petua murah rezeki

4 Petua Murah Rezeki dalam Perniagaan

Rezeki itu pelbagai. Kita memulakan perniagaan kerana ingin mendapatkan rezeki perniagaan.  9 daripada 10 rezeki adalah melalui perniagaan.

4petuaniaga

Bagaimana hendak mendapat rezeki berganda dalam perniagaan? Amalkan petua-petua ini…

1. Murahkan dengan senyuman

Ketika berniaga, murahkan senyuman. Rasulullah saw ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah! 😉

2. Bantu prospek dan pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.

Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas dan bersihkan tempat berniaga

Sekiranya mempunyai kedai, pastikan kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.

Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan!

4. Amalkan doa murah rezeki sebelum memulakan kerja atau berniaga

doamurahrezeki

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatusesudahnya”

Sekiranya anda ingin mencari rezeki dalam perniagaan, lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan. Pengambilan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial terbaru kini di buka. Klik di sini untuk menempah tempat anda atau hubungi 03-77292277 bercakap dengan Cik Jay.

Program ini boleh dikendalikan secara bersemuka (kelas bersemuka) ataupun secara 100% online bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

ontable

 

jenis kritikan

Ketahui 3 Jenis Kritikan dan Cara Menanganinya!

Bila kena kritik, memang terasa sakit di hati, sedih di jiwa. Apatah lagi bila semangat hendak kejar mencapai sesuatu, masa itu lah pula kritikan orang lain datang menganggu.

3kritik

Bagaimana caranya untuk mengendalikan kritikan yang datang menyerang? Berikut adalah 3 cara…

1. Fahami dari mana kritikan itu. Mungkin ianya adalah baik.

Terdapat kritikan yang membina di mana kita sendiri yang tersilap langkah atau tersalah haluan. Kritikan sebegini datang kerana ingin menasihati cara yang betul. Tidak semua kritikan tidak bagus. Ada juga yang dapat membantu diri sendiri. Fahami dari mana kritikan itu berpunca.

Seperti menonton rancangan realiti TV popular MasterChef, Akademi Fantasia atau The Voice, terdapat panel pakar yang akan mengkritik peserta untuk memperbaiki mereka. Kritikan sebegini adakalanya pedas untuk didengar, namun, sekiranya datang dari mereka yang berpengalaman dan berilmu dalam bidang tersebut, maka, perlu dipertimbangkan.

2. Ada golongan yang akan rasa tidak selesa…

Bila kita ingin keluar dari kebiasaan dan keluar dari zon selesa keadaan diri kita sendiri, sebilangan mereka disekeliling akan rasa tidak selesa oleh kerana kita akan berubah. Ada dikalangan ini akan cuba menasihat kita mungkin cara baik (atau pun tidak) yang kita anggap sebagai “kritikan”. Mungkin kenalan ataupun keluarga.

Golongan ini mungkin berniat baik, namun mereka sendiri tidak tahu dan faham sepenuhnya matlamat anda. Ada juga yang tidak mahu melihat anda gagal, dan cuba menghentikan usaha anda.

Dalam keadaan ini, apa yang terbaik adalah berkomunikasi dengan berkesan kepada mereka supaya mereka faham matlamat anda. Jelaskan keadaan anda dan minta sokongan mereka dalam usaha anda. Sekiranya mereka berniat baik, maka mereka akan fahami keadaan anda dan memberi sokongan juga. Kuncinya adalah komunikasi yang berkesan.

3. Namun ada pula golongan yang sememangnya dengki dan iri hati…

Apabila berjumpa dengan mereka, maka perlu lari jauh-jauh! Kritikan sebegini akan menjadi virus yang melemahkan semangat kita. Adakalanya, keadaan di mana tiada pilihan dan sukar mengelak mereka sebegini. Sekiranya begitu, maka, apa yang perlu anda lakukan adalah cari lebih ramai kenalan-kenalan yang positif.

