Skill yang akan mengubahkan hidup anda – Public Speaking!

Beberapa tahun yang lalu, saya tidak percaya bahawa terdapatnya satu skill dimana sekiranya anda mahir menggunakannya, ia akan mengubahkan hidup anda. Namun, skill ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh orang ramai…

Public Speaking Skill!

Ya- sekiranya anda mahir pengucapan awam (public speaking), ianya akan mengubahkan hidup anda. Public speaking adalah antara skill yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Bill Gates, Donald Trump, Richard Branson, Warren Buffet… dan yang lain-lain mahir dengan public speaking.

Beberapa tahun lalu, saya amat takut dengan public speaking. Sehinggakan saya tidak percaya bahawa public speaking boleh membantu dalam kejayaan. Hingga tiba masanya saya memaksa diri memahirkan diri dengan public speaking, keyakinan saya berubah dan kejayaan pun berganda!

Sekiranya anda tanya sesiapa sahaja kenalan saya ketika di sekolah rendah, sekolah menengah, ITM hingga universiti, semua ketika itu tidak akan sangka bahawa public speaking kini menjadi sebahagain hidup saya. Sekiranya saya yang dulunya pendiam dan pemalu pun boleh lakukannya, saya yakin anda juga boleh.

Kini pun masih pendiam dan pemalu 🙂

ps: Public speaking bukan sahaja untuk berceramah, tetapi sebagai skill komunikasi bersama teman pejabat, pelanggan, majikan, di dalam meeting, negotiating, dan apa jua keadaan berkomunikasi dengan orang ramai yang kita kenal atau tidak dikenali.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Skill yang akan mengubahkan hidup anda – Public Speaking!

  1. Assalamualaikum wbt,
    Saya setuju 200/100 dengan pendapat Ia bakal mengubah hidup kita. Dengan mencurahkan ilmu kepada orang lain bukan sahaja akan menambahkan keyakinan diri sendiri untuk menghadapi apa sahaja situasi bila berhadapan dengan orang ramai bahkan secara tidak sedar ia juga akan meningkatkan ilmu kita selain menambahkan rezeki melalui hubungan baru yang terjalin di antara penceramah dan pendengar.

    Satu syarat yang mesti dipatuhi (pada pendapat saya) ialah seseorang itu mesti mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup sebelum boleh membuat pengucapan awam kerana kelak diri sendiri akan malu apabila tidak mampu atau cuba mengelak soalan-soalan luarjangka peserta. Ilmulah sumber kekuatan seseorang untuk membuat pengucapan awam. Berucap tanpa ilmu kadangkala boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada penceramah untuk jangkamasa panjang. Tetapi kalau kita yakin ilmu dan pengalaman yang ada sudah cukup, saya rasa seseorang itu MESTI mencuba untuk membuat pengucapan awam. Walaupun terketar-ketar, gemuruh, tak keluar suara, nak terkencing untuk kali pertama (itu perkara biasa) dan insyaAllah untuk kali yang seterusnya ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Apa komen ?

  2. Asalamualaimum,

    Bila dah berjaya menaip, kita bercakap pulak!

    Maksud saya nak mulakan isikandungan internet business, yang saya dah nampak menulis lah yang waibnya. Samada tulis sendiri atau upah orang lain, tak kisahlah, asalkan menulis/menaip.

    Nak lagi berjaya, kena pandai bercakap pulak. Kalau sebelum ni kita tulis, jelaskan melalui tulisan, pastu kena pulak jelaskan melalui kata-kata. Baru dapat kejayaan berganda, itu kata kan?

    Bila kita tengok keliling, memang betul pun. Mat-mat indon yang kena angkat simin dan panjat bangunan, paku sana, paku sini, dapat gaji berapa je. Tapi bos yang duduk dalam pejabat aircond, sain dan arah je dapat pendapatan lebih. Termasuklah bercakap. Bos ni kan suroh dan beri penerangan dengan bercakap.

    Pendek kata, bercakap yang guna otak lah. Baru boleh kaya. Kerja guna tenaga gajinya tentu jauh lebih kecik dari pendapatan orang yang keja pakai otak.

    Jadi business internet kita ni kenalah memerah otak, baru dapat lumayan… betul tak ?

