Sempena tahun baru ni, agak-agaknya matlamat 2007 anda tercapai atau tidak?
Mudahan semuanya tercapai!
Sepintas lalu 2007 bersama saya…
Januari 2007…
Produk RahsiaInternet dikeluarkan, 101 Cara Promosi, mendedahkan cara-cara promosikan perniagaan Internet anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut
Februari & March 2007
Saya kira bulan sibuk saya bersama media TV… antaranya mengendalikan siri motivasi Get Set Go RTM, menjadi tetamu jemputan Gedik Santai TV3, menjadi tetamu selibriti program Aura Rasa RTM dan sudah tentunya sibuk dengan shooting rancangan Realiti TV popular, Nescafe KickStart di TV3- saya sebagai judge!
April 2007
Secara rasmi, saya telah menjadi artis Telaga Biru! Amat bermakna bagi saya oleh kerana ramai pakar motivasi yang saya sanjungi adalah artis telaga biru- termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah! Kempen promosi saya bersama telaga biru akan bermula awal 2008… insyaallah Januari 2008 dengan pelancaran 2 produk baru!
May 2007
Bulan May beberapa aktiviti telah berjalan serentak! Pertama, bermulanya yaysan saya sendiri, iaitu Yayasan Ilham Budi. Insyaallah tahun 2008 kami akan mengadakan pelancaran yayasan tersebut!
Dalam waktu yang sama juga, CD Audio saya pertama telah dilancarkan, Wang & Anda “Jejak Jutawan”. Jualan yang amat hebat CD tersebut, sehingga habis di pasaran di hujung 2007… belum kesempatan untuk kami ulang cetak. Cadangnya akan di lancarkan kembali pada awal 2008 bersama buku terbaru saya (dari telaga biru!)
… dan sebut tentang buku, bulan ini juga buku pertama saya, “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” menerima Gold Award di Pesta Buku PWTC!
June 2007
Saya dijemput untuk mengendalikan Sidang Perancangan kewangan Berita Harian, Singapura 2007. Acara yang berprestij dihadiri oleh lebih 700 peserta. Talk saya berkenaan dengan perniagaan Internet dan antara penceramah yang turut mendapat slot adalah penceramah antarabangsa, Adam Khoo.
Julai 2007
Pertama kalinya Workshop Jutawan Internet melebarkan sayap ke negara jiran, Singapore! Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur sejak 2005, kini, mendapat tempat di Singapura pula. Insyaallah, bulan ini, Workshop Jutawan Internet akan mula dijalankan di Brunei pula!
Bagi anda di KL, ikuti Workshop Jutawan Internet, klik di sini! π
August 2007
Gerak Usahawan 2007- Program Gerak Usahawan NasionalΒ di PWTC tahun ini memaparkan saya sebagai salah seorang penceramah untuk sesi “Mulakan perniagaan Internet dari Rumah”. Gerak Usahawan dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Pak Lah.
September 2007
Astro Awani, sebuah saluran baru Astro telah bermula dan mereka telah mengambil saya sebagai salah seorang personaliti untuk megendalikan sebuah segmen WW- Wanita & Wang, segmen motivasi kewangan dan perniagaan. Ikuti secara langsung pada jam 11.50am setiap hari Khamis.
October 2007
Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya lagi… saya menjadi peneraju program Radio24, Bernama di 93.9FM bertajuk “Jutawan bersama Irfan Khairi”. Program bual bicara saya bersama ikon-ikon jutawan tempatan!
Atas sokongan semua, kini, “Jutawan!” adalah antara top rated radio shows di Radio 24 sehingga beberapa kali terpaksa bertukar slot untuk memenuhi prime time- kini Jutawan di siarkan pada 7pm setiap Jumaat. Tetapi, ada ura-ura ia akan di bawa pada hari Rabu oleh kerana hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!
