Ada kata yang berbunyi, sekiranya anda tidak mangambil dadah, tetapi anda berkawan dengan mereka yang mengambil dadah, lambat laun anda juga turut akan mengambil dadah. Sekiranya anda tidak minum arak, tetapi anda sentiasa bersama mereka yang minum arak, lambat laun, anda juga akan minum arak (hendaknya anda dijauhkan dari dua contoh negatif ini!)
Namun begitu, ianya adalah benar. Anda akan turut menjadi sama seperti bulatan kenalan anda! Berkenalan dengan usahawan-usahawan berjaya sentiasa dapatkan nasihat dari mereka yang berjaya di dalam industri anda. Cuba luangkan banyak masa anda bersama mereka yang bergelar jutawan.
Lambat laun, anda juga akan mencapai seperti mereka! Itulah kekuatan sesuatu bulatan kenalan. Ia akan membentukkan anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut.
Peribahasa mat salleh “If you want to soar with the eagles, you should not flock with the turkeys!” (Sekiranya anda ingin terbang gagah seperti sang helang, anda jangan menyertai kumpulan ayam belanda!)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Berkawan biar seribu tetapi tidak salah memilih kawan.
terigt kata2 saidina othman ..jikalau tidak silap saya..
“orang yang berjaya ialah siapa kenalannya”
correct me if i’m wrong…byk yg dah lupe, kene refresh balik nih 🙂
“Jika kita berada dekat dengan tukang besi maka tubuh kita akan berbau besi hangit. Jika kita dekat dgn mereka menjual minyak wangi, maka tubuh kita turut akan berbau wangi”
Saya tidak ingat daripada mana ungkapan ini, serta ketepatan ayatnya, tetapi mari kita ambil iktibar daripadanya.
Kerap saya study website mereka yang berjaya, alhamdulillah, traffic pun turut meningkat seperti website2 ini. Terima Kasih Semua! ;). Alhamdulillah, dapatlah “wangi” yang diingini!
Menarik la peribahasa ni â€If you want to soar with the eagles, you should not flock with the turkeys!â€
macam mana nak berkawan dengan orang yang telah berjaya, sebab saya tidak mempunyai kenalan yang sedemikian, kalau sudi boleh tolong kita macam mana nak rapat dengan orang sebegini
terima kasih dengan tip2 yang diberikan
Manusia cepat terpengaruh, jadi elakkan diri kita berkawan dgn org jahat, kerana akhirnya kita akan menjadi jahat. Oleh itu, berkawanlah dgn org yang baik, semoga kita akan menjadi org yang baik. Berkawan dgn jutawan, insyaaallah, kita akan jadi jutawan (tapi kena berusaha keras macam jutawan tu juga), jangan jadi jutawan dgn menipu sudah…
Assalamualaikum.
Pasangan juga memainkan peranan penting.
Andai kata isteri/suami kita memahami perniagaan atau bidang yang kita ceburi, peluang meraih kejayaan adalah lebih cerah.
“Aku dongak ke langit, Sang Helang megah mengebarkan sayapnya”
Assalamualaikumm semua…..
hari demi hari sejak saya menyertai blog ni, naluri saya mengatakan saya memilih kenalan yang betul… Memang benar kata Irfan, kalaupun sekarang kita tidak mengambil dadah, jika kita berkawan dengan golongan yang mengambil dadah,lama kelamaan kita pun akan ikut mengambil dadah…..sama juga seperti minum arak..Kadang-kadang saya terfikir untuk bertemu anda semua supaya kita dapat meluangkan lebih masa untuk berbincang dan bertukar-tukar idea…..Social Mingling…..Anyway, tahniah diucapkan kepada semua yang memilih untuk berada di blog ini….
bertepatan sekali… apa yang berlaku hari ini banyak mengubah cara saya berfikir.. jika 8 tahun dulu saya banyak menghabiskan masa, hari ini pula saya sudah nampak hasilnya.. atas perubahan diri sendiri bercampur dengan orang yang berpendirian serupa, ia menambahkan keyakinan saya..
