Tak perfect lagi!

Ramai antara kita yang menunggu sesuatu itu sempurna sebelum melakukannya atau memulakannya. Mereka ini digelar “perfectionist”. Tak kurang juga yang langsung tidak memulakan sesuatu kerana ia belum sempurna.

Contoh: Tidak memulakan perniagaan kerana perancangan belum sempurna

Nasihat saya, lakukan sahaja, walaupun sesuatu itu belum lagi sempurna. Perbaiki kelemahan dan jadikannya sempurna secara beransur-ansur.

Diri saya sendiri bukanlah seorang yang “perfectionist”. Tetapi, saya sering ambil peluang yang ada dan fix things along the way! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Tak perfect lagi!

  1. Ya, memang benar apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi. Seperti kata bijaksana

    “You do your best, God will do the rest.”

    Apa-apa pun, kita kena terus berusaha. Terlalu menanti Kesempurnaan umpama menanti satu Kemusnahan.

    Kerana itulah mungkin, agaknya, syarikat Nike menggunakan kata slogan:

    ‘JUST DO IT’

    admin- http://www.jeniriamir.com

  2. Assalamualaikum IK dan semua pembaca blog ‘glamor’ ni.

    Pendapat saya:

    “Latihan dan praktis yg berterusan dapat membantu kita menuju kepada ‘perfectionist’.

    P/S : Jangan lupa buat ‘post morterm’.

  3. Assalam alaikum,

    Benar kata IK. Dalam isu ini, saya memetik kata-kata guru saya bahawa ia dipanggil sebagai self-script atau skrip hidup.

    Dia kata dia tidak boleh dan menjangkakan orang lain kata dia tidak boleh. Dia meletakkan skrip gagal dalam hidupnya. Akhirnya jadi self fulfilling prophecy.

    Ada satu eksperimen dibuat berkenaan perkara ini. Seorang guru dimaklumkan bahawa dia akan mengajar di kelas yang pandai.

    Perkara ini melegakan cikgu ini kerana beliau merasakan tidak dapat dan tidak berupaya mengajar kelas bermasalah.

    Tanpa diberitahu hal sebenar cikgu itu mengajar kelas “pandai” itu dan keputusan peperiksaan menunjukkan peningkatan pada peratusan yang tinggi.

    Selepas itu barulah diberitahu, “Cikgu sebenarnya mengajar kelas paling rendah pencapaian”
    ——————————————–
    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.www.terbitbukusendiri.wordpress.com

  4. hmmmm….saya boleh katakan tips kali ni memang best lah dari Irfan..betul tuh…ah`ah la cam slogan Nike -Just Do It..

    OK gak tu..kalo da ada idea wat terus..dan bertindak…kalo Nadia Af plak(kalo tak silap)….`Redah Jerk!`..betul tu..redah jerk..belasah jerk…tapi xde la sampai kita tnjuk hasil kerja yg tunggang langgang..ibarat kalau nak bukak kedai makan,da xsabar2 nak bukak..dinding batu-bata pun xtampal simen lagi… 😉

    kalo kita da ade produk/service nak jual,ambik a few days je utk plan website yg simple,then da leh langsungkan jualan..tak perlu tunggu sampai 7-8 bulan coz nak tgu kesempurnaan baru nak wat jualan.hmmm..

    nanti pesaing kita plak yang dapat keuntungan lbh awal dari kita.haha…..

    http://www.batikofmalaysia.com

  5. Adoi…ini memang bro punya masalah lah. Nasib baik dah jalan semua biznes online. Kalau tak, lama je nak mula apa-apa. Selalu sangat risau akan kesempurnaan especially bila buat designing dan juga sebelum nak launch apa-apa.

    Hmm..kena berubah!:(

    p/s Tapi soalan dari email to bloggers semua selalu cepat jawab no worries 🙂

  6. satu lagi tip yang amat berguna untuk orang seperti saya. terima kasih!

    yer lah selagi tak mulakan langkah pertama dan try & error mana kita tahu pengurangan dalam kesempurnaan!

  7. Merenung tip saudara Irfan di atas membuat saya berfikir. ‘Perfectionist’ adalah suatu sikap yg dimiliki seseorang yg terlalu menginginkan kesempurnaan mutlak menurut kayu ukur piawai atau ‘standard’atau yg telah ditetapkan oleh dirinya dalam melakukan sesuatu. ‘Satisfaction’ atau kepuasan hanya akan dikecapi seandainya piawai itu dipenuhi.

    Saya bersetuju dgn pandangan saudara Irfan yg mengatakan ‘tidak wajar menunggu untuk mula melakukan sesuatu hanya semata-mata ia belum sempurna’. Apa yg belum sempurna? Lebih sesuai mungkin dirujuk pd ‘environment’ atau persekitarannya. Cth: Ingin memulakan perniagaan. Terimakasih juga atas nasihat saudara di atas yg saya rasanya Insyaallah membantu ramai insan-insan di alam nyata ini, termasuklah diri saya.

    Nasihat yg datang seorang yg telah berjaya memang lebih mudah kita hayati.

