Susah ke nak jadi jutawan??

SUSAH! Memang susah…. Siapa kata senang? 🙂

Kalau senang, ramai sudah jutawan di dunia ini. Tetapi hakikatnya, hanya lebih kurang 5% penduduk sahaja yang hidup senang lenang dan betul-betul bebas kewangan.

TETAPI, ada satu perkara yang akan memudahkan anda untuk menjadi jutawan… (bukan menyertai skim cepat kaya Internet yang menjanjikan berjuta sekelip mata!).

Iaitu, lakukan apa yang anda suka. Lakukan apa yang anda enjoy. Sekiranya anda menjalankan perniagaan yang berkait rapat dengan minat anda, hobby anda, atau passion anda, maka, perjalanan menjadi jutawan menjadi lebih mudah.

Bagaimana pula sekiranya tiada minat atau hobby? Bolehkah kita mulakan sebarang perniagaan sahaja? Boleh… lakukan apa perniagaan sahaja, tetapi, dalam proses menjalankan perniagaan itu, bina minat keatas perniagaan tersebut. Belajar untuk meminatinya juga oleh kerana ia akan memudahkan anda untuk mencapai jutawan. Seperti orang kata: Tak kenal, maka tak cinta!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

46 thoughts on “Susah ke nak jadi jutawan??

  1. Memang susah nak jadi jutawan… walaupun nyaris putus asa, biarlah terus hidup dgn seadanya, apa nak buat.. Tapi ada dua lagi perkara penting yg bersifat ‘menendang’ke arah itu walaupun bbrp kali melantun balik2.. Pertama luahan perasaan anak2 sndr utk bersama seorg ibu 24jam, kedua.. nak ‘membeli nyawa’ org lain spt kes2 penyakit kritikal esp kanak2 atau ibu/anak2 kecil diancam bunuh oleh along… (Beli nyawa..?!) Hmmm entahlah… Lahaulawala quwwata illa billah…

  2. Bukan senang nak jadi jutawan… antara streamyx dan astro (nak tengok af) terpaksa ambik streamyx je astro entah bila leh pasang…

  3. Betul Irfan.. saya sendiri melalui dugaan yang sukar untuk memulakan bisnes internet yang pertama milik saya sendiri. Namun sedikit demi sedikit saya tekad untuk meneruskannya. Walaupun bidang yang saya ceburi ini merupakan bidang yang amat saya minati, saya tidak dapat mengurus MASA dengan baik.

    Apa pun kini saya sentiasa membawa diari bagi memastikan apa yang saya rancang dapat dilaksanakan. Terima kasih atas tunjuk ajar Irfan.

  4. Asalamualaikum pelawat setia, dan semuakrew.

    Saya minat betul dengan komen bahagian yang kedua dan akhir tu. ” lakukan apa perniagaan saja, tapi, dalam proses ….bina minat keatas perniagaan tersebut.Barulah lega rasanya ada yang hujung tu.

    Sebab yang saya minat susah sangat nak ujudkan perniagan. Jadi kenalah cuba apa je yang boleh, asalkan berkat.

  5. Assalamualaikum Irfan dan pelawat setia

    Saya amat tertarik dgn tip hari ini. Memang susah nak jadi jutawan. Saya nak juga mencuba walaupun dah bayk kali kecundang. Kali ini saya nak mencuba buat apa yg saya minati atau hobi saya, janji yang berkat dan halal Saya akan cuba. Harap kawan-kawan dan doakan saya berjaya.

  6. jutawan?

    ganesh kumar jadi jutawan sebelum umur 30an ,dengan memperkenalkan sistem pembayaran ciptaannya dikenali sebagai MOLAccess. sekarang syarikatnya LISTED!

    irfan khairi too!

