Zaman teknologi… masih terkejar masa

Hari ini saya ada persoalan yang nak dibawa berbincang… nak tahu pendapat anda.

Zaman sekarang, zaman teknologi, berbagai-bagai kemudahan teknologi digunakan untuk memudahkan manusia– seperti Internet, segala maklumat dihujung hari! handphone, dalam poket je boleh hubungi sesiapa… dah ada email. hantar email terus je, tak perlu tunggu beberapa hari untuk tunggu surat sampai. Ada video conferencing… tak perlu pergi meeting bersemuka. menjimatkan masa… mesin fax, pc, blueberry, pda, wireless internet, 3G, GPRS, Astro pun ada boleh mendapat berita dari seluruh dunia… semuanya memudahkan pengguna. Dan mempercepatkan segala urusan. tak begitu?

Tetapi, persoalannya, mengapa dengan penambahan begitu banyak rekaan-rekaan canggih yang bertujuan untuk mempercepatkan urusan manusia, kita masih lagi kelam kabut tak cukup masa? Segala-galanya masih mengejar masa… lebih teruk dari sebelum ciptaan-ciptaan ini?

Kalau di bandingkan dengan dolu-dolu… bila kurangnya penciptaan canggih manggih ni, seperti masa agak relax sikit. Ni, bila ada ciptaan canggih, yang sepatutnya mengurangkan kerja & masa kita… tetapi, kenapa masih kita terkejar-kejarkan masa lebih teruk dari zaman dulu?

Hmmm…. 😉 Apa pendapat anda?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

54 thoughts on “Zaman teknologi… masih terkejar masa

  1. Zaman sekarang memang semua pantas. Disebabkan kepelbagaian teknologi ,ada golongan manusia menjadi semakin malas.

    Yang menjadikan manusia kelam kabut adalah disebabkan pengurusan masa yang tidak betul.

    Jika kita tahu mengurus masa,manjadualkan aktiviti harian kita dan kita praktikkan, InsyaAllah semuanya berjalan lancar…

    Yang paling penting sekali kita praktikkan ilmu menguruskan masa!!!

  2. Assalammualaikum dan Selamat Berpuasa kepada semua dan IK.

    Saya rasa walaupun segala-galanya canggih dan cepat serta menjimatkan masa, kekadang bahan rekaan ciptaan yang canggih nilah yang asyik mengajak kita berlari berkejar-kejaran kerana kita mesti asyik memikirkan tentang mengoptimumkan output kita. Contohnya, dulu relax, beban tugas agak kuranglah sikit.. tapi sekarang semua beban tugas kat pejabat dateline singkat je masa, tambahan pulak siap pakai perkataan ‘SEGERA’ nak apa-apa pun ‘SEGERA’ macam mee maggie.. 3 minit everything settle dah.. lama-lama semuanya kena cepat dan pantas sebab persaingan antara kita pun pantas jugak.Kalau tak pantas, nanti mesti ketinggalan.

  3. salam..sy salah seorng peminat IK..
    teringin nak jadi mcm abng IK…
    mcm2 skarang ni zaman berubah n segal2 nya berubah…hahaha bak kata org masa itu kan emas..
    sampi bila2 org akn kejar mase…nak capai kejayan mane boleh lengah2 kan, btul tak???
    kalau tak lambat la nak berjaya..:)

  4. Salam wbt..
    Saya berpendapat kita kurang fokus kepada kepentingan dalam melakukan sesuatu..kita juga dari sehari ke sehari semakin selfish..x begitu?? mari kita fikir bersama2..Sepatutnya kita mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dengan kepentingan diri kita..seronok dan gembira bila org lain berjaya!!! Apa yg telah kita sumbangkan???? Sama ada kecil atau besar kita harus berbangga..bukannya untuk riak..tetapi sebagai satu tangungjawab kita yg harus ditunaikan, moga2 usaha baik kita akan dicontohi oleh rakan2 yg melihatnya…

  5. pendapat saya mudah…masa itukan emas…so tak hairan la orang terkejar2 masa…lagi cepat masa di kejar lagi banyak mereka dapat…hehehe..