Bagus sekali member member blog ini…boleh lah bantu mambantu sesama member…untuk mencapai kejayaan bersama…untuk dapat panduan/guide line..kita contek kita…bagai mana kekawan semua?
pengajian saya dulu tidak begitu memberangsangkan, kejap ok kejap ko. tetapi oleh kerana saya pada masa tu berkawan dengan golongan yang begitu mementingkan kejayaan, maka saya juga mampu lulus dengan agak baik. berbanding jika saya berkawan dengan mereka yang hanya tahu berseronok, mungkin saya tak akan berjaya menghabiskan pengajian saya itu. wallahua’lam…
Hmmm… kalau begitu, helang dengan pipit tak boleh terbang bersama lah ye. Atau mereka yg tinggal di rumah beratap genting, tak bolehlah tinggal sebumbung dengan mereka yg tinggal di rumah beratap nipah. Sesuatu yg menarik utk direnungkan…
Assamualaikum semua,
kadang² rasa malu untuk berkawan dengan org yg telah berjaya or telah bergelar jutawan sebab takut² nanti dikatakan ingin mengambil kesempatan.
thanks sekali lagi kpd Irfan kerana sudi memberi tips² dan nasihat kpd kami yang masih lagi mencari² dimana kekuatan diri.
Untuk berjaya dalam niaga yang anda jalankan, JANGAN MEMILIH KAWAN. Berkawan lah dengan semua orang. Jelaskan, terangkan dan bagitau kawan-kawan anda apa niaga yang sedang kita jalankan. Sebab lagi ramai kenalan anda maka potensi anda untuk berjaya lebih tinggi.
Saya tertarik dengan salah seorang pelanggan saya. Beliau ini penternak lembu dan kambing di Segamat. Beliau selalu merungut sebab kononnya kaum Melayu tidak bersatu lah, tak membantu lah, tiada persatuan lah seperti kaum lain untuk memasarkan lembu kambing beliau
Saya cadangkan kepada beliau, gunakan institusi agama contohnya imam, bilal, surau, masjid, JKKK untuk pasarkan produk beliau. Bayangkan berapa ribu surau, masjid ada di seluruh Malaysia. Sekarang ini beliau pening pulak, tak cukup bekalan. hehehe
Salam sejahtera semua,
Bicara pasal kawan sekeliling kita, apa yang saya perhatikan, kita akan memilih kawan yang sesuaikan dengan watak kita. Misalnya golongan punk akan berkawan dengan puak dia dan golongan pula masjid dengan golongan masjidnya.
Assalamualaikum,
Kalau kita nak buat business plan, dalam perancangan kita hendaknya kita jauhi awal-awal manusia-manusia yang bakal akan mendatangkan masaalah kepada kita, sebab kalau kita gagal dalam perniagaan kita, kita akan salahkan mereka sedangkan kita dah pun tahu awal-awal punca masaalah tersebut.
Kamarulzaman Bin Baharom
â€Internet & handphone – Gabungan e-commerce terkiniâ€
Memang kalau kita kawan dengan usahawan lambat laun kita akan jadi usahawan, kalau kita kawan ngan penyangak lambat laun kita jadi penyangak , betul tu saya pun kat school cam tu gak, biasanya budak pandai diorang ada group sendiri yang terdiri dari budak pandai jugak. Bagi saya kawan ni pengaruhnya lebih hebat dari ibubapa so pandai-pandailah pilih kawan.
Berkawan biarlah ramai, tidak kira tua atau muda, miskin atau pun kaya. Bagi yg mempunyai rakan2 yg bermasaalah seperti berjudi, minum arak, hisap dadah , tidak patut kita ketepikan mereka sama sekali. Penglibatan kita dgn mereka adalah setakat kearah membawa mereka balik kepangkal jalan. Untuk melakukan ini kita kenalah terlebih dahulu ada jatidiri, akhlak yg baik dan iman yg kuat supaya tidak sama terjebak dlm kancah aktiviti2 yg kurang sihat.
