Tidak pakar, tak mengapa!

kslogo.gifSabtu lepas di Nescafe-KickStart, TV3 saya ada memberi komen kepada salah seorang peserta “… If you’re not an expert, you shouldn’t even try”

Merujuk kepada tip hari ini. Sekiranya anda bukan seorang pakar, jangan mengaku pakar. Tidak salah sekiranya anda tidak mengaku pakar dalam sesuatu bidang sekiranya kepakaran anda bukan dalam bidang tersebut.

Sekiranya ada yang tanya mengenai sesuatu diluar bidang atau kepakaran anda, katakan saja ianya bukan kepakaran anda- dan rujuk mereka kepada seorang yang pakar. Ini sebenarnya menambahkan kredibiliti anda.

Bak kata mat salleh, don’t be jack of all trades and master of none!

Juga menjadi masalah apabila kita bukan pakar, dan memberi nasihat atau maklumat yang salah kepada orang lain :). Tu yang saya sebut “… If you’re not an expert, you shouldn’t even try”- Nasihat untuk semua!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

23 thoughts on “Tidak pakar, tak mengapa!

  1. lebih baik rujuk kepada yang pakar, sebab kalau berlagak kita tau sedangkan kita tidak tahu, kita akan memberi informasi yang salah dan orang yang tahu akan mentertawakan kita..

  2. Saya setuju. Saya sendiri apabila bertanya dengan seseorang peniaga tetapi jawapannya kurang memuaskan atau mengelirukan, saya jadi kurang yakin untuk membeli. Mungkin kerana dia kurang arif tetapi ingin juga berlagak pakar. Adakah bagus jika kita bagi tahu pelanggan, kita akan beritahu kemudian selepas bertanya dengan mereka yang pakar?

    http://www.mybengkung.com
    http://www.nonaku.com

  3. Orang yang dah pakar pun kadang-kadang merujuk kepada mereka yang lebih pakar.

    Jangan sangka mereka yang mengaku pakar dalam sesuatu bidang tu, tahu semuanya!! ?)

    Kita juga perlu tapis kenyataan dan saranan yang dibuat oleh mereka yang mengaku pakar. 😀

  4. orang kita memang terkenal dengan sifat sembunyi kuku….

    ayat popular, Ala… biasa je tu….saya bukan pakar… ramai lagi yang lebih handal…..

    Tapi tak kurang juga yang memang tiada kuku tapi nak tunjuk kuku

  5. Untuk mengelakkan daripada menjadi si rabun mengajar si buta, tip nie patut dijadikan panduan. Sepatutnya si rabun mengakui kerabunannya disamping menjelaskan setakat penglihatannya, bakinya carilah si rabun lain yang telah memakai cermin mata ataupun si celik yang tajam penglihatannya 🙂

  6. ASM wr.wb

    Setuju dengan pendapat Walaupun saya promosi produk kesihatan, ada pelanggan yang tanya lebih2, jadi saya rujuk kepada yang lebih arif iaitu lebih pakar. Bukan main pakai bantai saja..Seperti yang terjadi hari ini..Salam

  7. Memberi maklumat yang salah mungkin bahaya dalam sesetengah hal terutama dalam bidang perubatan contohnya.Sekarang ni pun ada jugak perubatan tipu.

  8. “Sekiranya ada yang tanya mengenai sesuatu diluar bidang atau kepakaran anda, katakan saja ianya bukan kepakaran anda- dan rujuk mereka kepada seorang yang pakar. Ini sebenarnya menambahkan kredibiliti anda.”

    => Nasihat yang bagus kepada affiliate yang menjual produk yang bukan kepakarannya.

  9. Memang betul tu. Kalau dah tak tahu tu, buat cara tak tahu la. Anyway, we have nothing to lose if we say we don’t know. You definitely kena refer pada yang pakar pada sesuatu bidang tu. Kita mesti tahu kelebihan & kelemahan diri kita sendiri kan??

  10. (doctor idola ramai…)
    if you’re not expert, shouldnt even try
    …ayat ini berbentuk larangan atau tegahan,
    maka ayat ini sesuai ditujukan kepada orang yang tak pakai dalam sesuatu bidang itu tetapi cuba mencuri,minciplak hak orang lain..supaya tidak melakukan kegiatan itu( zamri nanyan mesti setuju)

    kadangkala kita tersilap cakap dan berasa menyesal(senyum)…tetapi tidak mahu mengaku dihadapan orang ramai bahawa kita buat silap..cuba mempertahankan kenyataan lepas dengan menambah sedikit ayat baru..agar mereka kata kita tak silap..sebenarnya, orang yang tak tahu kita buat silap menjadi tahu…

  11. kadangkala kita tak pakar nak mengaku pakai pun tak salah..bukannya habis duit mengaku kita pakar, walaupun kita tak pakar.. diaorang nak percaya atau tidak terpulang kepada diorang..paling kuat pun orang akan kutuk kita,tak sakit pun…dari situ kita boleh belajar dari kesilapan.

    contoh
    kalau saya kata nak buat perniagaan internet(tak buat lagi pun) dan boleh untung RM1000, semua orang kala, kamu bijak,kamu ada idea logik, kamu akan berjaya…mereka memuji

    tetapi kalau saya kata nak untung RM 1 juta,
    mesti orang kata, kamu berangan, kamu buat malu, kamu gila (memang pun berangan!) tetapi akan datang berpuluh-puluh orang akan membetulkan saya, kata mereka kamu tak boleh buat begitu kena buat begini…semua orang akan mengajar saya dengan teori mereka sendiri.. kan tak pasal-pasal dapat ilmu percuma!

    memang betul kata chinese proverb, orang yang memuji aku adalah musuh aku,orang yang mengajar aku adalah guru ku.

  12. Sebenarnya kalau kita rasa kita tak pakar tak apa. Tapi kita boleh menjadi pakar menggunakan kepakaran orang lain. Dalam perniagaan saya, saya sering meminjam kepakaran orang lain untuk meningkatkan jualan menerusi hukum ABC. Apa itu hukum ABC? Akan saya keluarkan di web saya minggu hadapan…tunggu…

    http://geocities.com/alihanafiah76

  13. Mungkin seseorang itu hanya tahu sedikit saja maklumat mengenai sesuatu bidang tapi sudah mengaku pakar. Ianya tak menjadi hal sekiranya orang yang kita beritahu itu tak tahu apa-apa, tapi sekiranya orang yang kita beritahu mempunyai ilmu tentang bidang tersebut tentulah kita “terkantoi” di situ.

    Tetapi ada juga orang yang berjaya dengan cara begitu. Mengaku pakar mungkin akan menyebabkan mereka lebih confident dan membuatkan orang lain jugak confident dengan mereka. Pada masa yang sama mereka cuba belajar dengan pantas bagi menutupi kekurangan mereka.

    Dan Itulah praktis taukeh2 cina yang berjaya. Daripada ZERO hingga menjadi HERO.

  14. Mmg betul kita tak perlu mengaku pakar kalau mmg kita tak tahu pada sstu bidang tersebut.

    Kalu kita mengaku kita pakar sdgkan kita tak tahu ini akan menjejaskan reputasi kita …

    Cara paling baik kita rujuk pada mereka yg pakar sekiranya kita tak tahu… bukan bermakna bila kita tak tahu kita terus tidak tahu selamanya. Kita kena belajar pada org yg pakar tersebut secara tak langsung ilmu kita akan bertambah dari sehari ke sehari dan seterusnya menjadi pakar dlm sesuatu bidang

Leave a Reply

Your email address will not be published.