    kalau la betul mase itu emas…huhuhu

  6. Saalam wbt..
    Saya berpendapat kita kurang fokus kepada kepentingan dalam melakukan sesuatu..kita juga dari sehari ke sehari semakin selfish..x begitu?? mari kita fikir bersama2..Sepatutnya kita mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dengan kepentingan diri kita..seronok dan gembira bila org lain berjaya!!! Apa yg telah kita sumbangkan???? Sama ada kecil atau besar kita harus berbangga..bukannya untuk riak..tetapi sebagai satu tangungjawab kita yg harus ditunaikan, moga2 usaha baik kita akan dicontohi oleh rakan2 yg melihatnya!

  7. Sibuk , mengapa saya sibuk , saya seorang isteri dan ibu , balik kena berinteraksi dgn anak ..takkan nak pakai video confressing pulakkan , kena masak dan mengemas rumah , saya tak mampu nak beli robot untuk buat semuatu , kena hantar anak tuisyen , kena tengok pelajaran anak , Kena layan suami , takkan nak guna video confressing.

    Secara ringkasnya , masih banyak perkara memerlukan personal touch.

    Kemajuan teknologi tak effect perjalanan hidup saya, saya cuma pegawai biasa ..sikit tu adalah , contohnya dapat berhubung dgn kawan guna email. Dapat mempelajari banyak benda hanya , kesemuanya di hujung jari , anak anak pun dapat menimba lebih ilmu melalui internet , itu yang kerja bertambah banyak , anak sekolah rendah pun dah ada assigment skrg ni.

  8. Salam…. Kerana teknolgi terlampau laju kitapun kena laju juga, kalau tidak… nanti teknologi tinggalkan kita…. 🙂

  9. Kalau dulu bapa pergi kedai naik basikal, anaknya kejar berlari2 anak… Pastu naik moto, anaknya lari kuat2… Sekarang kalau awal2 tak pesan/rancang langsung x dapat sebab dia order kat internet…. tekan enter saja… 🙂

  10. IK, teknologi memanglah semakin canggih. Tapi! Pemikiran & style kerje kite masih ditakuk lame. Pendidikan yang paling penting dpt mengubah cara hidup kita. Ia bukan di sekolah tapi dirumah. ;-0

  11. In my opinion, bila kemudahan teknologi semakin maju, kehendak dan kemahuan seseorang thdp sesuatu perkara semakin b’tambh..

    Berlainan dgn zmn dulu2, tiada kemudahan yg mcm sekrg ni n kebanyakan kehendak mrk pd mase tu hanyalah bagi memenuhi keperluan asas mcm tempat tinggal, pakaian n makanan..

    P/s: irfan dah pernah terbitkan manual 1-2-3 membina laman web kan? bile pula nak terbitkan manual 1-2-3 cara menerbitkan ebook sdr?

  12. Sebabnya, kalau kita terlambat, maka kita akan ketinggalan teknologi yang baru pula. Lagipun zaman sekarang ada pelbagai hiburan tak sama seperti zaman dahulu. 🙂

  13. IK,

    Sebabnya tiada perancangan dibuat dan jika ada perancangan pun tiada keutamaan diberikan..dalam melaksanakan perancangan yang dibuat kita seharusnya …Utamakan Yang Utama!

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  14. Hmm.. very good question being asked here.

    I think a person’s time management has nothing to do with the technology itself.

    It really has to do with a person’s ability to manage time. The busiest person has the time to do everything and much more.

    Like Doctor, you need to run seminars, attend interviews, write books and take good care of the family.

    Despite all these you are juggling, you are still as successful as ever.

    Hope this helps.