Apabila seorang atau dua yang suka mengkritik, namun kita ada 10-20 orang yang suka menyokong usaha kita, maka, kritikan itu akan ditenggelami oleh sokongan-sokongan positif kenalan atau keluarga yang lain. Di sini, anda perlu lebih banyak mendampingi mereka yang positif berbanding dengan mereka yang negatif.

Tidak kira apa yang kita lakukan pastinya ada yang akan mengkritik. Apa yang penting adalah, bagaimana kita respon pada kritikan itu supaya yang negatif akan menjadi positif!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, dan ingin bersama komuniti yang sering memberi sokongan dan bantuan dalam mencapai matlamat anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Program separuh masa 6 bulan ini adalah terbaik untuk mereka bekerja yang ingin memulakan perniagaan dari rumah, suri rumah serta usahawan sedia ada. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

girls

 

jenis gambar

Gambar-gambar yang mendapat BANYAK LIKES di Facebook dan Instagram!

Pagi tadi di KLfm saya kongsikan jenis-jenis gambar yang mendapat lebih banyak likes di Instagram atau Facebook.

Sebelum itu, sudahkah anda follow saya di Instagram? IG: Irfan_Khairi

jenisgambar

Sekiranya anda usahawan dan ingin menggunakan platform bergambar Facebook atau Instagram, tentunya inginkan interaksi/engagement yang lebih bukan? Jadi, pastikan gambar-gambar anda menggunakan tip-tip berikut…

*Namun perlu diingat bahawa anda perlu kaitkan tip berikut dengan perniagaan anda supaya lebih efektif untuk jenama anda dan bukan sekadar hendak mendapatkan banyak likes.

1. Gambar yang mengandungi orang…

Psikologi manusia akan mudah tertarik dengan gambar manusia lain berbanding dengan produk. Ini bererti, sekiranya anda usahawan yang ingin ketengahkan produk anda, daripada meletakkan gambar produk anda, lebih baik memaparkan gambar anda bersama produk, pekerja-pekerja sedang mengendalikan produk, atau pelanggan sedang menggunakan produk anda.

orang

Gambar yang mengandungi imej seseorang (atau ramai orang) akan mendapat likes yang lebih berbanding dengan objek sahaja.

2. Gambar yang menarik emosi…

Gambar yang menarik emosi pelawat akan mendapat likes yang lebih. Gambar yang memberi seseorang itu gembira (gambar yang comel seperti kucing atau bayi), gambar yang kelakar (kartun politik atau lawak), gambar yang membuatkan kita sedih (seperti kemalangan atau berita sedih) dan sebagainya.

Contoh gambar kartun…

vroom

3. Gambar yang memberi mesej inspirasi…

Salah satu jenama di Instagram yang popular adalah NIKE yang amat bijak menggunakan konsep inspirasi melalui Instagram. Mesej dalam kesemua gambar yang dipaparkan adalah “Just Do It” yang merupakan slogan Nike.

Psikologi manusia suka pada sesuatu yang memberi inspirasi, sama ada melalui gambar manusia, tulisan, pemandangan indah, agama, dan sebagainya. Imej berbentuk inspirasi sering mendapat likes yang banyak.

4. Gambar yang mempunyai kontra warna…

Gambar-gambar yang mempunyai warna yang terang dan kontra yang kuat akan dapat menarik perhatian pelawat dan mendapat likes yang lebih. Fikirkan komposisi gambar.

Tidak semestinya anda mengambil kelas atau workshop photography (bagus kalau ada), tetapi memadai sekiranya anda baca secara online apa yang membuatkan sesuatu gambar itu menarik dek mata pelawat. Dari segi warna dan juga kandungan.

