Eksperimen Video CentriPhone, buat duit!

Simple idea, tetapi besar keuntungannya itulah yang dilakukan oleh Nicolas Vuignier dari Switzerland. Apa yang dia mahu capai adalah penggunaan kamera video untuk dapatkan video capture ke sekeliling dirinya secara live sewaktu bermain ski. Lalu dia mulai mencipta sebuah bekas tempat untuk meletakkan kamera yang boleh dipusingkan ke sekeliling dirinya. Setelah berkali-kali ekperimen videonya tidak menjadi seperti yang diharapkan, dia tetap tidak putus asa sebaliknya terus membaiki dan mencari cara untuk berjaya.

Akhirnya, dia telah berjaya mencipta satu bekas yang dibuat dari kadbod untuk meletakkan kamera video yang dipanggil CENTRIPHONE. Dan kini ianya telah dijual diinternet. Malah sekarang beliau juga sudah mempunyai bekas yang lebih advance khas untuk Iphone pula.

 

Mesin muzik, kombinasi kesemua alat muzik!

Kreatif sungguh kumpulan Wintergatan dari Swedish ini, dengan mencipta satu mesin muzik yang mempunyai kombinasi kesemua peralatan muzik. Di mana apabila dimainkan, ianya berbunyi seolah-olah satu band muzik sedang mendendangkan lagu.

Inilah yang seharusnya setiap industri lakukan. Tambah-tambah lagi industri yang sedia ada ramai pesaingnya. Anda perlu mencari kelainan! barulah apa yang anda tonjolkan itu berbeza dan istimewa. Bila lain dari yang lain, ramailah yang akan berminat dengan produk anda, atau servis anda, atau pun berminat dengan anda!

 

Kerana kerjasama serasi, semua jadi cantik!

Juara Kanada dalam sukan Ice Skating ini membuktikan, untuk berjaya, selamat dari kemalangan dan nampak cantik rutin yang dilakukan, mereka perlu bukan setakat bekerjasama, tetapi mereka juga perlu serasi bersama. Jika tidak, akan berlakulah perlanggaran di tengah-tengah gelanggang ais itu. PLUS… mereka juga perlu berlatih selama 7-8 jam sehari hanya untuk mendapat langkah yang tepat dan sama. Bayangkanlah berkali-kali melakukan kesilapan sebelum mereka mencapai kejayaan ini.

Dalam kehidupan, perniagaan, perhubungan… samalah juga. Anda kena ada semua itu untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Kalau lari dari rutin biasa, jawabnya, hancurlah apa yang dibina.

 

Kempen keselamatan Jalanraya yang menusuk jiwa

Lain dari yang lain, kempen keselamatan jalanraya ini memberi ruang kepada kita untuk melihat keadaan sebenar, sebelum terjadinya kemalangan yang boleh meragut nyawa insan tercinta, keluarga tersayang. Ia juga mahu menyedarkan, mengapa kita perlu memikirkan juga tentang cara pemandu-pemandu lain yang di sekeliling kita, memandu.

Tidak ada seorang pun patut membayar dengan nyawa mereka hanya kerana inginkan sampai cepat atau membawa kereta laju. Ingatlah bila kita memandu kita berkongsi jalanraya dengan orang lain, keluarga-keluarga lain. Jadi kelajuan yang kita pilih untuk sampai ke destinasi kita itu biarlah yang sederhana. Dengan cara itu, mungkin hanya kemalangan ringan sahaja yang kita tempuhi dan daapatlah kita mengelak dari kemalangan besar. Jika melampau lajunya, maka kita juga akan melakukan kesilapan yang terlampau akibatnya, dan kemungkinan besar boleh kehilangan nyawa!

Apa guna susah payah kita bekerja mencari nafkah, berusaha siang malam untuk berjaya, tapi keselamatan diri dan keluarga tidak kita hiraukan. Awaslah dan waspada selalu.

 

Bermain pasir di Morocco!

Kadang-kadang nak buat video ni, tak perlu nak hebat-hebat sangat. Selalu kita fikir takut tak cantik, takut tak menepati sasaran dan sebagainya. Tetapi, cuba tengok video lelaki bermain pasir di Morocco ini. Simple saja… dia hanya mengaut pasir dan menanti apa akan jadi seterusnya, di mana graviti mengawal segala-galanya hingga menjadikan pasir yang dikaut kelihatan menarik sekali.

Kejadian alam ciptaan Tuhan yang maha esa ini sebenarnya sudah cukup hebat untuk kita hargai dan pamerkan ke seluruh dunia.

