Usaha KERAS pun… TAK AKAN berjaya! :(

Sering kali ramai mengeluh pada saya…

“Sudah 5 tahun berniaga, tapi belum capai kejayaan”

“Sudah penat usaha keras, tapi perniagaan masih belum berjaya”

“Sudah bertahun-tahun dan macam-macam yang dicuba tapi tetap tak berjaya”

Dan keluhan-keluhan lain yang seumpama itu.

Apabila mendengar sahaja keluhan sebegitu, terus saya tahu. Apakah silapnya.

Dan kesilapan ini, ramai yang tak sedar…

“Don’t mistake motion with progress”

Motion = usaha. Progress = peningkatan.

Sebenarnya, ramai yang BERUSAHA….

 

Malah, ramai peniaga dan usahawan menjalankan perniagaan dengan usaha yang keras. Ramai yang sibuk dengan perniagaan masing-masing.

Tetapi adakah usaha dan kesibukan itu dalam melakukan cara yang betul?

Ramai yang usaha tetapi dengan kaedah yang salah. Menggunakan teknik dan strategi perniagaan yang tak betul.

Jika kita sibuk berusaha dengan cara yang salah, maka outcome juga akan salah.

Sebab itulah, terjadinya sesetengah usahawan yang bertungkus lumus berusaha, tetapi tidak mencapai kejayaan yang tinggi.

Mungkin masih lagi “survival” atau cukup-cukup makan sahaja.

Bayangkan seorang tukang masak yang bercita-cita ingin menjadi chef yang terkenal. Tetapi, bertahun-tahun memasak makanan yang sama sahaja dengan menggunakan resepi yang sama. Nak kata tak sedap tidak, nak kata sedap pun tidak.

Tetapi jika tukang masak ini sibuk memasak bertahun-tahun pun, dengan menggunakan resepi yang sama, pastinya tidak akan menjadi chef yang terkenal. Oleh kerana kesibukannya adalah pada cara yang salah.

Begitu juga kita.

Soalan yang kita harus fikirkan adalah, jika kita sudah berusaha berniaga setahun atau dua tahun dan masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan…

Adakah kaedah kita betul. Ataupun salah?

3 Langkah Mudah Mulakan Perniagaan…

Semalam saya telah kongsikan bagaimana seorang follower saya telah ditipu RM15,000 oleh seorang “founder” yang licik. Yang menunjukkan wang berkepuk-kepuk, kereta mewah dan juga mempergunakan nama Allah ketika mengumpan mangsa.

Susulan dari itu, ramai juga yang bertanyakan…

Apakah perniagaan yang paling mudah untuk dimulakan untuk berjaya?

Sememangnya tiada istilah “mudah” untuk berjaya. Sebab ini juga seseorang itu akan mudah tertipu. Tetapi berikut adalah 3 perkara yang akan “mempermudahkan” kejayaan anda…

Ikuti ketiga-tiganya:

1. Lakukan perniagaan yang anda minat.

Menjalankan perniagaan yang anda minat atau berkaitan dengan bidang anda akan memperudahkan kejayaan anda. Contoh, jika anda minat kucing, jalankan perniagaan yang berkaitan dengan kucing. Ini akan memberi motivasi dan semangat kepada anda secara automatik. Bayangkan, menjalankan perniagaan yang anda suka lakukan – dan InsyaAllah menjana pendapatan!

Pernah tak anda dengar kisah seseorang itu yang memulakan perniagaan kerana “kawan ajak”. Dia tidak minat, tetapi oleh kerana desakan dan paksaan kawan, dia lakukan juga. Sering kali, perniagaan tidak akan berjaya kerana minat tiada.

2. Mulakan perniagaan yang kurang pesaing.

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu, adakah terlalu ramai pesaing? Sememangnya perniagaan tidak dapat lari dari pesaing. Pesaing TETAP ADA.

Tetapi, adakah terlalu ramai? Fikirkan produk seperti produk kesihatan, produk kecantikan, produk fesyen. Adakah TERLALU ramai pesaing? Bukan tidak boleh berjaya jika menjalankan industri ini. Tetapi jalannya akan semakin sukar dan usaha perlu di 10x gandakan untuk bersaing (dan tak ramai yang sanggup).

Berbalik kepada kisah kucing tadi. Fikirkan pula jika kita minat pada kucing, adakah “cat litter” mempunyai terlalu ramai pesaing? adakah makanan kucing berkualiti mempunyai terlalu ramai pesaing? adakah menjual mainan kucing mempunyai terlalu ramai pesaing? Jawapannya adalah, memang ada pesaing tetapi tidak terlalu ramai.

