rezeki haram

8 Akibat Rezeki yang Haram!

Tidak semua rezeki halal. Ada juga rezeki yang haram. Mungkin kita boleh menipu orang ramai dengan rezeki tidak berkat, tetapi kita tidak boleh menipu Allah swt. Jauhkan dari memperolehi rezeki yang tidak berkat kerana…

8akibat

1. Tidak akan berasa puas dengan apa yang ada.

Tidak kira berapa banyak yang kita dapat, ia pasti terasa tidak cukup. Lagi banyak dapat, lagi banyak yang nafsu mahu lagi dan lagi. Manakala rezeki yang halal dan berkat, Allah swt akan cukupkan bagi kita.

2. Harta yang dapat tidak berkat untuk keluarga dan anak-anak!

Rezeki yang kita dapat akan menjadi pemakanan, tempat tinggal, pakaian keluarga, pembelajaran dan berbagai lagi. Segalanya akan menjadi tidak berkat.

3. Selalunya rezeki yang haram datang daripada mengzalimi dan menindas orang lain.

Sekiranya orang lain tertindas untuk mengkayakan diri sendiri, di situlah petanda rezeki yang kita terima tidak diberkati Allah swt.

4. Hati tidak akan rasa tenang dan sering melanda masalah dan stress.

Pada zahirnya dilihat mempunyai kereta besar, rumah besar dan segalanya mungkin besar. Namun, masalah dan stress dijiwa juga besar yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar orang ramai.

5. Diri, isteri, suami dan anak akan lebih cenderung melakukan kejahatan…

…akibat rezeki haram. Sebagai suami atau isteri, perlu menunjukkan contoh yang baik kepada keluarga. Sekiranya contoh yang ditunjukkan adalah memperolehi rezeki yang haram, maka yang haram itu akan menjadi kebiasaan dilakukan oleh keluarga.

6. Kebahagiaan dan kejayaan sebenar tidak akan tercapai…

…dengan sumber yang tidak berkat dan haram. Kebahagian dan kejayaan hanyalah sia sia sekiranya mengejar dunia dengan rezeki haram. Kejar akhirat, dan dunia akan mengejar kita.

7. Dibenci oleh orang ramai dan hilang kepercayaan dan kredibiliti…

Kepercayaan dan kredibiliti perlu dibina. Sukar untuk membina kepercayaan orang, namun amat mudah hilang kepercayaan apabila memperolehi rezeki dari punca haram.

8. Dibenci oleh Allah swt dan diberi istidraj…

…iaitu rezeki yang akan melalaikan dan memusnahkan diri dan keluarga sendiri. Mungkin balasan tidak di dunia, tetapi balasan di akhirat kelak.

Mudahan dijauhkan dari kita rezeki yang haram!

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Tempat adalah amat terhad. Sekiranya anda ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet, tempah tempat anda hari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.]

ontable

rahsia murah rezeki

6 Rahsia Al-Quran & Hadis untuk murah rezeki

Al Quran dan Hadis serba lengkap dengan cara-cara untuk menarik rezeki. Mungkin kita sudah sedia maklum 6 perkara di bawah, kali ini kita fahami dan jiwai ayat-ayat al Quran dan juga Hadisnya…

6rahsia

1. TAWAKAL

“Seandainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, nescaya kamu diberi rezeki, sebagaimana burung mendapat rezeki, dia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang kenyang.” (HR at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 2344)

2. MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nuur 24:32)

3. BERDOA

Rasulullah sering berdoa selepas solat subuh, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki baik, dan amal yang diterima” (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

4. BERSYUKUR

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim 14:7)

5. JUJUR DAN ADIL DALAM BERNIAGA

“Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Sekiranya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijual belikan, mereka akan mendapat berkat dalam jual beli mereka. Sekiranya mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang dijual belikan akan terhapus keberkatannya.” (HR Hadis Hakim bin Hizam r.a)

6. CAHAYA MATA

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Al-Israa’ 17:31)

Mudahan kita dapat amalkan bersama…

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula dalam masa terdekat sahaja lagi. Tempat adalah amat terhad. Sekiranya anda ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet, tempah tempat anda hari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.]

tip gambar terbaik

7 Tip menggunakan gambar untuk promosi atau iklan di Facebook

Pagi tadi di KLfm, saya kongsikan 7 tip menggunakan gambar untuk promosi atau pengiklanan di Facebook. Gambar yang menarik akan memberi impak yang lebih kepada perniagaan anda! Berikut adalah 7 tip tersebut…