  3. kalau nak memulakan public speaking ..apa kata turun je kat pasar malam..disana boleh jumpa ramai public speaker..sambil2 tgk barang.. perhatikan je from top to toe peniaga2 semua tu… selalunya ayat pertama yg akan keluar…

    “ya incik.. apa barang mau beli..?” .. “..

    “saya rasa kain nih sesuai dgn ‘kakak’ .. sebab warna dia sepadan dengan tinggi ‘kakak’… ”

    (dont ever say makcik) ..
    alamat nya nanti kastemer lari ler..
    hehehe..

    tapi saya rasa memang ok sangat untuk belajar informal public speaking di pasar malam..

  4. Riezal, rasa mcm berminat pulak nak berkecimpung dlm industri pasar malam ni. Bole cerita sikit prosedurnya, cara mendapatkan lesen, tipsnya, do & don’ts nya, dll…

    Ni kena buat public writing la sikit… of course dengan kebenaran

  5. ya… public speaking di pasar malam cara yang simple tapi payah nak laksanakan. Nampak peniaga tu mcm senang je mengeluarkan suara tetapi cuba kita pulak jadi diorang….. huhuhu….

    Peniaga pasar malam yang pandai public speaking pastinya dapat meraih pelanggan lebih banyak berbanding pesaingnya yang menjual produk sama tetapi senyap je

  6. en.zoomer…

    kalau nak apply lesen selalunya permohonan kat majlis bandaraya saje..kalau di tempat saya (ipoh).. pihak majlis akan beri list
    lokasi pasar malam dan lokasi persatuan2 yg mengendalikan pasar malam..

    pergi saja pada pejabat persatuan2 pasar malam tersebut kerana setiap lokasi pasar malam dikendalikan oleh persatuan yg berbeza..

    disana pemohon boleh tahu tapak2 pasar malam yang kosong..tiada sewaan dikenakan pada tapak2 ini.. cuma yuran tahunan rm10-15 (tahunan) dikenakan pada pengusaha setelah berjaya mendapat tapak…

    pihak persatuan akan memberikan surat pengesahan kepada pemohon supaya dikepilkan sekali pada borang permohonan lesen pasar malam termasuk salinan fotocopy kad pengenalan..

    mungkin bayaran permohonan lesen berbeza di setiap negeri..

    en.faezil…

    saya setuju sgt.. sememangnya byk peniaga pasar malam…tetapi kalau nak extra cash masuk mulut kene lah ringan2 kan utk berkata2..

    tambahan pula jika kita menjual produk yg unik seperti yg diajar oleh IK pada kursusnya…gunakan kelebihan yg ada pada produk tersebut untuk meraih traffic yg banyak…dengan cara … melantangkan suara anda ..

    seperti contoh : “PEN 2 DALAM 1…. BUKAN DIGUNAKAN UNTUK MENULIS…TETAPI DIGUNAKAN UNTUK MEMBUKA PENUTUP BOTOL DAN UNTUK MENOREH GETAH, HADIAHKAN PADA TOKWAN2 ANDA..PASTI MEREKA AKAN LEBIH MENYAYANGI ANDA DARI CUCU-CUCUNYA YG LAIN !!! ”

    bunyinya pelik & lawak = gunakan untuk menarik perhatian

    ps: saya pun tak tau ..wujud ker pen jenis cam nie? hehehe 😛

  7. hmmm.. banyak betul idea riezal… bagus & tahniah!

    satu lagi… ‘public speaking'(‘PS’) bukan sahaja penting untuk bidang perniagaan, juga penting semasa ‘interview’ dan ‘meeting’, so.. ‘PS’ ada 3 dalam 1. Tak rugi kalau belajar & mahir dalam skil ni. Kalau kita perhatikan betul2, bos yang duduk kat kerusi ‘kulit’ dgn air-cond yg nyaman tu pun sebenarnya tak semahir kerja org bawahan dia, tapi sebab dia ada ‘PS’ yg bagus & very confident… so dia boleh jadi ketua…

  8. Assalamualaikum wm. wb..

    Irfan…,

    Apa khabar? Apa yang saya lihat responden2 tuan adalah positif dan kadang2 terlalu positif. Apa yang menjadikan mereka berfikiran begitu?

    Saya selalu melihat orang yang berfikiran positif selalunya out of track lebih2 lagi kalau diorang naik excited..sampai tak peduli orang. Cakap pun dah takde point, cuma syok sendiri.

