tuamuda

Waktu terbaik memulakan perniagaan?

Bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan? Adakah terlewat oleh kerana umur kian meningkat dan rasa “sudah tua”. Ataupun terawal apabila masih lagi muda-mudi tanpa pengalaman dan ilmu?

tuamuda

ALASAN “DAH TUA…”

Tahukah anda Colenel Saunders, pengasas KFC hanya memulakan perniagaan KFC nya ketika berumur 62 tahun? Terlanjur sebut KFC, kalau Kita sebut McDonalds pula, pengasasnya memulakan pada umur 52 tahun. Adakah keadaan umur “tua” perlu menjadi alasan? Semestinya tidak.

Ini kerana, jadikan umur tersebut sebagai kekuatan dalam menjayakan perniagaan, seperti:

  • Umur yang mencecah 50-an atau 60-an pastinya berbagai pengalaman yang pernah dilalui dari dulu hingga kini dalam sesuatu bidang. Pengalaman ini boleh membantu dalam menjayakan perniagaan. Teknik dan strategi boleh dipelajari, tetapi pengalaman di dada adalah sesuatu yang sangat berharga!
  • Tidak kira umur 40 tahun, 50 tahun atau 60 tahun, pastinya kita melalui hidup dan telah menjalinkan kenalan dengan lebih ramai orang. Mereka semua ini boleh menjadi network anda dalam membantu perniagaan anda. Pastinya networking adalah penting dalam perniagaan!
  • Bila kita sedar kita agak lewat memulakan perniagaan, secara automatik kita akan berasa untuk lebih berhati-hati. Keadaan ini adalah satu kekuatan untuk perniagaan oleh kerana setiap langkah yang diambil dalam memulakan dan menjalankan perniagaan akan diatur dengan lebih rapi! Tidak seperti darah muda yang mungkin akan lebih berani menghadapi risiko dan adakalanya memakan diri sendiri…

ALASAN “MASIH LAGI MUDA…”

Darah muda adakalanya boleh memakan diri sendiri apabila tidak berhati-hati. Tetapi, memulakan penriagaan di usia muda mempunyai banyak kelebihannya tersendiri!

Saya memulakan perniagaan ketika berumur 20 tahun. Pastinya melalui beberapa kegagalan. Hanya ketika 25 tahun berjaya mencapai kejayaan meraih RM1,000,000 keuntungan pertama dalam perniagaan Internet.

  • Memulakan perniagaan pada usia muda memberi kelebihan masa. Pastinya kita akan jumpa kegagalan, tetapi oleh kerana muda mudi mempunyai banyak masa untuk melalui kegagalan demi kegagalan, maka, lebih banyak masa untuk memeperbaiki diri sendiri bila berniaga.
  • Darah muda dan lebih berani menghadapi risiko mempunyai kekuatannya tersendiri. Di usia muda mungkin lebih kreatif dan inovatif dalam melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Satu tindakan yang boleh memberi pulangan pada perniagaan!
  • Di usia muda juga semangat pastinya lebih berkobar-kobar dalam ingin mencapai kejayaan. Gunakan semangat ini sebagai picu motivator diri sendiri untuk meneruskan momentum dalam mencapai impian!

WAKTU TERBAIK MEMULAKAN PERNIAGAAN?

Tidak kira waktu! Apa yang penting adalah anda mulakan perniagaan sekarang. Anda sendiri yang perlu menjadikan waktu ini waktu yang terbaik dalam memulakan perniagaan.

Sekiranya ingin memulakan perniagaan, jangan fikir negatif pada diri sendiri. Jika berfikir negatif, maka sampai bila pun kita tidak akan mengambil langkah pertama. Senarai diatas saya sediakan untuk anda lebih fokus kepada sebab-sebab yang positif mengapa anda patut memulakan perniagaan!

