Dari Dubai ke KL ke Dubai semula. Pesaing pula IKUT!

Kali terakhir saya menulis pada anda, ketika di Kuala Lumpur sebelum bermulanya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Agak sibuk dengan perniagaan (namun bukan alasan), dan kini saya di Dubai semula.

Mempunyai 2 perniagaan di 2 buah negara bukanlah perkara yang mudah. Saya perlu berulang alik sebulan sekali atau dua kali dari Dubai ke KL dan Dubai semula!

Tetapi Alhamdulillah inilah rezeki yang diberikan kepada saya dan perlu saya amanahkan.

Dubai
Pemandangan dari pejabat saya di Dubai Marina. Kalau ada rezeki saya jemput anda ke sini!
 Sekiranya anda telah mengikuti perkembangan saya sejak bertahun-tahun lalu, pastinya anda dapat lihat perkembangan saya sebagai seorang usahawan. Ada yang tanya pada saya…

“IK, bagaimana IK sentiasa maju kehadapan dalam perniagaan?”

Jawapan saya adalah, saya sering melihat pesaing saya yang paling ketat. Saya sering pantau pesaing saya paling rapat. Saya sering perhatikan langkah demi langkah pesaing saya dan sentiasa ingin menjadi lebih baik dari pesaing saya.

Namun, pesaing saya sebenarya adalah….

DIRI SAYA SENDIRI!

Ramai yang sering melihat pesaing sebagai ‘perniagaan lain’ atau seperti mana yang kita sering fikirkan, bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari perniagaan pesaing?

Saya melihat pesaing adalah diri saya sendiri dan saya sering fikirkan bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari diri saya sendiri.

Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekiranya kita bersandarkan kejayaan kita pada pesaing, apa akan jadi sekiranya pesaing kita tidak hebat? Maka kita juga akan jadi tidak hebat oleh kerana penanda aras kita adalah rendah. Tetapi, sekiranya kita sandarkan kejayaan kita untuk menjadi lebih baik dari diri kita sebelum ini, pastinya ia akan menjadikan diri kita lebih baik dan terus lebih baik.

Apabila anda bersaing dengan diri anda sendiri, pastinya satu hari nanti pesaing-pesaing anda yang lain tidak akan dapat mengatasi kejayaan anda!

17 tahun lalu, saya menjalankan perniagaan Internet seorang diri dari rumah. Ketika saya memulakan perniagaan. Hari ini, saya membantu beberapa syarikat multi-million di luar negara untuk melipatkali gandakan lagi keuntungan perniagaan mereka.

Kejayaan bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan. Pesanan saya, sentiasa perbaiki diri sendiri. Jadi lebih baik dari diri anda sendiri.

Sekiranya anda terasa dalam diri anda anda mempunyai potensi yang lebih tinggi dari apa yang anda lakukan sekarang, sebenarnya anda memang betul.

Anda pasti mempunyai potensi yang lebih hebat lagi yang anda sendiri tidak mengambil peluang dan jadi lebih baik dari semalam, sebulan lepas atau tahun-tahun yang lepas.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang, bukan esok, bulan depan atau tahun depan, adalah, ambil tindakan!

********

Sekiranya anda berniat dan bermatlamatkan untuk mulakan perniagaan, jangan tundakan lagi. Program saya boleh disertai secara bersemuka (kelas di Kuala Lumpur) atau secara online dari rumah anda (sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur).

1. Sekiranya ingin bersama saya selama 6-9 bulan bersemuka di Kuala Lumpur, klik di sini untuk maklumat lanjut.

2. Sekiranya anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur, dan ingin bersama saya secara 100% online selama 6-9 bulan, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk bercakap dengan kami.

Jumpa di sana,

Irfan Khairi
Dubai, UAE

PS: Sesuatu yang menarik akan saya umumkan tak lama lagi- peluang untuk anda jana pendapatan tambahan!

rezeki-pantas

Begitu pantasnya rezeki sekiranya kita…

Pemandangan dari pejabat baru saya di Dubai sungguh menarik! Tak sangka betapa pantas masa berlalu dan perisian aplikasi FLOW yang saya hasilkan telah mula mendapat sambutan dan kini dalam proses pelancaran ke serata dunia dalam beberapa bulan yang akan datang! Pemandangan dari pejabat baru saya… (ikuti saya di Instagram irfan_khairi untuk gambar-gambar terkini)

dubai

Teringat 2 tahun lepas ketika pertama kali saya tiba di Dubai atas jemputan mengendalikan program di sini.

Maklumlah, pertama kali ke dubai ketika itu, saya pun mengambil masa untuk melawat tempat-tempat di Dubai menggunakan jaringan Metro mereka (macam MRT di Malaysia).

Teringat saya satu ketika itu ketika di dalam Metro, melalui satu kawasan bangunan-bangunan canggih dan sangat tertarik dengan nama-nama syarikat besar di situ termasuk Microsoft, Dell, Cisco, Google, Facebook dan lain-lain. Tertera tanda tertulis besar “DUBAI INTERNET CITY”

Terdetik di dalam hati saya ketika itu tahun 2015, memasang angan-angan untuk satu hari nanti bertapak di DUBAI INTERNET CITY.

Alhamdulillah, hari ini dua tahun kemudian bukan sahaja mempunyai satu perniagaan bertapak di sini, Irfan Khairi Institute of Business Dubai, tetapi juga kini mempunyai pejabat baru untuk membangunkan perisian FLOW.

Semua ini bermula dengan angan-angan. Tetapi, 2 pencapaian saya di Dubai ini lain caranya dan ini yang saya pelajari…

2015 tidak melakukan apa-apa

Walaupun memasang angan-angan untuk menubuhkan perniagaan saya di Dubai, pada tahun 2015 ianya sekadar angan-angan sahaja. Saya tidak melakukan apa-apa sehingga tahun 2016 untuk memulakan IK Institute of Business Dubai.

Matlamat 2017 melakukan dengan pantas!

rezeki-pantas

Hujung 2016, berbeza pula. 2-3 minggu sebelum 2017, saya mendapat idea membangunkan sebuah perisian aplikasi komputer CMS untuk perniagaan besar-besaran. Apabila mendapat idea tersebut, terus dengan pantas saya berusaha membangunkannya.