5. Gambar yang unik…

Fikirkan gambar yang unik untuk dikongsikan di Facebook atau Instagram. Sesuatu gambar yang jarang dilihat akan mendapat likes yang banyak oleh kerana ia dapat menarik perhatian orang ramai.

roti

Beberapa hari sudah, saya kongsikan gambar aiskrim roti di Facebook, dan likes mencecah sehingga berpuluh ribu! Sebabnya, ramai yang jarang melihatnya kini. Mungkin masa kecik-kecik dulu selalu makan 😉

Apabila menyebut tentang penggunaan gambar sama ada di Facebook atau Instagram, ianya berkaitan dengan kreativiti anda. Have fun dan sering eksperimen dengan gambar-gambar yang anda kongsikan. Lebih banyak anda mencuba, lebih mudah anda akan belajar gambar jenis apa yang akan mendapat banyak likes untuk perniagaan anda!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan menggunakan platform-platform media sosial dalam menambahkan pendapatan anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pengambilan terbaru kini dibuka.

Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di talian 03-77292277 hari ini.

 

girls

 

minda positif minda negatif

Adakah anda berMinda POSITIF atau Minda NEGATIF

Mempunyai mindset yang positif adalah amat penting untuk berjaya. Kita sedia tahu bahawa, bila berfikir positif, lebih banyak kita dapat perolehi dan kita juga tahu sekiranya sering bersama orang yang negatif, nanti kita juga akan menjadi negatif.

mindapositifnegatif

Tetapi, adakah anda sering mempunyai mindset positif atau negatif? Cuba lihat dua pilihan di bawah dan tentukan anda lebih cenderung ke arah yang mana…

MINDA POSITIF

  1. Mereka yang mempunyai mindset positif akan sentiasa memikirkan penyelesaian kepada masalah. Tidak terlalu mengutamakan masalah, tetapi lebih fokus untuk mencari penyelesaiannya. Mereka akan lebih bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu dan tidak menyalahkan orang lain sekiranya sesuatu itu tidak menjadi atau tidak kena.
  2. Orang yang mempunyai minda positif akan sentiasa optimis dalam apa yang dilakukan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun, tidak sehingga menjadi ego atau terlalu ‘over-confident’ sehingga tidak berhati-hati dengan setiap langkah yang dilakukan. Setiap langkah dilakukan dengan penuh perancangan yang teliti dan bukan sekadar ‘main langgar’ je.
  3. Mindset positif akan suka melihat kejayaan orang lain. Suka juga membantu orang lain mencapai kejayaan. Apa sahaja kejayaan disekeliling akan diambil sebagai inspirasi untuk memperbaiki diri sendiri mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi.
  4. Kata-kata orang yang positif juga dipenuhi dengan mesej, nasihat, atau perbualan yang positif. Kerana mereka tahu, sekiranya bercakap perkara yang negatif, ia akan memberi impak negatif kepada diri sendiri dan imapak juga mindset positif mereka!

MINDA NEGATIF

  1. Mereka yang mempunyai mindset negatif akan sentiasa melihat masalah yang ada disekeliling. Masalah-masalah ini akan menjadi alasan kepada mereka untuk tidak melakukan atau memulakan sesuatu. Apabila melihat masalah, mereka tidak pula memikirkan penyelesaian tetapi mencari lebih banyak alasan supaya mengukuhkan pendirian mereka.
  2. Orang yang mempunyai minda negatif juga kurang mempunyai keyakinan diri. Mungkin pada zahir nampak gah dan hebat, tetapi ianya hanya sekadar lakonan untuk menyorokkan ketidak yakinan diri. Apabila ingin melakukan sesuatu, apa yang dilihat adalah halangan-halangan yang dihadapan dan bukan jalan untuk mencapainya.
  3. Mindset negatif pula akan sering iri hati melihat kejayaan orang lain. Bukan sekadar itu sahaja, tetapi juga memberi pelbagai alasan mengapa orang lain mudah berjaya, dan diri sendiri sukar untuk berjaya. Adakalanya juga mereka yang mindset negatif tidak suka melihat orang lain lebih berjaya dan cuba menjatuhkan semangat mereka supaya sama-sama menjadi negatif.
  4. Kata-kata mereka yang negatif akan sentiasa berkenaan masalah, alasan, kritikan, kesukaran, kesusahan dan sewaktu dengannya. Kesemua kata-kata ini bukan sahaja mengambarkan mindset yang dimiliki, tetapi juga adalah percubaan untuk menguatkan lagi sebab musabab diri sendiri mengapa mereka tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.

