Yang kaya menjadi semakin kaya…

Mengapa yang kaya menjadi semakin kaya, dan yang miskin menjadi semakin miskin? bak kata mat salleh,

The rich becomes richer & the poor becomes poorer

ps: Yang sederhana pula bagaimana?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

44 thoughts on “Yang kaya menjadi semakin kaya…

  1. sebabnya ialah cara seseorang itu berfikir(the way of thinking)..sekiranya org kaya berfikir macam org miskin ia akan miskin..sekiranya org miskin berfikir macam org kaya dia akan kaya..dah semestinya org kaya berfikir macam org kaya dia akan lebih kaya..bwgitulah sebaliknya..

  2. Yang sederhana kalau nak jadi kaya kena usaha macam orang kaya.Tapi kalu nak jadi biasa-biasa je pun boleh..tak bertambah kaya tapi ada peluang bertambah sederhana.

  3. asmkm Irfan, pekabar?

    mereka bertambah kaya sebab mereka memperkayakan diri dan minda mereka, mindset pun mereka juga telah “diprogram” supaya jadi lebih kaya..

  4. ASM wr.wb. & Kawan-kawan

    Pada pandangan saya, sebab bila sudah ada duit banyak, kita boleh laburkan duit itu dalam bank, seperti membeli FD atau saham yang menguntungkan…Contohnya bila kita ada RM500K, kita masukkan itu dalam FD selama 1 bulan, 2 bulan, atau 1 tahun dengan faedah yang tertentu. Jadi duit itu akan bertambah dan bertambah….Macam pokok yang disiram dengan air, jadi suburlah pokok itu, kalau tak disiram pokok itu akan mati dan layu…

  5. erm…

    yg kaya menggunakan wang utk menjana lebih banyak wang…(mereka dahulu pun kerja keras juga utk mencapai tahap financial freedom)

    yg miskin pula semakin miskin… mungkin akibat tidak cuba mengintai peluang, tidak tahu potensi diri, tidak menambah ilmu pengetahuan, tidak menukar mindset, malu dan lagi satu…sikap malas.

    setahu sy..yg kaya adalah org yg bekerja keras dan bekerja secara bijak…

    itu je pendapat saya… yg lain bagaimana 🙂

  6. Pada pandangan saya, yang kaya menjadi semakin kaya kerana kekayaan yang dimilikinya itu menjadi booster untuk dia terus dan bertambah kaya. manakala yang miskin pula semakin miskin kerana diruntun oleh kemiskinannya.. hasilnya kemiskinan itu menjadi musuh dirinya. Nabi ada mengingatkan: ” nyaris2 kemiskinan itu menjadi penyebab kepada kekufuran”.

  7. salam sejahtera dan selamat pagi…..

    yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin sebab yang kaya menggunakan minda 90%, yang miskin mengunakan minda 10%, minda 90% ialah otak kanan atau minda bawah sedar, minda 10% ialah otak kiri asyik fikir logik dan berkira-kira aje, contoh dari perak nak pergi ke kuala lumpur, fikir dulu atau pergi dulu ….??? sebab itu buat sesuatu kerja fikir dulu mana ada kerja alih-alih dah siap, semasa berfikir inilah gunakan minda bawah sedar supaya hasilnya dapat yang maksimum dan di tambah pula gerak hati yang sangat tajam. sesiapa yang mengunakan kuasa gerak hati ini hasil nya seperti , azizi ali dan lain-lain lagi lah yang kaya-kaya itu. ” mereka semua ini hati bersih ” sebab tu boleh kaya, siapa yang tak kaya-kaya tu rajin-rajinlah bersihkan HATI.

  8. Tak syak lagi, kaya akan bertambah kaya manakala yang miskin akan terus miskin

    Contohnya anda memiliki RM1 juta. Anda melabur wang tersebut ke dalam ASB RM200k dan ASW RM800k. Selepas 1 tahun

    Katakan dividen pelaburan anda 8% setahun. Ini bermaksud anda akan menerima RM80,000.00. Banyak bukan?

    Jumlah dividen tersebut boleh anda :

    1 Melabur kembali wang tersebut
    2 Ambil wang tersebut sebagai gaji bulanan. RM80,000 / 12 bulan. 1 bulan RM6666.67
    3 Melabur dalam sektor hartanah. Anda boleh beli kedai, rumah atau tanah. Sewakan hartanah anda tadi
    4 dan macam-macam lagi

    Bagaimana pula nasib si miskin, orang miskin akan terus membantu si kaya. Kenapa ?