  7. sibuk tul ari ni, baru skrg leh tgk petua 1 minit.
    Jutawan? Mmg susah tuu….kalau senang dah melambak jutawan kan? tapi tak mustahil untuk kita bergelar jutawan. yang penting usaha, ilmu, doa dan tawakal

  8. Ku mahu jadi jutawan
    Mengira wang hingga bosan
    Ku mahu jadi jutawan
    Hidup tanpa tekanan
    Beli yang ini yang itu
    Beli apa yang ku mahu
    Ku mahu jadi jutawan

    Setiap hari ku fikir strategi
    Apa cara lagi tuk capai misi
    Formula ku cari tak jumpa lagi
    Turun naik saham ku tak faham nanti ku pitam
    Ada skim cepat kaya tetapi ramai jadi papa
    Ku baca didada surat khabar
    Nak jadi penyanyi aku tak jadi
    Cetak rompak yang orang beli
    Bila nak cuba berniaga pula modal tak ada
    Ku hutang bank tapi mereka mahu cagaran harta

    Kerja makan gaji sampai mati tak mungkin kaya
    Harap KWSP itu pun jika hidup 20 tahun lagi
    Nak jumpa Halim putarkan roda
    Kerna soalan senang Jalal setakat 8 ribu ringgit saja
    Bagaimana orang lain selalunya
    Dapat projek berjuta
    Tapi aku habuk pun tiada
    Orang kata kegawatan ekonomi sudah beredar
    Benarkah ia?

    Putar roda putar
    Ku jawab terketar ketar
    Orang kata ku oputornis
    Tulis apa kau nak tulis
    Apa kenapa tidakkah ku punya rupa
    Bakal jutawan?
    Wahai kawan aku juga seperti satu dunia
    Punya impian seperti Bill Gates
    Peluang ada dimana saja
    Ada yang jadi kaya
    Tapi talak leti baca

  9. memang susah gak nak jadi jutawan. tapi jika kena cara mesti jadi punya.buat apa yg kita minat pasti boleh spt kata

  10. memang susah tak ada yang senang pun….
    5% memang jadi impian semua orang….
    cari dan buat apa yang kita minat…
    jangan buat yang tak minat nanti penatttttt….
    kerana perjalanan terlalu jauh untuk 5%…
    tapi dengan minat,usaha dan tip IR (harap benarkan saya guna singkatan ini,sedap sikit bunyinya,komersial) pasti jadi lebih mudah untuk 5% tu……
    harapan kita semua antara 5% tu ya…..

  11. Memang betul bukan senang nak senang! dan bukan susah nak susah? Lazim di dunia ini perkara yg kita hendak/hajati sungguh2 tanpa usaha yg paling maksimum jgn harap dapat. nak jd usahawan atau jutawan…….ada kata senang & ada kata sebaliknya.
    Jutawan bnyk maksud…ada ke dinilai hanya dari materialistik saje? yg penting bukan berapa juta RM yg kita ada tp bagaimana kita belanja & bagaimana kita simpan. kenapa ada Jutawan yg sentiasa susah x cukup je nk bayar hutang & lain2? Sebab dia tak tahu nk belanja & simpan. yg palin penting pd saya ialh kita rasa senang hati, relax, tak ada hutang, boleh beli mengikut kemampuan atau kegemaran kita & tdk ikut nafsu hati. Tdk membazir…baru lah hidup teratur. Seperkara lg blh membantu org susah, buat hospital utk org miskin (percuma), bina sekolah & asrama anak yatim, antar org/keluarga/saudar mara pegi Haji & umrah atau apa saje sebagai Dermawan (philantropist) yg beri manfaat pada umat dan dunia.Jd Jutawan Muslim spt Abd. Rahman Auf…tdk terkesan pd harta, korban semua harta utk agama. Berapa org sanggup jd cam Rahman Auf?Dari Allah kita dtg, padaNYA kita kembali juga!Yg penting kita dpt dunia & syurga.Jgn ingat dunia sementara tp lupa ahkirat yg kekal abadi selama2nya. TQ

  12. Minat ni sebahagian dari moral.kerja yang kita lakukan dengan minat yang mendalam akan lebih berkesan hasilnya dan berkualiti.Begitu juga dalam perniagaan.Gunakan minat untuk menjana pendapatan.misalnya minat ikan hiasan maka jalankan perniagaan ikan hiasan.

    p/s :minat nak jadi jutawan..hehehe

  13. Bukan mudah nak jadi kaya…kalau tak susah, susahlah nak jadi Kaya.

    Ya…kalau nak jadi kaya kena ada Ilmu baru boleh.

    Peace…Malaysia Boleh

  14. Ada banyak cara untuk jadi jutawan. Salah satunya ialah dengan menjadi seorang usahawan.

    Manjadi usahawan bukan bermakna kita berniaga sesukahati kita. Kena faham maksud perkataan itu sendiri.