Teringat saya pada satu quote…

Adakalanya kita akan menyesal dengan apa yang kita telah lakukan. Tetapi, adakalanya juga kita akan menyesal dengan apa yang kita TIDAK LAKUKAN…

Jangan pula satu hari nanti, 2 tahun akan datang, 5 tahun akan datang atau 10 tahun akan datang, anda terfikir kembali. Kalau la aku mulakan perniagaan 10 tahun dulu, kan ke hidup aku dah berubah….

*Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya selama 6 bulan+. Alhamdulillah Program saya telah membantu melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia sejak 2005 lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi.

girls

 

3rahsia

3 RAHSIA kejayaan Irfan Khairi?

3rahsia

Baru-baru ini saya mendapat soalan di #TanyaIKLive “Apakah Rahsia Kejayaan Irfan Khairi”. 

Bagi saya, dah tiada rahsia lagi oleh kerana sejak 2005 lagi Alhamdulillah saya telah mengendalikan beratus program kongsikan langkah kejayaan juga menulis 7 buah buku kejayaan. Tak kira beribu artikel yang telah saya tulis untuk blog, artikel majalah dan juga video-video di YouTube dan Facebook.

Untuk menjawab apakah RAHSIA kejayaan, ianya telah dikongsikan selama ini.

Namun, sekiranya ingin ringkaskan kepada 3 strategi yang selalu saya amalkan untuk mencapai sesuatu matlamat, yang kecil ataupun besar, maka 3 strategi itu saya ringkaskan kepada…

1. Tetapkan matlamat yang jelas

Pastikan mempunyai matlamat yang jelas. Bukan sahaja jelas, tetapi yang sangat jelas sehingga kita sendiri boleh melihat segalanya dengan terperinci- apa yang hendak dicapai, bila hendak di capai dan segala perancangan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Segalanya perlu jelas.

Lebih jelas, maka, lebih mudah untuk melihat jalan cara mencapainya. Matalamat yang samar-sama, tarikh deadline yang samar-samar dan perancangan yang samar-samar pastinya peluang untuk mencapainya juga samar-samar!

2. Usaha dengan konsisten

Tiada jalan pintas mencapai matalamat dan kejayaan. Usaha perlu konsisten untuk memastikan perancangan yang jelas telah dilakukan akan diusahakan. Dengan mempunyai perancangan yang jelas, di mana setiap langkah dan cara ditetapkan, usaha akan menjadi semakin mudah.

Luangkan banyak masa untuk perancangan yang jelas- seperti menghasilkan jadual kerja yang lengkap untuk minggu-minggu yang akan datang kerana ini akan memudahkan lagi usaha yang konsisten.

Sekiranya tidak merancang usaha, maka kita merancang usaha untuk gagal!

3. Ubah sampai dapat!

Adakalanya (selalu juga) apa yang dirancang tidak menjadi. Apa yang di tujukan tersasar. Adakalanya tersasar jauh, adakalanya tersasar sipi-sipi sahaja. Namun, itulah hakikatnya perjalanan mencapai kejayaan.

Perjalanan bukanlah lurus dan mudah sahaja, tetapi ada pelbagai rintangan sepanjang jalan yang tidak diduga dan tidak termasuk dalam perancangan yang kita lakukan. 

Apa yang penting adalah, kita perlu sedia dan fleksibel untuk berubah cara, teknik, kaedah dan strategi untuk mencari jalan lain, supaya tercapai juga matlamat yang telah kita tetapkan. Dari masa ke semasa, audit dan lihat semula usaha dan perjalanan yang telah dilakukan. Perlukah sebarang perubahan supaya masalah yang terjumpa akan menjadi penyelesaian?

Kejayaan telah dicapai oleh ramai orang. Dan sekiranya dilihat orang-orang yang berjaya dalam bidang masing-masing, adalah mereka yang mempunyai matlamat, berusaha dan sanggup berubah untuk mencapai juga matlamat yang ditetapkan!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, sertai saya selama 9 bulan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan mereka dan menjana pendapatan melalui program ini.  Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan

3perkara

3 Perkara mengenai Program Irfan Khairi

Suka saya ingin sampaikan TIGA perkara mengenai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kepada anda!