Disebalik menyumbangkan sedikit bakti social diatas, kita juga jgn lupa dan patut berkawan dgn cendiakawan2 dan orang2 bijak pandai jika peluang berada di depan mata. Timbalah ilmu, nasihat dan pengalaman yg baik dari mereka pembangunan diri kearah masa depan yg lebih cemerlang.
cuba renung pepatah ini..
“jadilah seperti ikan dilaut..walaupun dikelilingi hidupnya di air masin tetapi
bila dimasak sedap rasanya”
Nasihat Imam al-Syafie dalam soal persahabatan:
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
wallahua’lam!
Asalammualaikum,
Makin lama makin hebat. Itulah yang dapat saya katakan untuk Tok ketua kita. Muda di segi umur, tapi tua di segi pengetahuan.
Dimasa kita nak buat bulatan, maka banyaklah si pemadam bulatan tu tadi. Tujuannya mintak kita keluar dan layan siapa je, fair dan demokratik katanya.
Maka perlulah kita berehat tanpa gangguan kerja biasa harian. Dalam ketenengan ini barulah kita dapat berfikir dan membuat perancangan macam mana nak buat bulatan jutawan tu. Bukan senang nak jumpa jutawan. Nak ajak berbual pun kekadang kena kira, sejam berapa RM.. yang telah hilang.
Jadi tanyalah yang arif cara-caranya. Kita kenalah tunggu jalan cerita gimana nak ujudkan bulatan tu next issue.
Thanks…..jika kita berkawan dengan orang yang positif….kita juga akan positif…jika kita berkawan dengan orang yang negatif..kita juga akan menjadi negatif…tapi..masih ramai yang negatif…
merujuk en.Mohd…
pengalaman saya sendiri, memang susah nak dpt jumpa org yang +ve, sebab terlalu banyak manusia lingkungan -ve disekeliling kita…
caranya senang ajer nak tau sama ada dia -ve atau tidak…
bertanya je soalan bersangkutan bab perniagaan..kalau lebih byk jawapan “susah” , “tak boleh” , “tak” , “no” ..
sila tinggalkan insan tersebut dikhuatiri akan berjangkit kepada anda nanti..
when u meet negative person.. dont walk away… RUNNNN !!
Pada pendapat saya,
mempunyai ramai kenalan dan kawan memang bagus tapi jangan sampai diri kita dipengaruhi oleh rakan kita itu.Kalau kita cenderung kepada sesuatu yang kita tak pasti (samada buruk atau baik),asas rujukan kita adalah orang yang kita hormati seperti Tok Imam,Guru atau sebagainya.Dengan cara itu kita dapat berada dalam ‘bulatan’ yang positif.
jadilah diri sendiri…jangan memilih kawan..kawan je dengan semua orang…cuma jangan terpengaruh dengan sikap negative diorang… bak kata pepatah melayu…”yang baik jadikan tauladan….
assalamualaikum wbt.
‘aku pipit kau enggang’so pipit tak leh kawan dengan enggang?.tapi ni punya peribahasa tak perlulah kita jadikan falsafah hidup kan.Buat kita rendah motivasi dan rendah diri sahaja.
Kalau mahu merasai kejayaan pakailah peribahasa “sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ dan ‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’.dengan berusaha dan belajarlah kita boleh berjaya.jadi kenalah kawan dengan orang yang baik-baik tapi janganlah terlalu pilih kawan jadilah kawan yang boleh pengaruh kawan yang lain dengan tabiat yang baik.
Kalau rajin mintak dengan Allah nak jadi orang baik mustahil Allah tak kabulkan permintaan kita kan?Walahua’lam.
