Tak pandai “speaking”

Tak pandai speaking… semua orang pandai speaking, sebab speaking maksudnya bercakap 🙂 Tapi yang selalunya yang dimaksudkan adalah, tak pandai berbahasa Inggeris… tak pandai speaking la tu.

Dua hari lepas ketika saya di rancangan HOT Hello On Two, ada pemanggil (namanya Audrey) membuat panggilan ke studio ketika live on air dan memuji bahasa Inggeris saya. Pelik juga oleh kerana pemanggil-pemanggil yang lain bertanya mengenai Internet, tetapi Audrey memuji bahasa Inggeris saya dan mengatakan “…sounds like music to my ears” (Thank you very much Audrey!).

Bagi anda yang mengenali saya, saya lebih selesa berbahasa Malaysia (Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?:) ). Menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet pun berbahasa Malaysia pada mulanya (kemudian bari di alih bahasa ke Inggeris). Kalau bercakap dengan kawan-kawan pun, berbahasa Malaysia. Tip satu minit ini pun berbahasa Malaysia.
Jadi, apakah tip untuk fasih berbahasa Inggeris?

Walaupun saya bercakap bahasa Malaysia, menulis bahasa Malaysia, bergaul dalam bahasa Malaysia, tetapi…

Saya berfikir dalam bahasa Inggeris. Setiap masa, saya bercakap dengan diri saya sendiri dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada masalah, saya selesaikannya dalam kepala menggunakan bahasa Inggeris.

Saya dapati, berfikir dalam bahasa Inggeris dapat memperbaiki dan membuatkan saya lebih fasih berbahasa Inggeris. Tambahan, bila kita berfikir, orang tidak tahu yang kita sedang melatihkan diri sendiri sehari suntuk setiap masa.
Kini, dengan banyak berlatih berbahasa Inggeris dalam fikiran, untuk memberi ceramah/talk sehari suntuk dalam English pun tiada masalah.

Berbahasa Inggeris adalah agak penting dalam dunia perniagaan untuk meluaskan lagi pasaran anda.

So, to improve your English, think in English 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

93 thoughts on “Tak pandai “speaking”

  1. betula..saya sependapat dengan tuan..saya dah praktik dah beberapa tahun..kiranya ada prubahan la…kira ok la..
    tq..tips tu sangat bagus jua untuk orang lain yang nak improved english(dlm kepala..rasanya ejaan tu betul kut)..

  2. he.he. i sound like stupid when i speak english. Memang diakui bahasa inggeris sangat penting dalam dunia perniagaan. Kelemahan ketara yang saya nampak dalam masyarakat kita ialah english. “Nak mulakan perniagaan macam mana yer,kebanyakan rujukan IT banyak dalam englih..padahal aku ni english tak pandai”..itulah yang selalu bermain dalam fikiran kebanyakan masyarakat melayu.Walau macam manapun kenalah berusaha lebih untuk pelajari english. Dapatkan tips2 dan juga nasihat dari yang pakar2. Insyalah anda akan berjaya.

  3. Salam Usahawan semua!
    Saya nak kongsi sikit pengalaman saya.. masa sekolah rendah sampai tingkatan 3 BI(Bahasa Inggeris) saya memang teruk.Saya ni memang tak reti BI.Kalau tengok citer omputih orang gelak saya pun gelak tapi tak tau apa yang digelaknya.

    Apa saya buat untuk tingkatkan BI saya?
    Saya hafal lagu Inggeris yang banyak lirik perkataan macam lagu Scorpion.Saya memang suka lagu dia.. so,saya hafal la.. sambil tu saya tengok makna perkataan tu dalam kamus.Saya nyanyi hari-hari lagu tu sambil tu ingat maksud dia.Lama kelamaan saya jadi suka dengar lagu inggeris.Saya pun teruskan hafal lirik dengan makna sekali.