Dalam masa beberapa hari sahaja membuat beberapa temujanji dengan bakal pelabur dan partner di Dubai. Di ibu pejabat FLOW international…

Rezeki Allah swt, temujanji pertama di Dubai pada hari Selasa lepas, telah bertemukan saya dengan pelabur dan partner yang berminat untuk mengusahakan FLOW bersama-sama saya ke peringkat antarabangsa!

Ketika di apartment saya malam tadi saya terfikir. Betapa pantasnya rezeki datang. Hanya apabila kita berusaha dengan pantas.

Silap saya menunggu setahun sebelum bermula IK Institute of Business. Alhamdulillah kini sudah berjalan lancar di Dubai.

2017 tidak lagi kerana untuk mendapat rezeki dengan pantas, saya perlu berusaha dengan pantas juga!

2 minggu lagi, saya akan kendalikan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di pusat latihan saya di Ruang@Mutiara Damansara. Harapan saya, perkongsian ringkas ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan sesuatu untuk angan-angan anda dengan pantas dan tidak ditunda.

Sekiranya matlamat anda adalah memulakan perniagaan Internet, mulakan sesuatu dengan pantas supaya rezeki juga InshaAllah pantas!

Sekiranya anda berniat dan bermatlamatkan untuk mulakan Perniagaan anda untuk 2017 ini, jangan tundakan lagi.

Pada hari AHAD, 26hb FEBRUARI, bermula Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial PERTAMA 2017 bersama saya – program separuh masa selama 6-9 bulan bersama bantuan dan bimbingan langkah demi langkah. Walaupun perniagaan anda akan bermula pada bulan yang KE-DUA!

Sekiranya anda beminat untuk menyertai program ini, ia boleh disertai secara bersemuka (kelas di Kuala Lumpur) atau secara online dari rumah anda (sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur).

strategi

Strategi KEJAYAAN saya di Dubai!

Setiap kali di Dubai, jadual saya sangat padat sejak menubuhkan Irfan Khairi Institute of Business di sini. Sebagai tambahan dengan jemputan mengendalikan jemputan talk perniagaan Internet 3 hari berturut-turut juga bermula semalam.

Salah satu matlamat saya tahun 2017 ini adalah menghasilkan satu aplikasi CMS web bernama FLOW.

Aplikasi ini InshaAllah akan dilancarkan di Dubai dan ke peringkat antarabangsa.

Suka saya ingin kongsikan dengan anda, semalam, saya telah mengadakan meeting bersama sebuah syarikat bakal pelanggan FLOW dan Alhamdulillah telah mendapat syarikat yang mempunyai beratus cawangan serata dunia yang akan menjadi pelanggan pertama perisian CMS ini!

irfan khairi dubaiGambar sebelum berjumpa pelanggan pertama FLOW

Di sini saya ingin kongsikan salah satu teknik dan strategi kejayaan yang saya sering gunakan kepada anda…

Untuk mencapai kejayaan, kita perlu bermula dengan pantas. Idea perisian FLOW bermula bulan lepas.

Ya, saya mendapat idea untuk menghasilkan aplikasi CMS FLOW ini secara tepatnya 3 minggu lepas, hanya 21 hari.

Apabila mendapat idea ini, dengan PANTAS saya menggerakkan idea tersebut tanpa membuang masa. 3 minggu lalu, FLOW hanyalah satu idea sahaja. Tetapi bermula semalam, ianya telah mendapat pelanggan, sebuah syarikat multi-milion antarabangsa untuk menggunakan perisian ini.

Kenalan-kenalan, krew saya di IKSB, isteri dan keluarga semua tahu antara tabiat saya adalah saya akan mulakan sesuatu dengan pantas. Saya tidak akan buang masa bercakap mengenainya, berfikir mengenainya, mengharapkannya, tetapi saya akan terus mengambil langkah pertama dan bermula!

strategi

Apabila bermula dengan pantas, apa yang saya dapat adalah…

1. Saya mendapat momentum!

Ianya sukar untuk mendapat momentum dan semangat. Pernah tak anda dalam keadaan ini di mana terasa agak lemah dan hilang semangat?

Salah satu puncanya adalah apabila kita tidak mengambil tindakan dengan pantas.

Kereta yang laju mempunyai momentum yang tinggi berbanding dengan kereta yang hanya bergerak dengan perlahan.

2. Saya mendapat peluang!

Pernah tak anda mendapat sesuatu idea, dan oleh sebab tertentu (seperti tiada momentum) , anda tidak memulakan idea tersebut? Pastinya pernah bukan. Tetapi pernah tak terjadi apabila anda tidak melakukannya, sedar-sedar, sebulan dua kemudian orang lain memulakan idea anda? Pastinya terjadi!

Apabila kita lambat mengambil peluang, orang lain akan mengambil peluang tersebut bagi pihak kita!

3. Saya mendapat result pantas!

Lagi kita menunda matlamat dan target kita, lagi lah lama keputusan atau result akan dapat. Bermula 3 minggu lepas, semalam saya telah selangkah kehadapan untuk mencapai matlamat 2017 saya untuk mempunyai aplikasi yang digunakan oleh syarikat-syarikat antarabangsa.

Pernahkah anda menunda-nunda dalam memulakan sesuatu? Pernahkah anda ingin memulakan sesuatu tetapi masih tertunggu-tunggu waktu sesuai? Pernahkah anda melengahkan masa dan kemudian terasa ‘menyesal’ kerana tidak melakukan sesuatu itu?

Pastinya pernah. Saya juga pernah satu masa dahulu. Tetapi, pengalaman mengajar saya bahawa untuk mencapai kejayaan, kita perlu mengejarnya dengan pantas.

Jangan ditunda-tundakan lagi.

Mungkin anda pernah membaca email saya sejak beberapa hari, minggu atau bulan yang lepas. Dan sering saya menjemput anda untuk bersama saya menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Media Sosial.

Mungkin juga anda terdetik dan memasang niat untuk menyertai satu hari nanti. Sekiranya begitu, jangan tunggu lagi oleh kerana seperti kisah saya ini, kejayaan datang apabila kita mengambil langkah dengan pantas. Ia akan memberi anda momentum, memberi anda peluang dan juga memberi keputusan dengan pantas.

