Ketika saya berumur 20 tahun, saya telah memulakan sesuatu yang baru. Iaitu, perniagaan Internet saya yang pertama. Yang telah menjana pendapatan RM1,000,000 saya yang pertama sebelum berumur 25 tahun.
Ketika berumur lingkungan 30 tahun, saya telah memulakan sesuatu yang baru. Iaitu, syarikat saya, Irfan Khairi Sdn Bhd yang kini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya- dan masih lagi!
Apabila masuk umur saya 40 tahun, saya telah mulakan sesuatu yang baru sekali lagi. Saya telah memulakan business school dan juga konsultansi di Dubai, UAE dan berpindah ke sini- bersama isteri dan anak-anak.
Saya pun takut…
Sebenarnya, setiap kali saya memulakan sesuatu yang baru seperti di atas, saya akan berasa takut. Ragu-ragu. Risau. Dan sewaktu dengannya oleh kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana ia akan berhasil? Mungkin juga ianya akan gagal?
Mungkin juga seperti anda, untuk melakukan sesuatu yang baru, ianya agak menakutkan. Adakalanya umur menjadi alasan “Dah terlewat”, atau masa menjadi alasan “Tiada masa” atau wang menjadi alasan “Tiada modal”.
Kesemua alasan ini akan mengukuhkan lagi sebab kita tidak memulakan sesuatu yang baru.
Terdapat satu quote berbahasa Inggeris yang sangat saya suka dan berpegang pada:
“Don’t be afraid to start over. It’s a chance to build something better THIS TIME!”
“Jangan takut memulakan sesuatu baru. Ianya adalah peluang untuk membina sesuatu yang lebih baik kali ini!”
Ramai antara kita akan rasa takut. Namun ketakutan itu telah menghalang kita dari melakukan perubahan atau melakukan sesuatu yang baru- dan mengubah hidup kita.
Jika tidak lakukan…
Masalahnya adalah, ketakutan akan menghalang kita mengambil langkah pertama. Dan bila langkah pertama kita tidak ambil, bererti kita telah gagal.
Sekiranya kita mengambil langkah pertama, maka masih lagi ada peluang untuk berjaya. Jika tidak, ianya adalah CONFIRM GAGAL.
Seperti saya sebutkan, saya juga mengalami perasaan “takut” apabila hendak melakukan sesuatu yang baru. Tetapi, apa yang saya lakukan adalah, JUST DO IT. Lakukan sahaja.
Harapan saya, perkongsian ringkas saya kali ini memberi sedikit inspirasi kepada anda, tidak kira di mana tahap anda kini, dan tidak kira umur anda kini, ianya masih belum terlewat untuk melakukan sesuatu yang baru- ianya adalah peluang baru!
Apa yang perlu adalah untuk anda abaikan rasa “takut” tersebut, dan JUST DO IT. Seperti mana saya lakukan ketika umur 20 tahun, 30 tahun, dan kini 40 tahun.
Kerana, ianya adalah peluang untuk membina sesuatu yang lebih baik kali ini!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021