3perkara
1. Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di bawah OpenEducation kini telah dibuka untuk pengambilan TAHUN INI . Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan anda di Internet, dapatkan maklumat lanjut di sini oleh kerana tempat semakin dipenuhi pantas.
2. Ramai yang tidak tahu bahawa, selain daripada program yang dikendalikan di Damansara, khusus bagi mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, program ini juga boleh diikuti 100% secara atas talian bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kelas bersemuka oleh kerana jauh dari pusat latihan kami.
Sekiranya anda ingin menyertai, tetapi sukar untuk datang ke kelas bersemuka sebulan sekali, sertai program ini versi online yang telahpun bermula dan disertai oleh ramai usahawan serata Malaysia (dan juga luar Malaysia). Untuk maklumat lanjut program 100% secara atas talian ini untuk diikuti dari keselesaan rumah anda, klik di sini.  
3. Harga program ini akan dinaikkan. Pastikan anda sertai pengambilan kali ini untuk harga yuran yang lebih rendah!
Ilham, sempena keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang ingin menambahkan pendapatan sampingan, dan perniagaan  merupakan satu pilihan yang anda boleh mulakan untuk membantu ekonomi diri anda dan juga keluarga tercinta. Program bersama saya di bawah OpenEducation telah terbukti melahirkan beribu usahawan berjaya. Untuk maklumat lanjut, lawati www.OpenEdu.com.my atau hubungi kami di Cik Jay di 03-77292277.
Kita jumpa di sana ya,
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
3buntu

Bila terjumpa jalan buntu…

Rintangan dan dugaan tidak dapat dipisahkan dalam perjalanan mencari kejayaan. Adakalanya rintangan yang datang telalu besar cabarannya sehingga rasa tertekan dan ingin putus asa. Ke kiri tidak betul, ke kanan juga tidak menjadi. Di hadapan adalah jalan buntu dan tidak tahu bagaimana hendak kita teruskan perjalanan lagi.

3buntu

Berikut adalah 3 perkara yang perlu dilakukan apabila terjumpa jalan buntu…

1. Apabila terjumpa jalan buntu…

Pastinya jiwa terasa stress. Dalam keadaan stress ini, minda tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan sukar untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Ketika keadaan ini, anda perlu berhenti dari melakukan apa apa. Waktu ini bukanlah waktu untuk membuat sebarang keputusan.

Cari ketenangan dengan berehat. Ia mungkin mengambil masa beberapa jam, atau beberapa hari untuk anda fikir dengan lebih sempurna dalam keadaan yang tenang. Lakukan apa yang anda suka yang menenangkan jiwa, seperti beriadah, melihat alam, pergi ke pantai, beribadat di masjid, membaca Al Quran dan sebagainya.

Lapangkan dada dalam mencari ketenangan oleh kerana dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Namun penyelesaian tidak akan datang ketika keadaan tertekan memikirkan jalan yang buntu.

2. Apabila terjumpa jalan buntu…

Minta bantuan dan pendapat dari mereka yang berpengalaman. Apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Dan pastinya penyelesaian tersebut pernah dilakukan oleh orang yang lain dalam keadaan yang sama. Waktu ini bukanlah waktu untuk menjadi ego dalam meminta bantuan atau pendapat orang lain.

Mungkin bantuan secara langsung tidak dapat diberi (Contoh, masalah kewangan dan meminta pinjam wang dari orang lain), tetapi pastinya bantuan dari segi pendapat dapat diberikan (Seperti, masalah kewangan dan mencari nasihat bagaimana hendak keluar dari masalah tersebut).

Minta pendapat dari mereka yang lebih berpengalaman untuk mengetahui selok belok dan pilihan untuk keluar dari masalah tersebut.