    1 Rumah sewa. Menyewa dengan si kaya
    2 Kereta sewa. Menyewa dengan si kaya
    3 Beli barang secara hutang. Bayaran secara ansuran akan dikenakan interest. Ini akan mengkayakan si kaya
    4 dan lain-lain lagi

  9. Mengapa? 🙂

    Sebab orang kaya gunakan wang untuk buat lebih banyak wang dan;

    Orang miskin cari wang untuk dibelanja. 😀

    Mereka yang hidup sederhana adalah yang sebaik-baiknya kerana kekayaan dan kemiskinan itu adalah satu ujian. 😉

    Hisham;
    “Walau apa pun sebabnya kekayaan bukan dinilai dengan wang ringgit dan wang bukan segala-galanya”

  10. Its all in the mindset.

    The way people think shapes their attitude, shapes their daily habits which in turn shapes their course of action.

    You want to develop the mindset of the rich?

    Mixed with them and you will soon be one…. 🙂

  11. Assalamualaikum…

    Menjadi kaya dan bertambah kaya tidak pernah menjadi kesalahan asalkan taat perintah Allah tetapi kalau miskin dan ingkar perintah Allah itu adalah satu kesalahan yang sangat besar. Gagal dunia dan akhirat.Wallahua’lam.

  12. Simple tp mendalam: “Yang kaya berusaha utk bertambah kaya dgn usaha sendiri manakala yg miskin berusaha utk tambah miskin dgn skim cpt kaya”..hehe!!

  13. I agree with all my friends above.

    This topic reminds me of the latest book I read authored by Robert Kyosaki and Donald Trump. Their prediction is that in the near future, there will be a wide gap between the rich and the poor, and the middle class will soon disappear.

    One of the factors that is not mentioned yet is the increase of oil price. Increase of oil price will not have much effect on the rich, but for the poor, it does.

    Lance.

  14. memang semua tentang sikap dan mentaliti…saya pernah dengar seorang yang berjaya menyebut…

    “U say the same, U stay the same” and
    “U do the same, u get the same”

    orang yang kaya, akan sentiasa berfikir secara kreatif dan melabur dalam ilmu untuk menjana lebih banyak wang…

    orang yang miskin, akan terus melakukan perkara yang sama berulang2 dengan harapan akan mendapat lebih banyak wang, walaupun sudah jelas apa yang dibuat tidak meningkatkan sumber kewangan…

  15. Setuju dgn rakan-rakan yg lain. ‘Cara pemikiran mempengaruhi corak kehidupan anda’. Sekiranya anda mempunyai hati yg bersih fikiran yg positif berkemampuan untuk berjaya dan diberkati oleh-Nya. Jika tidak sebaliknya berlaku.

  16. slmt pagi semua…

    yg kaya sudah tentu akan jadi lebih kaya sebab mereka boleh guna wang mereka utk melabur di ASB atau saham…

    yg kaya pandai menggunakan org yg bijak atau pandai bekerja utk dgn mereka…

    yg kaya mempunyai wang yg byk dan mereka boleh membuka cawangan bisnes mereka ke seluruh negara atau luas kan pasaran mereka…

    yg kaya selalu bljr ilmu yg baru dan sentiasa berusaha lebih keras…

    sebaliknya…
    yg miskin tiada wang utk melabur…kebanyakkan mereka bekerja utk org yg kaya…dan kita sendiri boleh tgk kebanyakkan yg miskin selalunya tak sibuk…dan ade masa duk kat wakaf main dam aji…hehe… mereka kebanyakkan nak kaya dgn senang(join skim cepat kaya)…mereka tak ingin bljr dan berusaha lebih…

  17. Pada saya, tidak kira kaya atau sederhana sekalipun, jika kita mempunyai ilmu kewangan yang baik dan mengamalkannya, InsyaAllah yang sederhana juga boleh menjadi kaya, malah tak mustahil jutawan 🙂

    Manakala yang kaya pula menjadi kaya kebiasaannya memiliki ilmu untuk mengekalkan kekayaan dan menambah kekayaan. Walau apa pun, ada juga yang kaya tidak mengamalkan ilmu kewangan yang akhirnya menyebabkan si kaya tadi menjadi miskin…

  18. jangan lupa, banyak kes berlaku di sebaliknya. maksud saya, yg kaya akan tersungkur menjadi papa kedana. sebaliknya yg miskin akan menjadi kaya raya. banyak sebab kenapa ia berlaku. tapi, antara sebab yg paling dasar ialah seseorang itu KUFUR dengan nikmat yg allah bagi. contohnya, dah kaya raya tapi belum tunaikan ibadah fardhu haji lagi. contoh sahaja..sekadar peringatan bersama. tq

  19. Semua bergantung pengurusan dan perancangan kewangan, sbg contoh;-
    Pendapatan RM1000 belanja pun RM1000
    – blhkah ia menjadi semakin miskin/kaya?
    Pendapatan kekal RM1000, kos hidup semakin meningkat.
    – tidakkah ia semakin miskin?
    Pendapatan RM1000 dan digandakan setiap bulan, sedangkan perbelanjaan maintain… mcm Irfan…
    – tentulah ia semakin kaya.
    Kalau pendapatan meningkat seiring dgn perbelanjaan, cuba bayangkan klu pendapatan terhenti?…
    Di manakah kedudukan kita?… sendiri mau ingatlah…, ANDA ADALAH SIAPA RAKAN RAKAN ANDA….

