Ramai yang ingin memulakan perniagaan. Namun ramai juga yang menunda-nundakan impian ini. Berikut adalah 5 motivasi dalam memulakan perniagaan anda sendiri! Jangan tunda lagi!
1. Mencapai KEBEBASAN
Antara sebab utama ramai memulakan perniagaan adalah inginkan kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari segi ingin mencapai kebebasan kewangan dan juga kebebasan dalam mengawal hala tuju kerja yang dilakukan tanpa boss- anda adalah boss anda sendiri.
Memulakan perniagaan sendiri akan menjadikan anda boss, menetapkan peraturan anda sendiri, dan melakukan apa yang anda inginkan- kebebasan dalam membuat pilihan!
2. Melakukan PERUBAHAN
Mungkin telah lama kita kerja makan gaji dan ingin merasa perubahan, maka berniaga adalah satu perubahan positif yangboleh dilakukan. Bukan maksud saya untuk terus berhenti kerja dan mulakan perniagaan. Mungkin itu tindakan yang kurang tepat. Nasihat saya adalah, mulakan perniagaan secara separuh masa terlebih dahulu untuk mempelajari selok belok perniagaan.
Seperti saya sendiri juga, saya bekerja makan gaji sambil menjalankan perniagaan separuh masa selama 2 tahun sebelum mempunyai keyakinan untuk berhenti kerja dan fokus kepada perniagaan secara fulltime!
3. Menjana KEUNTUNGAN
Keputusan memulakan perniagaan sememangnya tidak lari dari ingin menjana keuntungan yang berlipat kali ganda. Sekiranya bekerja makan gaji, mungkin akan dapat kenaikan gaji 10%-30% setiap tahun. Begitu juga pelaburan yang bagus boleh memberi pulangan 10%-30% setiap tahun. Tetapi, sekiranya menjalankan perniagaan dengan bagus, keuntungan boleh menjangkau 100%-300% atau lebih lagi!
Inilah yang dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.
4. MEMBANTU orang ramai
Menjalankan perniagaan bukan sahaja membantu diri sendiri dan keluarga. Tetapi ia juga membantu orang lain. Ini kerana, berniaga adalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Menjual produk kesihatan adalah untuk membantu mereka yang perlu memperbaiki kesihatan. Menjual produk kecantikan adakah membantu mereka ingin kelihatan cantik. Mengajar ilmu adalah untuk membantu orang ramai memerolehi ilmu.
Apa sahaja perniagaan merupakan penyelesaian kepada masalah dan keperluan. Fikirkan perniagaan sebagai platform untuk anda membantu lebih ramai orang dan bukan sahaja platform untuk mendapat keuntungan semata-mata. Berniaga secara halal dan mengikut syariah adalah perkara yang mulia.
5. Mencapai HASRAT dan PENGHARGAAN DIRI
Dalam hierarki keperluan Maslow, puncak keperluan manusia adalah untuk mencapai hasrat dan penghargaan diri. Mungkin matlamat kita sebelum ini adalah ingin memulakan perniagaan tetapi masih menunda-nundakan waktu. Hasrat di hati inginkan penghargaan diri, tetapi masih belum dicapai.
Dengan memulakan langkah pertama dalam menjinakkan diri dalam perniagaan, sekurang-kurangnya langkah utama telah dilakukan. Tidak mengapa sekiranya langkah-langkah seterusnya belum jelas, kerana perniagaan adalah satu proses pembelajaran melalui pengalaman yang dilalui.
Namun, pengalaman tidak akan bermula tanpa mengambil langkah pertama itu.
*Sekiranya anda bermotivasi dan berhasrat untuk memulakan perniagaan, tetapi masih belum lakukan, apa kata ambil peluang ini untuk bersama saya, Irfan Khairi selama 6 bulan secara separuh masa di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. (Pengambilan BARU kini dibuka)!
Program pilihan #1 yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia. Bantuan dan bimbingan diberikan pada setiap langkah terutamanya bagi mereka yang masih lagi baru dalam dunia perniagaan. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Program ini juga boleh diikuti secara online 100%. Lawati laman web Open Education atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini untuk berbincang.