Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?

Adakah anda sering dikritik tentang “tiada pengalaman” atau “tidak cukup pengalaman” dalam memulakan perniagaan?

Ada masanya, tiada pengalaman adalah baik untuk anda.

Untuk berjaya pada usia muda, sudah tentu pengalaman menjadi isu utama untuk meneruskan usaha.

Sebenarnya, anda boleh ambil kekurangan ini sebagai kekuatan anda oleh kerana apabila tidak berpengalaman, seseorang itu akan lebih cenderung mencuba benda benda baru.

Kurang pengalaman akan membuatkan anda tidak bersandarkan pada sejarah, tetapi memaksa anda untuk fikir di luar kotak.

Lain kali sekiranya orang mengkritik anda tentang “kurangnya pengalaman dalam memulakan perniagaan”, ingat bahawa Bill Gates, Michael Dell dan saya sendiri juga memulakan perniagaan tanpa pengalaman!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?

  1. Pengalaman tiada gunanya jika kita pemalu dan penakut plus tiada keyakinan.
    Pengalaman semasa muda remaja saya tiada pengalaman dan kursus khas solekan.Tetapi…
    kerana minat dan nak glamour serta berkeyakinan
    saya berjaya menyolekan pelakon2 dalam lima buah ama dan seterusnya menjadi make up artis
    yang dikenali ramai disamping menjalankan bisnes
    MLM.

  2. hmmm… mmg benar tu.. dlm dunia pekerjaan, bila interview je.. mesti interviewer akan tanya mengenai pengalaman dan menggunakan ‘senjata’ini utk tolak permohonan pemohon jika kekurangan atau tiada pengalaman langsung dalam bidang tersebut.

    p/s: boleh tak bagi tips mcmana nak… *krew RI-email kami info@rahsiainternet.com untuk soalan ini bersama nama & tarikh ws*.. 😉

  3. Tiada pengalaman dan memulakan perniagaan pada masa usia masih muda , memerlukan faktor tambahan iaitu keberanian dan kecekalan . Jika ini dimiliki maka mereka akan belajar dan mendapat pengalaman dalam proses menjalankan perniagaan itu sendiri and tidak mustahil akan mencapai kejayaan yang cemerlang seperti Bill Gates dan Irfan sendiri. Jadi kalau tak pandai buat laman web tuu ….buat dan terus buat dan akhir nya anda akan memperolehi laman web yang lebih cantik daripada lama web anda yang pertama tadi . So….Just Do It !!!!

  4. Betul tu. Sebagai seorang guru pada mulanya saya pun tidak berkeyakinan untuk mengajar tetapi setelah mencuba dan belajar bagaimana caranya. Lama kelamaan pengalaman semakin bertambah dengan menggunakan pelbagai kaedah.

  5. Saya pun tiada pengalaman dalam perniagaan internet.Saya mendapat pengalaman yang manis bila mendapat pelanggan pertama.Dari masa ke semasa saya juga mendapat pengalaman baru.Jadikan pengalaman yang ada sebagai pengajaran dan panduan untuk kita lebih berhati-hati.Tetapi tidak ada pengalaman tidak bermakna kita tidak boleh berjaya.Kita mesti berfikiran positif dan buat apa yang kita katakan.Pengalaman akan datang sendiri mengikut peredaran masa.

    Salam Usahawan! 🙂

  6. Orang yang suka mengkritik adalah orang yang sombong, lupa diri, suka merendah-rendahkan orang lain dan tak suka menolong.

    Bila kita dikritik…kita dapat kenalpasti kelemahan kita dan pengkritik bukan saja naik penat tapi juga akan dibenci KECUALI kalau dia mengkritik cara baik.

  7. saya sendiri tiada pengalaman. kekadang semangat turun sebab takut dan risau benda yang saya buat tak berjaya. anyway berusaha dan yakin setiap benda yang kita buat akan mendatangkan hasil yang baik.