    Akhirnya bila keputusan SPM diumumkan saya dapat kredit dalam BI(tapi bukan cukup makan punya kredit…hehehe).Walaupun tak lah sehebat mana tapi pada saya ianya satu langkah yang positif.Wah!terkejut jugak saya padahal sebelum ni asyik merah je….
    Sampai sekarang pun saya masih belajar lagi.. saya harap dengan membaca,mendengar dan menulis lebih banyak yang saya tahu.

    Terima kasih tips yang berikan.Boleh saya cuba! 🙂

  4. Ya betul tu Masa sekolah dulu pun my English teacher pun selalu advice me like you said,

    “To improve your English is to think in English”

  5. I too look stupid when speaking in english. my spoken english is bad. On the other hand, i need to improve my english to get involve in internet business, to reach people worldwide.

    Haa, nak tulis tu pun berjam2 kena fikir. sekarang sdg berusaha to improve my english. beli buku, majalah dan dengar radio pun yg berbahasa inggeris. bukan bermaksud nk menidakkan atau menganaktirikan bahasa melayu (bahasa kebanggaan saya), tapi memang i really need to speak and write better in english.

    macam yg katakan, nk buat business internet, lebih baik kalau fasih berbahasa inggeris

  6. Dulu, saya cuma faham b.i tapi apabila nak menuturkannya aduhai tergagap2 macam nak terseliuh lidah. pendekatan yang saya ambil ialah membaca surat khabar b.i hari2. tak kira la walau yang dibaca hanya separuh yang saya faham. alhamdulillah ianya terlalu banyak membantu, sekarang ni walau tak sebagus mana tapi taklah malu sangat…

  7. hi semua…

    memang tak di nafikan talk ini english is very important, terutama talk about business, online-based business…saya telah lama mempraktikkan apa yang dikatakan hari ni, hasilnya sungguh menakjubkan…kalau kita nak maju dlm bisnes, penguasaan bahasa inggeris amat penting…

    kesannya, network tambah ramai dan kita di lihat sebagai seorang peniaga internet yang berkaliber, professional dan ada communication skill yang tinggi..apa-apapun, yang penting important !

  8. tambah sikit lagi–> setiap bulan saya beli majalah CLEO sebagai salah satu langkah untuk improve my english.saya mmg minat majalah2 seperti itu. and i found that my english is improve better. Kalau dulu baca apa pun dalam bhs inggeris memang tak faham sepatah apa, sekarang dah blh baca laju dan blh faham, cuma nk speaking je “kureng”

    apa yg saya nak cuba katakan ialah, kita kena buat apa yg kita suka,apa yg kita minat barulah boleh berjaya, even untuk improve english ni pun

  9. Tip psl Bahasa Inggeris ni memang bagus sekali.BI kan ke ia dikenali sbg ligua franca.Jadi ia semestinya wajib utk semua org menguasainya. Saya rasa BI patut diamalkan dlm sistem pendidikan kita terutama ‘public speaking’ yg perlu diwajibkan sejak sekolah rendah seperti di oversea mcm . ceritakan tempoh hari.
    Kat rumah jugak kita perlu ckp BI dgn anak2 kita dan rajin membeli buku cerita BI. Akhir kata keep up the good work

  10. Bab fasih in English memang important untuk pasaran produk ke luar negeri. Dapat tulis & bercakap dalam English, Wow! What a great man. Pasti hebat punya, sebab orang barat tak pandai baca tulisan melayu. Macam mana pun mula-mula try simple english dulu. Cita-cita buat 3 version web, Melayu(sudah), English dan Arab.

  11. I sound stupid when I speak in English ..hee hee tapi tak kesah sebab kena speaking jugak pasai kerja dengan vendor dari India so kira improve laaa sikit sekarang niiwalau pun it did not sounds like music to my ears…

  12. Saya rasa lah kan kalau kita rajin surfing internet, tengok2 laman2 web org putih dan baca blog2 mereka yang pro macam nie pun adalah salah satu cara untuk improve kita nya english juga kan ?

  13. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

    Bahasa Melayu = bahasa yang difahami oleh orang Melayu. Loghat Kelate pun Bahasa Melayu. Sebab itu kalau semak Kamus Dewan, semua perkataan daripada bahasa daerah ada.

