Selalu saya ke klinik, hospital, pejabat doktor, pastinya di bilik doktor specialist tersebut berbagai-bagai sijil didalam frame. Sijil-sijil pencapaian/penddikan tersebut adalah untuk berikan keyakinan kepada pesakit/pelanggan (doktor juga buat bisnes ya) doktor tersebut.
Selain daripada itu, sijil-sijil yang dalam frame juga membantu menaikkan semangat dan motivasi doktor tersebut atas pencapaiannya sebelum ini!
Satu teknik motivasi adalah dengan kita mengingatkan kembali pencapaian-pencapaian kita sebelum ini. Apa yang kita boleh buat adalah, framekan sijil-sijil pencapaian kita dan letak di dinding tempat kita boleh lihat. Atau sediakan rak untuk letakkan pingat atau pemberian penghargaan kita.
Tak kira la, tak semestinya sijil pendidikan dan pencapaian yang tinggi sahaja. Kalau dulu-dulu kita menang pertandingan lumba lari… mewarna… tulisan khat, atau apa sahaja pencapaian mengikut peringkat umur kita, ia boleh dijadikan pembakar semangat bahawa satu masa dulu, kita pun boleh mencapainya. Why not now?
ps: Teknik ini jga boleh digunakan untuk gambar-gambar pencapaian kita atau apa sahaja sebagai peringatan yang kita pernah mengalaminya! 😉
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Ada orang simpan dalam fail sahaja. Lebih baik buat frame dan letak di dinding. Kalau di rumah, ia bukan sahaja membakar semangat kita mungkin juga semangat ahli keluarga yang lain.
Btul IK!
Saya pun mase selak semula fail sijil sy utk interview kerja, pun ade rase bermotivasi sikit lepas tgk kembali kejayaan sy di masa2 lepas…
Salam IK 😉
Sijil sangat bernilai dan merupakan memori terindah dalam hidup kita.
Hargailah sijil anda.
Setuju IK,
memberikan kita semangat dan momentum untuk buat lebih baik dan lebih berjaya daripada dahulu.
Ye ke sifu? Thanks. Tapi saya punya dah hilang….
Sijil2 memang pembakar semangat kita untuk terus berusaha.Saya setuju dengan ik
setuju sangat2! tapi biarlah sijil yang dipaparkan itu ada kena mengena dengan bidang kerjaya kita sekarang. kalau kita berjaya sebagai doktor, jangan pula sijil johan bola tampar diframe sekali. bukan tak boleh, tapi tak sesuai. kalau tempek kat dalam bilik atau rumah, ok la. bagi motivasi kepada diri sendiri.
InsyaAllah akan cuba praktikkan teknik ini. Terima kasih atas tips yang bermanfaat. Walaupun ianya selalu kita nampak di depan mata, kita sering terlepas pandang tentang pencapaian kita yang lalu. Kita sering terlupa yang kita sebenarnya hebat juga seperti orang lain. Tiada yang kurang. =)
wow,ini lah rupanya blog IK yang tip top tu je.baru berjumpa disini..hehe..tapi sijil2 ZouL bnyk ilang dan tak tau letak mana lah..rugi2 huhu
slm sy nk tnye..hari tu sy ade hadir mase en irfan buat mini seminar,tp sy terlepas ambil no contact en irfan,sbb sy nk bkak bisnes internet n nk dptkn tips2 from u..can u plz reply to my mail?
YEE..SETUJU..
Saya setju dengan IK dalam hal ni. biasanya orang lebih suka letak frame gambar2 family kat dinding tapi letak sijil2 dalam fail je. apa kata kita terbalikkan situasi ni, kita frame sijil2 kat dinding dan letak je gambar2 family dalam album.
Memang setuju sangat.
Now tengah cari balik semula semua sijil – sijil yang attend seminar IK since 2009 until now untuk diframekan. Rasanya ada lebih 10 sijil kesemuanya sejak menceburi bidang IM ni..
betul IK…selalunya benda yg selalu kita tengok hari-hari boleh memberi motivate untuk kita lebih rajin dan berusaha mencapai matlamat yg kita inginkan…seperti dlm video “THE SECRET”,keinginan kita menjadi kewajipan untuk alam semesta tunaikan..
en.irfan,nape lama update blog?Busy?
saya belum lagi ada sijil ni,hehe…..
Benar. Kita cenderung menumpukan kegagalan yang lepas dan merendahkan-rendahkan (play down) kejayaan-kejayaan terdahulu. Dengan menggantung sijil-sijil sekurang-kuranganya mengingatkan kita tentang kejayaan kita supaya kita lebih yakin dan bersemangat untuk lebih berjaya.
Satu lagi cara berkesan ialah dengan mencatat setiap pencapaian kita setiap hari walaupun kecil mana. Lama kelamaan kita dapat lihat yang sebenarnya kita boleh mencapai banyak perkara. Ini juga boleh menambah keyakinan.