Memulakan perniagaan yang kurang pesaing akan memudahkan lagi perjalanan anda.

3. Mulakan perniagaan dengan modal yang rendah.

Jangan laburkan modal yang terlalu besar pada peringkat awal. Fikirkan modal kecil dahulu supaya anda dapat belajar selok belok perniagaan. Pemikiran “Lagi besar modal lagi besar untung” adalah pemikiran yang kolot dan salah. Kini zaman internet, perniagaan boleh dimulakan dan kembang dengan modal yang rendah.

Seorang yang saya kenali membeli 1,000 kotak minuman kopi berjumlah RM10,000 dari stokis oleh kerana ingin diskaun yang lebih dan rambang mata melihat bakal keuntungan.

Sedangkan dirinya nak jual 10 kotak kopi pun susah kerana tiada ilmu berniaga! Apa yang terjadi adalah, beratus-ratus stok yang tidak terjual olehnya dan kerugian beribu-ribu ringgit!

Dan kisah ini sering terjadi oleh usahawan-usahawan kita.

Apa kata beli 5 stok minuman kopi sahaja dulu. Dan cuba jual 5 kotak sahaja. Tidak mengapa jika untung kecil pada permulaan. Yang penting ini akan tambahkan ilmu dan pengalaman disamping tidak menggunakan modal yang besar dan kerugian.

Jika berjaya jual 5 kotak kopi, barulah restok dapatkan 10 kotak kopi pula, dan cuba jual 10 kotak kopi. Ini akan memberikan ilmu, pengalaman dan keyakinan untuk restok 20 kotak kopi dan seterusnya!

Inilah yang dinamakan “bootstrap”. Gunakan keuntungan perniagaan untuk roll kembali dan besarkan perniagaan perlahan-lahan.

Jangan terus beli 1,000 kotak kopi, dan sedar-sedar nak jual 10 kotak pun akan mengambil masa 1 bulan 🙁

3 langkah di atas adalah cara mempermudahkan kejayaan perniagaan anda. Mengambil langkah yang lebih berhati-hati dan yang masuk akal.

Amaran: KENA TIPU RM15,000!

Hari ini saya mendapat email dari seseorang mengadu kesilapannya dalam pelaburan perniagaan. Beliau rugi RM15,000 – kena tipu!

Masalahnya, email dan juga pm sebegini memang saya selalu terima. Apa yang menyedihkan lagi, mereka yang menjadi mangsa tipu peluang perniagaan ini, bukanlah golongang orang yang sedia berada. Tetapi mereka yang susah juga, sehingga ada yang meminjam wang dari orang lain kerana ingin menyertai sesuatu peluang perniagaan tersebut.

Mangsa kali ini, telah rugi RM15,000 oleh kerana menyertai satu “peluang perniagaan” yang menjanjikan lumayan dengan pantas oleh seorang “founder”.

Saya pun bertanyakan padanya, apa yang membuatkan dirinya percaya dan melakukan bayaran RM15,000 itu?

Katanya, silap sendiri oleh kerana “founder” tersebut sering menunjukkan wang berkepuk-kepuk dan kereta mewah di media sosial.

Dirinya tertarik dengan “peluang kekayaan” yang ada dan juga desakan untuk menyertai program itu.

Tetapi, apa yang lagi membuatkan nya percaya untuk melabur adalah, kerana “founder” tersebut menggunakan nama Allah untuk memancing mangsanya.

Begitulah resminya manusia. Ada yang buta mata mengejar kekayaan dan mudah TERTIPU dengan janji wang dan harta. 
Begitu juga ada yang sanggup MENIPU dengan menggunakan nama Allah hanya untuk keuntungan sendiri.

Semoga kedua-duanya dijauhkan dari kita…

Seringkali ramai minta nasihat dan tip perniagaan dari saya. Bagaimana caranya untuk mulakan perniagaan?

Jawapan saya adalah pastikan dengan niat dan cara yang betul.

Kekayaan tidak akan datang begitu sahaja. Ia akan mengambil masa bertahun-tahun juga untuk berjaya.

Jangan ambil tindakan gelojoh dan buta mata pada janji-janji kejayaan yang ada diluar sana. Lakukan research dan penyelidikan tentang sesuatu peluang perniagaan. Kini, Google adalah dihujung jari.

Berbanyak tanya pada mereka yang berpengalaman dalam perniagaan kemudian ikut gerak hari sendiri dan bukan desakan orang lain.

Memang sukar untuk tahu sama ada sesuatu peluang itu betul ataupun sekadar SCAM semata-mata. Pastinya orang yang menipu juga licik dan pandai menipu.

