Siapa cepat, siapa lambat?

Dalam satu jungle tracking, terdapat 5 peserta dalam satu kumpulan.

Siapakah yang menentukan kelajuan keseluruhan kumpulan tersebut untuk sampai ke destinasi?

A. Adakah peserta yang paling kuat yang di depan sekali?

atau…

B. Adakah peserta yang paling lemah yang di belakang sekali?

Kemudian, jawab soalan ini…

Apakah pengajaran yang anda dapat di sini?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Siapa cepat, siapa lambat?

  1. Ikut perspektif masing2, memang kedua2nya boleh menentukan pace keseluruhan kumpulan.

    Kalau saya tengok dari perspektif pengurusan. Yang paling kuat didepan sekali menjadi penentu kelajuan sesuatu kumpulan. Melambangkan pengurusan yang cekap dalam mengolah sumber dalam kumpulan.

    Ada 5 orang dalam kumpulan. Mengagih2kan sumber menjadi optimum bakal menentukan kelajuan kumpulan.

  2. ini pula pendapat saya..

    siapa yang menentukan ialah LEADER..
    LEADER bukan bermaksud siapa yang kuat atau siapa yang lemah. tapi siapa yang mampu mengawal teamwork. Kerana andaikan betul2 trekking ..kebanyakkan akan mengikut ego masing²..ada yang nak tunjuk hebat

    ada yang letih trus nak mengamuk dan rehat…jadi untuk membolehkan semua kelompok pemikiran 4 perserta yang lain terkawal.. maka LEADER lah yang menentukan kelajuan. Kalo LEADER yang baik mampu mengawal emosi, determination dan semangat kekitaan bg 4 peserta yang lain.. maka lajulah kumpulan itu..

    itu hanya pendapat saya..:D

  3. kesemua peserta adalah peranan utama dlm kelajuan kumpulan…kalau fizikal kuat tapi hipokrit payah gak..

    lebik elok bagi yg lemah tapi dpt bantu team members… apa2 pun leader kene ada..xsemestinya kuat atau lemah ..

    yg penting mampu kawal keseluruhan ahli kumpulan 🙂

  4. Assalamualaikum.

    Wah, baca tip hari ni, teringat pulak cerita The Apprientice. Ada kumpulan, ada destinasi.
    Yang kalah -> “Jumpa saya di bilik pengarah. salah seorang daripada anda akan dipecat.” hehe..

    Saya tak dapat memberikan jawapan sama ada A atau B. Tapi pendapat saya, jangan letakkan yang paling lemah di belakang sekali. Dia akan menjadi bebanan kepada kumpulan.

    Pengajaran yang saya boleh dapati, apabila kita berada di dalam satu kumpulan, kita hendaklah bekerja sebagai satu kumpulan. Yang kuat membantu yang lemah, dan yang lemah meminta bantuan yang kuat.

    Wassalam.

  5. B. peserta yang paling lemah

    Peserta yang paling kuat perlu membantu peserta yang paling lemah. Jika tidak, kumpulan tersebut akan lambat sampai ke destinasi.

    Dalam jungle tracking semangat ‘team work’ perlu ada dalam diri setiap peserta. Team Leader perlu memotivasikan peserta yang lain supaya lebih kental. Team Leader harus kuat dan yakin membantu peserta yang lemah. Begitu juga sebaliknya, peserta yang kuat harus membantu team leader jika berlaku apa jua masalah dan rintangan. 🙂

  6. pada saya, peserta yg paling lemah dalam kumpulan itu yg menentukan kelajuan keseluruhan kumpulan itu.

    Pengajaran yg saya dapati; dalam satu kumpulan,kite mesti bekerja sama untuk maju dan seiring…

  7. terima kasih.

    ini bukan trick question tau. memang ada jawapan- sama ada A- yang paling kuat, atau B- yang paling lemah sahaja.

    Nanti esok saya berikan jawapanya… so far, ada yang kata A. ada juga yang kata B.

  8. Mula mula tuu saya nak jawab C : iaitu semua sekali tapii kalau irfan dah kata macam tuu …
    Saya jawab A laaa; kenapa ..sebab A berada di depan …ni cerita jungle tracking ..kalau A sesat maka semua dalam kumpulan akan sesat laaa… B walaupun lemah tidak akan menyesatkan kumpulan tapi hanya melambatkan sahaja. Dalam jungle tracking niii kalau dah sesat tuuu maka 10 x lambat jadinya.Tak gitu ….. jangan lupa objektif untuk sampai ke destinasi …

  9. Aku pilih jawapan “A”, muktamad.. tak perlu talian hayat…

    Mengapa? Yg kuat mempunyai peratus tertinggi. Yg lemah akan terus ke belakang.

  10. eehh… abaikan “Mengapa? Yg kuat mempunyai peratus tertinggi. Yg lemah akan terus ke belakang.”

    Sebab “Siapakah yang menentukan kelajuan”.. silap faham…

  11. kalu gitu jawabnya saya pilih A. sebab ada mitivasi untuk berjaya.

    bagi saya motivasi. nak berlumba kena ada motivasi. nak kaya pun kena ada motivasi.

  12. Bukan A
    Bukan B
    Bukan yang paling lemah
    Bukan yang paling kuat
    Tapi 5 orang semuanya mempengaruhi kelajuan kumpulan

    Sebab
    Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh

  13. Pada pendapat saya,yang menentukan kelajuan kumpulan tersebut ialah B-peserta yang paling lemah yang di belakang sekali.