3. Apabila terjumpa jalan buntu…

Solat Istikharah untuk diberi petunjuk Allah swt jalan penyelesaian terbaik. Sebelum tidur, dalam keadaan yang tenang, dirikan solat Istikharah dan minta petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan apabila berdoa…

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan…) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

Dan berserah kepada Allah swt!

[PENGUMUMAN] Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

Program ini juga boleh diikuti 100% secara online sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur. Klik di sini.

 

tiadasokongan

Tak dapat sokongan dari orang yang tersayang?

Mencapai kejayaan menjadi lebih mudah apabila orang di sekeliling, terutamanya yang tersayang memberi sokongan yang tidak terhingga.

Namun adakalanya tidak semua bernasib baik dalam mendapat sokongan orang sekeliling. Adakalanya, sokongan yang diinginkan tidak diterima. Keluarga, suami atau isteri tidak menyokong usaha kita dalam mencapai kejayaan. Pastinya membuatkan kita di dalam dilema.

tiadasokongan

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu…

1. Adakah anda memberi sokongan kepada mereka?

Apa yang anda beri, anda akan dapat kembali. Apa kata anda memberi sokongan 100% kepada orang yang tersayang untuk mereka mencapai matlamat mereka. Bukan sokongan yang bersyarat di mana, anda memberi sokongan, dengan syarat mereka akan menyokong usaha anda pula. Tetapi sokongan yang 100% ikhlas untuk mereka mencapai cita-cita mereka.

Ada keadaan di mana kita tidak mendapat sokongan dari orang yang tercinta hanya kerana diri kita juga tidak menyokong mereka seperti yang mereka inginkan. Cerminkan diri sendiri terlebih dahulu dan mulakan sokongan anda terlebih dahulu. Jangan harapkan mereka mengambil langkah pertama di mana anda sendiri tidak mahu berusaha menyokong mereka.

Silap-silap anda pun tidak tahu apa yang perlu anda sokongkan oleh kerana tidak pernah berkomunikasi…

2. Komunikasi dengan mereka untuk saling memahami

Adakah mereka tahu matlamat anda dengan lengkap? Adakah anda tahu matlamat mereka dengan lengkap? Adakalanya, komunikasi bersama pasangan suami, isteri dan keluarga adalah tidak jelas. Adakalanya kita seakan tidak memberi tahu gambaran keseluruhannya kerana menganggap umpama “Takkan tu pun nak kena bagi tahu” seakan mereka dapat membaca fikiran dan isi hati diri sendiri.

Berbincang dengan mereka dengan jelas. Beritahu secara terus terang apa yang anda usahakan dan betapa pentingnya sokongan mereka serta betapa anda hargai sokongan mereka untuk membantu usaha anda. Ingat, ianya perlu secara telus dan terus terang supaya komunikasi dapat difahami oleh kedua pihak.

Peluang ini bukan sahaja satu hala untuk anda beritahu apa yang anda inginkan, tetapi juga untuk anda fahami dengan lebih lanjut mengapa mereka tidak memberi sokongan dengan banyak bertanya soalan. Mungkin mereka juga tidak tahu gambaran keseluruhan apa yang anda inginkan sebelum ini.

Komunikasi yang efektif adalah sangat penting apabila berbincang supaya kedua-dua pihak lebih memahami matlamat masing-masing. Dan sekiranya tetap tidak mendapat sokongan…

3. Sokongan yang paling penting adalah dari diri sendiri

Tidak dapat dinafikan, sokongan orang lain atas usaha anda memang akan mempermudahkan diri anda secara psikologi. Namun, sokongan yang paling berkesan sekali dan yang akan membawa anda berjaya dalam mencapai matlamat anda adalah sokongan yang datang dari diri anda sendiri.