Intake baru 2017 untuk program bersama saya akan bermula pada 22hb Januari ini. Walaupun baru dibuka, pendaftaran telah pun bermula dan tempat dipenuhi dengan pantas. Masa saya di Malaysia semakin terhad oleh kerana mempunyai peluang dan tanggungjawab di luar negara kini. Namun, tidak kira di mana pun saya berada, matlamat saya masih ingin membangunkan lebih ramai usahawan dan bakal usahawan di Malaysia.

Sertai program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

motivasi

RAHSIA mencapai matlamat #3: Teknik mendapat motivasi untuk capai matlamat!

RAHSIA MENCAPAI MATLAMAT #3: Bagaimana cara motivasikan diri untuk capai matlamat…

Sebagai manusia, kita memerlukan motivasi. Seperti kereta memerlukan petrol untuk terus bergerak, apakah “petrol” bagi kita? Tanpa motivasi, hendak mengambil langkah pertama dalam mereliasasikan matlamat kita pun akan terasa susah. Tetapi, dengan motivasi, perjalanan mengejar matlamat akan semakin mudah.

Pertama…

Apakah SEBAB UTAMA anda ingin mencapai matlamat anda? Apakah “the BIG WHY?” anda. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, anda perlu cari jawapan berbentuk manfaat mengapa anda ingin sangat-sangat mencapai matlamat tersebut.

Hasilkan satu senarai bertulis SEBAB UTAMA mengapa anda ingin mencapai matlamat tersebut dengan sekurang-kurangnya 10 sebab. Mempunyai 1 atau sebab sahaja tidak mencukupi. Seperti tidak cukup petrol, tetapi, bayangkan anda mempunyai lebih dari 10 sebab mengapa anda ingin mencapai sesuatu matlamat tersebut, maka ianya umpama petrol “isi penuh”!

motivasi

Sebab-sebab ini pasti akan memberi motivasi kepada anda dengan lama. Tetapi, syaratnya adalah, ianya perlu bertulis.

Jadi, ambil pen dan kertas dan mula menulis sekarang anda punya “BIG WHY!”.

Kedua…

Ramai yang fikirkan motivasi adalah dari segi usaha. Bila motivasi kurang, usaha akan kurang. Sememangnya benar. Tetapi lebih tepat lagi, usaha datang dari minda. Sekiranya minda tidak termotivasi, maka usaha pula tidak akan ke mana.

Apabila anda telah senaraikan BIG WHY anda, tiba masanya untuk anda penuhkan minda anda dengan maklumat-maklumat tentang cara mencapai matlamat anda. Baca buku, baca inline, tonton video youtube yang berkaitan, hadiri kursus atau seminar, dan penuhkan minda dengan infomasi berkaitan dengan cara bagaimana anda boleh mencapai matlamat anda.

Penuhkan minda dengan maklumat dan ilmu.

Apabila minda sentiasa konsisten mendapat input-input baru setiap hari, maka di situ minda akan memberi motivasi kepada usaha. Jangan biarkan sehari pun berlalu tanpa mendapat maklumat mengenai matalamat anda.

Ketiga…

Mula sekarang! Momentum akan hadir bila ada pergerakan. Seperti kereta yang laju di jalan raya, mempunyai momentum yang tinggi berbanding dengan kereta yang baru hendak bermula enjin.

Anda perlu mulakan perjalanan anda dan konsisten berusaha.

Mulakan sekarang- walaupun belum bersedia, mulakan sesuatu. Jangan tunggu waktu terbaik, masa terbaik atau keadaan tebaik oleh kerana waktu, masa dan keadaan yang sempurna tidak akan datang begitu sahaja. Anda yang perlu menjadikan waktu ini, waktu paling sempurna anda mulakan sesuatu!

Pastinya anda pernah mempunyai idea, dan biarkan idea itu berlalu tanpa sebarang tindakan bukan? Sedar-sedar berminggu dan berbulan berlalu dan baru anda teringat idea anda belum lagi bermula.

Mulakan sesuatu yang berkaitan dengan matlamat anda hari ini.

Walaupun beberapa hari lagi baru akan muncul 2017, tetapi, jangan ditunda kerana waktu paling sempurna tidak akan datang. Anda sendiri yang akan ciptakan waktu paling sempurna untuk anda. Iaitu sekarang!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan di Internet dari rumah dan menjana pendapatan pada tahun 2017 ini, InshaAllah saya boleh bantu. Sertai program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

matlamat-2017

RAHSIA #2 menetapkan matlamat 2017: 3 Soalan penting UNTUK ANDA!

RAHSIA MENETAPKAN MATLAMAT #2: 3 Soalan paling penting untuk mencapai APA SAHAJA MATLAMAT!

Untuk mencapai matlamat 2017 anda, 3 soalan perlu dijawab…

1. APAKAH ILMU baru yang perlu anda miliki?

Ilmu yang anda miliki kini telah membawa anda ke tahap anda kini- keadaan anda sekarang. Untuk mencapai matlamat yang lebih besar, anda perlu dapatkan ilmu-ilmu BARU. Amat penting untuk faham bahawa, ilmu yang anda ada kini alhamdulillah telah membentuk anda seperti mana anda pada hari ini. Namun, untuk mencapai lebih dari apa yang anda capai kini, pastinya memerlukan ilmu yang lebih lagi dan baru.

Tidak memadai punyai ilmu sedia ada. Sekiranya ilmu yang anda miliki kini dikatakan cukup, mengapa anda masih lagi belum mencapai matlamat anda itu bukan? Ada kalanya kita bersikap ego dan merasakan ilmu di dada sudah cukup. Mudahan dijauhkan dari perasaan itu oleh kerana semakin dalam kita mencari ilmu, akan terasa semakin banyak yang kita tidak tahu.