Sedangkan baru-baru ini saya pernah terbaca kisah seorang scammer yang menipu sebuah bank untuk berikannya bermillion dollar melabur pada lapangan terbang (yang tak wujud)! Sedangan bank pun boleh kena tipu. Apatah lagi kita sebagai individu.

Mungkin salah satu peringatan kepada diri kita sendiri adalah, jangan terlalu mengejar harta kekayaan. Bila mata dibutai dengan wang ringgit dan harta, di situlah seseorang itu akan mudah tertipu.

Mulakan dengan perniagaan kecil terlebih dahulu. Jangan sehingga keluarkan modal berpuluh ribu ringgit yang diri sendiri pun terasa terbeban. Ada banyak peluang perniagaan yang menggunakan modal yang sangat rendah untuk bermula. Teralu banyak pilihan jika anda tahu caranya.

Adakah Rasulullah S.A.W. KAYA atau MISKIN?

 Ramai yang membayangkan hidup Rasulullah SAW penuh dengan kemiskininan. Namun, hakikatnya, Rasulullah SAW pernah melalui kedua-dua keadaan tersebut iaitu kekayaan dan juga kemiskinan.

Pernah saya dengar ceramah dari Ustaz Don Daniyal menceritakan kekayaan Rasulullah SAW sebelum mendapat wahyu dan sebelum berkahwin adalah usahawan yang berjaya dan dikenali. Sehingga mas kahwin yang diberikan untuk mengahwini Saidatina Khadijah Khuwailid (yang juga merupakan usahawan wanita yang sangat hebat dan terkaya ketika itu) adalah 10 ekor unta.

Dan tentunya harga seekor unta bukanlah murah.

Apabila mendapat wahyu dan mula menyebarkan Islam, ketika itulah baginda, keluarga dan sahabat-sahabat diboikot. Harta kekayaan telah dirampas. Dan hidup dalam kemiskinan.

Namun apabila waktu Islam mula berkembang, baginda, keluarga dan sahabat-sahabat mendapat kekayaan semula.

Namun begitu, baginda dan sahabat-sahabat memilih jalan hidup yang zuhud. Walaupun kaya, harta kekayaan digunakan untuk disedekahkan dan mengembangkan Islam. Bukanlah untuk barangan material.

Hebat sungguh pemimpin-pemimpin Islam kita satu ketika dulu.

Teringat saya pula pada kata-kata Dato Fadzilah Kamsah. Pernah satu ketika dulu saya berbual dengannya. Kata DFK pada saya ketika itu…

“Irfan, Islam inginkan umatnya cemerlang. Itu yang dituntutkan. Jika belajar dengan cemerlang, kerja dengan cemerlang atau berniaga dengan cemerlang, tentunya pulangan yang dapat juga adalah cemerlang”

Sambungnya pula…

“Di mana letaknya miskin atau sederhana jika semua kita lakukan dengan cemerlang?”

Memang betulpun kata-kata Dato Fadzilah Kamsah. Dan itu yang patut kita lakukan dan contohi.

Jika kita belajar sesuatu itu dengan bersungguh (cemerlang), dan aplikasikan apa yang kita belajar degan cara yang tepat (cemerlang) serta di beri usaha yang sebanyak yang mungkin (cemerlang) pastinya perniagaan yang dijalankan akan menjadi cemerlang. Dan pulangannya pastinya akan jadi hebat. Dan akan menjadi kaya!

Dan bila menjadi kaya, hidup diri dan keluarga selesa, maka lebih banyaklah yang kita dapat sedekahkan kepada mereka yang tidak mampu.

InsyaAllah itulah yang kita inginkan sebagai seorang Muslim yang cemerlang.

Cara memilih idea untuk mulakan perniagaan

Syukur alhamdulillah, beberapa hari lepas telah bermulanya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial intake terbaru dan seperti baisa, penyertaan PENUH. Jika anda terlepas, apa kata anda sertai sesi pengambilan terbaru di sini.

Dalam kelas pertama program ini, saya kongsikan bagaimana caranya mencari idea perniagaan yang terbaik, berdasarkan permintaan yang tinggi dan pesaingan yang rendah. Saya berikan tools, teknik dan strategi bagaimana caranya melakukan research untuk mendapatkan idea perniagaan yang TERBAIK.

Saya dapati cara ini adalah cara yang terbaik untuk mencari idea perniagaan yang boleh menjana keuntungan.

Saya juga sentiasa menggunakan kaedah dan strategi yang sama sepanjang 20 tahun menjalankan perniagaan yang pelbagai – multiple streams of income.

Namun, sebenarnya, adakalanya saya TIDAK menggunakan cara dan strategi ini.