    Sebabnya peserta paling lemah sudah tentu beri kesan besar terhadap keputusan keseluruhan.Kalau yang lemah tu boleh meningkatkan kelajuan,dah tentu pasukan tu lebih kuat dari kedudukan sekarang.Yang lemah tu perlu diperbaiki dan yang kuat perlu dikekalkan atau ditingkatkan tahap kekuatannya.

    Pengajarannya:-
    Yang kuat perlu membantu yang lemah.Yang lemah perlu motivasi yang kuat untuk lebih berjaya.Semangat berpasukan penting untuk menentukan kejayaan secara keseluruhan.

    “Kita tidak dikira berjaya selagi orang disekeliling kita tidak berjaya”

  14. jawapannya A..
    kerana kekuatan akan mempengaruhi kejayaan sesuatu mission..dalam kes jungle traking,yg kuat secara tidak langsung akan mempengaruhi yg lemah utk kuat..yg kuat akan memainkan peranan yg lebih utk membantu team..
    dalam bisnes,kite kene gune ‘kekuatan’ kan..utk kelihatan seperti pakar..bile guna kelemahan,kite akan dilihat lemah..
    so,pada pendapat saya,yang kuat akan menentukan kelajuan keseluruhan kumpulan itu..hehe

  15. Nampaknya…dlm keadaan ini, kita perlu lihat pasukan manakah yang tiba dengan selamatnya bersama semua pasukan. Mungkin dalam pasukan A dan B , salah satunya pasti terdapat keciciran ahlinya walaupun mereka tiba dgn pantas.

    Kejayaan adalah terletak pada kesepakatan ahli. Jika pantas sekalipun, apabila terdapat keciciran ahli, pastinya ia tidak akan bertahan lama. Tetapi jika lambat sampai tidak bererti kalah jika kesemua ahlinya selamat tiba kedestinasi. Pastinya mereka dapat mengharungi segala dugaan bersama walaupun lambat tiba…

  16. sy pilih B…ia akan mentttukan kelajuan kumpulan untuk sampai …peserta yg kuat perlu menolong peseta yg lemah….

  17. saya rasa yang paling lemah lah yg menentukan kelajuan keseluruhan kumpulan…katakanlah kalau yang paling kuat sampai dulu..dia dikira tak menang kerana keseluruhan kumpulan dia masih belum sampai…
    Kenapa yg paling lemah?…sbb ia merupakan beban dan tangungjawab kumpulan. kalao kumpulan mampu menanggung beban dah masalah secara pintar, maka tidak ada lah term “orang yg lemah”. Tapi jika kumpulan berpecah belah kepada “orang kuat” dan “orang lemah”..maka kumpulan tu dikira gagal…Maka disini dapat disimpulkan bahawa orang lemah lah yang menentukan kelajuan kumpulan…kalo nak senang fikir, andaikan sebuah keretapi, memanglah keretapi dikira sudah sampai jika kepala (orang kuat) keretapi sudah berada di stesen…akan tetapi penumpang tidak boleh turun sehingga kesemua badan keretapi (termasuk ekor(orang lemah)) berada dalam stesen….

  18. Ksemua peserta mempunyai kekuatan masing-masing..tapi….team work lebih ptg..dalam xtvt trekking…peserta A lebih bermotivasi untuk mencapai destinasi….

  19. Jawapan saya B.

    Pengajaran: Tak tahu lagi betul ke tak. Apapun pengajaran yang saya dapat simpulkan, dlm satu group ada yang kuat dan lemah. Kuat akan beri semangat utk orang lain utk terus berusaha. Namun kejayaan atau pergerakan sesuatu team bergantung kepada kejayaan keseluruhan.

    Hanya pimikiran 2 sen saya.

  20. Peserta paling kuat (leader) yang menentukan kelajuan kumpulan. Sebab;
    Leader yg mempengaruhi setiap keputusan.Kalau leader slow, yg lain akan ikut slow. Kalau laju, org lain akan cuba menyaingi leader

  21. bagi saya, yang menentukan kelajuan adalah si lemah.kerana setakat mana kelajuan si lemah akan mempengaruhi kelajuan kumpulan.tetapi oleh kerana si kuat pun ada di sana maka kerjasama harus ada untuk membimbing si lemah agar terus bangkit untuk laju.kesimpulannya, kuat+lemah=seimbang.

    pangajaran,
    kerjasama,bimbingan,motivasi,tolong menolong,bertimbang rasa, perlu ada dalam kumpulan.

  22. nak komen pasal pasal penentu kejayaan,bagi guek jawapannya tentulah diri sendiri,lima itu hanya angka kuantiti,di sini faktor kekuatan diri ,Motivasi Diri penting kan so pengajaran……tak semestinya yang peserta paling kuat menentukan kemenangan dan yang paling lemah menentukan kekalahan,sebab dalam Hukum Berkumpulan anda di kira 1(satu) tak kira satu Juta(1,000,000)eh mcm angka ni, klu dah satu kumpulan 1(satu) juga,,,,,,,,,sori aku tak pandai maklumlah bukan angkasawan.

  23. zyd punya pendapat tentang kejayaan team A dan B bergantung pada ketelitian dan perancangan yang betul. Yang menang tak semestinya berjaya dan yang gagal tak semestinya tewas.:)

  24. Saya rasa orang yang didepan sekali amat penting dalam menentukan kelajuan tersebut..ini kerana orang di depan adalah sebagai pemacu ke arah kejayaan tersebut dimana dia akan bertindak sebagai seorang ketua yang membakar semangat dan memotivasikan ahli pasukannya..walaupun yang lambat di belakang tidak menjadi masalah kerana semangatnya akan boleh ditingkatkan dengan bantuan orang yang di hadapan..dan yang dihadapan akan mengawal pasukannya…sehinggalah sampai di destinasinya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.