    Sincerely,
    Clement Chee
    http://www.The-Excellence-Blog.com

  15. Salam IK!
    Ya sepatutnya kita sudah tidak perlu terkejar-kejar lagi masa kerana terdapat banyak kemudahan di zaman yang semakin canggih ini.Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu sentiasa terkejar-kejar masa, semua ini disebabkan kemajuan teknologi juga.
    Contoh, mereka lebih terdorong untuk membeli barangan terkini sehinggakan sanggup berhutang, apabila berhutang, mereka akan terfikir pula untuk membuat kerja lebih masa sehingga jam loceng berbunyi untuk bangun ke tempat kerja esok pagi pun tak mereka dengari akibat terlalu letih.
    So, apa yang akan berlaku? Faham-faham sajalah.Itu adalah salah satu faktor penyebab kenapa manusia zaman sekarang ini masih lagi terkejar-kejar waktu walau kemudahan sudah semakin banyak dan canggih.
    Bye!
    http://www.glowglokal.com

  16. utk perniagaan,teknologi bermaksud pertambahan potensi keuntungan yg besar…
    jadi segala urusan digandakan 2 atau 3 kali lbih bnyk dari biasa.jadi masa masih tidak mencukupi…

    utk individu,mgkin mereka took it for granted. mereka mungkin melewat2kan krja krana mereka fikir urusan boleh dibuat dengan pantas kemudian =p

    pndpat saye…hehehehe

  17. Teknologi menjadikan dunia bergerak semakin pantas terutama teknologi ICT. Klu zaman dolu2, pakai snail mail… makan masa 3-4 hari sementara menunggu surat sampai, sblm tindakan selanjutnya dapat diambil. Jadi sementara kerja yg perlu dibuat tu blm ada, kita boleh bersenang2. Mcm zaman sekarang ni, dah ada email. Immediately kena buat kerja dan jalankan tindakan selanjutnya. So jadilah kita terkejar dan takde masa utk berlengah2 dan goyang kaki. Bila teknologi makin canggih, masa bergerak semakin pantas, dan kita pun kenalah semakin pantas berlari. kalau tak, kita akan ketinggalan. Nampaklah kita mcm terkejar2…

    Tapi pendapat rakan2 lain pun betul juga. Time management kena betul. Barulah kita dpt memanfaatkan setiap detik dr masa yg kita ada utk perkara2 yg produktif dan berfaedah…

  18. persolaannya mudah jer, hari ini kemudahan canggih itu sendiri yang mengawal kita atau kita yang mengawalnya sendiri mengikut kesesuaian masa kita, siapa control siapa sekarang ni.Kalau kita jadikan ia pantas, akan pantaslah ia, tapi kalau senbaliknya, kita juga yang menaggung akibatnya, kita akan rasa ketinggalan dengan teknologi itu sendiri.Sekarang ni kita hanya perlu memilih yang mana lebih utama didalam kemudahan canggih itu sendiri, tak perlu tamak dan x semestinya kita tinggal semua teknologi canggih itu sendiri.Kesimpulan jangan jadi materialistik, berpada-padalah walaupun anda seorang yang berpunya, insyaallah hidup anda akan merasa nikmatnya nanti.wallualam.

  19. Mengikut peredaran masa memanglah zaman sekarang sudah banyak menggunakan teknologi canggih sehinggakan zakat pun sudah boleh bayar menggunakan SMS.

    Akan tetapi sebagai contoh saya menggunakan broadband 3G, walaupun canggih ia tetap lambat untuk loading dan download kerana gelombang 3G masih lemah di kawasan saya. Gelombang juga merupakan salah satu faktor, mengapa masih lagi kita menjadi kelam kabut dan tak cukup masa di dalam pelaksanaan sesuatu kerja.

    majalahim.com – Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia

  20. Kerana teknologi manusia semakin pantas. Dulu boleh rileks sikit kerana next stepnya belum sampai kepada kita. Cth pakai pos so kenatunggula posmen sampai.Tapi skarg guna email,masuk aje dalam inbox boleh terus ship barang pada customer.
    Bukan teknologi aje pantas, makanan pun mahu yang pantas ( fast food ).