  20. duk sibuk tanya yang kaya n miskin lupe nk explain ttg sederhana ekeke… kaya sgt binasa and miskin sgt pn binasa… bila teramat kaya mybe lbh mendorong kpd sifat bazir n sombong manakala miskin sgt pula myb lbh kpd kedekut n jahil.. so disini biarlah klu blh sederhana dan itulah ajaran agama yg dialu2kan sekian!!

    Best regards,
    Best In Azran Alam

  21. Sebenarnya kita semua dituntut untuk menjadi kaya. Sekaya mana pun kita msh perlu hidup sederhana kerana ada hak org lain dlm kekayaan kita.
    Kalau papa kedana takkan blh hidup sederhana?..Manusia diamanahkan utk menjadi Khalifah dimuka bumi, maknanya kita mesti berusaha menjadi kaya….asalkan nawaitu betul.

  22. kaya yang terhormat dan kaya yang bermaruah… sederhana adalah yang berpada-pada dan pertengahan sahaja… seadanya sahaja…

  23. Kalau kaya masih terus berusaha inshallah akan bertambah kaya dan miskin pula kalau tidak berusaha tentu bertambah miskin akhirnya. Bila dah kaya,kekayaan tu letakan ditangan bukan di hati,walau miskin atau sederhana masih boleh memberi, apa lagi bila kaya, asal jangan lupa diri.

  24. Yang kaya kerana berusaha terus mencari kekayaan
    manakala yang miskin hanya berharap mendapat sesuatu dari yang kaya…
    ====================================
    tapi tak semualah.. hanya segelintir je…
    nie baru 1st time anto comment…

  25. bersederhana itu digalakkan dalam islam…mempunyai harta yang banyak(kaya), tapi hidup seperti orang bersederhana dengan memberi sedekah…sumbangan ke arah kebajikan.. yang miskin pun untung juga kerana diakhirat nanti kurang dihisab berbanding yang kaya…maka,jika dah kaya tu, jadilah yang dermawan:)

  26. Bagi saya mudah saja…..

    Orang kaya selalu berfikir bagaimana wang bekerja utk.mereka.Tidak kira di mana mereka bermula,samada dari susah kepada kaya atau dari kaya kepada lebih kaya.Org.kaya akan mengajar anak mereka bagaimana mereka boleh menggajikan orang pandai supaya bekerja utk mereka.Maka,kekayaan mereka akan lebih bertambah lagi.
    Manakala org miskin pula berjuang utk hidup dan mempraktikkan konsep bagaimana bekerja utk wang.Mereka akn mengajar anak mereka supaya belajar bagaimana utk memperolehi wang dan wang itu tidak akan cukup bila keadaan ekonomi atau saraan mereka berkembang.Mereka tidak belajar bagaimana mejadikan wang bekerja utk.mereka.Itulah nasihat tradisional dan jalan selamat.

    Contoh Orang Kaya:Seorang tauke kedai 24jam tidak akan bekerja sehingga 24jam dan akan tidur lena sepanjang malam dan perniagaan mereka tetap beroperasi seperti biasa.Dia akan menggajikan org lain supaya bekerja dikedainya dan cawangan2 lain.

    Contoh Orang Miskin:Seorang yg sangat rajin bekerja sehingga 12 jam utk mendapatkan wang.Rutin harian yg sama,pendapatan yg hampir sama setiap bulan tetapi perbelanjaan yg berlainan mengikut keadaan semasa(Biasaya meningkat)Cth-Pertambahan saraan akibat anak masuk universiti.

    P/S:Hanya pendapat umum utk pembelajaran,tiada kena mengena dgn yg hudup atau yg mati.

    P/SS:Perniagaan di internet juga boleh ditakrifkan sebagai”wang yg bekerja” Kerana Pekerja kita(internet) akan bekerja 24jam sehari dan tak perlu cuti sakit atau cuti tahun.

