Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan September. Tip satu minit masuk bulan baru, cuti sehari untuk buat rujukan tip-tip pada bulan Ogos. Klik di sini untuk membaca kesemua tip bulan Ogos…
Ok, hari ni, apakata anda kongsikan serba sedikit mengenai diri anda untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Kiranya kita buka komen-komen hari ini untuk “networking”. Networking adalah salah satu konsep penting dalam apa jua perniagaan untuk meluaskan pasaran.
Ramai yang telah maklum tentang diri saya, infact dalam akhbar New Straits Times semalam juga ada menceritakan pencapaian saya (Merdeka Special Edition) bertajuk “Young, Internet-Savvy and …”.
Sedikit maklumat tentang diri saya yang saya fikir ramai tidak tahu: Irfan Khairi tu adalah nama saya. Ramai yang ingat “Khairi” tu nama ayah saya- maknanya bukanlah Irfan bin Khairi!. Nama penuh saya adalah Noor Irfan Khairi. Untuk tujuan promosi, saya gunakan Irfan Khairi sahaja (Nama glamer!) Sekarang, anda tahu! ๐
Apa kata hari ini anda ceritakan sedikit sebanyak mengenai diri anda supaya sama sama saling mengenali di Komuniti Tip Satu Minit ini. (Yang dah lama atau tak pernah tinggalkan komen juga kena join!)
Salam berkenalan!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum,
Saya Ahmad Khalil. Orang baru dilaman Irfan Khairi. Baru sahaja register newsletter
Sudah lama mempelajari Internet Markerting. Menceburi bidang ini 2 tahun lepas, masa tu masih bekerja sepenuh masa. Awal tahun ini, telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja (setelah bekerja 4 tahun sebagai IT Analyst)& mulakan bisnes online.
Alhamdulillah, bisnes berjaya dimulakan dengan Web Design & Development co. (Himura Design) – dapat la 2-3 project untuk survive 4 bulan ๐ Di masa yang sama mencari peluang baru untuk mulakan perniagaan Internet. Alhamdulillah seseorang telah menjumpai saya untuk memasarkan produknya – saya fikit buat online je lah ! Maka wujudlah Life Switcher – produk kewangan saya yang pertama.
Setelah satu bulan beroperasi, banyak feedback yang saya terima & kini dalam proses membuat pembaharuan untuk version 2.0 pula.
Saya datang ke laman Irfan untuk mencari tips-tips yang boleh membantu.
Buka Rahsia Internet menjadi buku pertama yang dibeli sebelum menceburi bidang ini sepenuhnya ! ๐
Insya ALLAH akan ke workshop bila sudah mempunyai pulangan modal dari Life Switcher.
Salam perkenalan semua
Nama : Ahmad Khalil
Umur : 23
Status : Single but not available
Pekerjaan : Internet Marketer
E-mail : ahmad.khalil@yahoo.com
Wsalam !
Assalamualaikum SEMUA,
Eeee..seronoknya begitu ramai usahawan2, doakan agar semuanya berjaya. Irfan saya yang mencari-cari pendapatan extra terdorong kearah workshop pada 26/8/06. Tapi duit jadi
masalahnya..saya apply loan kat AEON dan terus register (bersemangatkan)!! Saya tak biasa dengan internet so saya masih blurrr.. Sekarang dah 4/9/06 saya masih mencari-cari nak buat apa ?? Tolonglah saya ..nak settle hutang2 ni…sob !!..sob !!..
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat..
Assalamualaikum semua..
saya Abdul aziz,seorg pelajar IPT di port
dickson..penuntut tahun pertama diploma kejuruteraan mekatronik…saya bercita2 nak jadi macam irfan..saya dah beli buku..tapi kursus irfankhairi belum lagi…
semua sebab belum ada rm rm lagi…
tapi saya memang sedang berusaha untuk mencapai cita2 saya…saya percaya akan tercapai cita2 saya ini
Semoga semua yang bercita2 spt saya berjaya
Assalamualaikum…
Saya ingin mengembangkan duit saya, tapi saya tak tau bagaimana. Saya ingin berniaga dengan membuka satu firm engineering consultant. Tapi tak yakin…kerana kurang sokongan.