  21. pendapat saya pula, ada 2 golongan. golongan #1, mereka menggunakan teknologi dengan efficient. golongan #2, mereka tidak menggunakan teknology dengan efficient.

    disebabkan ini, golongan #1, boleh melakukan kerja dengan cepat dan pantas. sehingga golongan #2 yang tidak menggunakan teknologi secara efficient tertinggal.

    golongan #2 ni la majority yang masih terkejar-kejar masa.

    sebabnya kita boleh lihat… bagi kita yang ada PDA, adakah kita 100% utilize penggunaan PDA, atau hanya sekadar synchronise contact, to do & jadual peribadi sahaja? adakah kita menggunakan email untuk contact pelanggan-pelanggan, atau kita mengambil kaedah yang lebih efficient menggunakan autoresponder untuk hubungi beribu-ribu pelanggan serentak? adakah kita pergi meeting bersemuka, atau sesetengah tu, menggunakan kebolehan handphone conferencing untuk meeting?

    saya rasa, ramai yang masih lagi underutilize teknologi yang sedia ada. oleh sebab itu, ramai yang masih terkejar-kejar dan tak cukup masa bila bersaing dengan mereka yang menggunakan technology secara efficient.

    kat situ juga kita perlu pantas dalam mempelajari segala teknologi yang ada 😉

    -ik

  22. Agree with Clement Chee. Should be another category, ie golongan #3, iaitu yang ada ability to manage time, ie to plan, implement task, review results, etc.

    Apalah gunanya semua teknologi tu kalau info yang dimasukkan seperti rojak? Buat live conferencing tapi tak der isi? Buat jadual temujanji tapi tak kena masa? Buat auto responder tapi content mengelirukan pelanggan.

    Bak pepatah IT, “garbage in, garbage out”. he he he 😉

  23. Salam Dr Irfan,

    Ni pendapat saya la… kalau dulu teknologi kurang, maka perkara yang nak dicapai dalam hidup pun tak banyak..

    satu kerja satu matlamat.. tapi sekarang ada banyak matlamat nak capai dan teknologi juga berkembang dengan pesat. Baru nak belajar perkara baru dah keluar yang baru lagi…

    Just pendapat je.. tak wajib betul dan harus salah..:)

    Selmat maju jaya IK

  24. Setuju dengan beberapa pandangan…
    Tapi begitulah keadaannya manusia akhir zaman… Dan kalau nak tahu itulah antara tanda-tanda kiamat…. makin lama manusia merasakan masa tidak pernah cukup.

    Bukan itu sahaja, manusia makin lama makin tidak dapat mengurus masa dengan baik. Tapi kalau bab masa ni, kalau tak pandai jaga tentu kita di kalangan orang kerugian.. Dalam al-Quran ada sebut (Al-Asr). Apapun time management amat penting. Dan nak dapat time management terbaik adalah disiplin diri… pendapat aje melalui sedikit pengalaman

  25. hmm..

    Tetapi, persoalannya, mengapa dengan penambahan begitu banyak rekaan-rekaan canggih yang bertujuan untuk mempercepatkan urusan manusia, kita masih lagi kelam kabut tak cukup masa? Segala-galanya masih mengejar masa! lebih teruk dari sebelum ciptaan-ciptaan ini?

    rasa macam terlalu general.. urusan manusia yang macamana??

    sebagai seorang ibu? atau bapa? atau karyawan??

    nah, jika seorang ibu apa perlu video conferencing!mesin fax, pc, blueberry, pda, wireless internet, 3G, GPRS, Astro untuk menyelesaikan tugas2 seorang ibu?

    ye ye.. lupa berada di laman web IK.. hehhe.. untuk usahawan BARU seperti saya, modal untuk mendapatkan video conferencing! tak perlu pergi meeting bersemuka. menjimatkan masa! mesin fax, blueberry, pda,3G, GPRS, adalah memerlukan kos, sedang sewa talian2 tersebut lebih enak digunakan untuk ditaburkan kepada modal ILMU seperti yang disarakan IK..

    hanya pendapat.. :0)

  26. Salam Ramadhan buat saudara Irfan, keluarga & pembaca..

    Yang nyata kita guna teknologi utk suka2 sekadar ikut trend ataupun dengan efficient bergantung sama ada kita ada ILMU atau tak. Takde ilmu payahlah..Belajar sebyk mungkin. Cari sedalam, semaksimum yg boleh. Macam anak2 kita. Setiap saat bagi mereka adalah ilmu. Kita pun boleh. Dah ada ilmu nak guna, efficientlah..