    Berbalik kepada persoalan ‘perfectionist’ tadi, saya juga berpendapat bhw sikap ini kekadang diperlukan juga. Jika tadi kita lihat bagaimana sikap ini berupaya membantutkan usaha-usaha kebaikan yg bakal kita mulai.

    Kita juga perlu lihat sikap ‘perfectionist’ ini juga sebenarnya boleh mendorong kita untuk lebih berusaha memperbaiki prestasi diri sendiri mahu pun mereka yg disekeliling kita.

    Ini kerana kesempurnaan adalah matalamat insan dalam keidupan. Menuju kesempurnaan membuat kita tidak statik. Kita akan terus memerah fikiran, tenaga dan menggmbeling tenaga demi menuju kesempurnaan dalam usaha yg dijalankan. Namun syaratnya kita ‘perfectionist’ dgn berhemah dan bukan gopoh-gapah. Contoh. Seorang majikan pasti bertanggungjawab menegur pekerjanya yg jelas terang prestasinya tidak menepati kehendak syarikat. Majikan ini boleh dikatakan ‘perfectionist’, namun beralasan bukan berdasarkan nafsu atau syok sendiri atau menunjuk ‘authority’.

    Agama kita juga selalu menyarankan kita ‘memperbaiki diri’. Pastinya untuk menuju kesempurnaan, walau hakikatnya dalam dunia ini tiada insan terlalu sempurna, kecuali kekasih Allah yg satu Muhammad (s.a.w). Apa yg boleh kita buat ialah berusaha cuba mencontohi Baginda…

  8. 🙁 huhuuu.. “perfectionist” is one of my long time problem.. skrang nak kata tak ada lagi -ada juga hehe, not *perfectly* cured yet.. but learning to cope & balance.

    yg menarik nk share kat sini is something from “Viral Marketing Master” Seth Godin (ex Yahoo!) dlm mempromosi & memotivasi users to use squidoo… “Just get it up today, progress along the way.. sikit2.. ” (dia tak ler kecek melayu -my words/summary there.. 😀 )

    another thing is IQ (Intelligence Quotient -ability to think more) vs AQ (Adversity Quotient -ability to do more).
    My observation; normally yg dihidapi penyakit “perfectionist” ni IQ & AQ x balance (macam aku.. muahaha..). IQ trlebih sesangat. Bukan x genius, cuma, nak kena balance dgn AQ.. baru progressing, moving forward & tak stall.. or worse halted trus.

    Iyer ker? Releven ker?
    😀 hehee.. ntah. Hopefuly.

  9. Biasanya orang yang menunggu menjadi sempurna dalam kaedah berfikir kreatif mempunyai teknik berfikir logik batu (rock logic). Orang yang berfikir seperti ini akan menggali sedalam lubang maklumat yang boleh untuk mengesahkan keputusan.

    Tetapi semakin dalam lubang maklumat, semakin sukar dia hendak keluar. Akhirnya terperangkap tidak dapat berbuat apa-apa.

    Apa yang IK lakukan itu dipanggil water logik atau logik air, adaptasi mengikut perubahan. Ditambah sedikit ditolak sedikit.

    Dalam Islam pun dikata kepada usaha yang konsisten bagi mencapai kecemerlangan. Bukankah kecemerlangan iaitu kesempurnaan yang kita cari nanti boleh didapati di syurga?

    ——————————————–
    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

  10. memang best baca tips2 ynag dia bagi ,bukan iyu sahaja buku yang dikeluarkan turut saya baca insya allah saya akan ikut tak lama lagi .tengoklah malaysia gua akan gegarkannya dengan gelaran jutawan hasil daripada motivasi yang diberikan

  11. Fuh..rasa cam kena kat diri sendiri je…hehe.. Betullah kekadang tu nak tunggu perfect sampai bila pun tak siap.Saya sendiri pun kadang-kadang rasa rugi camtu.Baik kita buat apa yang dah siap dulu, lepas tu edit yang mana perlu kita betulkan.

    Contohnya website saya sendiri la.bila saya upah designer untuk re-design website saya dan bila design tersebut dah siap, saya perlukan masa yang lama untuk menyiapkan sales letter yang (kononnya) perfect.Padahal kalau nak ikutkan,”copy n paste” je dulu sales letter yang lama tu..lepas tu dalam masa yang sama try juga buat sales letter baru.

    Apapun terima kasih kerana mengingatkan saya (terutamanya)..hehe

    Azahari teknikblog.com

  12. Terima kasih saudara Irfan dengan info motivasi kali ini 🙂

    Info motivasi hari ini telah menyedarkan saya untuk memulakan langkah memburu kejayaan yang saya mimpikan.

    Beberapa minggu yang lepas,saya telah merancang sebuah projek perniagaan internet dan sudah membeli nama domain dan web hosting.Malah saya sudahpun membina laman web tersebut.

    Tetapi usaha saya terhenti kerana saya merasakan ada beberapa perkara yang perlu saya sempurnakan sebelum laman web itu di lancarkan.Apabila sudah terlalu lama menunggu untuk sebuah “kesempurnaan” tersebut menyebabkan motivasi sudah menurun.