Ada kalanya pengalaman dan gerak hati memberi saya idea untuk memulakan sesuatu perniagaan dan tanpa melakukan sebarang “market research”, saya lakukan sahaja.

Dan Alhamdulillah, adakalanya (tidak selalu), cara ini juga berjaya untuk saya.

Ini yang mat salleh gelar sebagai “gut instinct” ataupun kita panggilnya sebagai naluri.

Sebagai contoh, pada tahun lepas saya mendapat idea untuk menjalankan perniagaan import dan eksport Kurma Ajwa dari Madinah ke Malaysia dan Timur Tengah.

Sememangnya jika saya melakukan “market research”, mungkin keputusan adalah saya tidak memulakan perniagaan import eksport ini kerana pesaingan kurma di timur tengah adalah TINGGI dan pengguna kurma juga di Asia Tenggara hanya pada bulan Ramadhan sahaja!

Tetapi naluri saya berat untuk saya mulakan juga perniagaan ini.

Inilah rezeki Allah SWT yang sering kepada kita dalam bentuk idea perniagaan.

Lebih-lebih lagi tahun lepas ketika saya mula menulis buku perniagaan mengenai usahawan hebat Abdul Rahman Auf dan Saidatina Khadijah Khuwailid, saya dapati mereka termasuk Rasulullah SAW juga pernah berniaga kurma.

Kurma Ajwa pula adalah kurma yang pertama yang ditanam oleh Rasulullah SAW dan merupakan kurma kegemaran baginda.

Ketika melakukan research pemimpin Islam kita, ketika itulah naluri mendesak saya untuk mulakan perniagaan import eksport Kurma Ajwa – tanpa melakukan sebarang “market research” pada tahun lepas.

Namun perniagaan import eksport ini terus meningkat maju!

Adakalanya Allah SWT memberi kita idea dalam memulakan perniagaan dan idea perniagaan. Ianya datang kepada kita melalui gerak hati dan naluri.

Adakalanya juga kita tidak yakin dengan idea dan gerak hati yang diberikan oleh Allah SWT. Namun, kita tidak melakukan apa-apa.

Dan Dialah perancang yang terbaik dalam segala-galanya wallahualam.

Irfan Khairi

PS: Ingin menjadi pengedar Kurma Ajwa dari Madinah? Klik di sini.

Cabaran Usahawan Ketika COVID-19 – Coronavirus

Kini sudah 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Pelbagai perasaan dan keadaan dihadapi oleh pelbagai golongan. Mereka yang bergelar usahawan juga tidak lari dari pelbagai perasaan dan tanda tanya mengenai perniagaan masing-masing.

Wabak Covid-19 yang tersebar diserata dunia sememangnya telah memberi kesan ekonomi yang negatif. Kini, bukan sahaja untuk industri yang terlibat secara langsung, seperti industri pelancongan yang paling awal menghadapi tekanan. Tetapi juga perlbagai perniagaan dan industi yang lain juga.

Tidak dinafikan, terdapat juga industri yang mendapat kesan positif dari keadaan Covid-19 ini seperti industri kesihatan, runcit, food delivery dan lain-lain. Tetapi, secara rata-rata, kesan yang tidak langsung seperti kuasa pembeli yang menjadi semakin rendah ketika krisis ini, telah memberi impak kepada kebanyakan perniagaan.

Bagi sesetengah perniagaan yang mempunyai kedai/premis yang terpaksa tutup dalam jangkamasa satu bulan tanpa pelanggan, sudah cukup untuk memberi tekanan kewangan kepada pemiliknya oleh kerana pelbagai kos yang lain perlu dijelaskan.

Masakan ada juga jenama-jenama besar serata dunia yang terpaksa gulung tikar, apatah lagi perniagaan mikro dan SME.

Pastinya bantuan kerajaan yang prihatin memberi sedikit nafas lega, tetapi hakikatnya, ia bukanlah penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi.

Masalah yang dihadapi bukanlah sekadar ketika PKP yang berlangsung selama satu bulan, tetapi menjadi tanda tanya juga bagaimanakah pasaran perniagaan selepas PKP dihentikan?

Melihat negara lain seperti China yang telah tamat tempoh lockdown mereka, malangnya, perniagaan tidak berjalan seperti biasa oleh kerana Covid-19 telah mengubah prasarana perniagaan.

Oleh itu, apakah yang terbaik yang perlu dilakukan oleh usahawan?

Jawapannya adalah, untuk suaikan diri dengan realiti yang baru. Adapt.

Usahawan perlu terima realiti yang berlaku kini di Malaysia dan di serata dunia. InsyaAllah, PKP akan tamat. Covid-19 juga akan surut dan pergi. Tetapi bukanlah dalam masa terdekat ini.

