“Trigger” kepada motivasi diri

Salah satu cara motivasikan diri anda adalah dengan anda mengingat kembali detik-detik yang bermakna atau pencapaian anda sebelum ini.

Mungkin dulu anda pernah memenangi pertandingan melukis? Mungkin dulu anda pernah memenangi marathon? Mungkin anda pernah berjumpa dengan idola anda? Mungkin anda pernah menonoton filem yang mengerakkan semangat anda? Mungkin anda pernah pergi mengembara? Membantu mereka yang dalam kesusahan?

Fikir kembali detik-detik pencapaian anda. Satu teknik adalah menulisnya dan merujuk kepada gambar-gambar ketika itu. Bayangkan semangat anda ketika itu, tersemat sehingga kini untuk mencapai kejayaan yang seterusnya!

Menjadikan persitiwa lampau sebagai “trigger” usaha anda akan datang adalah kaedah motivasi yang efektif untuk menanamkan semangat momentum yang mungkin sudah pudar.

Secara peribadi, saya rasakan menulis dalam blog juga turut membantu dan saya sendiri dapat melihat pencapaian sejak tahun lalu dan sedikit demi sedikit, memperbaiki pencapaian yang sedia ada. Oh ya, saya memasukkan category baru iaitu Highlight! sebagai koleksi kisah saya untuk memotivasikan diri saya … 🙂

Apa kata anda tulis pencapaian anda di sini yang boleh menjadi trigger kepada kejayaan akan datang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on ““Trigger” kepada motivasi diri

  1. “Tempat jatuh lagikan dikenang” 🙂 . Inikan pula detik-detik yang bermakna atau pencapaian kita yang lalu.

    Ada kalanya kita mengingati masa yang lalu untuk muhasabah diri dan memperbetulkan keadaan kita masa kini. Ia juga boleh menjadi penyuntik semangat; ‘trigger’ seperti yang kata.

    Hisham;
    Masih lagi mencari semangat… yang hilang!!?

  2. saya mungkin berlainan sedikit, kesusahan hidup saya selama ini menjadi penyuntik semangat saya untuk terus berusaha. Setiap kali saya renung dan kenang kisah2 lama serta tengok kegagalan saya. saya rasa lebih bersemangat untuk terus berusaha lebih keras lagi, untuk capai cita – cita saya. Tapi bagi orang yang telah berjaya tentunya seronok renungi kejayaan lampau. Begitu juga orang yang membaca kisah2 kejayaan orang lain, itu semua akan menjadi trigger bg orang lain supaya berusaha gigih untuk berjaya.

  3. Kekadang nak dapat semangat tu tak berapa susah. Tapi bila dah dapat semangat, susah pulak nak maintain. Sebab tu lah ‘trigger’ pada semangat tadi penting.

  4. Motivasi saya….apabila melihat perjalanan kejayaan yg dicapai olih anak Malaysia iaitu Azizi Ali dan Irfan Khairi. Hampir semua buku Azizi Ali saya miliki, tak pernah menghadiri kursus yg dijalankan tetapi telah mempraktik dan merealisasikan pengajaran dan ilmu dari buku bukunya. Workshop telah saya hadiri dan almost every day melihat perkembangan kerjaya melalui website dan blog.

  5. emm…
    Kejayaan saya berjaya menakluk puncak Gunung Tahan selalu saya aplikasikan dalam kehidupan harian.

    Sebelum sampai ke puncak gunung, sudah pasti banyak duri dan ranjau yang perlu di redahi untuk sampai ke puncak. Sudah pasti ungkapan berputus asa tiada semasa xpdc (takkan sanggup dok kat dalam hutan – kena tinggal sorang2 :))

    Di saat kita berputus asa, ada kawan-kawan yang memberikan semangat untuk kita teruskan perjalanan. Ada kawan yang menarik dari atas dan menolak dari bawah. ( rasanya ini yang buat sekarang kan :))

    Setelah puncak ditawan, lebih banyak ranjau yang perlu ditempuh untuk keluar dari hutan.

    Setelah sesuatu kejayaan dicapai, ia membuka lebih banyak peluang untuk kita berjaya dan juga membuka banyak cabaran untuk kita tempuhi.

    Namun sebelum puncak ditawan, sudah pasti kita mempersiapkan diri kita bekalan, kekuatan fizikal dan mental, bekalan makanan dsb.

    Dan yang pastinya, ada si penunjuk arah yang memandu kita ke puncak. :), supaya tidak sesat.

  6. teringat masa kecil2 dulu(umur 5 thn), bangun pkl 5.00am untuk bantu ibubapa menoreh getah.

    bila darjah satu, saya setkan minda utk berubah kehidupan keluarga saya. alhamdulillah, kini saya berjaya dpt ijazah dan jadi pegawai kerajaan.

    namun skrg, saya setkan minda kpd matlamat baru iaitu menjadi jutawan dlm masa 7 thn lagi.

  7. Saya pasti ramai yang berjaya hari ini pernah mengalami kegagalan sebelumnya. Lainlah mereka lahir telah tersedia rumah banglo, pemandu peribadi dan perniagaan untuk diteruskan. Membaca kisah Tan Sri Syed Mokhtar membakar semangat, mengikuti kisah jutawan internet macam Irfan membuatkan saya untuk berusah berjaya.

    Paling gembira bila mendapat pembeli pertama http://www.jobsecret.com.my setelah menghadiri kursus RJJIT.