    Usahwan bermaksud orang yang berusaha. Berusaha melalui kerja kuat atau kerja bijak. Orang yang tidak berusaha itu bukan usahawan. Orang yang berusaha pula sudah tentu ada keupayaan dan daya untuk berusaha. Maka itulah ada dayausaha dan dayamaju.

    usahawan = orang yang berusaha
    jutawan = orang yang menjadi usahawan

    Persoalannya, berhasilkah usaha kita? Betulkah usaha kita? Hanya untuk renungan…

  15. bagaimana nak jadi seorang jutawan? berniaga benda yang orang tak berniaga. fikirlah.. aku pun dah penat fikir apa bendanya.. cuma aku nak cakap buat kerja atau berniaga tanpa halangan daripada pihak dan tertentu dan jangan tamak nak buat semua benda. ‘membuat sesuatu lebih daripada kemampuan adalah satu dosa’. oprah winfrey yang cakap bukan aku.

  16. Usaha guna akal penat otak,usaha guna tenaga penat badan,usaha guna ilmu penat baca,usaha nak jadi kaya penat menulis idea tarak juga datang…oh duit cepat lah kau datang..amin

  17. saya berminat mencipta lagu,tapi tak tau mcm mana nak pasarkan lagu ciptaan saya..Ada sesiapa boleh bagi tips..?

  18. Menjadi seorang jutawan kita mestilah bekeja keras untuknya dlm segi apa pun.No short cut
    look how some of the rich people sweat them self to many of them though.Kita should follow their example.Kita orang Melayu pun boleh kita usaha inysa allah kita Melayu Boleh 🙂

    AdiA.
    http://www.simplymarketingcash.com

  19. Salam kasih sayang,

    Mungkin saya dapat berkongsi Tip untuk jadi JUTAWAN. Buatlah pelaziman baru clik di sini.

    Semoga diberkati. Amin

  20. minat tu yang penting,apabila datang seronok,maka otak pun meghasilkan hormon gembira endorphin,dan ia mengubat badan.
    kalu tak minat jugak tapi nak usahakn nak minat,carilah orang yang sebaris dgn irfan jutawan.
    klau fikir rela terpaksa,maka hormon ketegangan kortisol terhasil,ynag badan sakit bertambahlah sakit.

  21. minat memang perlu ada kalau nak buat sesuatu kerja. Lagi2 kalau nak mengadap kerja tu hari2, dan untuk menambahkan pendapatan melalui kerja tersebut. Jadi kalau x minat, jawabnya sekerat jalan je la. Tapi minat masih boleh dipupuk sedikit demi sdikit..Macam perkara yang kita minat sekarang ni, mesti minat kita dah dipupuk sejak kecil atau sekian lama kan. Jadi x mustahil untuk mencipta minat yang baru untuk sesuatu perkara yang lain.

  22. Bagaimana nak jadi jutawan ? Pelajari Langkah Jutawan.

    Orang yang berjaya menjadi jutawan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dan ia boleh kita tiru dan pelajari untuk berjaya. Cara berfikir,minda, disiplin diri dan sikap dalam melaksanakan sesuatu usaha atau perniagaan oleh seseorang jutawan – inilah Langkah Jutawan yang perlu dipelajari oleh mereka yang ingin menjadi jutawan.

  23. nak jadi jutawan jauh sangat…emm nak jadi senang pun susah apa lagi orang yang BUTA tentang IM ni…bukak komputer terus online yang tau cuma cek email terima email hantar email..bila kita minta ilmu kat otai-otai IM semua minyak bayar..mahal pulak tu. tapi kita pun belilah, tapi isinya hampeh…nak kata macam kena tipu ye jugakk..saya rasa diorang cuma nak kita beli ebook diorang. diorang bertambah kaya dan yang baru nak mula terkapai2 cari ruang…kononnya isi ebook complete tapi harammmmm….terpaksalah kita cari-cari lagi ebook nak jadikan guru kononnya nak jadi macam otai-otai tu, tapi rupanya kita yang kayakan diorang. satu persatu email sampai pada kita suruh beli ebook diorang dengan janji lepas ni anda mesti pandai macam diorang tapi sama jugak.
    sekarang apa panduan yang betul2 nak jadi pandai sikit tentang bisnes intenet ni? saya taknak sebut dengan siapa saya dah beli ebook..semuanya bagi saya pembohong…pada surat jualan peh bukan main…tapi rupanya rahsia “kantau” diorang tetap diaorang simpan sebab tak mahu kita teror macam diorang….semua orang yang saya beli ebook panduan bukannya orang tak popular…popular tu….