Lebih pantas usahawan menerima relaiti baru ini, lebih pantas mereka dapat memgambil tindakan dan menyesuaikan diri dengan realiti ini.

Sesetengah perniagaan perlu berubah. Mungkin tidak secara keseluruhannya, tetapi sebahagian sahaja. Ada juga perniagaan yang perlu berubah 100%, dimana usahawan perlu fikirkan alternatif perniagaan baru.

Dalam sesuatu krisis, ianya merupakan peluang kepada perniagaan. Peluang untuk berubah dan menangani sesuatu krisis itu. Bak pepatah mat salleh, “what doesn’t kill you will make you stronger”

Usahawan yang berjaya menghadapi dan melalui cabaran perniagaan yang dilemparkan oleh Covid-19 ini akan menjadi usahawan yang makin kuat.

Pastinya juga, tak dinafikan juga sedihnya ada juga usahawan yang akan tertewas dengan cabaran yang dihadapi.

Namun yang tertewas adalah mereka yang tidak mahu berubah.

Stay strong & Adapt!

-IK

3 Tip Travel untuk Berniaga

Salah satu perkara yang saya suka lakukan adalah travelling. Bukan sahaja untuk holiday bersama keluarga, tetapi juga travel untuk perniagaan. Dari dulu lagi saya percaya bahawa rezeki perniagaan adalah sangat luas, bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Perniagaan saya yang pertama bermula di United Kingdom di awal tahun 2000. Sehingga hari ini Alhamdulillah saya berpeluang ke serata dunia mengendalikan talk dan juga lawatan untuk perniagaan. Dan hari ini pula menetap di Timur Tengah untuk tujuan berniaga. Inilah yang dikatakan tentang rezeki perniagaan akan sentiasa ada apabila kita berhijrah. Ketika travel, berikut adalah antara apa yang saya akan lakukan untuk tujuan perniagaan. Anda juga boleh melakukannya walaupun ketika travel holiday bersama keluarga.

1. Mencari idea perniagaan

Ketika di luar negara, saya akan sentiasa membuka mata saya kepada produk atau perkhidmatan yang ada di luar negara yang tiada di Malaysia (atau negara lain). Jauh perjalanan luas pandangan. Sering kali saya akan mempunyai matlamat untuk mendapat sekurang-kurangnya 3 idea perniagaan dalam satu trip! Adakalanya mendapat lebih. Adakalanya kurang. Tetapi, apabila meletakkan matlamat untuk mencari idea, InsyaAllah, akan dapat juga idea yang baik untuk dijadikan perniagaan di negara lain. Menggunakan teknik ini sahaja, Alhamdulillah pelbagai idea perniagaan saya akan dapat. Dalam waktu yang sama juga, saya akan turut perhatikan strategi dan kaedah promosi sesuatu perniagaan di negara lain yang mungkin unik dan jarang digunakan di negara lain. Kaedah ini juga saya akan belajar dan aplikasikan di negara lain.

2. Menyertai expo atau persidangan

Ketika melawat sesuatu negara, sering kali saya akan jadualkan masa lawatan saya supaya dilakukan ketika sesuatu expo perniagaan atau persidangan perniagaan dikendalikan. Bak kata, sambil menyelam meneguk air. Sama ada pergi untuk tujuan holiday, atau perniagaan, saya akan dapat menyertai expo dan persidangan perniagaan. Waktu ini adalah terbaik untuk mempelajari ekosistem perniagaan sesuatu negara itu, tetapi juga untuk menjalinkan networking. Di expo sebegini saya dapat berkenalan dengan lebih ramai usahawan-usahawan di luar negara. Antara cara paling mudah untuk business networking adalah, menjadi pelanggan kepada produk atau perkhidmatan mereka. Dan kemudian, menjalinkan persahabatan.

3. Melihat peluang yang ada

Berlawanan dengan tip (1) di atas, ada baiknya melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di sesuatu negara. Semua negara mempunyai kekuatan dan kekurangan dalam bidang perniagaan. Bolehkah kita membawa idea perniagaan di Malaysia ke negara lain? Sekadar contoh, di Dubai, hanya terdapat 2 jenama restoran Malaysia. Sangat kurang pesaingannya dan kedua-dua restoran ini sering penuh. Bukan sahaja dengan orang Malaysia, tetapi orang Dubai juga. Pernah kah anda ke Mekah dan melawat restoran Malaysia D’saji yang hanya beberapa tapak dari Masjidil Haram? Seringkali penuh bukan?

Banyak juga idea perniagaan dari Malaysia yang boleh dibawa ke luar negara!