Apa sahaja matlamat 2017 anda, pastinya anda memerlukan ilmu yang baru dan ilmu sedia ada tidak lagi mencukupi.

matlamat-2017

2. SIAPAKAH yang dapat membantu anda mencapai matlamat anda?

Dalam mencapai matlamat, jalan akan menjadi semakin mudah apabila mempunyai orang yang membantu. Tidak semestinya membantu 100%, tetapi jalan mencapai kejayaan akan menjadi semakin mudah dan pantas apabila bersama-sama mereka yang dapat memberi semangat, dorongan, nasihat, atau apa sahaja bantuan. Mungkin mereka adalah dari kenalan atau keluarga yang sememangnya kita kenali. Atau mungkin juga perlu mencari kenalan baru atau mentor baru untuk mendapat dorongan dan sokongan.

Pepatah Inggeris berbunyi, “NO MAN IS AN ISLAND” bermaksud kejayaan bukanlah atas usaha sendiri sahaja. Pastinya memerlukan bantuan dan ukhuwah bersama orang lain.

3. BAGAIMANAKAH langkah seterusnya?

Tanpa merancang pastinya matlamat akan gagal. Apakah perancangan anda untuk mencapai matalamat tersebut? Apakah langkah anda minggu ini? Minggu hadapan? Bulan ini? Bulan hadapan dan beberapa bulan lagi?

Hasilkan jadual perancangan anda oleh kerana gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Matlamat, ilmu, orang yang membantu sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada tindakan daripada diri sendiri dan tindakan pertama adalah untuk menghasilkan jadual 2017 apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Rancangkan hari, minggu dan bulan-bulan yang akan datang. Pernahkah anda melihat rumah dibina tanpa pelan perancangan? Pastinya tidak.

Begitu juga untuk mencapai matlamat perlukan perancangan yang rapi dijadualkan.

Rahsia menetapkan matlamat #2 kali ini adalah…

1. APAKAH ILMU baru yang perlu anda miliki?
2. SIAPAKAH yang dapat membantu anda mencapai matlamat anda?
3. BAGAIMANAKAH langkah seterusnya?

Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan di Internet dari rumah dan menjana pendapatan pada tahun 2017 ini, InshaAllah saya boleh bantu. Sertai program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

menetapkan matlamat

RAHSIA #1 mencapai APA SAHAJA matlamat 2017 anda!

RAHSIA MENETAPKAN MATLAMAT #1: Pastikan matlamat anda BESAR dan tak perlu beri tahu orang!

Ramai yang takut meletakan matlamat yang BESAR kerana takut tidak tercapai. Malu nanti apa pula orang kata. Segan sekiranya tak tercapai apa yang dihajat. Sebenarnya, tak kira apa sahaja matlamat anda, pastikan ianya besar.

Tak perlu malu pada sesiapa kerana anda tidak perlu beritahu sesiapa pun tentang matlamat anda. Melainkan mereka yang anda sangat-sangat yakin akan menyokong matlamat anda dan paling rapat dengan anda, tidak mengapa untuk berkongsi.

Tetapi, majoriti orang ramai tidak perlu tahu pun matlamat anda yang BESAR itu! Matlamat adalah untuk diri anda sendiri sahaja. Ianya adalah angan-angan dan cita-cita anda. Tidak perlu kongsikan dengan orang lain. kalau ingin kongsikan juga, tak perlu berkongsi keseluruhannya, mungkin kongsikan 50% atau 60% sahaja. Biar minda dan cita-cita anda tujukan 100%.

menetapkan matlamat

Ini kerana orang ramai tidak akan dapat lihat apa yang anda lihat. Mereka tidak faham matlamat dan cita-cita anda.

Anda tidak perlu meyakinkan orang lain untuk mencapai matlamat anda. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja.

Letakkan matlamat yang besar kerana anda akan cuba paksa diri anda untuk keluar dari zon selesa anda. Ketika tahun 2000, saya meletakkan matlamat untuk mulakan perniagaan Internet dan mencapai RM sejuta saya yang pertama melalui perniagaan. Tentunya ia adalah matlamat saya yang besar. Walaupun saya letakkan masa 4-5 tahun untuk mencapainya, tetapi Alhamdulillah tercapai 3 tahun kemudian.

Tahun 2016 saya meletakkan matlamat yang besar untuk mendapat 6 jemputan ke luar negara, serta menubuhkan IK Institute of Business di Dubai. Sangat besar matlamat itu, tetapi Allah swt mempermudahkan dengan mendapat 8 jemputan ke luar negara dan tertubuhnya IK Institute of Business pertengahan tahun ini dan menerima pelajar2 antarabangsa pula.

Semua ini tidak akan tercapai dengan mempunyai matlamat kecil. Ianya matlamat yang besar!

Matlamat anda adalah milik anda. Milik anda seorang. Pilihan anda untuk meletakkan matlamat besar atau kecil. Tetapi, alang-alang ia adalah 100% milik anda, letakkanlah matlamat yang besar terus! Walaupun sekiranya matlamat besar itu tidak tercapai, oleh kerana ianya besar, anda pasti akan mencapai sesuatu yang membanggakan juga.

Tetapi sekiranya meletakkan matlamat kecil, dan ianya tidak tercapai. Pastinya pencapaian anda tersangat kecil, lebih kecil lagi dari matlamat kecil itu!

Rahsia menetapkan matlamat #1 kali ini adalah…

1. Tetapkan matlamat yang BESAR. Sebesar-besarnya untuk anda capai!

2. Tak perlu kongsikan matlamat pada orang lain. Kalau ingin kongsikan, kongsikan sedikit sahaja. Selebihnya untuk anda!

3. Matlamat BESAR kalau tak tercapai masih lagi membanggakan berbanding dengan matlamat kecil yang tak tercapai!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan di Internet dari rumah dan menjana pendapatan pada tahun 2017 ini, InshaAllah saya boleh bantu. Sertai program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

Pelanggan adalah raja. Pelanggan adalah tuhan?! Pelanggan adalah keluarga!

Ketika menulis ini saya berada di Tokyo, Japan.

Selama 30 hari ini InshaAllah saya akan mengembara ke 3 negara dan bandaraya termasuk Tokyo, Dubai dan Johannesburg atas urusan perniagaan. Cuaca di sini agak sejuk, dengan 0 darjah selsius. Tahun lepas juga saya ke sini pada bulan Disember atas jemputan memberi talk ketika itu di Soka University Japan. Genap setahun Alhamdulillah sampai ke sini sekali lagi.