    Saya pasti ada unsur sentimen yang berat bermain di dalam fikiran mereka. Terutama sekali berkenaan dgn impian utk jadi kaya, rumah besar, kereta besar dsb. Suntikan ini biasanya datang dari unsur luaran dlm bentuk sogokan minda spt sessi motivasi, pendekatan mentoring ataupun dalam bentuk visualisasi melalui presentasi media yang canggih secara ulangan sehingga terlekat di dalam fikiran mereka utk menyamai apa yang didengar, dilihat dan disogokkan (sebenarnya banyak cara lagi).

    Saya menulis ini kerana saya telah melihat dgn mata kepala saya sendiri. Sehingga Ah Chong berkata, Olang Malayu Kalau Lu Mau Makan, Lu Kasi Diolang Excited La…Lu Celitalah Apa2 Yang Siok(syok), Olang Melayu Memang Cepat Mabuk Oooo…talak Minum Ayer Keras Oooo. Memang Lepas Tu Diolang Langgar Tak Tentu Hala. Lu Boleh kaya Oooo( tapi kaedah sebiginikah yang kita sbg org melayu nak lakukan).

    Saya tak pastilah Irfan.., saya menulis ni bukannya saya negatif dgn pendekatan tetapi KEYAKINAN…KEYAKINAN dah takde. Saya bukan Mr. Cyber World type of person tetapi saya sedar peluang berada di mana2. Kaedah kena betul tetapi saya dah habiskan masa lebih dari 30 hari dan duduk mengadap komputer lebih 12 jam sehari untuk kenal dunia cyber ni dan cuba buat duit sikit.

    Terlebih dahulu izinkan saya memohon jutaan kemaafan jika laman ini bukan tapak utk menulis panjang-panjang atau yang sesuai kerana saya memang TIDAK TAHU nak tulis kat manapun kerana ceritanya begini:-

    Saban hari saya lalui sebagai Penganggur(kerja sendiri-tak makan gaji), saya sentiasa mencari peluang utk hidup untuk sesuap nasi dan berusaha utk membayar sewa rumah DBKL dan bil-bil bulanan (maklumlah..selepas kena retrench, saya susah nak dpt kerja sebab dah tua dan takde kelulusan. Nak kerja buruh pun, saya ada penyakit sendi, doktor hospital tak bagi kerja berat). Jadi saya cari kerja tak berat dan cuba berniaga dgn modal kecil (MLM lah jawabnya). Setelah setahun bergelumang dgn dunia MLM, dptlah merasa pendapatan RM2000 lebih sebulan. Tapi apa dah jadi…skrg RM0,000 sbb Upline sudah twist sama saya. Kerja macam lembu…tidur kat surau (kadang-kadang out station kat Pahang, Trengganu, Johor dsb malam2 jalan pun blh terserempak dgn hantu terbang) sebab tak cukup modal sewa hotel. Apa yg saya dpt skrg ni, sekali diorang ketis, saya tumbang terus.
    Pengajaran yang saya dpt perniagaan MLM ni memang boleh buat duit, semua org boleh buat tetapi di peringkat awal saja. Kalau nak pergi jauh, memang you cannot go straight, you kena ada group penjahat…baru boleh dpt RM10,000 ke atas. Kena pulak sekarang ni byk skim-skim cepat kaya yg berselindung di sebalik AJL (95% sykt MLM mengamalkan konsep ini sebab Tuan Punya sykt memang nak untung besar dgn cepat dan Group2 Penjahat dah banyak kat luar nak jadikan kita mangsa). Memang kita dah tak boleh cari makan skrg tetapi kenapa ramai org masih gila2 nak buat MLM? KERANA SENTIMEN yang saya tuliskan di atas tadi. Bila dah mabuk, memang tak sedar diri…dpt RM5.25 dah excited gila2 tapi modal dah keluar utk pendaftaran, maintenance, minyak kereta, tol, belanja minum, beli baju, seluar dan kasut baru, yuran seminar, yuran bengkel, yuran masuk meeting dsb dan akhirnya dpt RM5.25…apa semua ni? Berniaga apa ni Irfan…byk sgt muslihat…MLM ni bukan berniaga modal kecil tapi MODAL BESAR. Siapa takde modal, memang tak boleh berniaga…semuanya penipu besar.