Dan itulah juga nasihat saya kepada anda. Untuk fikirkan bahawa rezeki perniagaan luas terbentang di bumi Allah SWT. Memang tidak mudah, dan memang akan ada cabarannya. Tetapi memulakan perniagaan di Malaysia juga tidak mudah dan pelbagai juga cabaran betul tak? Alhamdulillah sudah lebih 4 tahun menjalankan perniagaan di pelbagai negara dan masih lagi mencari peluang, membina networking dan membawa idea perniagaan ke Malaysia semula! Jika anda sering travel, dan akan melakukan travelling tahun ini, tidak kira untuk perniagaan atau holiday, lawati www.luggez.com. Ini adalah antara idea yang diambil dari luar negara yang diimplementasikan di Malaysia. Dan kini, sedang menjalankan pertandingan berhadiahkan RM10,000!

Inilah cara mencari idea perniagaan…

Mencari Idea Dari Masalah!

Salah satu cara mencari idea perniagaan adalah melalui masalah. Semua perniagaan merupakan penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Beberapa perniagaan saya juga adalah dari melihat masalah yang saya sendiri alami, dan saya menyelesaikannya melalui produk atau perkhidmatan.

Untuk memberi anda idea bagaimana menggunakan cara ini, perhatikan masalah saya di bawah…

Sebagai seorang traveler, sama ada bersama keluarga atau untuk perniagaan, saya sering mempunyai masalah ini. Mungkin anda juga pernah alami.

Masalahnya adalah, jika kita tiba di sesuatu negara itu di lapangan terbang di waktu awal pagi, hotel pula hanya boleh check in selepas jam 2 atau 3 petang.

Dalam jangka masa itu, dari pagi hinggalah menunggu waktu hotel check-in, sering kali menjadi waktu yang “rugi” dan hanya “penat menunggu”. Pernah tak anda alami?

Ya, ia adalah satu masalah. Dan penyelesaiannya adalah…

Idea “Perkhidmatan Luggage Delivery”. Di mana, saya boleh tinggalkan luggage di airport di waktu pagi, dan terus mengembara melawat sesuatu bandar itu, dan waktu petang atau malam, apabila pulang ke hotel, luggage saya sudah sedia menunggu di hotel!

Di sini satu lagi masalah yang diselesaikan melalui idea perniagaan.

Bagi saya, untuk ke lapangan terbang jika bercuti bersama keluarga, akan hadapi satu masalah kerana 6 orang kesemuanya travelling. Saya, isteri dan 4 orang anak. Pastinya banyak luggage yang perlu di bawa. Sering kali, saya perlu menyewa 2 MPV/Van untuk memuatkan 6 orang dan kesemua luggage. Kos adalah lebih mahal.

Penyelesaiannya “Perkhidmatan Luggage Delivery” di mana saya dan keluarga dapat ke airport dengan 1 kenderaan sahaja lebih selesa, dan barangan di bawa ke airport menggunakan perkhidmatan luggage delivery.

Ya, masalah yang saya hadapi sendiri telah menjadi peluang perniagaan kepada saya.

Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk mencari idea perniagaan!

Pernah tak anda hadapi apa sahaja masalah, dan dalam fikiran anda, terdetik…

“Hmmm… kalau lah ada perkhidmatan/produk yang boleh selesaikan masalah saya ni…”

Di situ adalah idea perniagaan yang baik! Oleh kerana, bukan anda sahaja mempunyai masalah tersebut, tetapi mungkin beratus dan beribu orang juga turut mempunyai masalah yang sama!

Hasilnya?

Klik di sini untuk melihat perniagaan “Luggage Delivery Service” saya dan business partner saya sediakan untuk mereka yang menghadapi masalah di Malaysia, Korea dan juga Jakarta kini!

Dengan hanya satu masalah, InsyaAllah idea anda juga dapat berkembang menjadi idea perniagaan yang hebat!

Terlanjur saya kongsikan mengenai Luggez.com, jika anda sering travel, atau AKAN TRAVEL TAHUN INI, Luggez.com sedang menjalankan pertandingan di mana anda boleh menang hadiah bernilai RM10,000. Klik di sini jika anda akan travel TAHUN INI untuk menang.

Bagaimana jurugambar perkahwinan ini mendapat JAUH LEBIH RAMAI pelanggan!

Tahun lepas 2019, salah seorang pelajar saya Andy (Nama samaran kerana tidak mahu mendedahkan strategi sebenarnya untuk mengelakkan pesaing), seorang jurugambar perkahwinan / wedding photographer menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Seorang yang sangat berbakat, tetapi sejak 2-3 tahun lepas, perniagaannya merundum.