Adakah irfan hairi boleh tolong saya?
idea banyak yg nak jual kat internet tapi mcm mana tentang tulisan bahasa inggeris saya yg tak berapa bagus dan juga banyak lagi pekara2 yg lemah.
sebab nak memperbaiki yg lemah tu memakan masa yg lama kena belajar sebab makin lambat kita buat perniagan ni semakin kita akan rugi masa tak tunggu kita dan saya amat cemburu kepada masa.
Assalamu’alaikum,
Saya Amirul Asyraf bin Hamka dan berumur 18 tahun. Saya berminat dengan jenis perniagaan ini. Walau bagaimanapun, saya masih tak berpeluang untuk belajar sepenuhnya mengenai perniagaan internet kerana saya masih belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan tiada masa yang cukup untuk melayari laman ini. Mungkin saya masih terlalu muda untuk menceburi bidang ini dengan ilmu di dada masih belum mencukupi tetapi Alhamdulillah saya sudah ada asas membuat laman web meskipun belum kukuh tetapi saya akan cuba menambahkan ilmu saya. Agi idup agi belajar…..Salam Perkenalan buat semua abang, kakak, pak cik, mak cik dan adik :-p kalau ada. Sama-samalah kita berdoa untuk kejayaan kita di dunia dan yang terpenting sekali kejayaan di akhirat. Ingat berniaga, berniaga juga tapi solat jangan tinggal.
Saya mohd fazdlie mohamad sahid. Boleh panggil fazdlie sahaja. Saya berasal dan menetap si shah alam. Saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya (kalau dapat jadi jutawan pun bagus juga.. hehheh).
Tips yang irfan berikan memang amat berharga terutamanya kepada newbie. Terima kasih yang tidak terhingga kepada irfan yang saya gelarkan sebagai “Pencetus Revolusi Perniagaan Internet Malaysia” :-0
eh irfan. Yang hujung tu, ikon nye sepatutnya ๐
assalamualaikum semua
sori saya agak lambat sikit. tapi nak join jugak
nama saya anisa abdullah. tinggal di gua musang kelantan.dah berkahwin , punyai seorang anak yang hampir berumur setahiun. Usia saya pulak 29 tahun
saya seorang peguam dan memang bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri. Perniagaan online minat jugak tapi tak reti. Workshop tak gi lagi sebab belum cukup duit.
apa kata kalau kita semua berjumpa untuk saling berkenalan secara offline dan mengeratkan tali silaturrahim.
camana setujutak???
wassalam
assalamualaikum..
Name panggilan saya Murniy.. saye sbenarnye amat tertarik dengan perniagaan internet yg dijlnkan oleh Irfan Khairi setelah hampir setahun saye mengikuti perkembang beliau. Namun begitu saye blum lg berpeluang untuk menyertai kursus yg dianjurkan..saye harap dengan ilmu yg bermanfaat dan pendedahan yg mendalam mengenai perniagaan di internet yg diberikan oleh Irfan ini akan membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh Malaysia khususnya..salam ukhuwwah dan perkenalan dari saye untuk semua.
Maaf dah lama tak ikuti ruangan ni.(sibuk dgn peniagan offline saya)
Nama : Khairuddin Bin Abdul Rahman
Umur : 33 Tahun
Asal : Pahang
Tinggal : Usj Subang Jaya
Perkerjan : aughtsperson
Pekerjaan Lain : Perkhidmatan Kontraktor (Binaan Bangunan, Renovation, Hiasan Dalaman)
dijalankan bersama Biras Saya(Mashazuri Construction). Saya tolong je.