Mudahan selepas membaca ini, anda adalah golongan mereka yang mempunyai MINDSET POSITIF!

Untuk memulakan perniagaan, pastinya memerlukan mindset yang positif. Sertai saya, Irfan Khairi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru bermula pada bulan hadapan. Klik di sini untuk maklumat lanjut oleh kerana tempat semakin terhad!

Bagi anda yang berjauhan dari Kuala Lumpur, juga boleh menyertai program ini secara 100% online. Klik di sini.

 

ontable

 

penyakit malas

3 petua mengelakkan penyakit MALAS

Anda sering dilanda penyakit malas? Kalau ya, jangan malas baca petuanya di sini…

3malas

Punyai matlamat jangka pendek dan fokus!

Untuk mengelakkan malas, anda perlu mempunyai matlamat. Matlamat jangka panjang, lebih-lebih lagi matlamat jangka pendek. Seringkali kita akan rasa malas apabila kerja yang perlu dilakukan (matlamat jangka pendek) dilihat agak sukar.

Maklumlah, yang susah, pastinya kita akan malas dan akan lakukan yang senang-senang sahaja.

Apa yang perlu dilakukan adalah memberi fokus dan tidak melakukan terlalu banyak perkara. Permudahkan sesuatu yang susah itu, seperti, kecilkan atau pecahkan lagi kerja tersebut kepada unit-unit yang lebih kecil dan mudah untuk disiapkan.

Pastikan anda mempunyai matlamat, dan bahagi-bahagikan matlamat tersebut kepada kerja yang lebih kecil supaya mudah untuk dicapai.

Bersenam & jaga kesihatan

Mungkin juga kita malas oleh kerana kesihatan. Badan yang sering penat dan lesu tentunya menjadikan minda kita juga penat dan lesu. Ini pastinya akan menjadikan kita kurang produktif dan malas.

Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Jaga pemakanan, kesihatan dan juga sentiasa bersenam atau bersukan. Jangan pula makan sehingga terlalu kenyang atau tidur terlalu lama. Malaslah tubuh badan jadinya!

Seminggu 2-3 kali, pastikan anda menjalankan aktiviti riadah untuk memperbaiki kesihatan bersama keluarga. Apabila minda dan badan menjadi cergas, kita juga akan mempunyai lebih banyak tenaga dan lebih produktif.

Sekiranya anda sering rasa malas, mungkin tiba masanya untuk anda pergi keluarkan peluh. Jangan pula malas bersukan!

Suara-suara dalaman anda

Berhati-hati dengan suara-suara dalaman anda. Terutamanya suara-suara negatif di dalam minda. Mana taknya, baru hendak mulakan sesuatu kerja, minda pula mengajak surfing YouTube. Baru hendak merancang minggu-minggu akan datang, suara dalaman mengajak chat bersama kawan-kawan di Facebook. Ada sahaja suara dalaman…

Ingat bahawa, ianya adalah suara anda sendiri. Dan anda juga boleh mengawalnya sekiranya anda lebih berhati-hati setiap kali ada saja gangguan di dalam minda mengajak menjadi malas.

Sering kali, kita akan rasa down apabila ada orang disekeliling memberi komen atau kritikan negatif kepada kita. Sebenarnya, apa yang lebih teruk adalah apabila dalam diri kita sendiri pula suara-suara menjadi negatif!

Jadi, harapnya lepas mengamalkan 3 petua ini, kita tidak lagi terasa malas dan lebih produktif. Tahniah kepada anda kerana tidak malas membaca artikel ini!