Industri jurugambar perkhawinan sudah menjadi semakin kompetitif, di mana pesaing semakin ramai umpama cendawan tumbuh selepas hujan! Akibatnya, untuk mendapatkan pelanggan semakin sukar. Bukan itu sahaja, sebagai seorang profesional, perlu bersaing pula dengan jurugambar-jurugambar “baru” yang main pada harga dan meletakkan harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan mereka.

Maklumlah, juru gambar baru mungkin masih muda-mudi yang tidak mempunyai tanggungjawab keluarga dan anak-anak. Oleh itu, meletakkan harga minima dan untung yang sikit tidak menjadi masalah. Tidak seperti Andy, yang sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang anak, perlu menjana pendapatan yang lebih dari perniagaannya untuk tanggungjawab keluarga!

Oleh kerana makin sukar untuk mendapat pelanggan, maka pendapatan dari perniagaannya makin menurun.

Ketika itu, Andy menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Di mana, saya bantunya untuk benar-benar lihat pasaran dan peluang yang ada dalam menggunakan internet dan media sosial untuk membantunya.

Langkah pertama adalah untuk ubah sedikit haluan perniagaan. Oleh kerana industri jurugambar perkahwinan sudah menjadi agak tepu dengan pesaingan harga yang tinggi, langkah pertama adalah untuk mencari pasaran yang baru. Dengan kaedah dan strategi yang saya kongsikan kepada semua pelajar saya, Andy dapat lihat “gap in the market” dalam bidang “Baby photography”. Iaitu mengambil gambar profesional bayi apabila baru sahaja dilahirkan. Dengan menggunakan skil yang sedia ada, ianya tidak menjadi masalah untuk Andy mengaplikasikan kepakaran fotografinya untuk pasaran baru ini.

Langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan laman web profesional (juga di ajar dalam program saya) untuk mendapatkan pelanggan menghubungi Andy dan dapatkan Andy sebagai juru gambar untuk bayi pasangan yang baru dilahirkan.

Tetapi, langkah ke tiga adalah lebih penting. Iaitu cara mendapatkan prospek dan pelanggan yang lebih ramai untuk mengupah Andy sebagai jurugambar bayi. Dengan menggunakan laman web, media sosial, pemasaran email dan juga sedikit pemasaran video, Andy berjaya memperkenalkan perkhidmatannya kepada lebih ramai prospek di kawasannya iaitu sekitar Petaling Jaya.

Namun begitu, perlu menggunakan strategi dan kaedah yang betul untuk mendapatkan pelanggan atau “close the sale”. Ramai peniaga online, tidak kira produk atau perkhidmatan, masalahnya bukanlah pada “tidak pandai promosi”. Tetapi, sebenarnya adalah tidak pandai “close the sale” iaitu, mendapat belian/jualan. Dan skil penting ini juga dipelajari oleh Andy untuk memaksimakan keuntungan perniagaannya.

Tahun lepas, Andy mengalami kesukaran dalam perniagaannya “wedding photography”nya. Malah, keadaannya agak “struggle” oleh kerana pesaingan yang ramai dan harga semakin rendah untuk menampung keluarga.

Penyelesaiannya adalah, sebagai usahawan, kita perlu proaktif. Jika hanya tunggu dan lihat dan tidak buat apa, pastinya keadaan perniagaan kita akan menjadi semakin sukar. Zaman ini, jika kita hanya berdiri (atau berjalan), kita akan ketinggalan oleh mereka yang berlari. Itu hanya lah satu perumpamaan dimana terjadi pada ramai usahawan.

Kita sering menunggu, dan melakukan perkara yang sama dan mengharapkan perniagaan akan berubah dan mendapat pelanggan yang ramai. Tentunya, ini tidak akan terjadi.

Tahun lepas, Andy sukar mendapat pelanggan. Tetapi, baru-baru ini, perniagaannya sudah mula mendapat pelanggan yang ramai di pasaran yang baru dan looking forward untuk kejayaan yang lebih lagi di tahun 2020 ini!

Kisah Andy ini hanyalah satu dari beribu kisah pelajar saya sejak tahun 2005 lagi. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini dan kita jumpa di sana!

Buku ditulis dalam masa 7 HARI… dan ianya PERCUMA untuk ANDA!

Salam Jumaat!

Alhamdulillah, jika di Malaysia abang-abang dah menunaikan solat Jumaat. Saya di Dubai, satu jam lebih lagi baru masuk waktu solat Jumaat.

Hari ini, suka saya nak kongsikan jawapan kepada salah satu soalan yang sering saya terima minggu ini. Iaitu…

IK, macam mana IK siapkan buku “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf” dalam masa 7 hari sahaja!?

