jangan buang masa

Tip untuk tidak melengahkan masa dan kerja

Beri tekanan kepada diri sendiri!

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.

taklengah


Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi.
Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

*** Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet, jangan lengahkan masa lagi. Perniagaan anda tidak akan bermula sekiranya anda terus menunggu! Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi, telah membantu ramai peserta memulakan perniagaan Internet mereka yang pertama sepanjang kursus separuh masa selama 6 bulan. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pengambilan terdekat! 

3batch

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Tip untuk tidak melengahkan masa dan kerja

  1. IK, saya sangat bersetuju tentang apa yang diperkatakan ini. saya pernah melengahkan sesuatu kerja & akhirnya ia mengambil terlalu banyak masa untuk disiapkan. Mulai hari ini, saya akan ingat nasihat ini. T/kasih IK> 😉

  2. Salam IK,

    Suka melengahkannya kerja ni adalah salah satu masalah yang sering terjadi pada ramai orang termasuk saya (agak kritikal sebenarnya). Sy jenis yang suka tunggu semua perkara dah tersedia/tersusun, barula boleh start kerja.. Dah jadi tabiat macam tu.

    Anyway thanks for the tips di atas, InsyaAllah sy akan cuba push diri ini supaya lebih produktif..

  3. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini – satu psikologi yang sangat positif.

  4. Salam…

    Saya setuju berikan tekanan dlm diri utk kita melakukan sesuatu perkara. 1 lagi contoh adalah apabila anda melihat anak anda dihanyut oleh air. Apa reaksi anda ketika itu? mst anda mahu selamatkan ank anda wlpn anda tahu anda tidak th berenang..

    Tq

  5. Sesiapa yang menangguh kerja ..sebenarya dia sedang menternak malas..bila ternakan malas dah membesar…susah jadinya…so jangan tangguh kerja.

  6. Orang yang selalu melenggahkan masa atau menangguhkan kerja sudah terkena PENYAKIT ALASAN. Macam-macam alasan ada. Alasan kesihatan, umur, tak berkelayakan dan nasib selalu ada di minda orang yang berfikiran negetif ini. Ingat, orang yang menangguhkan kerja adalah PENCURI MASA.

  7. Terima kasih IK..Atas tip-tip yang berguna untuk sepanjang zaman.. “Jika kamu berhasrat untuk berjaya ,hanya memandang ketangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut”

  8. Sgt setuju dgn IK..sy sndiri selalu bermasalah dgn masa..sering tertangguh2 kerja..sy buat bisnes online ni mmg agak sibuk jadi sy buatkan jadual kerja dr rumah supaya masa kita teratur dan sistematik

  9. perkongsian yang bagus. agar kita mengambil tips ini supaya tidak menlengahkan kerja. ia merupakan tabiat yg buruk dan perlu kita elakkan. kerja juga boleh tertangguh dan menjadi tidak berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.