Tak kira betapa hebat kita merancang atau bersedia dgn ilmu yang ada, ada kalanya perancangan kita tidak menjadi. Diri saya sendiri juga begitu ๐ Tahun ini, 2 perancangan perniagaan saya yang pernah sebut di Tip Satu Minit tidak menjadi. Iaitu…
- Strategy X (klik di sini)
Dokumentari perniagaanย di mana 40% di rakam di UK. Strategy X adalah sesuatu yang penting, tetapi, sehingga kini, timing untuk keluarkannya masih belum tepat. Pasaran masih belum bersediaย ๐ - E-commerce Academy (klik di sini)
Perancangan yang agak besar juga ni antara salah satu azam saya tahun ini. Tetapi, makin banyak yang dilakukan untuk memulakan academy ini, makin sukar dan banyak halangan. Tidak seperti yang saya sangka- panjang cerita! ๐
Kedua projek ini saya batalkan buat masa ini… modal dan usaha yang dikeluarkan pun burn. ๐
Seperti kita semua ketahui, gagal sekali dua, bukan bermakna selamanya… walaupun 2 perancangan besar saya tidak menjadi untuk tahun ini, bermacam-macam lagi peracangan yang menjadi pada tahun ini ๐
Pengajaran? Lakukan banyak perkara! Mat salleh kata, don’t put all eggs in one basket. Cuba bina aliran pendapatan berganda dari berbagai-bagai arah.
Sekiranya satu idea tidak menjadi, anda mempunyai 10 lagi idea lain. Sekiranya 1 perniagaan gagal, anda mempunyai 5 lagi perniagaan yang berjaya.
Bila sesuatu tidak menjadi, usah risau, gundah atau frust. Ia hanya menunjukkan kita ni manusia biasa dan kita hanya merancang & berusaha. Apa yang membezakan dengan mereka yangย terus berjayaย & mereka yang terus gagalan adalah…
…Lebih banyak perancangan & lebih banyak usaha!ย ๐
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya pun begitu juga. Sejak menghadiri Workshop pd 26/11/2006 banyak juga perancangan nak niaga melalui internet yg x menjadi/tertunda/xde idea. Selepas hampir 7 bln barulah perancangan menampakkan hasil & menjana pendapatan yg agak baik. Hampir semuanya hasil melalui internet.
Sya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih pd & Team yg telah membuka peluang bisnes internet. Workshop mmg berkesan walaupun sebenarnya masa itu sya xde apa-apa perancangan perniagaan. Kita perlu berani gagal sebelum berjaya. Yg penting doa kita supaya Allah memberi taufik & hidayahNya. InsyaAllah.
“Lebih banyak perancangan & lebih banyak usaha! “. Bahagian nie saya memang lemah , sekarang ini masih la jadi penonton ajer , masih tak ada kekuatan untuk pemain.
tidak semua apa yang kita inginkan kita akan dapat. Tetapi selagi kita ada kudrat dan sentiasa berusaha, ada banyak lagi cabang yang boleh diceburi untuk memajukan diri.
Macam mana pula projek CAYALAH!.com, belum kena timing untuk keluarkannya atau pasaran masih belum bersedia. ๐
Saya dok menunggu dari minggu lepas, ‘excited’ nak tengok produk baru Doc. ๐
Hisham;
“Banyak idea tapi masih belum mula merancang” ๐ MERDEKA!!
selamat pagi ,
saya telah rancang banyak projek tp baru satu je yang dilaksanakan. itu tak menjadi…kadang2 terasa kecewa juga… bukan senang nak buat satu benda tu… bila dah buat, tak menjadi pl… tu memang mengecewakan…:(
kadang2 yang buat saya terasa bangun semula apabila baca blog yg bermotivasi seperti blog ni…sebab tu saya setiap hari mesti saya datang ke blog ni untuk membaca sesuatu yang boleh buat saya terus bersemangat…:)
dan yang paling buat saya tidak bersemangat bila putus cinta…hehe…;)semua benda tak boleh buat asyik memikirkan dia saja…:)
han
p2 > cayalah.com dalam proses… insyaallah akan online minggu depan lepas Gerak Usahawan Nasional.
siapa pergi gerak usahawan PWTC hujung minggu ni? jumpa di sana ok ๐
Must be dare to fail in order to taste the sweetness of success ๐
Manusia merancang, Allah juga merancang. Dan yg pasti perancangan Allah adalah yg lebih sempurna dan terbaik. Kita tak tau, mungkin perancangan kita tu gagal/tertunda sbb mmg itu bukan yg terbaik utk kita buat masa ni. Atau kita tak boleh handle masalah yg bakal timbul apa yg kita laksanakan… buat masa ni.
Jadi, percayalah dgn ketentuan Allah. Gagal sekali bukan bermakna gagal terus. Mereka yg bangkit kegagalan adalah org yg berjaya sebenarnya… So, life goes on… and so do the eams to succeed.
Assalamualaikum
Irfan ada email peribadi yang boleh saya berhubung tak,sebab disini ada orang lain (krew rahsia internet) yang baca dan jawab email kami.Saya ada proposal untuk terlibat sama sebagai pengarah tetapi saya belum berminat untuk kongsi dengan semua orang tentang hal ini sebab ia akan memakan masa sehingga 3 tahun paling cepat pun. Insyaallah.Please email saya your personal email yang cuma sahaja yang baca.
Semalam saya ada terbaca pasal dalam majalah keluarga edisi April 2007 kalau tak silap dan ada gambar dan Isteri.Muka isteri macam adik beradik aje.Pinang di belah dua kot.
