Lampu merah MENARI untuk keselamatan!

Kempen keselamatan yang dilakukan oleh Smart.com benar-benar mencuit hati ramai orang. Idea lampu merah berbentuk orang dan MENARI secara LIVE nampak simple tetapi lain dari yang lain. Kempen ini patut menjadi contoh. Dan yang paling menarik, semuanya dilakukan oleh orang-orang yang lalu di trafik light itu. Asalnya mereka inginkan orang-orang yang lalu di situ, tidaklah bosan sangat terpaksa berhenti dan menunggu terlalu lama. Dan cuba untuk elakkan mereka dari ‘melanggar’ lampu merah. Tapi apakah kesannya?

KEPUTUSANNYA? 81% daripada mereka yang lalu-lalang di traffic light ini, menunggu lampu hijau sebelum mereka meneruskan perjalanan. Ramailah yang mengikut undang-undang hari itu dan pastinya, kempen keselamatan itu berjaya!

 

Kisah 2 Nenek, 1 Lamboghini

Apa akan jadi, jika nenek-nenek kita membawa sports car Lamborghini? Kelakar pun ada, tapi awesome pun juga kan. Imagine at this age, deorang boleh jalan-jalan dengan kereta mewah sebegitu. Sure best! Bukan apa pun sekadar untuk merasa, bukanlah nak menunjuk-nunjuk kan.

Apalah gunanya kerja susah payah tapi kita tak dapat nak merasakan pun sedikit, reward atau penat, peluh, jerih kita berusaha sehinggalah ke hari tua. Sekurang-kurang, kita mengganggap masih belum terlambat untuk kita mencuba apa sahaja di dalam dunia ini.

 

Kejutan Hologram yang beri kita kesedaran!

Pernahkah anda meletakkan kereta anda di tempat letak kereta khas buat pemandu kurang upaya? Mungkin pernah atau mungkin juga kesedaran sivik anda bagus dan menghormati sign pemandu cacat! Namun, saya sendiri melihat hampir keseluruhan pelawat mall, shopping complex, Tesco dan sebagainya, memang parking di tempat parking khas buat orang yang kurang upaya!

Apa kata di Malaysia pun, buatkan juga seperti yang dilakukan di Russia ini. Ini adalah disebabkan, lebih 30% pemandu di Russia memakirkan kereta mereka di ‘Disable Parking spaces’ tanpa menghiraukan tanda yang sudah terpampang di lantai parkir.

Kumpulan syarikat Dislife, a Russian non-profit organisation, telah mendapat idea yang cukup hebat untuk kempen kesedaran ini. Apa yang mereka lakukan amat mengejutkan ramai pemandu apabila tiba-tiba seperti ‘HANTU’ muncul menyergah mereka setiap kali ada yang cuba parkir dan seterusnya, seperti memberi sedikit syarahan dan kesedaran. Kelakar pun ada, serius ‘Powerful Message’ pun ada, apabila kita melihatkan situasi ini. Memang idea yang WOW!

 

Cara Pepsi beriklan…giler hebat!

Sesungguhnya kita semua akan terpana apabila satu idea hebat, menjadi realiti! Tambah hebat lagi apabila ianya diterima ramai dengan kejutan yang sungguh memukau sehingga membuat mereka kepeningan dengan apa yang dilakukan kerana nampak sangat-sangat realistik!

Itulah yang dilakukan oleh PEPSI! Syarikat gergasi ini boleh je kalau nak buat iklan biasa, iklan video, iklan billboard di merata tempat, atau di tempat-tempat awam. Tetapi mereka memilih untuk, ‘Go for EXTRA MILE’ dalam erti kata lain, memilih untuk melakukan sesuatu lebih dari biasa dan lain dari yang lain, demi untuk melonjakkan jenama mereka.

Inilah yang dikatakan anjakan paradigma yang sesungguhnya kita patut jadikan ia satu contoh untuk syarikat kita juga berfikiran jauh, bukan hanya beriklan seperti biasa-biasa saja. Kerana kalau buat iklan biasa-biasa saja, maka produk, servis atau jenama anda juga akan kelihatan biasa-biasa saja. Namun jika lakukan kelainan dan lain dari yang lain, for surelah anda juga akan menganjak jauh lebih tinggi dari biasa!

 

Kenangan semasa kecil amat bermakna…

Hanya dengan menemui sesuatu yang tersimpan dari zaman kanak-kanak dulu telah mengimbau kembali, kenangan manis bersama sahabat lama. Teknologi terkini pula, begitu mudah untuk menghubung kembali perhubungan yang telah terputus sekian lama.