Sekiranya anda tetap boleh meneruskan usaha anda, walaupun tidak mendapat sokongan pasangan suami isteri serta keluarga, maka teruskan juga walapun tidak mendapat sokongan. Tidak semestinya tanpa sokongan orang terdekat, anda tidak boleh berjaya. Mungkin juga sokongan akan datang dari punca yang lain. Rezeki itu sangat luas!

Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula pada bulan hadapan. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

Program separuh masa ini boleh diambil secara kelas bersemuka sekiranya anda berdekatan dengan Kuala Lumpur [KLIK DI SINI] , atau secara 100% online sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur [KLIK DI SINI]. 

 

takutrisau

Takut nak mulakan sesuatu…

Adakalanya apabila hendak memulakan sesuatu, melakukan sesuatu idea, nak mulakan perniagaan atau tak kira apa sahaja sesuatu yang ‘baru’ ingin kita lakukan, akan datang perasaan ‘takut’ untuk bermula.

Perasaan ‘takut’ untuk memulakan sesuatu yang baru ini datang daripada zon selesa diri kita sendiri. Mungkin kita terasa takut akan gagal, takut apa yang orang lain akan kata, takut pada apa yang orang lain fikirkan… dan banyak lagi! 

Seringkali perasaan takut ini adalah kepada sesuatu ‘luaran’ yang tidak dapat dikawal. Takut kepada sesuatu yang tidak pasti. Takut kepada sesuatu yang belum wujud dan belum terjadi.

takutrisau

Ketakutan ini akan menghentikan kita dari mengambil langkah pertama melakukan sesuatu perubahan pada diri kita sendiri. Kita sedia tahu bahawa untuk berjaya, pastinya kita perlu berubah. Namun, untuk melakukkan perubahan itu pula kita rasa takut.

Sebenarnya, perasaan takut itu adalah sesuatu yang semula jadi. Semua orang akan rasa takut terutamanya melakukan sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan. Bagi anak kecil yang belum pernah menaiki basikal, pastinya akan rasa takut untuk naik basikal kerana takut jatuh. Bagaimana pula anak kecil yang belajar hendak naik basikal, kemudian jatuh pula dan berdarah? pastinya si kecil itu akan lebih takut lagi oleh pengalaman tersebut!

Begitu juga untuk diri kita sendiri yang sudah besar panjang, pastinya akan takut apabila hendak memulakan dan melakukan sesuatu yang baru. Walaupun kita tahu ianya akan dapat membantu diri kita dalam mencapai kejayaan.

Takut juga akan berganda sekiranya kita pernah gagal sebelum ini atau pengalaman disekeliling kita memberi gambaran kegagalan kepada apa yang kita hendak lakukan.

Apakah cara menangani ketakutan ini?

Mudah sahaja. Fikirkan bahawa, perasaan takut adalah perasaan semula jadi. Diri saya sendiri apabila ingin melakukan sesuatu yang baru juga pasti akan terasa takut juga. Mereka yang berjaya dan berpengalaman yang lain pun juga pastinya akan terasa takut melakukan seusatu yang baru!

Tetapi apa yang membezakan orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah, walaupun perasaan takut itu ada dalam diri sendiri…

Kita tetap lakukan juga! JUST DO IT! 😉 

PS: Sekiranya anda mempunyai matlamat untuk memulakan Perniagaan Internet, tetapi terasa takut dan masih tidak memulakannya, apa kata anda tetap lakukan dan JUST DO IT!

Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula pada bulan hadapan. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

Program Intensif ini boleh diikuti secara bersemuka sekiranya anda di Kuala Lumpur, ataupun secara 100% online sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur. Kita jumpa di sana!

 

bijak wang

3 Tip Untuk Jadi BIJAK WANG!

Pastinya dengan keadaan ekonomi kini, ramai yang terkesan. Akibat kos hidup semakin tinggi, maka simpanan bulanan menjadi semakin kurang. Pada setiap Jumaat, saya menulis untuk akhbar Harian Metro kolum mingguan saya “Wang Anda” dan memberi tip-tip kewangan kepada pembaca.