Wassalamualaikum.
Mungkin ada hikmahnya tu . mungkin ada sumthing yang lain lebih baik akan berlaku nanti.. cuma masa menentukannya.. saya akan dtg ke pwtc utk gerak usahawan tu sabtu/ahad ni, kawan2 lenlain camner?
TQ Doc. sebab jawab soalan saya.
Saya akan hadir Gerak Usahawan di PWTC hujung minggu ni? saya akan ‘joint’ Bengkel “Strategi Pemasaran & Promosi Yang Berkesan Dan Kos Efektif”. ๐
Saya nak tahu Sesi Bersama Irfan Khairi hari Sabtu ke Ahad? Jumpa Doc. di sana ok! ๐
Hisham;
“Sesiapa yang tahu jadual penuh Gerak Usahawan hujung minggu ni, tolong ‘attached’ kat blog Tip 1 Minit” ๐
Kadang-kadang kita mudah kecewa dengan setiap kegagalan sedangkan banyak hikmah disebaliknya dan sebenarnya ada benda yang dah kita belajar yang akan memberi persedian kepada kita untuk membuat percubaan seterusnya.
Harap dapat menjadi seperti dan orang-orang berjaya yang lain yang face kegagalan dengan sudut positif
Assalamualaikum Irfan & semua..
Takpe jika strategy x & e-commerce academy belum jd realiti lagi, dgn berkat usaha & kesabaran, insyaallah ianya akan menjadi kenyataan juga nanti. Jgn lupa juga berdoa kpdNya. Sy juga doakan akan kejayaan ! Aamiinn…
Tq di atas tip “dont put all eggs in one basket”. Sy ada 1 pertanyaan ttg ini. Ada orang kata kalau kita buat bisnes, kita kena fokus. Jika kita buat bermacam2 bisnes dalam satu masa, ianya takkan menjadi. Please give your comment Irfan, sy keliru sikit ni.
Terima kasih byk2..:-)
Oh ya… Lupa plak, kpd Azhar komen 1. Apa perniagaan yg anda jalankan? Ingin sy layari website anda. Blh sy tahu url anda?
Tq & Selamat maju jaya…:-)
lumrah dunia keusahawanan … banyak pahit dan banyak manis ..sebab tu usahawanan ni cara fikir pun lain, orang biasa fikir A, dia dah fikir B,C,D siap dgn exit door lagi…
parah jika dikelilingi manusia pasif, semua benda kita buat, di mata mereka lekeh dan tak stylish..tapi diorang tak tahu, pendapatan ‘tersembunyi’ kita camana… camana ya kita nak bagi diorang ni sedar dan sama2 berfikir macam org bisnes fikir ?
betul tu..kadang2 apa yang kita plan tidak seperti yang diharapkan.Yang penting kita perlu berusaha..Kalau tdk berusaha, tentu Tuhan tidak akan mengubah nasib kita.
Tringin jugak nak pergi ke PWTC tu. Leh jumpa kat sana. Nak korek rahsia jadi jutawan Internet,hehe..tapi busy la time tu ;-(
GERAK USAHAWAN NASIONAL 2007
Sesi Bersama Irfan Khairi รขโฌBagaimana Memulakan PerniagaanInternet dari Rumahรขโฌย dijadualkan pada hari Ahad 26hb. Ogos 2007. ๐
Dapatkan Aturcara Penuh Gerak Usahawan Nasional 2007 di:
http://www.promoprosper.com/gerakusahawan2007/index.htm
Hisham; ๐
“Jumpa Di sana”
Assalamualaikum
En Hisham,
kalau tak silap sesi Irfan lepas Dzuhor hari Ahad. 3 petang kalau tak silap.
Saya duduk jauh dan kalau ada rezeki saya nak pergi UPM hari tu pasal nak beli benih pokok dan dapatkan mentor untuk pertanian di samping jumpa Mentor Bakery saya.Insyaallah.
Wassalamualaikum.
shasha-tmn cahaya,ampang Says:
Oh ya! Lupa plak, kpd Azhar komen 1. Apa perniagaan yg anda jalankan? Ingin sy layari website anda. Blh sy tahu url anda?
Anda klik jelah kat `nama` sya diatas tu !! Dapatler tgk website sya.
Website tu simple je, sys gunakan dari cd langkah123 yg dibeli dari rahsiainternet Irfan.
T.Q
Salam,
Sesi di PWTC Irfan hair Ahad jam 3.30 kalau saya tak silap info ๐ Tapi hingga hari ni saat ini MECD tk bagi apa-apa confirmation lepas dah fax borang tu ๐ sedihnya…… apa pun saya tetap pergi bawa salinan fax ๐
Tak apa
Kalau dua tak menjadi, dah dapat banyak peluang dan kejayaan yang lain kan. ๐
Saya juga begitu, ada beberapa projek telah saya STOP dan mahu menumpu kepada projek lain yang mampu dan lebih menguntungkan.
Tidak bermaksud kalau kita kurangkan projek, kita semakin rugi, sebaliknya ia akan memberikan daya produktiviti yang lebih tinggi. ๐
Good luck !
ps. Dik mal, kalau program macam tu, rasanya tak perlu tunggu pun konfirmasi dari mereka. Pergi sahaja dan cakap dah bagi borang. ๐
Tak apa kalau masih tak menjadi,janji jangan cepat berputus asa.Rezeki ada dimana-mana,cuba dan usaha lagi,pasti ada yang akan menjadi.Insyaallah.Juga jgn malu minta tunjuk ajar dr org yg dah berjaya dan jgn lupa cari ilmu.Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang.Go forward!