Ingin memulakan perniagaan di Internet dan menjana pendapatan dari rumah? Sertai saya, Irfan Khairi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

 

black_ik

 

kembangkan perniagaan

Tiba masa untuk kembangkan perniagaan…

Bila menjalankan perniagaan, akan sampai tahap dimana kita sendiri tak cukup tangan dan terlalu sibuk menguruskan perniagaan. Dari pagi ke petang. Petang ke malam, memang dah tak ada masa dah nak lakukan perkara lain oleh kerana tertumpu pada perniagaan.

tibamasa

Inilah tandanya dan waktunya untuk anda kembangkan perniagaan dan tambahkan pekerja atau pembantu.

Terutamanya untuk perniagaan kecil-kecilan, mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan terasa berat apabila kita sudah selalu mengendalikan perniagaan secara kecil-kecilan.

Untuk membantu anda membuat keputusan untuk mendapatkan pembantu atau menambahkan pekerja, fikirkan begini…

1. Rezeki bukan hanya milik kita sebagai usahawan. Rezeki juga milik orang lain- mungkin pembantu atau pekerja kita. Apabila kita memberi peluang pekerjaan, kita memberi rezeki kepada orang lain. Dan rezeki ini akan dipulangkan semula kepada kita dengan cara yang lain.

Fikirkan sebahagian tanggungjawab anda sebagai usahawan adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan membuka pintu rezeki untuk orang lain.

2. Apabila mempunyai pembantu atau pekerja, anda dapat membebaskan masa anda untuk memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting untuk menjana keuntungan. Kerja-kerja yang boleh diagihkan kepada orang lain, bebaskannya dari masa anda.

Minda usahawan anda adalah lebih baik memberi tumpuan kepada memikirkan teknik dan strategi mengembangkan lagi perniagaan dan menjana keuntungan yang lebih. Fikirkan pemasaran perniagaan juga oleh kerana kerja-kerja mencari strategi mengembangkan perniagaan adalah tanggungjawab anda dan bukan pembantu atau pekerja.

3. Pastinya matlamat untuk menjadi usahawan adalah untuk membebaskan masa anda dan tidak terikat pada kerja. Usahawan yang sebenar adalah apabila perniagaan bekerja untuk kita. Dan bukan kita yang bekerja untuk perniagaan.

Automasikan perniagaan supaya ia boleh berjalan tanpa anda terlibat secara langsung setiap masa. Fikirkan perbezaan usahawan burger di tepi jalan yang perlu mengusahakan gerai burgernya, berbanding dengan pemilik Mc Donalds yang mengagihkan operasi menjual burger kepada orang lain tanpa penglibatannya. Masa yang dapat dibebaskan.

Dalam perniagaan, ada waktunya anda perlu kembangkan lagi perniagaan anda dan mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan. Adakalanya keputusan ini berat untuk dibuat bagi sesetengah usahawan baru, namun, fikirkan pulangan yang anda boleh dapat bukan sahaja dari segi pahala memberi rezeki dan keuntungan perniagaan, tetapi juga mendapat masa tambahan untuk diri anda dan keluarga!

Berminat untuk memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda? Sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bermula bulan hadapan. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

girls

 

pemberian rezeki

7 jenis pemberian untuk mendapat REZEKI

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Memberi akan memurahkan rezeki kita. Tidak semestinya beri wang, ada pelbagai pemberian yang boleh memurahkan rezeki kita setiap hari dan hanya memerlukan sedikit sahaja usaha.

7 beri

Berikut adalah 7 pemberian yang anda boleh berikan untuk murah rezeki!

1. Beri senyuman

Senyuman adalah sedekah. Senyuman bukan sahaja akan mengundnag senyuman balas dari orang lain, tetapi juga senyuman akan membuatkan hati dan diri kita tenang dan bersyukur dengan apa sahaja rezeki Allah swt.