3tip

Pada hari Jumaat ini saya akan kongsikan 10 Tip Bijak wang dalam keadaan ekonomi kini. Di bawah, suka saya kongsikan 3 daripadanya…

1. Aliran pendapatan baru

Sekiranya pendapatan bulanan sering tidak mencukupi, tiba masanya untuk memikirkan cara mendapat aliran pendapatan yang baru. Antara cara yang sering menjadi pilihan adalah memulakan perniagaan secara separuh masa.

Terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimulakan kini dan medium Internet juga merupakan medium yang ideal untuk memulakan perniagaan sambilan untuk meningkatkan pendapatan bulanan.

2. Pendapatan residual

Pendapatan residual bermaksud pendapatan yang berterusan diterima tanpa melakukan kerja berterusan. Antara pendapatan residual yang popular adalah menyewa rumah, melabur, mendapat royalti dari penulisan buku, menghasilkan aplikasi telefon pintar dan banyak lagi.

Sememangnya tidak mudah untuk mendapat pendapatan secara residual, tetapi, ia merupakan antara rahsia menjana pendapatan yang hebat. Sesuatu yang amat berbaloi untuk difikirkan.

3. Baca dan cari ilmu

Tidak kira apa sahaja bidang yang kita ingin perbaiki diri kita, jawapannya pasti adalah ilmu. Untuk memperbaiki kewangan, semestinya kita perlu mendalami ilmu kewangan. Dapatkan buku-buku kewangan atau baca secara online apa sahaja maklumat dan ilmu kewangan yang ada. Luangkan juga masa menonton video-video di YouTube perihal kewangan.

Lebih banyak ilmu kewangan yang diterima, maka lebih kita dapat fahami selok belok kewangan dan tahu apa yang perlu dilakukan serta apa yang perlu dielakkan dalam memperbaiki keadaan kewangan diri.

Untuk artikel penuh dan 8 lagi tip bijak wang, jangan lupa dapatkan Harian Metro pada hari Jumaat ini!

Sekiranya anda ingin mula menjana pendapatan melalui perniagaan, jangan lepaskan PENGAMBILAN TERKINI, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Hanya beberapa sahaja tempat tinggal- jangan lepaskan peluang ini. Sekiranya anda berminat untuk menyertai pengambilan terakhir ini, klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 (Selasa-Jumaat) untuk sebarang pertanyaan.

 

ontable

 

konsistenpenting

Mengapa konsisten itu penting dalam perniagaan?

Antara masalah utama usahawan adalah untuk mengamalkan konsisten dalam perniagaan. Terutamanya dalam melakukan sesuatu yang baru, ataupun sesuatu yang diluar zon selesa usahawan tersebut, konsisten sering menjadi masalah.

konsistenpenting

Mengapa konsisten itu penting dalam perniagaan?

Apabila konsisten dalam usaha pemasaran…

Orang ramai akan lebih mengingati jenama perniagaan kita. Fikirkan jenama-jenama besar diluar sana. Sejak berpululuh-pulih tahun lamanya mereka tetap konsisten dengan mesej pengiklanan mereka. McDonalds dengan konsep keluarga bahagia pergi ke McDonalds, Malboro dengan konsep Cowboy naik kuda, Energizer dengan konsep orang yang bertangan panjang sepanjang-panjang jangka hayat battery mereka.

Konsisten sentiasa dengan mesej pemasaran supaya orang akan lebih mengenali dan mengingati mesej dan jenama perniagaan kita.

Apablia konsisten dengan usaha…

Usaha tersebut akan menjadi tabiat. Dan tabiat pula akan memberi momentum. Melakukan kerja dengan istiqamah akan menjadikan kerja itu seperti sesuatu yang biasa dilakukan dan tidak lagi dipaksa. Inilah caranya untuk terus menerus mendapat momentum supaya tidak berhenti setengah jalan.