    Jadi apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah buat sahaja yang termampu dahulu dan lancarkan laman web tersebut.Sekiranya ada yang perlu ditambah atau disempurnakan,lakukan sahaja secara berperingkat-peringkat.

    Terima kasih saudara Irfan.

  13. salam,

    err….maaf, roti pisang tu roti canai wif pisang?

    looking forward to this coming workshop(03/05) ; )

  14. Betul tu, kesempurnaan tak boleh dirancang sebenarnya.

    “Kesempurnaan itu satu proses, bukan satu matlamat.”

    Yang penting sekali,

    “Begin with the end in the mind.”

    Kita takkan dapat mencari kesempurnaan tanpa memulakannya. Bagaimana ia bermula adalah tidak penting, tapi bagaimana ia berakhir, itulah yang utama.

  15. Saya rasakan saudara Irfan berjaya menjentik pemikiran sebahagian dari kami di luar ni melalui tipnya kali ini. Syabas. Semoga saudara dpt teruskan usaha saudara dlm berkongsi ilmu berharga melalui pengalaman saudara.

    Perancangan dlm sesebuah perniagaan memang mustahak. Tanpa perancangan sudah pasti matalamat tidak jelas. Tiada hala tuju.

    Perancangan yg dibuat mesti selaras dgn kapasiti yg ada pd si perancang. Jika modal di tangan RM1000, berniagalah seperti seorang yg memiliki RM1000. Tak perlu nak menunggu sehingga modal itu tiba-tiba menjadi RM10 000 baru nak mula berniaga. Ini rasanya yg melambatkan usaha kita menuju jaya. Begitu juga segi ‘knowledge’ dan’equipment’. Cth, untuk menjadi seorang tukang jahit cuma perlu tahu menjahit dan sebuah mesin jahit. Mula menjahit di rumah. Bila sudah maju, mulalah menggaji pembantu, menambah peralatan dan boleh menyewa kedai.

    Dalam masa menunggu untuk memulakan langkah pertama, mungkin akan timbul pula masalah-masalah lain dan ‘passion’ dah menurun. Biasanya dugaan juga bertambah. Lepas tu puaslah nak memotivasikan diri. Benarlah kata org tua-tua dahulu, buat baik jgn ditangguh. Rasanya, saya semakin faham.

    Alhamdulillah dgn adanya orang seperti saudara Irfan, anak Melayu harapnya tak kering dgn motivasi. Syukur…

  16. Tips yg sangat berguna utk diri saya. Tak rugi rasanya saya melayari laman web ini.

    Thank you IF

  17. ‘perfectionist’ .. huh! mcm kene batang hidung sendiri je topic kali ni.

    Sebenarnye bukan perfect yg saya cari. Masalah nye cume tindakan. Planning tu dah ade.. Gambaran pun dah ade.. Cume tindakan tu je yang takde. Segan kot.. nanti ape org kata.. ahaks!

    Come on hafiz.. wake up! You can do it!

  18. not a perfectionist but just dont like if someone interfere with my decision. lebih suka siapkan semua kerja dulu thern akalu ada komen boleh dipertimbangkan. tak suka kalau org komen semasa kerja belum siap.

  19. Assalamualaikum,

    Saya tertarik untuk memberi pandangan saya di sini sebab baru 2 hari sudah, saya siapkan 1st aft blog saya. Masih tak “perfect” lagi, tapi saya dah release to the web. Saya bersetuju dengan IK & yang lain, kalau nak tunggu sampai “perfect” memanglah sampai bila pun saya akan tunggu. Tapi sebelum nak buat apa-apa pun, kita kena plan with a timeline (tarikh untuk setiap tindakan). Tanpa timeline, kemungkinan besar kita akan hilang tumpuan terutama sekali untuk tindakan yang perlukan improvement. Sebagai contoh, kalau sesiapa yang melayari blog saya akan dapati banyak kelemahan yang perlu dibaiki, saya ada timeline saya tersendiri dimana setiap hujung minggu, saya akan baiki kelemahan dalam blog saya ini. Satu lagi perkara yang perlu diingat, timeline yang nak dibuat tu kenalah dirancang mengikut kemampuan, jgn terlalu singkat sangat sampaikan tak termampu nak siapkan to meet the deadline.

    Semoga pandangan saya ini bermanfaat, InsyAllah

    Yusoff
    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips on effective career marketing.

  20. sy setuju n ik..sy sendiri memulakan biz on9
    dgn keadaan blog n produk yg blom sempurna.
    dr ms ke semasa sy akan buat pembaharuan di blog sy..panduan nasihat dr ik juga sy praktikkan..tq ik..

  21. aku pun rasa, macam tu gak…dulu masa aku buat bisnes, kat rumah je..pc budget..alhamdulillah la ni ana sewa kdai dalam 400 sebulan…rezeki ada..jgn harapkan sempurna…lakukan tambah nilai sentiasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.