  27. Mereka berfikir untuk menjadi kaya..mengubah minda yg positif ttg kekayaan…bertambah kaya coz “mereka suka apa yang mereka lakukan”..yg sederhana mempunyai minda takut untuk kaya dan menjadi jutawan

  28. sekarang miskin sapa tau esok kaya…
    dibuat senang hidup kita pasti senang
    dibuat susah hidup kita pasti susah…

  29. the main priority is mindset..kalau kta tgk org kaya lebih open mindanya dan boleh terima sesuatu yg baru.meraka akan dengar dulu dan akan buat keputusan yg betul tanpa menunggu lama,meanwhile org dibawah golongan kurang berkemampuan itu,mereka x oleh terima suatu pendapat yg baru.mereka blok mindset mereka.thats y mereka still dalam kepompong dan tetap dalam belenggu kemiskinan.anyway,even duit itu yg kita nk ia bekerja untuk kita, we need to ensure yg duit itu bersih dan halal.xbermakna duit yg byk tapi sumbernya x bersih..igtlh, kita ada lagi 2 alm nk tempoh selepas ini.pastikan kekayaan kita dapat membantu diri kita sendiri di alam sana..maaf,thanks to read..hanya pendapat.

  30. kalu dikirakan bukan wang yang menentukan kaya atau miskin tapi ilmu dan harga diri yang menentukan.orang kaya dia dapat ilmu dari gagal sendiri atau orang lain.tapi semiskin terus menyifatkan kegagalan penamat bukan guru.

  31. sebab yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin, kerana yang kaya minda mereka kearah kekayaan dan kecemerlangan pasti Allah kabulkan sama ada orang islam atau bukan islam, dan yang miskin semakin miskin kerana minda mereka kearah kemiskinan dan kesengsaraan pasti allah kabulkan sama ada yang islam atau bukan islam, sebagaimana yang allah firmankan “Aku menurut apa yang disangkakan oleh hambaku”

  32. Tapi yang kaya akan mencari jalan manakala yang miskin cari alasan….Tapi yang kaya mesti ingat jalan yang dicari mesti jalan halal ya…..emm yang penting usaha dulu jangan biarkan kemiskinan membelenggu anda..jika dah usaha barulah boleh tawakal….

  33. betul yang kaya bertambahlah kaya…tp yang miskin tak mustahil boleh jadi kaya tetapi kenalah intai2 peluang@try sesuatu yang selama ini tak pernah difikirkan langsung.tepuk dada tanya selera,sudah kaya lapanglah dada.

  34. why….why….

    kaya = semakin kaya,
    miskin = semakin miskin
    sederhana = struggle

    Lihat dibawah

    orang kaya : ( big$$$ X Invest ) =big big$$$$$

    orang miskin : ( $$gaji – keperluan ) = 00$$

    orang sederhana : ( duit gaji/bisnes -keperluan – kemahuan beso ) = $$ciput @ cukup makan.

    contoh;
    gaji 1500 + kemahuan beli kete tak padan dgn gaji ( installment 900/mth) = struggle..

  35. As..kom semuanya soalnya kaya V miskin itu datang dari Allah.SWT.Hidup ni sekejap saja.pejam pelik tak terasa hidup berlalu bergitu saja ingat yg hidup akan merasai mati. ingat tentang kematian.org bijak selalu mengingat mati. so

  36. Kaya atau miskin saling bergantung satu sama lain . Itulah sistem kehidupan tiada istilah yang kaya bertambah kaya , setiap saat will be new born org miskin mahupun kaya .

    Cuma Kita berada di bahagian mana? Its yours choice . Simple bukan

  37. yang kaya harus membantu yang miskin menaikkan taraf ekonomi,supaya yang miskin suatu hari nanti dapat membantu yang lain.Islam mengajar kita supaya mengasihi saudara sesama islam kita supaya dapat membangun meningkatkan ekonomi.Jika sikap begini ada didalam hati setiap manusia tiada lagi masaalah “kaya semakin kaya miskin semakin miskin”,untuk apakah kekayaan yang diamanahkan kepada manusia?…untuk hidup selesa?untuk menunjuk berapa hebat kemampuan kita kepada yang tidak mampu untuk hidup bebas dengan berbuat sesuka hati,sedangkan diluar sana saudara islam kita merintih,merayu dalam kesusahan sedangkan yang kaya tidak menghiraukannya terus dengan sikap tamaknya.cuba kita renungkan, untuk apakah kekayaan yang diamanahkan kepada kita?Untuk Agama Allah lah jawapan nya,membantu saudara yang miskin supaya suatu hari nanti dapat membantu yang lain pula dengan itu orang islam tiada lagi masaalah kemiskinan jesteru itu negara islam akan lebih mantap ekonominya.Jika ini dilakukan tiadalah lagi istilah yang “kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin”

Leave a Reply

Your email address will not be published.