Sedang membena Web Site untuk perkhidmantan Kontraktor (panduan dari manual 1-2-3)
Insyallah Dalam masa terdekat nie siap le.
assalamualaikum…salam perkenalan.
nama saya mohd adib bin ramli, dari sg buloh selangor & keje kat uitm shah alam. anyway saya memang berminat la nak jadi usahawan & jadi kaya ni since baca buku ‘jutawan dari planet jupiter’ tulisan millionaire coach azizi ali. so lepas tu saya slalu la mengikuti tulisan s azizi ali sampai la satu hari saya dapat tau pasal buku ‘rahsia jutawan-jutawan internet terbongkar’ karangan irfan bila kluar kat slot resensi rancangan slamat pagi malaysia.
saya terus cari buku tu & beli. alhamdulillah saya dapat start bisnes internet yg menyediakan perkhidmatan rekabentuk logo hanya dgn membaca buku tu. tapi saya rasa ilmu still x cukup & klau ada kesempatan mmg nak pegi workshop jutawan internet. tapi skarang ni saya stop dulu sebab tgh concentrate nk kawin dulu…huhu… lepas tu baru sambung smula.
anyway salam perkenalan utk semua.
Irwan, hang terlupa Sikumbang… ๐
Oye, saya Mohamed Nasir bin Md Sobri… nama glamer online sejak 1992 ialah NasiaQ. Kat web, ada yg panggil Mohd Nasir, Mohamed Sobri, Nasir Sobri, Mohamed Sobri MD. dan macam2… Tapi IA, tak lama lagi, bolehlah reliazed as Dato N…
assalamu’alaikum,
Nak join jugak lah intro kat sini (even dah agak terlewat..)
Nama penuh: Anas Suzastri bin Ahmad
Baru join dunia internet & baru launch web (psst..anda boleh dapat e-book Percuma di situ).
Step1: buku (internet )
Step2: seminar (mesti join)
Step3: do
hye..
sy student it ukm..
sy sgt risau ngn ms dpn keje sy sbb ramai sgt yg unemployed..
so sy bercite2 nk wat bisnes..
skrg tgh final year..
sy saving utk wat modal bisnes ape2 pas abis stdy next yr..tp xtau bisnes ape..
sy juge xbpe faham ngn bisnes internet ni..
hari2 sy bkk website ni..
sile beri tunjuk ajar..
= )
assalamualaikum..
idea perniagaan dah ada. tapi tak tau cara nak publish kat internet. wat masa ni keja kat syarikat swasta tapi tak berkaitan dengan minat saya, bercita-cita nak melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati, (rekaan fesyen / seni jahitan)…
-Nama diberi Muhammad Hafiz Abdul Latib
-Nama di Internet Hafiz Latib
-Berumur 21 tahun
-Still belajar lagi di UTP, part time online business
-Peserta seminar Rahsia Internet bulan Januari 2006
– Mempunyai 3 website, satu pasaran antarabangsa, satu blog tentang cita-cita saya dan partner saya dan satu lagi website khusus untuk Malaysia iaitu http://www.malaysiapal.com. Dengan bantuan Irfan semasa seminar, saya berjaya menjalankan ketiga-tiga website ni dengan lancar, walaupun kadang2 ada small problem.
Lastly, thanks Ifran!
Hafiz Latib
Hafiz & Najmi, very proud of both of you! keep up to good work ๐ Bila dapat your first million, jangan lupa belanja!
hi… saya Hairunita Saian. Saya dah join seminar Irfan pd 2/10/2005… dah hampir setahun kan… sebelum tu dah baca buku Irfan… teringin juga nak hasilkan buku mcm Irfan Khairi, Azizi Ali & Tuah. Bila baca buku depa tu.. rasa mcm.. รยกku pun boleh tulis buku camni gak’.. tapi… tunnnggguuuu….
Saya tak mahu ketinggalan walau pun hari ni dah 7/9/2006. Saya dah pergi kursus 3 dalam 1 dan tengah prepare website untuk buat bisness Mail Order. Saya tak tahu yang rupanya Mail Order bisness ni memang mudah. Dah test & banyak respond. Sekarang tengah prepare website nak popularkan bisness saya.