Usaha yang konsisten juga akan memberi keputusan yang lebih konsisten dan tidak turun naik. Amat penting untuk perniagaan supaya dapat menganggarkan pulangan setiap minggu dan setiap bulan!

Apabila konsisten mencari ilmu…

Ilmu harus dikejar pada setiap masa. Tanpa meningkatkan ilmu, bukan sahaja kita hanya akan ditempat yang sama, tetapi, perniagaan pesaing pastinya akan melepasi kita oleh kerana mereka terus menerus mencari ilmu. Dengan hanya berbekalkan ilmu sedia ada, di dunia perniagaan yang sering berubah teknik dan strateginya, ia tidak mencukupi untuk bersaing.

Antara sebab usahawan tidak berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan adalah kekurangan ilmu perniagaan. Keuntungan perniagaan akan meningkat seiring dengan ilmu perniagaan yang dimiliki usahawan.

*Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan menambahkan ilmu dalam perniagaan Internet, sertai pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bermula bulan hadapan. Program separuh masa bersama saya, Irfan Khairi, yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet berjaya di Malaysia.

girls

Klik di sini untuk maklumat lanjut kelas bersemuka di Kuala Lumpur atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Bagi anda yang berada jauh dari Kuala Lumpur juga boleh menyertai program ini 100% secara online. Klik di sini untuk program online.

 

teknik sabar

Teknik S.A.B.A.R apabila di kritik!

Hendak mencapai kejayaan tidak mudah. Terutamanya apabila terkena pada batang hidung sendiri kritikan atau kutukan orang lain pada diri kita, pastinya hati akan terasa. Sememangnya kita tidak mahu bersama mereka yang bersikap negatif, tapi adakalanya, walaupun tidak diundang, mereka akan datang muncul juga entah dari mana.

Apabila terkena kritikan atau kutukan dalam perjalanan mengejar kejayaan, perlu banyak bersabar.

Bagaimana hendak bersabar apabila dikritik hebat? Ikuti formula S.A.B.A.R saya di sini, dimana setiap huruf mempunyai makna…

sabar

S – Siapa?

Siapa yang mengkritik tersebut? Apakah latar belakangnya? Apakah ilmu yang dimiliki? Apakah pengalaman yang dilalui? Kenali terlebih dahulu SIAPA yang mengkritik tersebut untuk membuat pertimbangan sewajarnya adakah perlu atau tidak kita mengambilnya.

Seperti rancangan realiti memasak, atau nyanyian, terdapat beberapa pengkritik di situ. Namun, pengkritik-pengkritik tersebut bercakap berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing. Maka, ada baiknya kritikan perlu diterima.

Tetapi sekiranya kritikan itu datang dari mereka yang tidak berilmu, pengalaman atau kepakaran dalam bidang yang anda lakukan, maka, tepuk dada tanya selera untuk terima atau tidak. Sekurang-kurangnya ia memudahkan anda membuat keputusan.

A – Apa niat mereka?

Apa niat mereka mengkritik anda? Adakah untuk kebaikan anda atau hanya sekadar ingin menjatuhkan semangat anda. Adakalanya ianya adalah untuk kebaikan anda juga untuk dipertimbangkan. Namun adakalanya niat yang tidak baik pun ada dalam diri mereka.

Sememangnya kita tidak tahu apa niat di hati seseorang itu, namun dengan cara bahasa, gaya, pertuturan, persekitaran dan sebagainya anda boleh fikirkan sendiri.

Mengutuk secara terbuka di Facebook untuk dibaca oleh orang ramai? Hmmm… pastinya niat sudah tidak betul di situ!

B – Baiki kelemahan

Untuk berjaya, kita perlu perbaiki diri kita sendiri. Adakalanya kritikan yang membina datang untuk memperbaiki diri kita sendiri. Jangan pula kita pejamkan mata dan terasa ego untuk tidak memperbaiki diri.