    Bahasa Malaysia = bahasa yang difahami oleh rakyat Malaysia. Kalau Bahasa Malaysia yang kita guna tidak difahami oleh orang Kelate, atau orang Penang, atau orang Terengganu, itu bermakna kita bercakap dalam Bahasa Melayu.

    *ini yg cikgu saya ajar dulu. kalau salah harap dibetulkan.

  14. Topik ini mengigatkan saya kepada Ronaldinho.Walaupun bukan tips untuk memperbaiki bahasa inggeris tapi ada kaitan dari segi caranya.

    Seorang pemberita menyoal tips Ronaldinho bagaimana cara beliau begitu hebat di padang bola.Ronaldinho menjawab,”tiap tiap malam sebelum perlawanan,saya membayangkan suasana dan gerak serta skill yang boleh dilakukan untuk perlawanan esok bermula dari minit pertama hingga tamat”.eh.tapi dia cakap omputih la…

    Ini menunjukkan beliau berfikir …
    pk pk kan lah

  15. kalau vocab tak power camne nak think in English? Is it that we have to strengtened our vocab first? Am I right?

  16. pengalaman saya.
    sikit2 lama2 jadi bukit…
    awal2 saya suka baca ‘comic strips’ dalam malay mail yang dibeli ayah saya.sebab bahasanya simple,dan kisahnya pendek untuk difahami. seterusnya bc artikel di suratkhabar.
    baca yg pendek2 kemudian maju kepada yang pjg2.

    mkck saya pnah ajar saya buat buku skrap. saya akan ambil 1 artikel,tampal kat buku,dan saya akan tulis perkara2 berikut :
    isi penting artikel,perkataan baru dlm artikel dan ayat yang boleh dibuat perkataan baru.pastikan anda ada kamus sebagai teman..=)

    pastikan juga anda mempunyai rakan yang sedia memberi kata semangat dan boleh dirujuk sekiranya anda mempunyai masalah.jangan malu dan segan untuk menguasai bahasa inggeris.

    pemain tenis nombor 2 dunia,rafael nadal langsung tidak tahu berbahasa inggeris pada awal kemunculannya. namun,tidak lama dulu ketika beliau berucap selepas mengalahkan nmbr 1 dunia,roger federer pada kejohanan rolland garros yang terkini,beliau memberikan ucapan dengan yakin dalam bahasa inggeris.

    pkara yang baik kdgkala sukar untuk kita lakukan.saya paksa diri saya,dan saya amat bersyukur atas paksaan saya itu.tp lebih baik kalo kite suka ape yg kite buat,ye x? hehe..
    maka,tanamkan minat untuk menguasai bahasa inggeris..

  17. Im also had a problem when im communicate (in english) with someone (if they malay or know bahasa)..but i had more confident (high level) when i talk to foreigners (pls correct me) because they cannot speak n understand malay as well..so if u wanna improve your english find someone (japanese, mat saleh 🙂 ) and try to talk to them…where we can find them ha? 😉 thats the problem.. so we could use ideas (think in english )

  18. masa sekolah tak pandai bahase omputih,cume pandai matematik.dulu,sebut matematik dua tiga bijik sekolah pun kenal.
    tapi lepas sekolah berusaha lebih memperbaiki bahasa inggeris, boleh lah menggunakan bahasa inggeris tapi grammar tak berapa betul. tapi pernah dapat 4.00(sekali saje) untuk subjek bahasa inggeris mase belajar dulu. hehehehe…

  19. masa sekolah tak pandai bahase omputih,tapi bukan sebab asal kelantan, sebab malas belajar..cume pandai matematik.dulu,sebut matematik dua tiga bijik sekolah pun kenal.
    tapi lepas sekolah berusaha lebih memperbaiki bahasa inggeris, boleh lah menggunakan bahasa inggeris tapi grammar tak berapa betul. tapi pernah dapat 4.00(sekali saje) untuk subjek bahasa inggeris mase belajar dulu. hehehehe…

    cuba anda hintung berapa banyak istilah berkaitan komputer atau teknologi lain disebut dalam bahase malaysia,kebanyakan disebut dalam bahase inggeris, mungkin disebabkan bahasa melayu sedikit panjang apabila diterjemahkan.

    apabila bahase inggeris diterjemahkan kepada bahasa melayu banyak berlaku kesilapan. contohnya,satu papan tanda diutara tanah air
    LOGI PENAPISAN AIR, Sepatutnya “loji penapisan air. hehehe”… logi bermaksud sesuatu berkaitan dengan ilmu.