Salah satu perkara yang menarik dari segi perniagaan di sini adalah betapa mereka mengambil berat layanan khidmat pelanggan. Kalau di barat, mat salleh kata “Customer is King” tetapi di Jepun, mereka kata “Customer is God”. Sudah tentunya bukan perlu dicontohi sebagai umat Islam.

Namun, bagi saya pula di IKSB, Open Education Malaysia, “Customer is Family” atau, pelanggan adalah keluarga kami! Dalam perniagaan sangat penting khidmat layanan pelanggan oleh kerana  ikatan manusia perlu diutamakan. Sejak kebelakangan ini, beberapa perniagaan menjadi viral secara negatif akibat layanan pelanggan yang bukan sahaja tidak memuaskan, tetapi juga menyeleweng orang ramai untuk keuntungan. Pastinya keadaan sebegini akan memberi impak negatif kepada perniagaan.

Dalam perniagaan, fikirkan bagaimana kekuatan perniagaan anda dapat menarik pelanggan, untuk memberi impak perniagaan yang positif dan bukan sebaliknya.

Pernah kami bertanya kepada keluarga kami (pelajar-pelajar!) apakah yang membuatkan mereka memilih IKSB sebagai tempat mempelajari Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Berikut adalah antara 9 sebab yang disenaraikan…

1. Ingin belajar dari Irfan Khairi yang merupakan satu-satunya pakar perniagaan Internet Malaysia yang mencapai kejayaan di tahap antarabangsa, dan diberi kepercayaan pelbagai pihak dari negara luar untuk turut sama berkongsi ilmu melalui jemputan-jemputan berceramah. Tahun ini sahaja lebih 6 jemputan di luar negara.

2. Irfan Khairi dan team di IKSB sangat ramah dan suka membantu seperti satu keluarga besar yang ingin melihat abang-abang/kakak-kakak dan adik-adik berjaya dalam bidang perniagaan. Bantuan dan bimbingan sepanjang program telah melahirkan ramai usahawan Internet berjaya.

3. Irfan Khairi juga peramah, down to earth dan humble dalam penampilan berbeza dengan beberapa speaker-speaker yang lain. Memudahkan pelajar-pelajar mendekatinya.

4. Kejayaan Irfan Khairi bukanlah pada seminar semata oleh kerana mencapai tahap Jutawan pada umur 25 tahun sebelum mula mengendalikan sebarang seminar. Ramai kini yang merupakan sekadar “jutawan seminar” hanya menjana pendapatan dari mengendalikan seminar dan tidak berdasarkan kejayaan sebenar menjalankan perniagaan sebelum itu.

5. Modul Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah diterima untuk dikendalikan di dua buah Universiti selama beberapa tahun, termasuk Asia eUniversity dan Open University Malaysia menunjukkan kualiti modul program yang dihasilkan adalah tahap tertinggi.

6. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial juga telah diterima oleh kerajaan Dubai, UAE dan penubuhan cawangan Irfan Khairi Institute of Business Dubai memberi lagi kepercayaan kualiti pedidikan dan ilmu yang di sampaikan melalui modul-modulnya.

7. Nama Irfan Khairi mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa sebagai ikon usahawan Muslim apabila dipilih antara 70 Digital Muslim Influencers di AL Quran Academy bersama Ustaz Nouman Ali Khan, Dr Bilal Philips, Shaykh Hamza Yusuf dan ramai lagi. Dipilih antara 16 pemuda seluruh dunia sebagai Media Catalyst Al-Jazeera di Doha serta antara 25 speaker usahawan Muslim di persidangan ekonomi Muslim MPowered Summit di Dubai UAE tahun ini.

8. Harga yuran program bersama Irfan Khairi yang sangat berbaloi selama 6-9 bulan dengan kesemua modul penting turut disertakan oleh kerana terdapat program yang pada harga yang sama hanya sekadar 2-3 hari sahaja dan sekadar 1 modul.

9. Program yang lebih eksklusif tidak bersama beratus atau beribu orang tetapi dalam kelas kecil yang tertutup membolehkan tumpuan yang lebih lagi dalam pembelajaran ilmu dan aplikasi ilmu perniagaan secara hands on sehingga berjaya.

Tersangat rasa rendah diri dari sokongan keluarga kami sejak beberapa tahun lalu sehingga kini dan sering saya mengingatkan semua bahawa kejayaan saya hari ini sehingga ke tahap antarabangsa adalah kerana sokongan dan inspirasi yang diberikan oleh mereka juga.

Hari ini bermula kembara saya selama 30 hari di negara orang bermula di Tokyo, kemudian ke Dubai dan ke Johannesburg.

Namun, saya akan pulang ke Malaysia untuk 2-3 hari pada hujung bulan ini untuk mengendalikan sesi KHAS Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Mengapa saya panggilnya sesi KHAS?

Oleh kerana ianya bermula pada 31hb Disember 2016- sehari sebelum 2017 tiba! Sangat cantik tarikhnya terutamanya bagi anda yang berazam untuk memulakan perniagaan Internet pada tahun 2017 ini!

Sekiranya anda ingin menyertai sesi khas ini, klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran- ingat, tempat terhad dan eksklusif!

Juga, sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur, anda juga boleh menyertai program ini secara 100% online dari keselesaan rumah anda. Klik di sini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan dan ingin bercakap dengan kami, hubungi Cik Jay di 03-77292277 yang bersedia membantu apa sahaja soalan anda mengenai program kami.

 

Pastikan Matlamat dan Azam 2017 Anda Tercapai

3 minggu lagi kita akan tinggal 2016. 2017 pula akan berkunjung.

Waktu inilah terbaik untuk lihat semula pencapaian kita 2016. Adakah matlamat dan azam yang kita tetapkan pada hujung 2015 atau awal 2016 telah tercapai?

Ianya dikatakan, hanya 2% dari manusia menetapkan matlamat. Peluangnya untuk anda yang membaca tulisan saya kali ini adalah seseorang yang meletakkan matlamat adalah tipis. Tetapi, sekiranya anda yang membaca ini sememangnya setiap tahun meletakkan matlamat, dan berusaha mengejar untuk mencapai ya, anda sebenarnya adalah di antara 2% teratas mereka yang mempunyai mindset orang yang berjaya!