Manusia tidak sempurna dan pastinya ada ruang dan peluang untuk menjadi lebih baik. Cari kebaikan yang positif disebalik kritikan negatif yang dapat memperbaiki diri sendiri. Segala-galanya datang berpasangan.

Apa sahaja yang negatif tentunya mempunyai ruang untuk dijadikan positif. Kritikan yang membina akan memperbaiki diri kita sendiri.

A – Abaikan

Abaikan sahaja kritikan yang menjatuhkan kita dan menyedihkan kita. Sememangnya ada pihak yang tidak akan selesa dengan apa sahaja kita lakukan. Pastinya kita tidak dapat puaskan hati semua pihak, walaupun kita cuba sedaya upaya. Menjalankan perniagaan yang berjaya? Pastinya ada pesaing tidak akan puas hati dengan anda.

Jangan diambil kira jika terdapat kritikan yang hanya melemahkan semangat anda. Ianya akan menarik segala tenaga yang ada dalam diri anda sendiri dan terasa down dan stress sahaja.

Lebih baik tumpukan tenaga anda itu sebagai picu untuk terus berusaha dan buktikan mereka yang mengkritik tidak berasas adalah salah.

R – Rilex la bro! Rilex la sis!

Welcome to the club! Dalam perjalanan saya mencapai kejayaan juga pastinya ada yang mengkritik. Terutamanya di peringkat awal perjalanan. Ini kerana pada peringkat awal, kejayaan kita tidak sehebat mana dan masih lagi ada banyak peluang sesiapa sahaja untuk mengkritik.

Tetapi, lama kelamaan, pengkritik akan senyap sendiri apabila kita terus mengejar kejayaan tanpa mengendahkan mereka. Sehingga satu hari nanti, kita terlalu jauh dihadapan untuk kita risaukan apa sahaja yang mereka kata.

Oleh itu, sekiranya anda di kritik hebat, yang tidak membantu anda, RILEX LA BRO! RILEX LA SIS! Welcome to the club and just move on dalam mencapai kejayaan!

Selepas ini, sekiranya dikritik, ingat… S-A-B-A-R 😉

PS: Pada hari Sabtu lepas, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial selama 6 bulan telah bermula dan pengambilan kali ini, seperti selalu adalah FULL HOUSE!

Bagi anda yang terlepas dari menyertai, kini pengambilan dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Klik di sini sekarang.  Mulakan PERNIAGAAN ONLINE ANDA!

b272Gambar bersama pelajar-pelajar baru ketika kelas pengambilan terbaru Sabtu lepas!

perniagaan internet

Teknik dan Strategi terkini Perniagaan Internet [VIDEO]

Menjalankan perniagaan Internet kini tidak semudah 5-6 tahun lepas. Semakin ramai pesaing, kos iklan semakin mahal, semakin sukar mendapatkan followers Facebook, dan macam-macam lagi. Dalam video preview di bawah, saya kongsikan:

  • Masalah yang dihadapi usahawan dan bakal usahawan kini – pasti anda juga menghadapinya!
  • Teknik dan Strategi Perniagaan Internet terkini dan paling efektif untuk berjaya di Internet
  • Maklumat Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial (bagi yang berminat)

Video [rakaman] ini agak lama (50 minit) tetapi terdapat banyak tips dan strategi saya selitkan di dalamnya. Video ini adalah rakaman #TanyaIKLive pada hari Jumaat 13hb November 2015. Klik play di bawah untuk tonton dan dengar!

 

Hanya terdapat beberapa kekosongan sahaja lagi untuk sesi pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Sekiranya anda berminat, sila klik di sini untuk SOALAN LAZIM dan PENDAFTARAN. Hubungi Cik Jay 03-77292277 untuk sebarang soalan.

*Sekiranya anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur, sertai Program ini versi 100% online yang boleh diikuti dari keselesaan rumah anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.