 

Permainan video Assasin creed jadi REALITI!

Anda tahu ‘PARKOUR?’…ianya adalah satu aktiviti luarbiasa atau sukan yang bergerak dengan cepat melalui lorong-lorong sempit, jalan dan memanjat bangunan tanpa sebarang bantuan, terjun dari tempat tinggi, melompat ke dinding dan berlari atas titian secara Ekstrim! Dan biasanya kumpulan remaja Parkour ini akan melakukan rutin mereka di bandar-bandar yang mempunyai banyak tempat untuk mereka gunakan untuk aktiviti mereka.

Namun, kumpulan parkour sudah ramai tetapi apa yang menjadikan video ini lain dari yang lain adalah, kumpulan remaja parkour ini, menjadikan sebuah permainan video yang sangat popular bernama ‘Assassin Creed’menjadi sebahagian dari rutin mereka. Kini Assassin Creed yang sudah menjangkau ke siri yang ke 6 kini, telah mengeluarkan permainan video terbaru dinamakan, ‘Assassin Creed Unity’ di mana heronya mempunyai 4 orang kesemuanya. Dan itulah yang telah dicapai oleh pakar parkour ini, mereka lakonkan semula adegan di dalam permainan video itu, dan hasilnya adalah cukup hebat dan betul-betul sama seperti di dalam game itu. Sangat Awesome!

 

Amaran untuk dewasa, mesej untuk kanak-kanak…

ANAR Foundation telah menerima beribu panggilan dalam sehari tentang penyeksaan dan penderaan ke atas kanak-kanak. Untuk terus beroperasi membantu kanak-kanak dera ini, mereka perlukan derma dan bantuan. Lalu iklan menarik ini telah dilancarkan khas untuk menarik minat masyarakat untuk lebih prihatin tentang penderaan kanak-kanak. Kempen ini juga mahu menyedarkan masyarakat akan wujudnya HELPLINE foundation yang memberi bantuan kepada mangsa dera.

RESULTS? ujudlah iklan ini, yang mana jika dilihat posisi orang dewasa, ia akan menonjolkan gambar kanak-kanak bersama AMARAN kepada orang dewasa agar jangan melakukan penderaan. Sebaliknya jika dilihat di posisi kanak-kanak yang berumur 10 tahun atau setinggi biasa, kanak-kanak itu dapat melihat wajah budak yang cedera dari penderaan! Interesting kan…

 

Anda stress ? Cubalah ‘Kucing Terapi’

Mengapalah kita tidak pernah terfikir untuk buatkan tempat sebegini rupa? pasti dapat buat duit punya 😀 …bayangkan berapa ramai orang yang stress dan penuh dengan tekanan hidup. Dengan kerja yang bertimbun, asyik kena marah boss tak tahu pasal apa, perhubungan yang complicated, ibu dan ayah yang terus berleter, anak-anak yang membingit siang malam, pasangan yang tak memahami, tekanan! tekanan!

Kalau ada ‘kucing terapi’ ini saya pun nak! Very sure akan hilang stress dan dapat meredakan jiwa dan kembali relax dan segar. Jom buat satu kat Malaysia ni!

 

Kisah Cinta kedai kopi

Wah kali ini, saya bercerita tentang kisah cinta laura dari sebuah kedai kopi. Kisah dia membuatkan saya melihat cinta juga seumpama sebuah perniagaan sebenarnya. Cubalah anda lihat video ini dan perhatikan kisah cinta dari bab ke bab yang lain. Ianya lebih kepada bagaimana untuk menarik perhatian dia yang diminati. Dalam erti kata perniagaan, ‘Bagaimanakah penjual, mahu menarik perhatian pelanggan?”

Babak seterusnya, dia cuba untuk menyanyi kerana itu adalah bakat dan kebolehannya. Namun, lelaki itu tetap tidak menghiraukannya. Setelah beberapa kali nyanyian dan usahanya masih gagal dan langsung tidak mendapat perhatian, dia belajar untuk memberi sesuatu yang dia dapat tahu, apa yang lelaki itu minat dan fahami. Akhirnya, dia dapat memikat lelaki itu.

Samalah juga di dalam perniagaan. Kita tidak boleh sekadar beri apa yang kita fikir baik. Tetapi kita harus memahami dari hati ke hati. Apakah yang pelanggan kita inginkan? Itulah yang kita berikan, pastilah mereka akan menyukainya kerana itu yang mereka inginkan!