  27. Semua jawapan yg diberikan di atas adalah salah. Jawapan yg betul adalah:

    Masa itu sentiasa berjalan dari dahulu hingga sekarang. Apa pun perubahan yg berlaku masa itu tetap berjalan dan berjalan.

    Manusia Akan berhenti kejar masa jika masa itu BERHENTI.

  28. Salam semua.

    Pada pendapat saya la, orang ramai lebih suka pada yang manual. Contoh laa, klik-klik kat internet pun masih cari surat khabor kat kedai mamak. Ini akan memakan masa berjalan kaki lebih kurang 1/2 jam untuk mencari paper.

    Meeting pun mesti bersemuka face to face sbb boleh minum-minum sambil bertukar fikiran. Pada hal video-con pun ada, mahal la sikit, top-up softwarenya dalam lingkungan RM150 sebulan (8 orang boleh sembang serentak). Boleh contact seluruh dunia. Saya rasa tak banyak lagi office di Malaysia pakai sistem ini kerana kurang pengetahuan atau fobia!

    Astro pun ada, tapi masih cari pawagam utk hiburan yang up-to date.

    Kesimpulannya, orang ramai masih terkejar-kejar masa kerana masa tak terurus.

  29. salam IK, bertemu kembali.
    Amat benar sabda Nabi yg bermaksud, ‘masa di akhir zaman (semakin pendek/pantas); setahun ibarat sebulan, sebulan ibarat sehari dan sehari ibarat petikan api’. Dlm kesibukan kita, hari ini dah pun 16 Sept, masih teringat lagi awal tahun 2008 dan 9 bulan telah berlalu.
    Meskipun begitu, kemudahan teknologi perlu disesuaikan utk memudahkan kita dan bukannya menyukarkan lagi urusan kita.
    tk

  30. masa mane pernah cukup..nak2 kalau ade bisnes yang menguntungkan…tiap mase nak buat duit je kejenye…tgk jam, AIK dah pukul 6? gitu la hakikatnya…tapi bagi yang rase masa 24jam itu panjang…mula la buat ije tak pekdah…melepak la.itu la ini la…kita patut galak anak2 muda sekarang buat program yang boleh datangkan duit..baru diorang tak buat bende xpekdah..tak gitu IK?

  31. saya ada banyak masa. most of the time spend kat rumah 🙂

    dan betul, time management plays an important role, dan teknologi boleh membantu menjimat banyak masa!

    -ik

  32. teknologi yg sedia ada bergantung kpd kita yg menggunakannya sama ada ke arah yg lebih bgs ataupun sebaliknya……
    kita mesti menghayati kepentingan teknologi tersebut utk diaplikasikan dlm kehidupan seharian……..
    kdg2 mmg kita terkejar2 nk ikut perkembangan teknologi sbb ianya terlalu pantas…….
    semoga kita memanfaatkan apa yg ada pada zaman serba canggih ini……..

  33. Salam Ramadan Tuan IK dan rakan-rakan.

    Disebabkan kehadiran teknologi yang memudahkan banyak kerja kita dan mempercepatkan tugasan, kita berasa bahawa kita boleh membuat lebih daripada satu komitmen secara serentak. Sedikit demi sedikit agihan masa kita pada setipa komitmen yang berbeza.

    Salam Ramadan!

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku Sepenuh Masa
    http://www.zamrimohamad.com

  34. sebut tentang masa teringat tentang orang jepun. mereka nih memang pantang pasal masa. sentiasa tepat, even kalau lambat 5 minit pun mereka da berkira.
    kalau kita bekerja dengan jepun, lambat masuk je skit, mereka da berkira. rugi..rugi.. bagi mereka, masa tu wang.
    So, amalkan la budaya kerja jepun dan berfikirla seperti mereka tentang masa. walau teknologi secanggih manapun, tapi kalau tak tau mengurus masa, sendiri mau ingat la.. 😉

    Amrie
    Relax Your Mind
    http://axeet.blogspot.com

  35. memang tak dinafikan bro..tp bukan semua lapisan masyarakat mampu menikmati kemajuan teknologi ni..lebih lebih lagi mereka yang berada di luar bandar..kemudahan sangat cput.. nak memiliki sebauh komputer pun nak ikat perut..