Sejak 2000 lagi, setiap tahun saya menetapkan pelbagai matlamat. Antara matlamat adalah matlamat dalam bidang perniagaan. Melihat kembali, Alhamdulillah pelbagai matlamat telah tercapai sepanjang bergelar usahawan. Tidak dinafikan, ada juga matlamat yang tersasar, tidak tercapai, atau berubah haluan, tetapi, itu adalah perkara biasa. Yang penting adalah untuk menetapkan matlamat supaya kita mempunyai fokus arah tuju.

azam 2017

Matlamat perlu bertulis

Adakah anda menulis matlamat anda? Matlamat tidak bertulis adalah angan-angan sahaja. Ianya tidak dikira sebagai matlamat. Ambil pen, dan buku nota anda dan tulis matlamat-matlamat yang ingin anda capai tahun 2017 ini. Saya tahu, zaman ini, dah ada smart phone, Ipad, tab dan sebagainya. Takkan nak menulis pada kertas matlamat…

Tetapi menulis matlamat dengan pen pada kertas masih mempunyai kekuatannya tersendiri. Ia seumpama memberi komitmen yang lebih pada janji diri sendiri untuk mencapai matlamat. Umpama menghantar/menerima kad hari raya bertulis pada kenalan tentunya mood dan feelnya berbeza dengan hanya forward text SMS pada kenalan itu bukan? 😉

Pastikan anda menulis matlamat anda oleh kerana komitmen menulis itu akan menusuk minda separuh sedar kita untuk mencari cara dan peluang dalam mencapai matlamat tersebut.

Matlamat bukan hanya satu

Matlamat bukan hanya satu tetapi pelbagai. Jangan hadkan diri and akepada hanya matlamat kewangan sahaja. Tetapi matlamat termasuk matlamat keluarga, matlamat untuk anak-anak, matlamat peribadi, matlamat kerier, matlamat perniagaan, matlamat kesihatan, matlamat perihal agama, matlamat komuniti, dan pelbagai lagi.

Bukan hendak melarikan fokus dengan mempunyai pelbagai perkara untuk dilakukan serentak, tetapi, sekadar peringatan bahawa, kita perlu imbangkan hidup kita juga. Terlalu mengejar matlamat kewangan hingga keluarga teabai bukanlah sesuatu yang membanggakan. Begitu juga mengejar matlamat perniagaan sehingga kewajipan agama entah ke mana juga tidak harus berlaku. Sama juga jika matlamat kini hanyalah untuk anak-anak berjaya, tetapi sekiranya kewangan sendiri tidak berjaya, bagaimana anak-anak akan menampung keluarga satu hari nanti?

Fikirkan matlamat dalam pelbagai bidang. Tidak mengapa, anda masih mempunyai 1 tahun, 12 bulan dan 365 hari untuk mencapai pelbagai matlamat tersebut!

Matlamat ada yang tak tercapai

Ada juga matlamat yang tidak tercapai. Sesuatu matlamat tidak tercapai adalah kerana 2 sebab sahaja. Iaitu, pertama, matlamat yang terlalu besar, dan kedua, jangka masa terlalu singkat.

Sebagai manusia, ada kalanya tak tercapai matlamat yang ditetapkan. Namun, apa yang kita perlu lakukan adalah…

Panjangkan lagi tempoh untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagi saya, tak kira apa sahaja matlamat kita, ianya boleh dicapai dengan usaha dan masa. Apa yang membuatkan kita tidak mencapainya adalah kerana kita tidak mulakan usaha tersebut. Letakkan tanggungjawab pada diri kita sendiri sekiranya matlamat tidak tercapai, dan bukan menyalahkan pihak lain, orang lain, tiada masa, dan seribu satu lagi alasan.

Fikirkan matlamat tahun-tahun lepas anda. Adakah ianya tercapai? Ataupun alasan yang membuatkannya tidak tercapai?

Matlamat yang tercapai…

Pastinya mengembirakan kita! Keperluan manusia tertinggi antaranya adalah untuk merasakan keperluan sempurna kendiri untuk mencapai cita-cita. Secara psikologinya, matlamat akan merelisasikan keperluan ini. Hidup tanpa matlamat tidak akan membawa anda ke mana pun.

Salah satu matlamat saya tahun 2016 adalah untuk membawa perniagaan saya ke peringkat antarabangsa. Menempa nama di persada global. Menyampaikan ilmu perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kepada pelajar international.

Alhamdulillah, matlamat tersebut telah tercapai tahun 2016 ini dengan mendapat lebih 6 jemputan talk di serata dunia termasuk Barcelona, Korea, India, 2 jemputan di New York dan 2 jemputan di Dubai! Juga, dengan penubuhan business school saya, Irfan Khairi Institute of Business Dubai, serta ramai peserta antarabangsa menyertai program-program yang saya kendalikan di Dubai!

Bagaimana ianya bermula?

Hanyalah dengan sekeping kertas yang tertulis matlamat saya ini pada hujung 2015. Setahun yang lepas! Jadi lah antara 2% mind set mereka yang berjaya dan mulakan 2017 anda dengan menetapkan matlamat baru anda supaya pencapaian anda akan menjadi lebih hebat dari tahun-tahun yang lepas!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan di Internet dari rumah dan menjana pendapatan pada tahun 2017 ini, InshaAllah saya boleh bantu. Sertai program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di sini yang akan bermula pada 31 hb Disember 2016! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

Cabaran yang dihadapi oleh usahawan dan cara mengatasinya

Perjalanan hidup sebagai usahawan pastinya pelbagai cabaran yang perlu dilalui. Pengalaman saya menjalankan perniagaan kini hampir 17 tahun juga pastinya melalui pelbagai cabaran. Bak kata, kalau tak berani menghadapi cabaran, jangan pilih keusahawanan sebagai kerier…

Namun dalam apa sahaja cabaran pun, pastinya ada penyelesaian. Apa yang menariknya apabila menghadapi cabaran adalah, kita akan menjadi lebih baik dan lebih kuat selepas itu. Teringat lagu “What does not kill you will make you stronger!” dan betapa benarnya bait lirik dalam lagu itu.

cabaran-pic

Berikut adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan dan cara mengatasinya…

1. Cabaran pesaingan

Pastinya mencabar apabila perniagaan yang dijalankan penuh dengan pesaing. Masalahnya tidak semua pesaing bersaing dengan sihat.