Dah siap nanti nak join workshop jutawan internet pulak, saya pun nak jadi jutawan jugak.
Ramai office mate saya dah mula nak join buat website sebab saya dah boost mind diaorang ni. Gambar saya dengan Irfan & Osman Affan depan pc saya jadi pemangkin semangat . Dan buat promosi.
Saya pun nak bertukar fikiran dengan peserta blog ni.Boleh saya tanya mana yang saya tak faham.Boleh ke?
Assalamualaikum,
Irfan.
Sebenarnya saya sendiri tak terkata.. dengan cepat boleh menjadi jutawan dengan menjual Peta Malaysia.. for me its impossible but now im believed if we have a vision to be rich… it will be rich if workholic and creative..
kengkadang popular tu will come if all people know when if the project was successed..
mcm Irfan sendiri la.. hehe..
Harapan we will meet someday. thanks and
warmerst regards,
rahim.
askum, Tahniah Irfan . kita sebenarnya adalah rakan sekelas semasa seminar Azizi Ali di Hotel Sunway 2004-masa tu u dlm proses buat buku pertama. Saya dlm industri perkhidmatan-masih belajar2 pasaran melalui internet. harap blh berjaya seperti Irfan. saya baru terlihat Irfan On-air di Hello On 2 sebentar tadi. tu yg terus buka website ni…..
Selamat Maju Jaya
dah berapa hari da terlepas, baru pepgai ni baca artikel ni.
saya azhar, nama glamer mcm kat email add tu lah. saya pernah bisnes getah segerap 9getah kering yang dalam mangkuk tu). setahun lebih je bertahan, lepas tu lori kena tarik sbb tak mampu bayar.
berniaga dgn modal besar, tapi hampas pun tak nampak.
tahun ni 17/9 lepas da 32 tahun umur. tak de pencapaian yang boleh dibanggakan pun, hutang banyak adalah.
saya tengah berjinak-jinak dgn internet bisnes. tapi tak tau lagi bila bleh gi workshop awak.
anyway, proud to see a young malay millionaire like you. selalu berharap untuk capai kejayaan mcm tu.
sedang bersiap sedia la ni….
Saya pernah bekerja sebagai wartawan grafik dan kartunis di straits times dan cukup komited dgn kerja. Sekarang tu semua dah terkubur kerana sibuk menjadi seorang suri rumah dan ibu kpd 4 org anak. Pernah kwn2 nasihat cuba buat internet bisnes tapi tak tahu caranya. Saya ada membeli buku dik Irfan tapi sori ya masih belum habis baca. Ni pun tak sengaja terbuka site ini dan nak pulak tulis respon. Hopefully rezeki saya kat site ini. Dah tak sabar nk cari duit sendiri la.
hai !! apa khabar?? saya nk ucapkan tahniah ata kejayaan doktor dan saya harap saya juga dapat manjadi seorang yang berjaya seperti doktor satu hari nanti..
Salam perkenalan buat semua.. semoga kalian dirahmati n suksess dlm apa jua bidang yang diceburi..:)
Adios..
A’kum,apa kabar semua. salam perkenalan buat semua. saya berminat menjadi usahawan sesuatu hari nanti. So boleh tak bagi panduan dan pedoman. Terima kasih.
salam..jgn pelik plak tengok nama i.bukan apa i minat filem cowboy.i baru try internet ni,dulu tak reti tp skrg bolelah sikit.nak belajar buat bisnes i.t tp tak pandai.ada buat bisnes tp bermusim.kalau bole buat kat i.t mungkin lebih income kot.kalau ada yg tolong bantu alhamdulillah.pls help me….jgn lupa baca..