    Jadi skrg saya tak buat lagi MLM…tapi duduk termenung sebab duit dah takde cuma otak saya saja yang tinggal berfungsi..itu saja. Suatu hari terlintas di dalam fikiran saya pada satu cerita semasa di Kuantan. Masa tu saya approached sekumpulan Pakcik2 di sebuah Restoran utk promote produk MLM saya nilah dan kalau boleh saya nak sponsor diorang…tetapi apabila saya mendekati pakcik2 ni, diorang tgh sibuk dgn satu laptop, semua mengelilingi laptop tu dgn penuh khusyuk & tawaduq. Saya tegur & beri salam (ada yg balas balik dan ada yg tak sedar pun saya dtg) dan tanya apa yang diorang buat…diorang kata tgh tengok internet business diorang. Saya pun tanya…mana line internet? Saya tak nampak pun? Diorang diam dan senyum kambing tapi saya jadi bertambah pelik sebab memang diorang tgh gunakan internet? Tiba-tiba sorg Tuan Hj tegur saya dan kata kat sini memang ada internet dan saya bertambah peliklah sebab saya masih tak nampak lagi line atau cable disambung ke laptop tu? Saya terus mendiamkan diri, duduk dan order air minuman….dan sekarang memang saya rasa bodoh sgt sebab saya masih tak tahu macam mana diorang boleh pakai internet walaupun takde cable telephone. Akhirnya tak jadi nak promote Produk MLM tu. Pakcik2 tu diam je tak cakap apa2 pun…konsentrasi mereka pada laptop tu dah maksimum..tak boleh buat apa2 lagi.
    Keesokannya saya dtg lagi ke restoran tu tapi kali ni pakcik2 tu dah takde.Lalu saya tanya tuan kedai bertanyakan pakcik2 yg berkumpul semalam apa diorang buat. Akhirnya saya dpt jawapannya…MEREKA BUAT BUSINESS DLM INTERNET DAN DIORANG GUNAKAN WIRELESS INTERNET LINE UTK ACCESS INTERNET….WOW pakcik2 tu semua hebat2 belaka tetapi saya yang bodoh dan ketinggalan.
    Tuan punya kedai kata pakcik2 tu buat duit ratus2 sehari melalui internet tetapi diorang melabur USD100–USD1,000 utk berniaga. bila saya dgr transaksi USD..USD..ni, saya jadi kecut otaklah terus saya lupakan saja.

    Berbalik dari cerita awal saya tadi, saya terfikir utk explore dunia cyber ni tapi saya tak tahu guna internet..taip-taip surat dan print memang boleh lah tapi kalau pakai internet memang zero. Jadi saya berfikir macamana nak uruskan ni semua krn saya cuma ada komputer saja di rumah tetapi tak pernah berfungsi sbg internet. Tanya kawan..dia kata kena ada modem dan kena daftar kat telekom lepas tu kena buat appt dgn kontraktor untuk pasang line tu. Lepas tu kena buat setting kalau tak tahu buat setting, kontraktor boleh buat tapi kena bayarlah. Waduh mak…dah takde duit, suruh aku itu dan ini pulak internet ni. 2 bulan jugak saya berfikir macamana nak dptkan line internet ni tetapi tuhan punya kuasa, terserempaklah dgn jiran sebelah lalu saya bertanya pasal internet2 ni…rupa2nya dia pakar komputer .tak sampai seminggu, saya dpt gunakan internet dgn percuma…satu senpun tak keluar duit Caranya ialah dia suruh saya cari CPU yg org buang lepas tu saya kena buka CPU dan cabut AP card dlm CPU…nasib baik saya dpt dgn mudah. Saya serahkan pada jiran saya dan dia pasangkan dan setting utk saya tapi line dia macamana ya? Rumah dia guna HotSpot, jadi skrg saya dah sama macam Pakcik2 tu punya laptoplah…wireless internet dan yurannya ikut suka saya nak bayar atau tidak, dia tak kisah dan tak rugi apa2…ALHAMDULILLAH SYUKUR BYK2.