  36. Salam ik,masa itu memang emas tapi sekarang masa itu diibaratkan seperti beribu2 emas,jika kita takut untuk mememulakn langkah pertama kita takkan tahu dimana kemampuan sebenar kita…

  37. oh.. its about efficiency.

    true, its actually bukan kerana technology tu sahaja, its about how we fully utilised it.

    thanks
    seri

  38. pendapat saya, kemajuan teknologi tak selari dengan cara kita bekerja sekarang nie, terutama dalam kes masa bekerja… cthnya kebanyakan pejabat baik awam atau swasta, masih menetapkan seseorg pekerja itu mesti ada di pejabat pada sekian2 waktu..
    jd bg wanita yg dah bekeluarga, mmg la terkejar2 nak uruskan anak, suami mengemas rumah dsbnya,…. bg gol lelaki pula, sibuk mencari duit lebih sbb nak bayar hutang, sara anak bini dsbnya….
    apa tidaknya… zaman skrg ni kan byk kemudahan pinjaman kewangan utk pelbagai tujuan…. semua perlukan duit….

    itulah pendapat saya yg tak sebrapa nie…

  39. Assalamualaikum…

    Saya agak bersetuju dengan pandangan Zaid (42) dan Apiz(28). Tak tau pun ada teknologi yang nama blueberry. Tapi kalau blueberry yoghurt tu sukalah makan.

    Tentang terkejar-kejar dengan masa ni, kerapkali juga saya alami. Bukan sentiasa tapi, ada masa-masanya. Mungkin itu sebab masa itu umpama pedang dan bukan emas. Kalau emas saya simpan dalam peti je.

    Ada lima pesanan tentang masa, yang selalu dengar bak dalam lagu Raihan:

    Gunakan sebaik-baiknya:

    Masa muda sebelum masa tua
    Masa lapang sebelum masa sempit
    Kaya sebelum miskin
    Masa sihat sebelum sakit
    Masa hidup sebelum mati

    Bait di atas rangkuman terbaik untuk saya terutamanya dan kita renung tentang time allocation untuk kitaran hidup sebagai insan.

    Finally, masa ni hak Allah sebenarnya dan kita ni pemakainyanya. Setiap detik kelak ditanya ke mana perginya. Mudah-mudahan yang baik-baik le.
    Namun jika selepas mencuba dan berusaha tetapi perancangan tak menjadi atau ada yang tersasar berbalik kepada:

    “Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah itulah yang pasti dan terbaik untuk setiap hambanya”.

    Sedar tidak Ramadhan dan separuh jalan meninggalkan kita. Itulah masa.

    Salam dari Adilla.

  40. Jadual Memang penting dalam kehidupan kita..

    Kalau xder jadual,kita buat sesuatu kerja ikut gerak hati dan terlintas kat otak kita jer..

    Then, target sebenar x tercapai.. Nie terjadi sendiri kepada saya..

    Just want to share with others.. Buat jadual.. xperlu lawa, janji ia berguna dan berkaitan dengan tugas atau biz kita..

  41. Salam perkenalan buat semua
    pasal baru masuk..
    Pendapat saya masa tak berubah yang berubah cara kita mengendalikannya dan menggunakan kemudahan yang ada.
    Orang yang pandai menggunakan masa /kemudahan secara kretif dan effective boleh mempunyai banyak masa dan mendapat faedah daripada yang lain spt menjaya pendapatan ,beribadat dengan selesa ,menolong /membimbing org yang baru dan susah,bersama keluarga, melancong ,bersukan dan sebagainya.

    Wassalam

  42. salam buat ik saya nie masih tercari2 mcm mane hendak mnjadi cm ik,saya tidak tahu cara permulaan dan cmne cari berniaga dalam internet..saya harap ik sedia memberi tunjuk ajar kepada saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.