  20. Semasa sekolah dulu, subjek B.I nie lah yang menjadi masalah terhebat bg saya dan mencacatkan buku rekod… semasa SPM A1 ada 6, bakinya A2 dan C3…tahu, berapa BI?.. C7!

    Sekarang, penyakit tu dah sembuh 🙂 alhamdulillah…

    Dgn idea dari ni.. boleh digunakan utk perbaiki lagi kelemahan…

    Time kasih 🙂

  21. Bukan tu saja.. Kita sepatutnya membaca byk bacaan bahasa Inggeris utk menguasai perkataan-perkataan baru.. Dgn itu takdela kita asyik tau perkataan asas je..

    PS: Cuma secebis pandangan

  22. Bahasa Inggeris..
    Sebenonye banyak juga Bahasa Inggeris yg kita dok proktikkan secara tak sedar dlm percakapan seharian spt..
    Don’t Go/Tunggu, Wait/Wei, Turn Down/Tendang,
    Goes Turn/Gostan, mgkn banyak lagi..
    Berfikir dlm Bahasa Inggeris, 1 perkataan membawa huraian yg panjang kalau nak diterjemahkan dlm BM.
    123.. Make a money tree.. We’ll feel free.. After achieve a glory..
    Ada masanya rasa BI nie mcm beku, ada masanya mcm cair automatik esp bila berdepan dgn customer English Man.. Atau kena buat karangan, pantun.. boleh pulak.. Kdg2 rasa mcm terbenam juga.. Anak Melayu sambal belacan (some ball blear chance)kata, kan..! Hehe..

  23. Saya pun mmg nak improve lagi bahasa Inggeris saya nie.Sebenarnya suma org faham bahasa Inggeris cuma x fasih jer.Contoh mcm saya la 🙂 .

    Saya target akhir tahun depan saya dapat berbahasa Inggeris dgn lancar.

    Amin.

  24. Master our English..sgt penting…kebanyakan org Cina yang saya jumpa…selalu speaking…so..kene improve kalo nak bersaing dalam bisnes..Thanks

  25. Very good coversation on english topic. Most of the malays are not confident with english. The main reason of this problem is due to we put english as a foreigner language and never use it in our communication.

    I think the way mentioned in improving english by use it while thinking is a best way to improve it. Another way to improve it, is always confidence when we use it. Don’t scare what people will say,laugh or etc. If we look the non malay who success in business, they’re also not good english but they’re confident with what they are convey and the most important the message should be understood to the both party. Then the principle of communcitaion will be achieved. Anyway please don’t make english as a bottleneck to our success. Lastly I wish to all muslim ” Selamat menyambut bulan ramadhan” dan menhayati sepenuhnya kelebihan bulan ini.

  26. Yes, i’m also trying give a islamic speech or teaching shariah by english, peoples need to know about islam in all over the world, may Allah use your capability towards Islam as His purity Religion, spreading to whole mankind! Amin. Thanks Irfan Khairi. Wslm.

    Ohya// Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak! wslm.