    Belum selesai lagi kerana itu baru internet line belum lagi macamana nak gunakannya..memang buta internetlah katakan.. jadi saya kena bertekadlah. Belajar sendiri dan selepas sebulan saya bertapa depan komputer, sambil cari maklumat sambil tu belajarlah sendiri. Memang sampai sekarang saya tak nampak peluang lagi disamping itu saya masih kurang arif dgn terma2 internet dan bisnes internet memang menyukarkan saya. Peringkat awal nak daftar EMail pun 5 kali tak menjadi dan saya asyik salah faham tetapi sekrg dah OK dah.Buat masa ni saya belajar pakai POP server dan IMAP server…semuanya saya belajar sendiri. Hari ini saya dah download program JAVA utk jalankan images yg saya terima website lain. Banyak yang saya dah belajar tetapi matlamat sebenar ialah macamana nak buat duit kerana apa yang saya dapat fahamkan melalui pencarian maklumat melalui internet ni saya dpt nilaikan bahawa:-

    1. sumber2 attachment atau membership attachment yg sukar dipercayai.
    2. terlalu banyak website yang memasarkan ebook walaupun dgn tawaran harga yg rendah tetapi itu semua teori (mereka banyak mengangkat diri sendiri dari mebuktikan kejayaan yg mereka lakukan dan mereka tidak berkongsi perniagaan yang mereka lakukan.)
    3. affiliate program-saya lihat mereka menyediakan market traffic utk ahli tetapi kalau mereka dah ada traffic, buat apa diorang jemput kita? Apa yang mereka lakukan pada kita…akhirnya kita juga yg kena beli…!
    4. Banyak program yg kata percuma, selepas klik saja…dia mintak kita bayar yg lain pulak…jalan bengkok diorang pakai tu
    5. Macam penyesak—diorang dakwa buat juta2 dgn program diorang tu tetapi mintak yuran dgn free ebook $49.95 atau $97.00 (angka yg popular). Hai! kalau boleh buat juta2, kenapa mintak duit. Nampak sgt diorang rolling duit tu.
    6. Banyak program force matrix yg mengarut. Memanglah $1 blh buat berpulh ribu $ tapi force matrix ni diorang yg control bukannya kita. Sistem diorang pun diorang tak tunjuk sebab teori dan programming jalan tak seiring. Kalau nak dpt hasil melalui komputer generated, kita kena faham macamana komputer punya kiraan bukan kita punya kiraan. Anytime diorang blh tipu kita.
    7. Byk program berbayar yang sepatutnya PERCUMA. Kita dah attached dgn diorang dan diorang akan dpt duit dari usaha kita tapi diorang nak mintak duit jugak utk membership fee ($7,$10,$14,$24,$49.95). Apa yang kita dpt..takde apa2 pun,cuma welcome mail atau activated membership melalui email lepas tu kena login… dan ikut arahan yg panjang lebar sampai nak makanpun tak sempat2…tu saja.
    8. Program percuma tetapi lepas tu mintak bayaran bertalu2 melalui email utk activate itu dan ini. 5 dollarpun diorang kejar macam nak rak…diorang claim projek multimillion dollar tapi $5 tu macam segala-galanya.
    9. banyak lagi saya bolh tuliskan tetapi cukuplah sampai di sini.

    Kesimpulannya:-

    1. Banyak perniagaan yg mengarut dlm internet ni dari yg betul.
    2. Tiada jaminan dan sekuriti…ikut nasib atau positive instinct saja sebab kita mengharap sesuatu yg takde rujukan yg sesuai.
    3. Perniagaan yang memberikan hasil cuma memberi amaunt yang terlalu rendah dan memerlukan yuran keahlian yg mana sepatutnya owner tak perlu mintak walau 1 sen pun. Mereka nak letakkan overhead cost atas kepala kita (ada yg minta kita bayar web hosting fee lah, transfer fee (paypal, egold dll – paypal, egold dah charge tapi sykt yg kita deal ni pun nak charge kita—diorang ajak kita berniaga kat diorang tapi kena charge dan tunggu 30 hari baru dpt—rasa macam nak mencarut je).
    4. Saya rasa byk program yg kita blh nampak duit kita dlm earning statement kita tapi kalau nak jadikan income..huh..memang duit tu tak sampai kat kita..terlalu byk syarat pulak bila kita nak redeem duit masuk dlm paypal, egold, clickbank dsb.
    5. Saya tak nampak macamana nak keluar duit paypal & egold. Maut jugak kalau buat bisness macam ni…Dia suruh kita spend duit dlm akaun kita dan kalau boleh bayar sewa dan bill rumah kita takpelah. Kena adapt cara lain pulak bila nak keluar duit. Boleh gila kalau macam ni

    Irfan,

    Saya menulis di atas cuma dari persepsi saya saja dan saya cuba y run yang mana boleh sebab nak tengok macamana permainan internet business ni. Itulah caranya saya belajar sendiri utk faham kan keadaan ini.

