Mencapai kejayaan menjadi lebih mudah apabila orang di sekeliling, terutamanya yang tersayang memberi sokongan yang tidak terhingga.
Namun adakalanya tidak semua bernasib baik dalam mendapat sokongan orang sekeliling. Adakalanya, sokongan yang diinginkan tidak diterima. Keluarga, suami atau isteri tidak menyokong usaha kita dalam mencapai kejayaan. Pastinya membuatkan kita di dalam dilema.
Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu…
1. Adakah anda memberi sokongan kepada mereka?
Apa yang anda beri, anda akan dapat kembali. Apa kata anda memberi sokongan 100% kepada orang yang tersayang untuk mereka mencapai matlamat mereka. Bukan sokongan yang bersyarat di mana, anda memberi sokongan, dengan syarat mereka akan menyokong usaha anda pula. Tetapi sokongan yang 100% ikhlas untuk mereka mencapai cita-cita mereka.
Ada keadaan di mana kita tidak mendapat sokongan dari orang yang tercinta hanya kerana diri kita juga tidak menyokong mereka seperti yang mereka inginkan. Cerminkan diri sendiri terlebih dahulu dan mulakan sokongan anda terlebih dahulu. Jangan harapkan mereka mengambil langkah pertama di mana anda sendiri tidak mahu berusaha menyokong mereka.
Silap-silap anda pun tidak tahu apa yang perlu anda sokongkan oleh kerana tidak pernah berkomunikasi…
2. Komunikasi dengan mereka untuk saling memahami
Adakah mereka tahu matlamat anda dengan lengkap? Adakah anda tahu matlamat mereka dengan lengkap? Adakalanya, komunikasi bersama pasangan suami, isteri dan keluarga adalah tidak jelas. Adakalanya kita seakan tidak memberi tahu gambaran keseluruhannya kerana menganggap umpama “Takkan tu pun nak kena bagi tahu” seakan mereka dapat membaca fikiran dan isi hati diri sendiri.
Berbincang dengan mereka dengan jelas. Beritahu secara terus terang apa yang anda usahakan dan betapa pentingnya sokongan mereka serta betapa anda hargai sokongan mereka untuk membantu usaha anda. Ingat, ianya perlu secara telus dan terus terang supaya komunikasi dapat difahami oleh kedua pihak.
Peluang ini bukan sahaja satu hala untuk anda beritahu apa yang anda inginkan, tetapi juga untuk anda fahami dengan lebih lanjut mengapa mereka tidak memberi sokongan dengan banyak bertanya soalan. Mungkin mereka juga tidak tahu gambaran keseluruhan apa yang anda inginkan sebelum ini.
Komunikasi yang efektif adalah sangat penting apabila berbincang supaya kedua-dua pihak lebih memahami matlamat masing-masing. Dan sekiranya tetap tidak mendapat sokongan…
3. Sokongan yang paling penting adalah dari diri sendiri
Tidak dapat dinafikan, sokongan orang lain atas usaha anda memang akan mempermudahkan diri anda secara psikologi. Namun, sokongan yang paling berkesan sekali dan yang akan membawa anda berjaya dalam mencapai matlamat anda adalah sokongan yang datang dari diri anda sendiri.
Sekiranya anda tetap boleh meneruskan usaha anda, walaupun tidak mendapat sokongan pasangan suami isteri serta keluarga, maka teruskan juga walapun tidak mendapat sokongan. Tidak semestinya tanpa sokongan orang terdekat, anda tidak boleh berjaya. Mungkin juga sokongan akan datang dari punca yang lain. Rezeki itu sangat luas!
Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula pada bulan hadapan. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277
Program separuh masa ini boleh diambil secara kelas bersemuka sekiranya anda berdekatan dengan Kuala Lumpur [KLIK DI SINI] , atau secara 100% online sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur [KLIK DI SINI].
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terima kasih sifu IK, saya merasakan yang keluarga mertua tak memberi sokongan dan saya dah boleh faham kenapa. Alhamdulillah rasa semangat bila baca yang nombor 3 tu 🙂
Sangat setuju sifu IK…. sebelum kita nak sesuatu dari seseorang kita sepatutnya memberi dahulu… what you give you get back…. cermin diri sendiri… ubah diri sendiri dahulu…
-Ezwan Sahwan-
http://www.RahsiaBajuKurung.com