan, adakalanya berjaya, adakalanya gagal. Namun, apa yang membuat seseorang itu berjaya atau gagal?

10tanda

Berikut adalah senarai tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya InsyaAllah!

  1. Anda fleksibel untuk berubah

    Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.

  2. Anda tidak suka  merungut dan mengeluh

    Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling

  3. Anda sering produktif

    Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda

  4. Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri

    Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa

  5. Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan

    Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain

  6. Anda bersedia membantu orang lain

    Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get.

  7. Anda seorang yang pemaaf

    Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.

  8. Anda menghadapi cabaran dan belajar dari nya

    Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya

  9. Anda suka melihat kejayaan orang lain

    Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati

  10. Anda suka mendampingi orang yang berjaya

    Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!

*** Teringin menjadi usahawan yang berjaya? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.