2. Beri kata-kata yang baik

Beri semangat dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

“Allah swt memberi rahmat kepada orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan” Hadis Riwayat Ibnul Bubarak.

3. Beri sedekah kepada mereka yang memerlukan

Harta benda tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah. Malah, kita akan mendapat ganjaran yang lebih banyak lagi apabila membantu mereka yang memerlukan.

4. Beri makanan kepada haiwan

Beri sedekah bukan hanya pada manusia. Kepada haiwan juga adalah makhluk Allah swt yang dijadikan kerana bersebab. Kalau ketika kucing datang minta makanan di kedai, berilah sedikit. Keajaiban rezeki akan datang pada anda InshaaAllah.

5. Beri hadiah kepada orang tua

Gembirakan orang tua akan memurahkan rezeki kita. Tak semestinya barangan mahal, pemberian yang kecil juga akan menggembirakan mereka. Bak kata mat salleh, It’s the thought that counts.

6. Beri usaha yang tekun dalam kerja yang dilakukan

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun” Hadis Riwayat Abu Daud.

7. Beri pemberian surprise kepada Suami atau Isteri!

Gembirakan suami dan isteri sentiasa. Apa kata lakukan hari ini! Rezeki rumah tangga tiada ternilainya!

Yakinlah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah swt pada mereka yang mengusahakan rezeki itu.

[Pengumuman] Program 6 bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula tidak lama sahaja lagi. Hanya beberapa sahaja tempat tinggal. Dapatkan maklumat lanjut di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

girls

 

cara mendapat idea

3 Cara bagaimana mendapat IDEA HEBAT -Siri#05 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Sebagai usahawan, pastinya kita perlu menjadi kreatif dan inovatif. Usahawan yang berjaya seringkali mengeluarkan idea-idea yang hebat. Adakalanya simple dan mudah, namun ia tetap hebat. Untuk sesi #TanyaIKLive kali ini, saya kupaskan 3 cara bagaimana hendak mendapat idea yang hebat untuk perniagaan anda.

3caraidea

Siri kali ini menjawab soalan:

  1. Bagaimana hendak lakukan pemasaran/marketing yang HEBAT?
  2. Adakah nama perniagaan penting untuk BRANDING?
  3. Bagaimana hendak memilih nama perniagaan yang mudah MELEKAT di MINDA?
  4. Bagaimana hendak MAINTAIN semangat dalam perniagaan?
  5. Topik Utama: 3 Cara bagaimana mendapat IDEA HEBAT

Anda punyai idea perniagaan dan ingin menjadikannya kenyataan melalui Internet? Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru!

Tapi perlu pantas oleh kerana TEMPAT TERHAD dan kelas akan bermula dalam masa terdekat! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

terlewat mencapai kejayaan

Adakah terlewat untuk capai kejayaan perniagaan?

Mungkin umur anda sudah cecah 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun? bila tengok kembali, terasa terlewat pula untuk capai matlamat mulakan perniagaan.

Mana taknya, zaman ini, zaman Internet- hanya yang muda mudi sahaja yang pandai Internet. Bagi kita yang dah bergelar ibu-ibu atau bapa-bapa dan anak semakin membesar, kita rasa ianya tak sesuai pula untuk mulakan perniagaan. Walaupun satu ketika dulu berminat untuk mulakan perniagaan.

terlewat

Sekiranya anda fikirkan ia terlewat, fikirkan ini dahulu…

1. Ramai usahawan yang berjaya adalah pada lingkungan umur 30-an dan 40-an…

Bukan 20-an. Sememangnya terdapat kumpulan minoriti yang berjaya dalam perniagaan ketika muda, seperti saya sendiri mencapai matlamat RM1juta pada umur 25 tahun. Tetapi, ini hanyalah minoriti- kumpulan yang sangat kecil.

Lebih ramai lagi mencapai kejayaan perniagaan ketika 30-an, 40-an dan lebih. Bak kata, yang 5 series pun ada!