Ada yang menggunakan teknik dan strategi kotor untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar seperti menipu orang ramai, menjatuhkan pihak lain, menyebarkan berita buruk mengenai perniagaan lain, dan 1001 lagi cara dan teknik kotor. Pastinya sangat mencabar.

Anda yang baca ini, saya yakin tidak menggunakan cara tersebut oleh kerana ianya tidak akan berpanjangan. Lambat laun cara tersebut akan diketahui orang lain juga dan akan merugikan perniagaan sendiri. Usah cerita soal halal dan haram lagi!

Apa yang perlu dilakukan oleh usahawan sekiranya menghadapi cabaran sebegini pertamanya tentulah bersabar. Keduanya, jangan dibalas cara kotor dengan cara kotor yang lain. Mat Salleh kata ‘two wrongs does not make it right!’. Sebaliknya, pelajari teknik dan strategi pemasaran yang lebih berkesan dan lebih berpanjangan. Fikirkan cara meningkatkan jenama perniagaan anda. Apabila jenama perniagaan kita meningkat, tidak kira apa yang pesaing lakukan, orang ramai tetap akan fikirkan perniagaan kita.

Cara untuk menang dalam perniagaan dikalangan pesaing adalah dengan lebih banyak berusaha. Lebih dari pesaing. Fokuskan usaha pada penjenamaan perniagaan anda.

2. Cabaran sukar mendapat pelanggan

Adakalanya perniagaan meningkat naik apabila ramai pelanggan. Adakalanya juga perniagaan jatuh bila kurangnya pelanggan. Bila ini terjadi pastinya usahawan akan mula goyang menghadapi cabaran sukarnya mendapat pelanggan. Mana taknya, pelanggan adalah nadi dalam menjana pendapatan perniagaan.

Sukar mendapat pelanggan adalah akibat beberapa faktor. Contohnya seperi yang disebutkan tadi, mungkin pesaing menggunakan teknik kotor mengakibatkan pelanggan kita berkurangan. Tetapi yang paling kerap terjadi kurangnya pelanggan adalah apabila kita kurang melakukan pemasaran atau marketing!

Perlu ingat, sekiranya jatuh jumlah pelanggan kita pada bulan ini, tidak semestinya kerana kurang pemasaran pada bulan ini. Tetapi, kurangnya pemasaran pada bulan lepas. Pemasaran mengambil masa untuk mendapat sambutan.

Lihat semula teknik dan strategi pemasaran yang dilakukan beberapa hari, minggu atau bulan yang lepas. Adakah ianya berkurangan yang mengakibatkan kurangnya jualan dan pelanggan kini?

3. Cabaran kos yang tinggi (dan kos terkejut!)

Kos terkejut adalah apabila tiba-tiba pula kita perlu keluarkan duit tambahan untuk perniagaan yang tidak diduga. Mana tak terkejut dibuatnya! Mungkin peralatan rosak, mungkin komputer rosak, mungkin perlu bayar cukai yang tidak terduga, mungkin bermacam-macam lagi kemungkinannya oleh kerana nama pun kos terkejut yang tidak diduga.

Sebagai usahawan, perkara ini amat memeningkan terutamanya apabila bajet perniagaan berkurangan. Cara menghadapinya?

Sediakan tabung kecemasan. Sebaiknya jangan jalankan perniagaan pada tahap cukup-cukup makan atau ada orang kata, bak paras di hidung- sebelum lemas. Oleh kerana inilah pentingnya untuk sentiasa berjaga-jaga dalam perniagaan. Keuntungan perniagaan sememangnya digunakan untuk kembangkan lagi perniagaan dan membayar diri sendiri. Tetapi, sediakan juga tabung kecemasan perniagaan.

Setiap bulan, simpan ketepi 5% dari jumlah keuntungan untuk tabung kecemasan ini. Jangan disentuh melainkan terdapat kecemasan sahaja. Sekiranya ia tidak digunakan dihujung tahun, ia merupakan untung tambahan untuk perniagaan anda!

Teringat pesanan orang tua, sediakan payung sebelum hujan!

4. Cabaran hilangnya motivasi

Usahawan tetap manusia juga dengan emosi dan perasaan. Apatah lagi dengan pelbagai cabaran yang disebutkan di atas, ada kalanya perasaan marah, sedih, risau akan menghantui dari masa ke semasa dan ada kalanya juga terasa hendak putus asa.

Ubat terbaik apabila dalam keadaan ini adalah, lupakan perniagaan untuk seketika. Take a break! Lakukan apa yang anda suka dan menggembirakan anda. Kosongkan minda anda oleh kerana ketika emosi kacau, waktu inilah jangan lakukan sebarang keputusan perniagaan.

Keluar dengan keluarga atau rakan-rakan. Bagi yang minat sukan, pergi bersukan atau menonton wayang bagi peminat movies.

Waktu ini juga terbaik untuk mendampingi rakan-rakan usahawan yang lain atau mentor usahawan anda. Minta pendapat, kongsi pengalaman dan juga ‘aura’ positif. Mendampingi mereka yang positif akan berjangkit positif tersebut kembali kepada kita. Tambahkan kenalan anda dikalangan usahawan-usahawan yang berjaya, bukan sahaja ilmu anda akan dapat, tetapi juga motivasi yang berterusan!

Sememangnya pelbagai cabaran akan dihadapi usahawan dalam liku-liku perniagaan.

Namun sentiasa fikirkan bahawa apa sahaja cabaran tentunya ada penyelesaiannya yang akan menjadikan kita usahawan yang lebih hebat untuk tahun-tahun yang akan datang!

6 Petanda anda sesuai dan patut mulakan perniagaan!

Apakah petanda anda sesuai untuk menjadi seorang usahawan? Sering kita fikirkan patut atau tidak kita mulakan perniagaan.

sesuaitak

Dalam hati sering terdetik teringin untuk mulakan perniagaan, namun mungkin juga ada perasaan takut dan tidak tentu…

Apatah lagi bila pelbagai alasan dalam minda mula menjelma seperti tidak punyai modal, malu jika gagal, tiada masa, tidak tahu nak jual apa dan seribu satu lagi alasan!