7 gambar

  1. Tunjukkan apa yang menarik mengenai perniagaan anda melalui gambar. Cuba tarik perhatian pengguna Facebook menggunakan gambar orang, pekerja, pelanggan, produk atau persekitaran perniagaan anda.
  2. Gunakan gambar yang berkualiti. Fikirkan juga tentang pencahayaan. Gambar yang tidak berkualiti dari segi pengambilan akan kelihatan tidak menarik dan orang tidak akan klik. Belajar sedikit sebanyak elemen fotografi untuk memperbaiki gambar anda.
  3. Pastikan gambar atau imej yang dikongsikan adalah selari dengan mesej atau status yang ditulis. Imej dan text yang selari akan menguatkan lagi sebab untuk orang klik.
  4. Gunakan gambar yang memberi tarikan emosi. Perasaan emosi adalah perasaan yang kuat untuk menarik perhatian orang ramai di Facebook. Sebagai contoh, gambar muka yang berjerawat beri kesan emosi takut dan terbaik untuk menjual ubat jerawat.
  5. Pastikan gambar atau imej tersebut mencerminkan jenama anda, dari segi cara penulisan text pada imej, warna yang digunakan, dan mesej yang disampaikan. Jadikan peluang untuk membina jenama.
  6. Gambar yang digunakan juga perlu konsisten supaya orang mengenali perniagaan anda.
  7. Namun perlu juga tukar gambar iklan supaya orang mendapat sesuatu yang lain dan berbeza dan tidak bosan dengan gambar yang sama. Sama tetapi tidak serupa!

Mudahan tip-tip ini dapat memperbaiki pengiklanan anda dan juga promosi perniagaan anda di Facebook!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, dapatkan lebih banyak teknik dan strategi dalam memulakan dan menggandakan pendapatan perniagaan anda di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya, Irfan Khairi.

Program 6 bulan ini telah berjaya melahirkan beribu usahawan Internet dan menjadi pilihan #1 dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet di Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

girls

cara meningkatkan rezeki

6 Cara meningkatkan rezeki menurut Al Quran & Hadis

Rezeki datangnya dari Allah swt dan bukan manusia. Satu dari 99 nama Allah swt adalah Ar-Razzaq, iaitu Maha pemberi rezeki.

6cara

Berikut adalah 6 cara meningkatkan rezeki menurut ayat-ayat Al Quran dan hadis…

1. BERTAUBAT

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu” [Surah Nuh 71: 10-11]

2. TAKWA

…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)… [Al-Talaaq 66 2-3]

3. ERATKAN SILATURRAHIM

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. ~Bukhari dan Muslim

4. BERSEDEKAH

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. [Surah Saba’ 34: 39]

5. BERIBADAH

“Firman Allah: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

6. MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

“Lanjutkanlah haji dengan umrah, karena sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagai-mana api dapat menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu me-lainkan Surga” (Hadis riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa’, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abdullah bin Mas’ud r.a)

Mudahan kita dapat amalkan bersama.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula dalam masa terdekat. Tempat adalah amat terhad. Sekiranya anda ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet, tempah tempat anda hari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.]

black_ik

ciri ciri usahawan

8 Ciri-ciri keusahawanan Rasulullah saw

Sejak muda lagi Rasulullah saw telah mula mencari pengalaman berniaga dan menjalankan perniagaan. Baginda menjadi terkenal sebagai seorang usahawan Al-Ameen, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Kehebatan Rasulullah berniaga menjadikannya antara usahawan yang berjaya dan cemerlang pada ketika itu.

8ciri

Berikut adalah 8 ciri-ciri keusahawanan Rasulullah saw yang diriwayatkan. Semoga kita juga dapat mengamalkannya setiap hari dalam perniagaan dan mencontohi baginda.

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain

Keperibadian Rasulullah saw disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaing.

2. Lurus dan tepat dengan kiraan

Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

3. Sentiasa senyum ketika menjual beli

Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

4. Jujur dan amanah

Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

5. Lemah lembut ketika berniaga

Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif

Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

6. Bukan mengejar harta semata-mata

Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

7. Fasih dalam bertutur kata

Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

8. Bijak membuat keputusan

Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.

9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.

Sekiranya anda ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan anda di Internet, klik di sini untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini

girls

Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor, namun masih ingin menyertai program ini, dapatkan maklumat lanjut versi 100% online di sini.

cara yakin diri

2 Cara tingkatkan keyakinan diri

Tidak dinafikan lagi, salah satu kunci kejayaan adalah perlu mempunyai keyakinan diri. Malah, dalam mana-mana buku motivasi, atau ceramah motivasi, sering ditekankan tentang keyakinan diri. Kalau tiada keyakinan diri, maka, langkah permulaan dalam mencapai kejayaan pun akan jadi sukar.