Anda pernah makan KFC? Pastinya pernah bukan. Colenel Saunders (pakcik berjanggut berpakaian putih tu) mencapai kejayaan perniagaan ketika berumur 70 tahun. Bila beliau bermula? Beliau bermula ketika 60 tahun. Jadi, apa lagi alasan kita?

2. Sebagai insan yang telah berpengalaman lama dalam hidup…

Tentunya anda lebih bijak dalam membuat keputusan perniagaan. Pengalaman jatuh bangun hidup, pengalaman bersama orang ramai, pengalaman mengambil keputusan, pengalaman network dan kenalan yang makin ramai, dan banyak lagi…

Kesemuanya ini akan memberi kelebihan pada diri anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kelebihan ini tidak dimiliki oleh muda-mudi dalam lingkungan umur belasan tahun atau 20-an. Jadikan kelebihan kematangan pengalaman ini sebagai kekuatan anda dalam memulakan perniagaan.

3. Dunia sekarang dunia Internet dan Internet hanya untuk muda mudi sahaja yang pandai Internet?

Jawapannya adalah perlu belajar. Dulu anda tidak pandai membawa kereta. Tetapi, selepas belajar di kelas memandu perlahan-lahan anda akan tahu juga memandu kereta.

Sama juga dengan teknologi. Kalau tak pandai Facebook, Instragram, Google marketing, Email marketing dan sebagainya, tiada alasan untuk tidak belajar. Pastinya kini kematangan fikiran kita sudah tahu bahawa untuk berjaya, perlukan usaha dan ilmu.

Kejayaan perniagaan tidak mengira umur. Sekiranya itu matlamat kita untuk mulakan perniagaan, anda berhak memberi peluang ini kepada diri anda sendiri. Jangan lagi dilewat-lewatkan. Lagi kita tunggu, lagi kita akan rasa takut memulakan perniagaan dan tidak mulakan lagi.

Apa sahaja memerlukan ilmu dan usaha. Tidak kira umur, sememangnya kewajipan kita untuk terus mencari ilmu yang bermanfaat. Memulakan perniagaan juga adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru!

Di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, ramai antara pelajar-pelajar saya adalah antara lingkungan umur 30 hingga 50 tahun. Yang sudah pencen 50+ juga ada! Sungguh memberi inspirasi melihat ramai yang ingin belajar dan memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka dari pelbagai latar belakang dan umur.

Sekiranya anda juga ingin memulakan perniagaan dan mendalami selok belok cara perniagaan yang sebenar, sertai kami untuk pengambilan seterusnya yang akan bermula tidak lama sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 sekiranya ingin berbincang. Jumpa anda di sana!

black_ik

 

jangan ketinggalan

6 tip supaya TIDAK ditinggalkan dengan pesaing perniagaan

Internet berubah dengan pantas. Pada mulanya dulu, tiada pun Google, cuma Yahoo. Pada mulanya dulu, Amazon hanya menjual buku, kini menjual macam-macam. Pada mulanya dulu, sungguh perlahan untuk download gambar, kini streaming videos diberikan oleh YouTube. Pada mulanya dulu, pemilik perniagaan berinteraksi dengan blog, kini pemilik perniagaan boleh berinteraksi secara langsung/live/realtime broadcasting menggunakan Periscope, Google Hangout dan juga Facebook Live (Seperti mana saya lakukan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat jam 9 malam!)

Internet berubah.

Ianya berubah dengan pantas!

Hanya beberapa bulan lepas, kita tidak pernah dengar tentang Live broadcasting oleh pemilik perniagaan kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Tetapi, kini ianya wujud.