way to go !!! tenkiu all 🙂
c9e152f280fda06651f73f7689cb4d46
arredamento-osteria http://5.brocodomara.info/schema-cavo-com-usb-per-lg/ lavorare-a-lampedusa
consolato-generale-romania-milano http://15.njvkeowuvlkwjc.info/ragazze-nude-sulla-neve/ tarabuso
donna-in-spiagia http://8.njvkeowuvlkwjc.info/voli-milano-norimberga/ assicurazione-nuova-maa-casarano
biancaneve-i-sette-nani http://2.njhfljhjlceb.info/selfstorage-firenze-italia/ analisi-e-commento-del-quarto-libro-dell-eneide
baci-saffici-tra-donne http://9.iitrekojas.info/pedonale-scorrevole/ cristina-chiabotto-il-calendario
capigliature-maschili http://15.iitrekojas.info/massaggi-racconti/ televisore-plasma-modello-bio-view
mobili-ufficio-usati-gaggiano http://11.brocodomara.info/sfondi-bambini/ testi-anna-tatangelo-colpo-di-fulmine
legamento-crociato-anteriore-quadruplicato http://8.nciqbvkfgwjilb.info/lnb-dualfeed-0-2-db/ suoerie-gratis
b0152c37713e6c2dfb85d7cdb065f931
yup…btol…jd untuk menyerap segala unsur +ve, sy akan lawat blog ni tiap2 ari…hehehe…urm, from now on, u r my kawan ek doc IK…actually my bestfren n me mmg sgt sefahaman n ade chemistry..if i rase down, mesti dia akan nasihat sy, mengingatkan saya dan begitu juga sebaliknya…dan yang lebih penting lagi, saya suka menghadiri seminar perniagaan. c2 leh make frens ngn org yg dah berjaya…isn’t it???
ye lah bukan senang nak dpt kawan yang dapat membimbing kita.kalau nak musnah kita tu banyak.setiap apa yang nak di capai perlu ada sokongan.sokongan dari orang sekeliling amat penting bagi menguatkan semangat kita dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. betul lah kata abang irfan.siapa di dalam bulatan kenalan kita.
mengikut buku “hukum tarikan” apa yg anda rasa, apa yg anda fikir dan apa yg anda kata, akan balik kepada anda mengikut apa yg anda rasa, mengikut apa yg anda fikir dan mengikut apa yg anda kata, lihat apa yg anda masukkan ke dalam gelung getaran anda tidak kira ianya positif atau negatif. masukkan ke dalam gelung getaran anda kawan-kawan yg dapat memberi menafaat di dalam kehidupan, kawan2 negatif pun kadang2 memberi menafaat juga. anda adalah apa yg anda fikirkan, “make you happy life, spirit of confidence” tampilkan aura anda yang sebenar.
Begitulah kuatnya kuasa pergaulan.
Bak kata pepatah berkawan biar seribu..berkahwin biar satu..;p
Saya x nafikan lingkungan rakan2 mempengaruhi kita . Dan saya percaya ungkapan, pemikiran mempunyai “wave” tersendiri yang mana boleh mempengaruhi minda separa sedar orang lain .
Saya suka berkawan dengan mereka yang berfikiran positive , bersangka baik dan tidak mengungkapkan kata-kata negative .
Faktor pergaulan membentuk keperibadian seseorang, benar jika kita ingin berjaya kita perlu menghampiri orang yang telah berjaya. Jika tidak dapat menghampiri (secara fizikal)golongan ini, bacalah kisah kejayaan mereka agar minda kita boleh berada disamping dengan kumpulan ini.
Salam.
Pepatah arab menyatakan;
Sekiranya ingin mendapatkan bau yang wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi.
Banyak contoh yang saya sendiri lihat, kawan dan orang yang berada di sekeliling banyak mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku kita.
Jadi, pilih kawan yang betul dan pastikan ia untuk kebaikan di masa depan.
Salam
Saya bersetuju…dalam tulisan IK sebelum ni pun IK dah sentuh tentang kawan ni.
kawan dgn sapa2 boleh cuma, bataskan mesti ada had..kalau xde had tu yang terpengaruh semua nak ikut, paling mudah jgn dok kedai kopi lama2…kalau agak2 dah lama angkat kaki le.
tapis rakan2 di kalangan rakan2 semua..tapis bukan bermaksud buang, cuma hadkan pergaulan..mana yg bagus kasi rapat, klu yg kurang ok, kasi jarak pastu klu ade peluang tarbiah sikit kawan tu
100% agreed..