November 2007
Matlamat untuk saya menjadi duta bagi sebuah syarikat tercapai! J & C Pacific telah mengumumkan saya sebagai Duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). Sebelum ini ada juga beberapa syarikat menghampiri saya untuk menjadi duta, tetapi, terpaksa ditolak oleh kerana tidak berkesesuaian dengan jenama saya.
Program perniagaan MIBO menarik minat saya & saya bersetuju untuk menjadi duta MIBO!
Disember 2007…
Disember 2007 apa yang berlaku? sudah tentu, mulakan perancangan 2008!
Berbagai-bagai matlamat 2008 telah saya buat untuk diimplementasikan. Insyaallah 2008 saya akan cuba mencapai lebih banyak matlamat saya… melihat 2007, memang macam-macam tercapai… agaknya bagaimana 2008 saya akan capai lebih?
Tunggu dan lihat! π
Tip hari ini, senaraikan semua pencapaian anda tahun 2007, dan bandingkan… bagaimana anda boleh mencapai lebih kejayaan dari tahun lepas? Saya mengambil masa untuk menulis semua ini untuk tatapan anda, saya pasti anda juga bleh meluangkan sedikit masa untuk mengimbas semula tahun 2007 anda kan?
Orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Oleh itu, jika dikumpulkan, orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan tahun ini 2008 lebih baik dari tahun lepas 2007. Goodbye 2007… Hello 2008!
Jadikan 2008 JAUH LEBIH BAIK dari 2007 untuk diri anda sendiri- pasti anda akan mendapat kejayaan dan kekayaan yang berlipat kali ganda π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
adakah, agak2nya 101 cara promosi akan menjadi public domain? I mean, akan dipaparkan di laman blog ?
tips yang bagus untuk hari ini
Syabas . Apa yang saya lihat sepanjang tahun 2007 agak sibuk setiap bulan. Mungkin tahun 2008 ini akan bertambah sibuk..
InsyaAllah saya sedang melaksanakan perancangan saya untuk tahun 2008.
Mohon Izin Irfan dan rakan-rakan bloggers. Saya kira tahun 2008 bermula dengan pengumuman ini.
Undi Zamri Mohamad bagi The Malaysian Dotcom Youth Search 2008.
Laman web Zamri Mohamad tersenarai. Jom, undi!
Laman web zamrimohamad.com telah disenaraikan dalam senarai pencarian The Malaysian Dotcom Youth Search. Laman web ini bakal bersaing dengan 381 laman web lain dan jumlah laman web akan bertambah lagi.
Sudah tentu laman web zamrimohamad.com sedang bersaing dengan laman-laman web komersial bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tempatan milik peserta-peserta lain.
Satu pertandingan yang menjadikan pemilik laman web komersial cuba meningkatkan kualiti persembahan laman web masing-masing.
Saya memerlukan saudara-saudari pengunjung mengundi laman web http://www.zamrimohamad.com.
Jika laman web ini dan rangkaian blognya layak mendapat undian saudara. Klik logo berwarna kuning di sebelah atas apabila memasuki muka hadapan laman web http://www.zamrimohamad.com
Klik ke http://www.zamrimohamad.com.
Terima kasih atas sokongan saudara dan saudari.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
abuya> tak tahu lagi… buat masa ini cara promosi dipindahkan ke http://www.rahsiainternet.com/carapromosi untuk memudahkan pengurusan dan penjenamaan.
En Dlie> sibuk, sibuk pun, perlu bijak membahagi masa… serta, cara terbaik dalam perniagaan adalah bila kita tidak terlibat secara langsung- keuntungan automatik π sebab itu, yang banyak sibuk, adalah aktiviti, dan bukan perniagan…
Tahniah Sifu,
Semoga terus berjaya.
Projek utama saya tahun 2008:-
– Mengembangkan konsep ‘PENGGUNA BIJAK’ melalui pendidikan PRO- SUMER, menjadikan organisasi kuasa pengguna.