Aslmkm..hai smua.sy ni br je guna internetni.budak br blajar.bila dngar irfankhairi dh jd jutawan internet sb jual peta mlysia sy pn rasa truja sgt2.mmg cita2 nk jd jutawan tp kl stakt keje gomen ni mana bleh dpt.sbtulah skangni dh minat internet marketingni tp x tau nk jual ape.leh x bg idea kt sy.1 lg nk buka web mcmana eh.tp kwn sy ada sorang yg pandai.nnti mnuntut ngn dia pas2 kl bkesempatan nk ikuti bengkel slamat bkenalan smua n harap korang ngn sy skali jd jutawn mcm doktor..Thank.gaji asyik x ckpje ni.bye
Assalamualaikum Irfan,
Baru kini saya berpeluang untuk berbicara,saya berterima kasih atas maklumat2 berharga yang dihantar kepada saya dalam email,saya nak baca semuanya rupanya ia amat banyak, lepas klik, klik , kliklagi. bagaimana pun saya akan terus baca.. saya berminat untuk menjadi jutawan seperti Irfan dan Syed Ai-Bukhari yang mengutamakan iman dan dapat berbuat , menyumbang lebih banyak untuk kebaikan umat..semoga Allah membuka jalan yang lebih luas untuk saudara meneroka jalan-jalan kebajikan ini…amin
Assalammualaikum.
Masih belum terlambat (+ve thinking). Saya Rosli Bin Bahari, 32 thn, Kerja dgn LHDN, Asal Melaka, Menetap Azran Alam, Berkahwin, Anak?? InsyaAllah coming soon.
Saya mula mengenali I selepas terbaca tentang I diakbar Mingguan Malaysia. Selepas membaca artikel tersebut timbul rasa cemburu akan kejayaan I yg dikecapi pd usia muda. Terus cari buku I (beli secara online tu). Selepas habis baca minat untuk berniaga kembali berkobar2(dah lama tu, tp tak start pun). Saya telah pun memulakan langkah pertama saya dengan belajar membina laman web sendiri (itu pun basic sgt.) melalui laman blog. Harapan & Doa saya semoga semua berjaya dengan impian untuk berniaga anda. Wassalam
Sejahtera ke atas kalian sume.
Boleh panggil saya J – for jamiatul. Dah 2 tahun nganggur jaga anak kat umah lepas kontrak tamat ngan TNB. Mati kutu la. Ada apply untuk jadi cikgu tapi doa dalam hati biar tak dapat (apa punya orang la..) Minat nak buat duit dalam keselesaan rumah sendiri, tengok anak membesar depan mata. Ada tip berguna jgn malu kongsi ye.
Saya lahir kat Ipoh, besor kat Batu Gajah, Perak.
Selamat berkenalan.
Assalamualaikum, saya azlan. baru nak jinak2 ngan internet. bole bagi tips tak camner nak mulakan perniagaan internet ini. dan apakah cara-caranya
Asalam.. n slm pknalan pd sume ( sudi la kranya ๐ ) trutama pd Ik, thniah ats kjyaan n smoga trus bjya n jga pd sume Seagama, Selamat menyambut hari raya korban Aidiladha.. Utk dunia bru yg sy ingin cburi ni ( pniagaan internet ) suka sy gelarkn dri sy sbgai ‘Altaf’, 34, bjang tlajak.. xda apa yg d bggakan pd sy (sglanya ‘0’)..
Sdkit tntang dr sy, shgga sy brada dsni.. Bru sja kcundang d ats pniagaan mnjual akessori, mbaiki h.phone n mjual h.phone,bkn kdai, tp hnya grai x blesen (zero ‘0’ la ktakan) slma 6 thn, kni tgh mnganggur. Utk pngtahuan sume, sbnarnya bkn pniagaan itu yg kcundang, tp dri (kpribadian) sy yg kcundang.. (stiap mnusia psti ada mlakukn ksilapn, wlupn sdkit n apa sja yg d lakukn psti mdpat balasn NYA, baik or bruk n jga cpat or lmbt)..