2carayakin

Keyakinan diri termasuk juga, tidak yakin bercakap dihadapan orang ramai (salah satu yang top), tidak yakin nak mulakan perniagaan, tidak yakin membuat jualan, dan macam-macam lagi isu keyakinan diri.

Berikut adalah 3 cara untuk meningkatkan keyakinan diri dengan pantas.

1. Ubah suara dalam diri sendiri

Seringkali tidak yakin dengan diri sendiri berpunca dari suara yang terkandung di dalam diri sendiri. Suara-suara di dalam kepala dipenuhi dengan kata-kata negatif seperti “takut”, “sukar”, “tidak boleh”, “gagal”, “susah”, “masalah”, “risau” dan banyak lagi.

Apabila kita sering fikirkan perkara-perkara yang negatif dalam kepala kita maka, lama kelamaan, ia akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan keyakinan diri akan terganggu.

Namun, mengubahkkan suara dalaman diri sendiri boleh dilakukan dengan cara berdialog dengan diri sendiri melalui kata-kata positif sahaja.

Setiap kali terfikir sesuatu yang negatif, ubahkannya dalam fikiran anda. Takut menjadi berani, sukar menjadi mudah, tidak boleh menjadi boleh, gagal menjadi berjaya, susah menjadi senang, masalah menjadi penyelesaian, risau menjadi tenang dan sebagainya.

Setiap kali terfikir perkataan negatif, cari lawannya dan sering gunakan yang positif sahaja dalam minda. Tidak lama nanti, anda juga akan sering menjadi positif dan mendapat keyakinan dalaman diri.

Juga perlu ingat, suara dalaman diri sendiri adalah 100% pilihan dan tanggungjawab diri sendiri untuk diubah.

2. Ubah persekitaran di luar

Wujudnya kata-kata negatif ini sebenarnya berpunca dari luaran, mungkin pengalaman sekeliling, atau kata-kata orang lain, dan mungkin juga pengalaman diri sendiri sebelum ini.

Memang betul, adakalanya sukar untuk kita mengubah persekitaran kita. Mungkin kenalan dan keluarga sedia ada tidak memberi sokongan kepada diri kita, membuatkan diri terasa kurang yakin. Begitu juga dengan berita atau masalah lain yang dihadapi pastinya juga akan memberi impak pada keyakinan diri.

Walaupun ada perkara yang tidak dapat diubah secara luaran (tidak seperti suara dalaman diri yang sememangnya boleh diubah), sekurang-kurangnya tanggungjawab kita juga adalah untuk mengurangkan gangguan negatif luaran sebaik mungkin.

Sekiranya kenalan atau ahli keluarga tidak memberi sokongan pada matlamat yang kita hajati, tidak perlu berkongsi matlamat atau usaha tersebut dengan mereka. Sekiraya berita-berita di akhbar dan TV membuatkan kita rasa sedih atau marah, kurangkan membaca-berita-berita tersebut.

Sekiranya berita itu datangnya dari Facebook sendiri, anda boleh menapis page-page yang memberi kesan negatif kepada diri anda dengan cara unfollow. Juga, sekiranya terdapat masalah-masalah lain yang menganggu kita, secara berperingkat cari penyelesaiannya. Apa sahaja masalah pasti ada cara penyelesaian.

Mungkin sukar, tetapi perlu cuba sedaya upaya untuk jauhkan daripada perkara-perkara yang memberi kesan negatif pada diri sendiri.

Untuk mencapai kejayaan, keyakinan diri adalah amat penting. Dengan dua langkah di atas, anda juga boleh mengubah diri untuk lebih yakin pada apa sahaja matlamat dan usaha yang anda tujukan.

*Ramai yang telah mula menjalankan perniagaan melalui Internet. Dari perasaan tidak yakin, hingga boleh menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bukan sahaja menunjukkan teknik dan strategi memulakan perniagaan dan menjana pendapatan melalui Internet.

Tetapi juga membantu dari segi membina keyakinan usahawan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri melalui komuniti usahawan-usahawan online yang sama-sama ingin mencapai matlamat yang sama.

girls

Pengambilan terbaru kini dibuka tidak lama sahaja lagi dan tempat semakin dipenuhi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

strategi kewangan

Strategi PERTAMA dalam memperbaiki kewangan

“Wang bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya memerlukan wang”. Ada betulnya juga kenyataan itu. Sememangnya kita tidak mahu menjadi seorang yang materialistik dan mata duitan, tetapi, tidak dinafikan, wang memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian kita.

strategi1

Ada juga yang mengatakan, prioriti utama hidup bukanlah pada wang, atau matlamat hidup bukan mengejar wang. Saya amat hargai konsep tersebut, tetapi, walaupun ia bukan prioriti utama, wang tetap memainkan peranan dalam hidup anda. Oleh itu, mengetahui strategi kewangan pastinya dapat membantu gaya hidup kita.