    Saya bukan negatif tetapi ingin melihat realiti kejayaan dgn usaha yang berkadar sama dgn wang yg diterima…kena sesuai. Saya dah tua dan tak sempat utk main2 lagi atau melakukan kesilapan byk kali.

    Di luar sana, ramai orang spt saya. Mereka sanggup bekerja kuat tetapi pintunya tak tahu macamana nak buka. Wang selalu jadi punca kita mengundurkan diri krn keperluan seharian yang lebih penting utk sewa rumah, makan minum anak dan isteri…itu saja yg kita mampu kerana ia memakan belanja yg cukup tinggi mengikut kemampuan saya.

    Di luar sana jutaan lelaki (suami dan bapa kpd keluarga mereka) seperti saya/mereka bertahun dalam kesusahan utk membina hidup semula (yang mana dahulu saya/mereka hidup agak senang dan selesa). Sekarang tinggal di rumah DBKL, setinggan dan balik kampung (malah di hina krn tak berwang lagi), seolah-olah sudah tiada peluang lagi utk kembali spt dahulu lagi. Saya/mereka memang tiada wang tambahan utk berniaga dan kalau berhutang sekalipun, memang dpt cerca dan penghinaan & saya/mereka dpt itu semua krn ukuran manusia MEMANG pada wang dan kebendaan…jadi apa saya/mereka boleh buat skrg?

    Tawaran berniaga memang dpt macam2 tetapi bila minta yuran puluhan malah ratusan ringgit, memang saya/mereka akan menemui jalan buntu. Memang saya bunyi macam PENYESAK tetapi apabila hidup dah tak keruan, memang macam ni lah hakikatnya.

    Saya tak minta apa2 pun dari tetapi fikirkanlah sesuatu yang SEGALA2NYA PERCUMA UTK MENJANA PENDAPATAN tetapi hasil usaha saya/mereka, akan dapat merasainya sekali dan saya percaya jumlahnya bukan sedikit. Jutaan RM sebulan adalah hasilnya..saya tahu boleh lakukan dan saya boleh ajak mereka (seluruh malaysia) semua utk bersama

    Irfan percayalah kata2 saya ini, skrg org yg susah2 di Malaysia ni They Got The Brain, They Can Do Wonders But They Stepped On The Wrong Path. They Are Bonded With People With Narrow Minded. So, Why Not You Open The Door For Them. Make Them Alive…They Can Conquer The World. Org yang takde duit ni tak banyak songeh Diorang akan ikut je apa yang arahkan…yang penting ,jalan tu diorang nampak dengan jelas( bila diorang dah berduit, Charge lah diorang ribu-ribu RM). Orang macam Akmal, kat luar tu berlambak2. Diorang tersalah langkah di peringkat awal dan diorang jatuh susah dan fikiran diorang terganggu yang amat sangat kerana tekanan hidup dari isteri, anak2, adik-beradik, ibubapa, mertua, kawan-kawan , orang sekeliling, persekitaran yang rosak dan macam-macam lagi. BOLEH BANGUNKAN MEREKA SEMULA. Please Believe Me What I’m Saying!

    Akhir sekali saya memohon kemaafan di atas tulisan saya tadi dan menyokong sepenuhnya usaha Irfan menjadi manusia hebat di kalangan ORANG MELAYU kita.

    Wasalam wm.wb..

    Dari : Orang bodoh lagi dangkal(saya).

    Terima kasih

    p.s: saya menati respon Irfan

  9. Assalammualaikum

    Di sini saya cuma ingin dapatkan pandangan bagaimana saya boleh menjana pendapatan secara sambilan di rumah.

    Saya ingin kekosongan masa saya di rumah diisi dengan sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan. Sekurang-kurangnya, saya ada duit lain disamping duit gaji semata. Cuma saya tak tahu apa kaedah yang baik untuk menarik ramai pelanggan. Memandangkan saya tidak banyak tahu berkaitan sistem perniagaan internet mahupun bukan.