– Menyiapkan projek AgroAquaresort milik sendiri suaru kenyataan.
Semoga kita semua diberkati. Amin
Assalamualaikum Irfan…
Congratulations to Irfan! Syabas di atas kejayaan2 yg tlh dicapai..:-)
Tip hari ini, senaraikan semua pencapaian anda tahun 2007, dan bandingkan! bagaimana anda boleh mencapai lebih kejayaan dari tahun lepas?
Segan gak nak cerita ni, tapi sebab Irfan yg mintak sy akan tuliskan.
Tahun lepas bisnes yg sy buat gagal lagi atau baru bergerak separuh jalan. Mungkin boleh sambung semula bila dpt mengatasi masalah yg menghalangnya.
Utk mencapai kejayaan yg lebih berbanding thn lepas sy akan join MIBO & akan terus belajar sifu (Irfan) dan krew ttg biz.
Tq.
*:Sy ada dgr jutawan bersma Irfan dgn chef Li kat radio 24 td.
Bestnya! Byk tips yg diberikan. Antaranya jika minat biz jgn kwn dgn org yg tak minat spt org yg minat burung atau mancing & pasal levelish (spelling btl ke?). Very Interesting!
No tel dia sy dah copy dah. Tq…:-)
Irfan adalah satu contoh yang patut dicontohi, saya percaya ada perancangan yang lebih besar lagi untuk 2008 ni
IK, Tahniah & Syabas atas kejayaan pd tahun 2007.
Bagi kami,
Impian 2007 – ingin memulakan perniagaan dari rumah telah tercapai. Walaupun perniagaan kecil & modal kecil, tetapi keuntungan agak memberangsangkan. Yang paling penting adalah pengalaman sebagai usahawan dan selok belok alam perniagaan.
Untuk 2008 – ingin merealisasikan apa yg dipelajari semasa di workshop IK pd 1 Dis. 07 lalu.
” Berani Berubah ” – Chef Li.
Azman & Safiah > tahniah! mudahan 2008 tahun ada ong… 8 tu π
Nanti saya sampaikan sedikit tips dari Chef Li sempena program Jutawan semalam! First time berjumpa Chef Li “Jutawan Senyap”… seronok sebab chef li mudah bersembang! π
IK, Terima kasih & InsyaAllah.
Salam kasih sayang,
Thanks Irfan, saya lebih bersemangat dan semakin yakin bagaimana untuk lebih berjaya merealisasikan IMPIAN.
Semoga diberkati. Amin
Semoga Irfan , Azran and team jutawan internet akan terus memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada semua.
Insya allah persahabatan serta semua cadangan serta pelan yang kita telah rancangankan akan diberkati dan akan berjaya.
Sokongan dan feedback from semua pembaca blog ini juga amat baik untuk semua. Ingin lihat Blog Irfan akan lebik interactive dengan lebih banyak akan berkongsi dan leave reply.
Moga moga semua akan jadi Kaya dalam semua aspek kehidupan.
salam
AbangAbu
wah…banyak matlamat tercapai…
saya banyak yang tak tercapai …
sedih juga kalau fikir kembali…hehe
tapi ada juga yang tercapai dgn gembira…
harap tahun ini matlamat tercapai lebih banyak…
han
Asslamualaikum.
Semoga sentiasa sihat & berjaya.
Syabas dan tahniah atas pencapaian Irfan pd thn 2007.
Bagi saya,
2007 – Agak terkilan kerana buku saya tidak berjaya diterbitkan. Harap2 ia menjadi kenyataan pada thn ini.
Impian 2008 – Salah satunya, ingin memulakan biz menjahit manik.
Doakan impian sy tercapai
Terima kasih.
Assalamualaikum
Saya memulakan tahun 2oo8 dengan menyempurnakan matlamat 2007 yang sedikit tersasar.
Matlamat saya ini berhubungkait dengan post dari yang terdahulu :
http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/jaga-kesihatan-diri/