*Nota, bagi anda yang belum download buku saya terbaru ini secara percuma, pastikan download segera ya. Buku saya terbaru ini free if charge sahaja di www.AbdulRahmanAuf.com!

Ok, untuk menjawab soalan ini, ada sedikit pengajarannya juga yang saya ingin kongsikan. Buku mengenai 8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf (150) muka surat, saya ambil masa 7 hari. Manakala buku “9/10: dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur” (250) muka surat saya ambil masa 14 hari.

Bagaimana saya lakukan?

Sepertimana yang anda tahu, idea buku Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf, saya dapat ketika di tanah suci Mekah. Apabila berdoa meminta Allah SWT petunjuk apakah cara terbaik untuk saya kongsikan ilmu perniagaan kepada lebih ramai lagi usahawan di Malaysia.

Dan antara jawapan yang saya dapat adalah, idea menulis buku “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf: Usahawan Muslim Terhebat”.

Apabila mendapat idea itu, terus malam itu saya terus berusaha dan mula menulis sampai tidur pun 2-3 jam sahaja!

LESSON #1:

Bila dapat idea, cepat-cepat mula lakukan. Idea datangnya dari Allah SWT. Bagi saya, kalau Allah SWT beri kita idea, ianya adalah satu pemberian yang sangat-sangat hebat. Bila diberi, tak baik lah kita menunda-nundakan waktu.

So, bila dapat idea buku itu, terus saya mula menulis dan terus menulis. Apabila melakukan dengan pantas, ia akan memberi momentum kepada kita. Pastinya Allah membantu apabila kita menghargai idea yang diberikan-Nya betul tak.

Jadi, saya syukur sangat-sangat kerana mendapat idea dan petunjuk, dan terus saya lakukan.

Kadang-kadang kita dapat idea, kita tunda-tunda. Umpama tak syukur pula dengan idea yang diberikan. Saya pun adakalanya begitu juga… Wallahualam.

Seterusnya…

Apabila mendapat momentum (sebab tidak menunda waktu), saya gunakan sebaik mungkin. Ada waktu terluang sahaja, saya akan terus tulis. Bukan hanya di hadapan laptop! Ketika dalam kereta pun saya akan gunakan handphone saya untuk menulis dan tulis (menaip lah kot kan?) 

Lihat gambar yang saya sertakan ni… ni gambar diambil oleh anak saya minggu lepas ketika saya masih menulis buku “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf”!

LESSON #2:

Jangan jadi alasan tunggu waktu yang sempurna untuk lakukan sesuatu kerja. Dengan apa yang kita ada pun, tak kira dimana pun, mungkin ada cara dan jalan untuk kita lakukan juga.

Walaupun dalam kereta, saya ada smartphone. Dengan smartphone, saya boleh sambung menulis buku saya. Kalau dalam kereta 30 minit untuk sampai ke sesuatu destinasi, tu dah 3-4 muka surat dah saya boleh siapkan. Dari tak buat apa-apa, ertiya ZERO muka surat.

Zaman ini, handphone anda yang anda gunakan tu adalah sangat2 powerful. Bukan setakat untk call, Whatsapp, SMS, YouTube, Facebook, Instagram, dan main Candy Crush sahaja. Ianya boleh menjana anda pendapatan jika anda mahu dan lihat peluang2 yang ada.

dan yang terakhir, mungkin yang paling penting…

LESSON #3:

Buat apa yang anda minat, suka, excited, gembira! Ia akan menjadikan kerja sangat-sangat mudah dan sangat-sangat pantas!

Apabila saya mendapat idea menulis buku “8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf”, saya sangat2 bersyukur dan excited untuk sampaikan ilmu ini kepada anda! Tambahan, beri buku ini 100% percuma pula tu. Lagi lah saya excited dan suka!

Anda pun pastinya pernah tengok saya kendalikan sesi FB Live. Bila nak sampaikan ilmu, memang saya excited dan energetic. Kerana melakukan apa yang saya suka.

Jadi, kunci kejayaan, kunci menyiapkan sesuatu dengan pantas, kunci capai matlamat 2020 anda adalah….

LAKUKAN SESUATU YANG MENGGEMBIRAKAN ANDA!

Boleh camtu?

Dan saya lagi gembira kalau anda dah download buku saya terbaru secara 100% percuma dan baca dan amalkan ilmu 8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf: Usahawan Muslim Terhebat! di www.AbdulRahmanAuf.com

OK… saya perlu berhenti menulis sekarang oleh kerana nak siap2 untuk solat Jumaat!

Nampak tak… sebelum solat pun sempat menulis lagi. Itulah LESSON #2 tadi!

-IK
Dubai