Walaupun perubahan platform Internet ini yang pantas ini memberi pelbagai kebaikan kepada pengguna Internet , namun, ia memberi satu kelemahan yang nyata dan dapat dilihat…

Usahawan sukar untuk up to date dan kejar perubahan yang pantas ini!

jangan tingga

Masih ramai usahawan tidak mempunyai blog. Masih ramai usahawan yang tidak tahu menggunakan Facebook secara efektif untuk mendapat pelanggan (ramai fikir mereka tahu tetapi tetap tak dapat pelanggan). Masih ramai usahawan tidak mengambil peluang Google+ yang merupakan peluang promosi yang ramai tidak perasan. Masih ramai usahawan yang tidak menggunakan pemasaran video. Apatah lagi yang menggunakan live broadcasting untuk perniagaan mereka- boleh dikira dengan jari sekarang ini.

Berikut adalah tip dan juga peringatan untuk usahawan masa kini, tidak kira menjalankan perniagaan online atau offline…

  1. Bill Gates pernah berkata “If your business is not on the Internet, your business will be out of business”! Merujuk kepada betapa pentingnya mereka yang mempunyai perniagaan offline, tetap perlu menggunakan platform online untuk mendapat lebih ramai prospek dan pelanggan.
  2. Oleh kerana perubahan platform dan teknologi adalah semakin pantas, tanggungjawab usahawan untuk belajar menggunakan platform dan teknologi dengan pantas. Perubahan Internet tidak akan menunggu kita. Kalau kita terlambat, maka, perniagaan kita juga akan kebelakang.
  3. Jangan hanya fokus kepada satu jenis platform promosi online sahaja. Gunakan kepelbagaian cara dan teknik promosi online. Mengharapkan satu cara promosi seperti Whatsapp dan Facebook atau Instagram adalah apa yang dilakukan oleh ramai. Tetapi apa akan terjadi sekiranya platform-platform ini berubah dan diluar kawalan kita. Seperti REACH FACEBOOK yang semakin kurang? Dan iklan Facebook yang semakin mahal? Dan Whatsapp mula akan kenakan bayaran?
  4. Ramai usahawan melakukan perkara yang mudah sahaja di Internet. Iaitu fokus kepada satu cara sahaja seperti Facebook atau Whatsapp. Tetapi, apabila mudah, lebih ramai pesaing akan melakukannya. Fikirkan cara-cara baru juga seperti video marketing, email marketing dan live broadcasting supaya kita lebih hadapan daripada pesaing yang semakin ramai. Cara untuk bersaing? Lakukan apa pesaing belum buat dan lakukannya dengan lebih efektif!
  5. Dulu-dulu, pesaingan tidak banyak. Namun, pengguna dan platform juga tidak banyak. Kini pesaingan semakin tinggi, tetapi pengguna dan platform juga semakin tinggi. Tidak kira bila anda mulakan perniagaan, pesaingan tetap ada. Namun peluang juga tetap ada bagi mereka yang melihat.
  6. Jika tidak ada masa dan masa semakin hari terasa makin terhad, waktu inilah perlu belajar dan gunakan automasi di Internet sepenuhnya. Perniagaan Internet dapat membantu usahawan melakukan automasi dan menjimatkan masa dan membebaskan masa usahawan untuk melakukan kerja-kerja lain. Dengan mempelajari teknik dan strategi automasi perniagaan menggunakan Internet, usahawan dapat menjana pendapatan berterusan melalui automasi.

Oleh kerana Internet bergerak dengan pantas, anda sebagai usahawan juga perlu pelajari teknik dan strategi yang efektif di Internet dengan pantas. Tiba masanya untuk berlari mencari ilmu dan bukan berjalan lagi kerana yang berjalan pun akan ketinggalan dengan perubahan teknologi pantas ini- seperti mana kita dapat lihat terjadi kini.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan Internet atau membawa perniagaan anda ke Internet dengan lebih efektif dan strategi, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia dan mendedahkan pelbagai teknik dan strategi kebanyakan platform-platform terkini di Internet.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. *Bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur juga boleh menyertai secara 100% online, klik di sini untuk maklumat lanjut.

girls