  27. hoho yup btol tu! actually semua bleh ckp english .. cuma x confident je..
    cth nye bler oral kt skool..
    time tu la kte kne luahkn je english pasar mlm ke…pagi ke.. ape2 je..
    jji ckp..huhu grammar tu ssh..
    thatz all.. =)

  28. owhh…sebelum ini tak tahu pula, bahawa cara berfikir dalam bahasa inggeris bole mengimprovekan bahasa tersebut. Nampaknye hari ini saya telah belajar sesuatu yang baru dan boleh terus diamalkan

  29. Think in English…menarik tu. Saya sebenarnya tak confiden nak cakap omputih, tapi kalau persekitaran kita semua cakap omputih ia akan membantu. Ni kengkawan semuanya cakap melayu. Nak tunggu peluang duduk negeri omputih tak de nampaknya. From now on, I’ll try to think in englih. What the great idea! Y’re brilliant

  30. yes..it’s true..english is important!!
    ade la jgak kadang2 tuh fikir dalam bahasa inggeris…
    tapi nk tanye lebih lanjut la..
    saya pun sekarang memang tengah mengintai peluang sebegini..
    can you show me how and chances to go through??!!
    saya serius dan berharap doktor dapat membantu saya…tq..!!

  31. No doubt… English retain as the most important language due to its international usage and recognition..

    Dengan English, saya rasa buat apa-apa pun dapat mendatangkan keuntungan asalkan idea itu bagus!~

  32. mmg idea yg bagus….masa SPM dulu saya dapat C3 dalam subjek bi.masa tu thn 95.bangga jugak…masa ujian bilanan tak penah pun dapat c3.tapi sejak keje ni saya rasa dah tumpul segala vocabulary saya.hehe….

    but i think that i have 2 study balik la.nak ajar anak saya bahasa inggeris yang baik n bagus utk bina keyakinan diri.

  33. actually, i tak pernah terfikir pun, utk think in English. Selalu berangan kononnya “very fluent in English” tapi tak pun. Sampaikan kalu nak marah, terasa nak marah in english..
    (speaking London) baru ader uummp…real sikit.

    Will try to think in English..Tq.

  34. Tak sangka saya cara tu rupa-rupanya sama dengan cara saya. Dan skang ni pun saya masih mengamalkannya. Walaupun kesannya lambat tapi tetap berhasil.

    Buktinya, dari ting 1 sampai ting 5 tak pernah dapat biru dalam paper BI. Cita-cita nak masuk ‘U’ tapi bila fikir semula jadi gerun sebab BI pun tak pass ini kan pulak nak masuk ‘U’. Tapi, oleh kerana keinginan untuk merealisasikan cita-cita tu telah melebihi dari segalanya akhirnya di peringkat SPM saya lulus. Macam tu gak time di ‘U’. Semuanya berjalan lancar seperti mana yang telah dirancang.

    Yang penting jangan berputus asa. Hati kena kuat macam batu.

  35. hi,

    This is first time i read all the article in every topic that u raise!! actually..before this..i know i’m poor in english but i try with chatting with foreigner and they said i’m okey..but then i still believe that he just not hurt me..but anyway our conversation live longer than i think!!

    last time i always gaduh..with my goodfriend using english…har..har..i..don’t know y..i..can merapik in english..panjang2..pulak..tu

    and now i baru start working with new company which is the director is Singaporean and don’t know sepatah haram in Malay..msa intervoew..i..write ler jawapan apa yg akan ditanya..and hafal….my friendla..jadik tukang perbetul my pronounsation..tapi..alhamdulillah walaupun i speaking menggunakan ayat yang pendek..tapi dia paham la..kot..
    or kesian..dapatla i..job tu..

    but now..bila dah keje..tengok muka diapun takut..sbb takut tak reti nak respons bila dia tanya..scara spontan..
    kalau dia lalu je cam buat2 tak namapak..kelakar..

    memang jadik rendah diri..colleges pun lecturer 2 english..sume speaking..time makan nak speaking..time shopping pun speaking..rimas plak..rsa..n..i..told them yg i tak fluent..grammer tah hape2..then diorg ok jer..
    tp sometime..bila i interupt using both languages la..diorg plak cakap melayu..
    hmm..bukannya kita tak paham..cuma malas nak susah2..n..takut lambat nak sampai sebab kena susun ayat..
    kelakar kan..anyway..memang i’m trying to solve this problem..memang susah..bila..tak pernah bercakap..
    tapi harap2..dpt improve..dengan buku2..lecturer2 tuh..

    thanks you.

Leave a Reply

Your email address will not be published.