  8. Dari kecil lagi kita memulakan sesuatu tanpa pengalaman..
    berjalan,naik basikal,bawak motor dll..
    kalau semua ni boleh kita lakukan,bermakna
    usaha tangga kejayaan

  9. Assalamualaikum.

    Kalau xde pengalaman tak leh nak mulakan bisnes, sampai bila nak ada pengalaman tu kalau tak mulakan?
    betul kan saya cakap?
    bila dah mula baru lah ada pengalaman.

    Pendapat saya jek ni.

    Wassalam.

  10. saya setuju

    teringatkan pula kenangan semasa belajar di negara matahari terbit dahulu, ada 2 org pelajar, seorang tu dah 5 thn belajar bahasa jepun masa kat sek dulu, seorang lagi 5 thn belajar bahasa arab.

    perkara ajaib yg berlaku ialah, pelajar yg belajar bahasa arab tu yg cemerlang terutamanya menguasai bahasa jepun.

  11. yerp… out of box thinking byk membantu…analisis + logik lepas tu compare dgn persekitaran .. yang penting kene alert sentiasa.

    caner tu ehh.. cam susah je nak explain… tapi tu la yg saya tgh buat … hehe 😛

  12. Pengalaman mendewasakan, mencuba adalah langkah untuk menimba pengalaman. Every success begins with the first step dan paling penting konsisten, tanpa putus asa.

    Think Out of The Box EVERYDAY!

    Azran.

  13. “Kurang pengalaman akan membuatkan anda tidak bersandarkan pada sejarah, tetapi memaksa anda untuk fikir di luar kotak”. Anda semua pernah dengar pepatah Cina? “Perjalanan beribu batu dimulai dengan langkah pertama”. 😉

  14. Thanks ..kite boleh belajar dari pengalaman…kegagalan pertama hanyalah percubaan yang akan membawa kepada kejayaan…cadangan saya apa kata publishkan buku “Tips 1 Minit”….ni seperti Azizi Ali publish untuk artikel dalam Personal Money….

  15. Kadang-kadang pengalaman tu ada…tapi modal tak der….$$$$pun kurang…tu yang menyebabkan banyak sesuatu benda nak buat terbengkalai…..terutama orang yang tak berduit…sumber pendapatan terhad…minat ada….pengalaman ada….kadang-kadang bakatpun ada…tapi Modal tak der…Camna tu?

  16. emmm nak komen pasal pengalaman,dulu orang tua suka kata saya lebih dulu makan garam dari kamu(lebih banyak pengalaman),emmm tuhan tak bagi kita pengalaman ikut umur,klu lebih tua lebih byk pengalaman dibagi,sebab belum lagi lahir ,masih dalam perut kita dah ada pengalaman,sebab semua yang kita buat selepas lahir kita dah belajar dalam perut awal2.fikirkan,,,,,,,aku bukan angkasawan.

  17. Kita dapat pengalaman daripada mencuba dan mengamalkan selalu. Setiap hari kita akan dapat pengalaman baru yg boleh mengajar kita. belum cuba belum tahu..

  18. Kita dapat pengalaman daripada apa yang kita pelajari dan kita mestilah mengamalkan selalu pengalaman yang boleh mengajar kita erti kejayaan.

  19. Kita mestilah mencuba dan mengamalkan selalu pengalaman yang kita dapati.Kita juga mestilah ingat pengalaman itu datang hanya sementara sekejap ada,sekejap tiada.

  20. salam irfan,saya 29 tahun. saya pening nak pecah kepala fikir samada BALE ATAU TIDAK buat bisnes takaful etiqa krn dalam buku sebut di negara maju insuran diwajibkan. malaysia bakal jd negara maju, jadi career ejen insuran akan berakhir. MACAMANA YA IRFAN? SAYA BUAT BISNES INSURAN ATAU TAK? irfan bole tlg email saya….. dah 4 bulan saya buat penyelidikan………

  21. Aku pun sedang buat perniagaan. perasaan bimbang tu memang ada. Tapi aku dah ambil keputusan untuk mencuba. Untung rugi kira belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.