Jadi, persoalannya adalah apakah matlamat kewangan anda? Apabila kita mempunyai matlamat kewangan, ia akan memudahkan kita menghasilkan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa tiang gol. Pastinya tidak ke mana perlawanan tersebut kerana tiada sasaran. Jurulatih juga tidak tahu cara menyusun strategi untuk menang bila tiada tiang gol.

Pelbagai strategi yang kita perlu pelajari mengenai wang seperti cara menjana wang, cara melabur wang, cara menggunakan wang untuk dapatkan wang, cara kongsi dan sedekahkan wang kita dan sebagainya supaya hidup kita lebih bermakna dan kita dapat rasa bahagia dalam jiwa.

Strategi pertama adalah, gambarkan matlamat anda…

Dimanakah anda lihat keadaan kewangan anda pada hujung bulan ini? Atau 6 bulan akan datang? Atau tahun hadapan? Adakah anda berpuas hati dengan keadaan atau anda ingin meletakkan matlamat kewangan yang lebih tinggi?

Bagaimana pula gambaran kewangan anda 3 tahun akan datang? Atau 5 tahun akan datang? Atau 10 tahun akan datang? Adakah anda melihat diri anda seperti keadaan sekarang, atau ingin melihat diri anda mempunyai progres yang berlipat kali ganda dan mengubah keadaan kewangan kearah yang jauh lebih baik?

Semua ini memerlukan strategi dan strategi bermula dengan matlamat anda hari ini. Ambil pen dan kertas, tuliskan matlamat kewangan anda. Apakah matlamat kewangan jangka pendek anda, dan apakah matlamat jangka panjang anda.

98% dari orang dewasa tidak mempunyai matlamat kewangan. Jangan jadikan anda sebahagian dari statistik ini oleh kerana mereka yang berjaya dalam kewangan adalah mereka yang mempunyai matlamat dan strategi mencapai matlamat tersebut.

*Ramai yang telah mula menjalankan perniagaan melalui Internet. Dari perasaan tidak yakin, hingga boleh menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bukan sahaja menunjukkan teknik dan strategi memulakan perniagaan dan menjana pendapatan melalui Internet.

Tetapi juga membantu dari segi membina keyakinan usahawan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri melalui komuniti usahawan-usahawan online yang sama-sama ingin mencapai matlamat yang sama.

girls

Pengambilan terbaru kini dibuka tidak lama sahaja lagi dan tempat semakin dipenuhi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

ubah diri

8 langkah ubah peribadi diri untuk murah rezeki

Untuk menarik lebih rezeki, perlu lakukan perubahan. Dan perubahan utama datang dalam diri kita sendiri. Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mendapat tempiasnya.

ubahdiri

Amalkan 8 langkah peribadi diri untuk membuka lagi pintu rezeki

1. Sentiasa berniat baik
Segala urusan bermula dengan niat. Biat yang baik, maka urusan juga akan dipermudahkan. Niat yang tidak baik, keberkatan usaha pula akan hilang.

2. Sentiasa bercakap benar
Kepercayaan orang lain kepada kita berasal dari diri kita sendiri apabila sentiasa bercakap yang benar-benar sahaja. Membina kepercayaan orang adalah sukar, namun menghilang kepercayaan orang adalah amat mudah. Sentiasa bercakap benar.

3. Sentiasa berakhlak mulia
Mereka berakhlak mulia bukan sahaja disukai oleh orang di keliling, tetapi dicintai oleh Allah swt. Tidak perlu memuaskan hati orang sahaja, cinta teragung adalah dengan Allah swt dan akhlak mulia adalah jambatan untuk mencapainya.

4. Sentiasa menepati masa
Buangkan tabiat melengahkan masa, atau tidak menepati masa. Usah lagi beri alasan “on the way” bila terlewat di mana kita baru sahaja melangkah keluar rumah 😉

5. Sentiasa amanah dan dipercayai
Bina kepercayaan dengan menjadi seorang yang beramanah.

6. Sentiasa bertutur dengan bahasa dan cara baik
Jaga pertuturan. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Bercakap dengan lemah lembut dan dan bahasa yang baik. Anda sentiasa akan dihormati.