  24. Saya juga salah seorang yang ingin berjaya dan menjadi kaya dengan apa jua yang saya ceburi namun samapi sekarang masih gagal untuk mendapatkannya…mungkin strateji saya tak betul walaupun saya banyak membaca berbagai buku2 berteraskan ilmu perniagaan, ilmu menjadi kaya, ilmu nak sukses dalam berbagai bidang, ilmu berlandaskan motivasi-diri dan malah mencuba untuk menulis buku…tapi mungkin saya harus banyak belajar lagi…saya tabik tuan yang telah berjaya dan jadi kaya…

  25. saya ibu kepada dua cahaya mata. saya rasa memang bukan mudah nak jadi jutawan. memerlukan kesabaran yang amat tinggi. syabas encik irfan

  26. dan saya juga percaya minat pada apa yang kita minati seperti jahitan, masakan juga boleh menjadikan kita jadi jutawan. seperti saya sendiri minat dalam bidang jahitan yang telah saya selesaikan. dan saya rasa seronok dalam bidang yang saya pilih dan saya hendak memajukan lebih kehadapan

  27. Assalamualaikum IK,
    Bagi saya tiada apa di dunia ini yang senang nak dibuat jika minda kita selalu kata susah … susah. Yang susah boleh menjadi senang jika kita sanggup membayar harga sesuatu kesenangan itu. Banyak pengorbanan yang perlu kita tempoh dan lalui jika ingin bergelar Jutawan.

    Tp apa yang penting belajar daripada kesilapan yang lampau dan tak mengulanginya lagi,jangan mudah putus asa, azam yang teguh untuk berjaya dan belajar daripada orang-orang yang telah berjaya untuk mempercepatkan lagi proses penghijrahan itu…

  28. Setuju dengan statement IRfan..minat, passion…sekarang ni saya tak la jadi jutawan lagi tapi menjalankan perniagaan jual beli emas atas dasar minat dan passion..

  29. xtahu la susah ke nak jadi jutawan sbb kita lihat ramai yg telah jd jutawan… tp bagaimana? mcm saya sendiri siapa yg xnak tp mcm saya xberminat MLM tp apa cara lain yg untuk jadi jutawan yg halal dan xtipu orang. bukan nak jutawan sgt tp nak hidup senang bebas dari hutang tumah ada kete ada dan nak beli apa2 pun boleh xpening memikirkannya..

  30. Salam IK… menarik sangat blog ni.. isu mengenai nak jadi jutawan IT dah jadi isu hangat masa kini.. apepun blog sy merangkaK sedikit demi sedikit untuk dapatkan PR..

  31. Kaya dan miskin?bukan ketentuan…ia adlh pilihan.kita yang plih sama ada nk kaya atau miskin.tp klu kita tak buat pilihan,itu pun pilihan!.jadi kita pilih lah,aku nak jadi org kaya.tp bila kita kata,aku nk jadi org kaya.kita tnya blik dri kita.sudahkah kita ready?dh bersediake belum?sbb,kita thu nk kaya,kita thu nk berjaya,kita pasti akn menghadapi apa yg dinamakan dugaan,cbran,onak,ranjau,duri,liku,pelbagai cabaran.stuju tak?sebab itu kejayaan,memang melawan arus,bukan mengikut arus.kerana kata orang tua-tua,bukan senang nak jadi senang.dan bukan susah nak jadi susah.jadi bila kita kata aku nak jadi jutawan.mindset kita,mesti kuat.walau apa jua dugaan,onak,ranjau,duri liku,semua itu aku jadikan sebagai,rempah ratus kejayaan.bila jatuh?its okey.kerana jatuh itu biasa.bangkit dari kejatuhan,itu luar biasa!apa yang pasti,membujur lalu melintang patah,lawan tetap lawan!Lawan tetap lawan!Lawan sampai jutawan!I will fight and never surrender!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.