    Setakat ini, saya cuba buat secara individu dan tidak pun mempunyai apa2 nama syarikat. Apa yang saya usahakan adalah:

    1) Jahit manik (untuk pakaian pengantin, baju kurung, baju kebaya)

    2) Gubahan hantaran (termasuklah alas dan bunga dulang)

    3) Cenderahati (membuat kotak menggunakan kertas dan menghasilkannya menggunakan tangan – kotak tersebut boleh diisi berbagai mengikut keinginan. Contoh, telor, bunga rampai, gula2, pot puri, kek)

    4) Hiasan rumah (Menghasilkan gubahan bunga menggunakan kertas warna untuk diframekan)

    Saya harap agar suatu hari nanti saya juga boleh berjaya dengan cemerlang terhadap hobi saya dan boleh membantu keluarga dengan kejayaan ini. Insya Allah.

  10. Saya memang dah lama membaca website tapi perubahan yang pertama tu terlalu sukar untuk dilakukan sebab halangan yang datang telah melemahkan semgant saya. Anjakan paradigma yang pertama teramatlah payah untuk dilakukan, mungkin takut sebab risiko yang akan ditanggung atau tidak berani untuk mencuba.
    Apakah cara perubahan pertama yang perlu saya lakukan?.

  11. Pingback: ambien cr
  12. Pingback: side effects of zithromax
  13. Pingback: buy hydrocodone
  14. Pingback: ambien
  15. Pingback: xanax
  16. Pingback: levaquin
  17. Pingback: meridia online
  18. Pingback: buy carisoprodol
  19. Pingback: buy xanax
  20. Pingback: cipro
  21. Assalamualaikum…

    Saya sangat bersetuju…

    Dalam satu kumpulan yang mengandungi kelopok petah bercakap dan kelompok pendiam, kelompok petah bercakap ini akan menarik perhatian kumpulan-kumpulan yang lain.

    Orang yang pandai menyuarakan pendapat dan berhujah sudah tentu memberi “first-impression” yg berlainan berbanding org yg pendiam terutamanya dlm bidang perniagaan.

  22. Saya nak share satu tip yang diberikan oleh trainer public speaking saya khasnya kepada mereka yang memang takut nak bercakap di khalayak.

    Sekiranya anda menghadiri seminar atau apa-apa perjumpaan yang ada sesi soal jawab, beranikan diri untuk bertanya soalan. Lama-lama anda akan jadi seronok dan tak takut lagi.

  23. dalam perniagaan public speaking memang penting,supaya orang percaya dengan perniagaan kita dan lebih yakin

  24. Kepada sahabat2 terutama farid,

    Assalamualaikum…

    Jangan cepat mengalah..Allah sentiasa disisi kita..Mohon kepadaNYA..Agar dapat diberikan jalan yang terbaik untuk keluar dari masalah yang datang..Ini semua dugaan dariNYA..Hanya Allah yang berkuasa membuka kembali jalan yang telah ditutup..Mohonlah apa sahaja..Yakin padaNYA..Ini adalah realiti farid dan sahabat2..
    Itu dari prospek rohaniah..Kita kena kuat dari dalam..Barulah kita kuat diluar..Maafkan saya kalau berceloteh panjang..Bukan nak jadi ustaz..Tapi itulah hakikatnya..Kembali kepada yang ASAS..Back to basic..
    Farid kata business internet adalah mengarut..Bisnes internet adalah penipu..Itu dari pandangan farid sahaja..Sedangkan farid tidak tahu bahawa sekarang ini, internetlah yang memberikan sumber pendapatan tertinggi di dunia kepada insan biasa dan yang luar biasa..Cuma kita kena faham caranya..Ilmu perlu dicari..Nak berjaya bukan senang..Ilmu internet tak boleh dituntut diinternet farid..Ianya nanti akan bercanggah..Dan persepsi orang akan berbeza2..
    Yang penting sekarang, nak berjaya dalam hidup mestilah berkorban untuk mendapatkan kejayaan bukan menjadikan kesusahan diri sebagai penyebab kepada kita putus semangat..
    Renungkanlah..
    Akhir sekali, saya bukanlah insan yang sempurna..Hanya makhluk Allah..Berpegang teguhlah dengan RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN..Hidup kamu akan selamat dunia dan akhirat..

    Assalamualaikum sahabat2 ku..
    Allah sentiasa bersama orang yang SABAR..

  25. Terima kasih kpd mereka yg memberi ilmu dg ikhlas krn Allah s.w.t.Semoga kita akansama-sama diberi petunjuk dan kebahagiaan di dunia dan akhirat,ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.