Samada anda mahu atau tidak mahu sahaja untuk menghubungi semula sahabat lama anda atau kenalan lama. Dalam cerita ini, pakcik ini memilih untuk bertemu kembali sahabat semasa kanak-kanak beliau, dan saat itu berakhir dengan cukup bermakna sekali… boleh mengalir air mata dan terasa sebak di dada. Anda tak mahu hubungi teman lama anda?

 

Lontaran basketball yang mencatat Rekod Dunia

Satu lagi pencapaian bertaraf rekod dunia dicipta di Tasmania’s Gordon Dam yang mempunyai ketinggian 126.5m (415 kaki tinggi) – Satu usaha yang diluar minda biasa kita. Takkan kita boleh terfikir nak menyumbat bola kerangjang ke dalam lubangnya setinggi ini, takkan masuk punyalah kan…

Tetapi bagi mereka yang percaya, mereka boleh melakukannya… mereka tidak mudah untuk putus asa dan mencuba terus mencuba hingga berjaya. Dan selebihnya, ianya menjadi sejarah! Giler tapi benar!

 

Impian untuk terbang sehebat IRON MAN bukan satu khayalan lagi…

WOW!…saya pun nak merasa ni, terasa bahang kehebatan ‘JETMAN DUBAI’ ni…wahh, siapa yang tidak mahu terbangg seolah-olah seperti gaya ala-ala Iron Man gitu.

Inilah apabila seseorang benar-benar memegang impiannya dan bersungguh-sungguh mengusahakannya, ia boleh menjadi kenyataan! Lihatlah video ini, impian dia untuk terbang bukan satu khayalan lagi. Mana pernah kita terfikir untuk terbang sebegini mudah dan menghiburkan dan AWESOME! Melihatkan teknologi penerbangan yang dibawakan oleh Jetman Dubai ini, saya melihat masa depan dunia kita nanti akan bertambah menakjubkan!

 

Buatkan yang BIASA menjadi LUAR BIASA!

Di dalam persembahan yang menakjubkan ini, apa yang dapat kita lihat di sebaliknya hanyalah satu tarian rutin ballet komtemporari yang biasa sahaja, seperti tarian-tarian yang selalu dipertonjolkan. Namun apa yang membezakan mereka adalah kreativiti dan idea yang telah dikombinasikan dengan teknologi baru, sehingga mempamerkan satu pertunjukan tarian ala masa depan yang cukup unik dan memukau!

Di dalam perniagaan, jika kita dapat idea yang BIASA, tukarkan menjadi LUAR BIASA, pasti perniagaan kita juga akan memukau dan terkenal ke seluruh dunia. Cuma nak dapatkan idea bernas itu bukanlah satu perkara mudah. Tapi jangan putus asa, teruskan mencari kelainan itu.

Performamce & Choreography oleh :Saya Watatani , Maki Yokoyama
Director : Nobuyuki Hanabusa
Animator : Seiya Ishii , Nobuyuki Hanabusa
Music : Nobuyuki Hanabusa

 

Bagaimanakah kanak-kanak melihat bila bermain?

Mula-mula bila kita melihat video ini, berbagai perkara yang kita akan fikirkan. Nampak cute pun ada, kelakar pun ada dengan gelagat kanak-kanak ini. Kesemuanya dengan cara masing-masing yang sebenarnya tak terfikir oleh kita.

Apa yang dilakukan oleh syarikat Barbie ini, cukup menarik! Mereka menunjukkan apa yang sebenarnya dilihat atau difikirkan oleh kanak-kanak setiap kali mereka bermain seharian. Imaginasi kanak-kanak sesungguhnya, lebih jauh dari kita apabila tiada batas atau halangan buat mereka. Tidak seperti orang dewasa yang selalu akan fikirkan dugaan, halangan dan cabaran.

Kadang-kadang kita juga harus berfikir dan bertindak seperti kanak-kanak, supaya apa yang kita hajati tidak terhalang dan mudah dikecapi. Namun, janganlah sampai melanggar undang-undang 😛

 

Kanak-kanak jurulatih SADO!

Kanak-kanak di dalam video ini cukup memberi inspirasi kepada kita kan, bayangkan sekecil itu sudah bijak menjadi jurulatih ‘Workout’ sado! Malah kanak-kanak yang berasal dari Jamaica ini juga bercita-cita tinggi untuk menjadi pelumba lari negaranya.

Sebenarnya inilah salah satu cara untuk membawa anak-anak kita berjaya di kemudian hari, iaitu dengan memulakan apa yang diminatinya sedari awal-awal lagi. Dengan cara ini, anak-anak kita akan lebih berdisiplin, fokus dan mempunyai arah tuju. Apabila dewasa kelak, dengan pendedahan sebegini dan latihan seawal ini, beliau bukan saja boleh berjaya sebagai jurulatih, atau pelumba lari, walau apa saja bidang yang diceburinya, beliau pasti akan berjaya.