  8. Menamatkan pengajian di menara gading ketika waktu gawat(1997) dan kepayahan menyara diri apatah lagi membantu kedua emak and abah ketika itu. Sampai sanggup terima apapun kerja walaupun dapat upah $50.00 sebulan, asalkan dapat hulurkan walaupun sikit pada orangtua. Kerberkatan rezki dan doa orangtua meletakkan diri where I am right now. But still not satisfied, wish I could give more to Mak, though not much I could do for my late Abah except for my prayers to him.

    Venturing into e-commerce to develop me and family. What motivates and trigger me… tengok muka anak-anak and muka my one and only Mak. To provide more to them.

  9. Teringat masa mula-mula saya mulakan perniagaan internet.. tak sangka saya telah mula memulakan perniagaan internet dan bisnes semakin berkembang.

  10. pencapaian yang meniakkan semangat saya, saya berjaya jugak akhirnya mencapai impian bekerja sebagai usahawan internet sepenuh masa pada setelah berhempas pulas resign dari kerja customer service officer dan buat bisnes part time..

  11. Pada saya pulak, hari ni saya sambut satu tahun bekerja di salah sebuah syarikat minyak, esok tu syarikat umumkan ‘outsourcing’. Itulah ‘defining moment’ saya. Masa tu saya tekad utk hadapi situasi tu.

    Skrg saya dlm proses utk jadi bos utk diri sendiri satu masa nanti. Syukur sbb saya tak panik tapi boleh jadikan situasi tu satu cabaran pulak utk keluar p ‘comfort zone’ saya.

  12. Pada saya, bila tengok muka anak-anak, terutama anak istimewa saya. Setiap seorang adalah tanggungjawab saya, untuk dibesarkan, dididik supaya menjadi orang yang berguna. Saham di dunia dan akhirat.

  13. Saya punya glorious moments adalah bila saya berjaya mencipta lagu sekolah (SMAPK) dan novel pertama yg saya tulis masa form 4 berjaya diterbitkan oleh Creative Enterprise 🙂

    Setiap kali saya kenang yg saya berjaya melakukan sesuatu yg tak semua org boleh dan berpeluang lakukan, saya sedar yg saya juga punya kelebihan diri, dan saya mampu mengikut jejak langkah mereka yg telah berjaya, insyaAllah…. Sekurang2nya ia akan menaikkan balik self esteem saya di saat saya rasa jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan seperjuangan yg semuanya dah ada kerjaya yg hebat2 belaka.

    Saya harap saya juga boleh berjaya spt mereka (in terms of career) tapi dgn CARA saya sendiri iaitu BEKERJA DARI RUMAH!!

  14. Melihatkan keperitan hidup insan lain terutamanya ibu bapa yang diabaikan anak2nya dan anak anak yatim yang tidak terbela membuatkan naluri saya terasa hiba.

    Jesteru keadaan ini telah membakar semangat saya untuk berusaha gigih dan berjaya. Hasil kejayaan itu akan saya kongsikan bersama mereka yang memerlukan bantuan khususnya dari segi material.

    Dengan harapan…

  15. saya, saya seorang anak PETANI jer, apa yang menguatkan semanagat saya adalah apabila mengingatkan cerita yang diceritakan mak saya tentang arwah datuk saya,saya dan adik beradik menjadikan arwah datuk sebagai idola, macamana dia dapat memiliki aset tanah yang banyak pada zaman jepun. cita-cita saya pula, nak jadi lebih cemerlang dari arwah datuk, suatu masa nanti,biar tiba giliran cucu-cucu saya yang mengenangkan saya pula, hehehe, dan nak jadi seorang yang jujur macam bapak(jujur, jujur jugak, tapi janganlah sampai lurus bendul pulak)…

  16. Motivasi saya adalah..seronok bile tengok orang berjaya..cam .time saya down..saya akan ingat Thomas Edison dan Colonel Saunders KFC kite..hehe

  17. Sewaktu zaman persekolahan, saya aktif dalam kegiatan ko-kurikulum seperti debat, pidato, syarahan dan pantun.

    Berjaya menjadi Johan di peringkat daerah membawa saya mengutip kenangan-kenangan manis di peringkat negeri.

    Hasilnya, saya tidak mempunyai masalah berdepan dengan orang ramai dan menyuarakan pendapat apabila diminta dan diperlukan.

    Keyakinan saya berhujah yang ada dalam diri menyerlah apabila saya memulakan alam pekerjaan.

    Alhamdulillah, dengan hanya 2 kali temuduga, kini saya berbangga terbang tinggi sebagai salah seorang anak kapal Penerbangan Malaysia dan kini telahpun berkhidmat memasuki tahun ke sebelas.

    Ada beberapa idea yang saya rasakan sekiranya saya tukarkan menjadi perniagaan internet akan membuahkan hasil yang lumayan.

    Antaranya ialah:-

    *Bagaimana menjadi pemidato yang baik!
    *Bagaimana suara anda lebih lantang berkata-kata berbanding suara orang lain! (Ini bagus untuk mereka mempunyai idea yang hebat tetapi tidak tahu bagaimana meluahkannya)

    dan

    *Membina kerjaya sebagai Pramugara – Bekerja sambil di bayar untuk melancong dan berjalan ke negara orang.

    p/s : Tak sabar saya menunggu Workshop pada 27 Julai nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.