7. Sentiasa berketerampilan kemas
Berpakaian dan berketerampilan kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar bersederhana dan tidak pula dilihat selekeh. Pakaian yang tidak terurus, rezeki juga tidak akan datang.

8. Sentiasa jaga perbualan perkara yang baik sahaja
Sentiasa berkata-kata yang positif sahaja. Apa yang kita kata, akan menjadi doa. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri, keluarga dan juga kenalan yang kita berbual bersama.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

keyakinan pelanggan

8 cara untuk tingkat keyakinan di laman web perniagaan Internet!

Perniagaan Internet berbeza dengan perniagaan bersemuka. Di Internet, pelanggan tidak dapat melihat kita, atau berjumpa dengan kita. Oleh itu, kepercayaan dan kredibiliti menjadi antara penghalang untuk usahawan melakukan jualan.

yakin

Berikut adalah 8 perkara mudah yang boleh digunakan oleh usahawan untuk meningkatkan keyakinan dan kredibiliti perniagaan supaya mudah pelanggan melakukan belian.

1. Jaminan/Warranty

Beri jaminan atau waranti atau gerenti atas produk yang dijual. Ini mengurangkan risiko pembeli dan meletakkan risiko pada penjual. Contoh waranti adalah seperti pulangan wang/ganti/repair sekiranya produk rosak. Pembeli dapat merasa keyakinan dengan adanya jaminan.

2. Testimoni

Pelanggan akan membeli hanya selepas melihat orang lain mendapat manfaat daripada produk anda. Umpama restoran kosong yang sukar menarik pelanggan baru, restoran yang penuh akan sentiasa membuatkan orang beratur dan ingin cuba pula masakan mereka. Penuhkan laman web dengan testimoni pelanggan anda!

3. Logo bayaran

Logo bayaran seperti Visa dan Mastercard memberi kredibiliti pada sesuatu laman web. Sekiranya laman anda boleh menerima bayaran kad kredit seperti mengguna perkhidmatan PayPal.com, logo-logo ini boleh diletakkan di laman anda dan memberi gambaran yang lebih profesional.

4. Halaman mengenai kami/About Us

Jelaskan latar belakang anda dan perniagaan anda. Kredibiliti dan kepercayaan dapat dibina apabila prospek dan pelanggan mengetahui kisah/cerita perniagaan anda. Bak kata ‘tak kenal maka tak cinta’. Apabila anda kongsikan kisah perniagaan anda, maka pelanggan akan mengenali anda dan lebih mudah untuk melakukan belian.

5. Gambar anda/pasukan anda

Pengguna suka berurusan dengan manusia, bukan dengan perniagaan yang tidak bermuka. Psikologi manusia mempunyai hubungan dengan manusia yang lain. Dengan berkongsikan gambar anda dan pasukan anda, hubungan ini dapat dibina dan perniagaan anda akan nampak lebih mesra pelanggan.

6. Penggunaan Media Sosial

Zaman komunikansi dan informasi ini, hubungan adalah amat penting. Penggunaan media sosial dapat meningkatkan kredibiliti dengan cara sentiasa berhubung dengan pembeli dan bakal pembeli. Melalui hubungan yang berterusan melalui media sosial juga, jenama perniagaan dapat dibina.

7. Maklumat berguna

Pengguna sering mahukan informasi yang dapat membantu mereka. Dengan berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan industri anda, dapat membantu pelanggan dan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda supaya tidak hanya dilihat sekadar inginkan keuntungan semata-mata, tetapi juga membantu pelanggan dan orang ramai.

8. Tiada link mati

Link yang mati (broken link) di laman web memberi gambaran tidak profesional di laman web. Pastikan kesemua link di laman web masih hidup!

Oleh itu, pastikan anda juga mengikuti setiap cara diatas… sekiranya tidak, nanti perniagaan pula yang mati! 😉 Mudahan dijauhkan dari kita…

Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program 6 bulan separuh masa ini telah membantu ramai dalam menjana pendapatan melalui Internet. Dibawah adalah gambar peserta-peserta kelas pertama pengambilan yang lepas.

Pengambilan terbaru kini di buka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

b24

usahawan jutawan

4 Kunci Menjadi Usahawan JUTAWAN

Apakah kunci-kunci untuk menjadi seorang usahawan JUTAWAN?

Menurut Dr Thomas Stanley, beliau telah melakukan penyelidikan keatas beratus-ratus usahawan jutawan dan mendapati 4 kunci yang perlu ada untuk menjadi seorang usahwan jutawan adalah…

usahawanjutawan

1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

2. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain

4. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.

Persoalannya adalah: adakah anda memiliki 4 kunci di atas? 

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]