Bak kata guru saya, Dato Dr Fadzilah Kamsah…

Orang lain buat duit, kita buat alasan.

Sememangnya amat benar. Jadi, berikut adalah antara 6 petanda bahawa ANDA PATUT memulakan perniagaan. Sekiranya salah satu ini adalah anda, maka, anda PATUT mulakan secepat mungkin!

1. Anda punyai banyak idea

Satu petanda usahawan adalah, mereka mempunyai banyak idea dan selalu berfikir. Golongan ini juga sering bertanya dalam minda “what if…” dan sering terbayang diri sendiri menjalankan perniagaan. Melihat orang lain menjalankan perniagaan pastinya menarik minat diri juga.

Dan dalam memerhati orang lain menjalankan perniagaan, berbagai2 idea dan buah fikiran datang dan memberi niat untuk memulakan perniagaan satu hari nanti.

Sekiranya sudah berniat, maka itu adalah petanda yang sangat baik! Namun, jangan tunggu “satu hari nanti” oleh kerana ia tidak akan datang sekiranya anda tidak mulakan sekarang!

2. Anda mendapat inspirasi dan motivasi dari kejayaan orang lain

Sekiranya anda sering melihat kejayaan orang lain, dan mendapat inspirasi dan motivasi menyuntik dalam diri sendiri, itu tandanya juga anda sangat sesuai menjadi seorang usahawan.

Sesetengah orang (bukan anda), akan iri hati, dengki, berfikiran negatif apabila melihat kejayaan orang lain. Perasaan sebegini akan menutup minda dan hati pada rezeki dan kejayaan.

Sekiranya apabila anda melihat kisah kejayaan orang lain dan ia bagaikan menyuntik semangat pada diri anda sendiri, ini menunjukkan anda mempunyai azam untuk berjaya juga sebagai usahawan.

Jangan ditunggukan lagi oleh kerana semangat inilah yang akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi usahawan yang berjaya!

3. Anda suka membantu orang

Pastinya kita tahu, lebih banyak kita beri, lebih banyak yang kita akan dapat. Sekiranya peribadi anda adalah anda suka membantu orang lain, tak kira kenalan atau keluarga, tak kira mereka yang anda kenali ataupun seseorang yang anda tidak kenal pun, petandanya anda mempunyai keperibadian usahawan.

Perniagaan adalah penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Sifat suka membantu dan menyelesaikan masalah orang lain sangat penting dalam diri seorang usahawan. Apabila seseorang mempunyai masalah, dan diri anda tergerak di dalam hati untuk membantu, itulah sebaiknya peribadi usahawan yang berjaya.

Oleh itu, bantu diri anda sendiri dan mulakan perniagaan sekarang!

 

4. Anda sedang membaca ini!

Ya, minda usahawan adalah minda yang suka mencari ilmu. Malam tadi walaupun kelas habis lewat malam, peserta-peserta tetap bermotivasi mencari ilmu keusahawanan. Anda yang sedang membaca ini, juga adalah jenis yang suka membaca dan mencari ilmu!

95% daripada artikel dan maklumat keusahawanan tidak akan di baca. Tetapi, anda yang membaca ini adalah petanda anda suka mencari ilmu baru, dan untuk berjaya dalam perniagaan, amalan mencari ilmu ini adalah sangat penting- nombor #1!

5. Anda sedar dan terkesan dengan keadaan ekonomi Malaysia

Mungkin kini gaya hidup anda sudah stable, dan tidak sukar. Ataupun mungkin anda terkesan juga dengan keadaan ekonomi Malaysia sejak implementasi GST. Tidak kira kedudukan anda kini, sama ada selesa ataupun tidak, sekiranya anda tersedar bahawa agak penting untuk menjana wang tambahan untuk masa hadapan diri dan keluarga, maka, perniagaan adalah untuk anda.

Perniagaan Internet membolehkan anda memulakan dan menjalankan perniagaan pada kos yang rendah dan masa yang flexible. Contohnya, antara strategi yang saya kongsikan malam tadi adalah bagaimana caranya mengautomasikan perniagaan kita 80% supaya kita lebih mempunyai waktu terluang dan bebas- dan tidak terikat dengan perniagaan sentiasa.

Hujung minggu lepas, saya keluar dengan keluarga ke One Utama Damansara. Terkejut juga melihat beberapa kedai ternama terpaksa tutup kedai. Bila bertanyakan pada pemilik perniagaan, rata-ratanya sedar keadaan ekonomi kos yang tinggi menyukarkan mereka. Bagaimana keadaan ekonomi kita 2017, 2018, 2019 dan seterusnya?

6. Anda suka cabar diri sendiri

17 tahun lalu saya mulakan perniagaan saya yang pertama adalah kerana ingin cabarkan diri saya sendiri. Tahun ini, Alhamdulillah telah membina business school saya di Dubai, Irfan Khairi Institute of Business Dubai juga kerana ingin mencabar diri sendiri.

Sekiranya dalam diri anda sendiri anda mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan inginkan cabaran baru, apa kata jadikan cabaran tersebut peluang menjana pendapatan.

Sememangnya memulakan perniagaan adalah amat mencabar. Tetapi tanpa perasaan suka pada cabaran ini, usahawan akan gagal. Jika anda suka pada cabaran, dan sering terfikir dan mempunyai niat ingin keluar dari zon selesa anda, perniagaan adalah jawapannya!

Sama ada sekiranya anda suka mencari ilmu ATAU sedar dengan keadaan ekonomi anda dan keluarga ATAU suka pada cabaran, ini adalah antara petanda anda patut menjadi usahawan. Bukan sahaja usahawan yang biasa, tetapi usahawan yang berjaya!

Jadi, adakah perkara-perkara di atas kena dengan diri anda?

Sekiranya “YA” dan anda terniat dan mempunyai azam untuk memulakan perniagaan, nasihat saya adalah jangan tunggu lagi. Anda terhutang pada diri anda sendiri untuk memulakan apa yang anda mahu.

Jangan tunggu bulan jatuh ke riba kerana ianya tidak akan terjadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda yang perlu kejarkan cita-cita anda yang setinggi bulan dan bintang!