K, bblik tntang sy td, utk mmajukn dri n pniagaan, sy tlah join syrkat yg prnah 1 ktika dlu mpromosikn prgram yg mreka anjurkn scara bsar2an d akhbar2 stiap ari, iklan tv n jga d rncangan MHI bbrapa kli, iaitu *R*B. Dgn itu sy mngambil pkej ‘sms’ *-g* m***le dgn bmodalkn hmpir ksmua wang smpnan sy, d mna pkej ‘sms’ ni prlu mgunakn kmputer, sdangkn sy xprnah lgsung mnyntuh kmputer, alhamdulillah dpt jga sy mlakuknnya (mgunakn kmputer) wlu skdar hnya utk pkej ‘sms’ itu sja d ats tnjuk ajar pkerja d syrikat itu. Dan sdang brusha mncari sdkit modal utk mlancarkn prgram itu, syrikat *R*B pula kcundang ( bmsalah ), d ats pngtahuan sy n jga frum2 intnet yg sy lwati tntang kbrukan syrikat itu adlah krna ktidak ikhlasan mreka utk MEMBANTU BANGSA DAN AGAMA mreka sndri ( sy psti PROGRAM itu sndri smmangnya BETUL ). wlu bgaimnapun sy ttap brazam ingin mneruskn cita2 sy tu, smnjak tu sy sring mlyari intnet utk mcari ilmu or yg bkaitan dgn apa yg sy cita2kn n tjumpa la 1 prgram yg sy cita2kn iaitu ‘PERNIAGAAN SMS’ dr lmn web/blog IRWAN DAHNIL, tp tpaksa sy pendamkn dlu krna ‘rm’ x mngizinkn n dlm pd tu pnglaman lalu jga mghantui dri sy. Bmacam2 prgram plaburan/pniagaan yg sy lyari d intnet maupn akhbar sume mnjnjikn pulangan yg mngujakn.. anda psti pnah mlihat iklan sympo rejoice d kca tv, ‘rmbut akn lrus sprti mbuat tknik rbonding’.. adakah anda fkir apa yg sy fkir.
D sni suka sy mngingatkn anda n dri sy jga “SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN”.. n stiap apa yg tjdi pd kta MUHASABAH lah dri sblum mnyalahkn org lain.. balasn yg kta trima dr NYA xsmestinya sama dgn apa yg tlah kta lakukn n mgkin jga akn mbabitkn org lain or org yg kta syg.. “RASAKAN LAH KEBERKATAN DAN KERAHMATAN DARI NYA DI ATAS KEIKHLASAN YANG KITA BERIKAN”..
D sni ikhlas sy katakn, sy prlukn IRFAN KHAIRI n IRWAN DAHNIL utk mjadikn impian sy adalah
1 knyataan..
Maaf, skiranya sy tsalah, tkasar bhasa or mnyinggung sesape d sni..
Trima ksh IK, ID n Semua..
Altaf
Assalamualaikum….
Salam perkenalan….
walaupun dah terlewat 2thn.
hehehe baru jumpe blog ni.
izzah abd rahman namaku
baru saje tukar status
single to married yuhuu
asal kg talang kuala kangsar
tapi dok KB dah lama
lepas abih blajar,
terus join mom jage bisnes die
kedai kain, tudung, bju melayu n bj kurung
bisnes family.
lepas setahun kerje plak dlm opis
sekarang kene berniaga balik.
mom nak bukak branch
xperince dah ade…
cumer…
soalan saya
1) BLEH KE BARANG2 SAYA NI DIJUAL DALAM INTERNET XKAN E-BOOK JE KUT?
2) SEJAUH MANE KEBERKESANANNYA?
3) CANE PLAK CARANYA?
mintak IK atau sape saje yang expert cadangkan @ nasihatkan.
dah memang mau blajar sangat2 ni.
anyway,
terima kasih buat IK, sebab slama ni saya surf internet tanpa matlamat.
sekarang dah jumpe.
YUHUUU…
mcm mne pndapt irfan tntng webite emallnetwork ni….
bole pegi jauh lg ke…..
asslamualaikum IK saya ade masalah skit nak membuat e-book..saya x tau nak kendalikan sisitem duit msuk ke akaun saya dan untuk kendalikan autoresponder..boleh x dr bg pndpt skit….