Selamat datang September 2006

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan September. Tip satu minit masuk bulan baru, cuti sehari untuk buat rujukan tip-tip pada bulan Ogos. Klik di sini untuk membaca kesemua tip bulan Ogos…

Ok, hari ni, apakata anda kongsikan serba sedikit mengenai diri anda untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Kiranya kita buka komen-komen hari ini untuk “networking”. Networking adalah salah satu konsep penting dalam apa jua perniagaan untuk meluaskan pasaran.

Ramai yang telah maklum tentang diri saya, infact dalam akhbar New Straits Times semalam juga ada menceritakan pencapaian saya (Merdeka Special Edition) bertajuk “Young, Internet-Savvy and …”.
Sedikit maklumat tentang diri saya yang saya fikir ramai tidak tahu: Irfan Khairi tu adalah nama saya. Ramai yang ingat “Khairi” tu nama ayah saya- maknanya bukanlah Irfan bin Khairi!. Nama penuh saya adalah Noor Irfan Khairi. Untuk tujuan promosi, saya gunakan Irfan Khairi sahaja (Nama glamer!) Sekarang, anda tahu! πŸ™‚

Apa kata hari ini anda ceritakan sedikit sebanyak mengenai diri anda supaya sama sama saling mengenali di Komuniti Tip Satu Minit ini. (Yang dah lama atau tak pernah tinggalkan komen juga kena join!)

Salam berkenalan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

87 thoughts on “Selamat datang September 2006

  1. Nama saya Azlina bt Abdul Aziz. Seorang suri rumah tangga sepenuh masa, dengan 3 orang anak 6,4 dan 2 tahun. Baru menceburi dunia internet dan bisnes internet tahun ni.

    Saya setuju dengan Irfan yang pernah mengatakan usahawan Muslim mesti ambil peluang di internet, jadi saya pun juallah buku kaedah mengajar Alquran cara cepat (ALFURQAN) melalui website saya setelah belajar dengan Irfan.

    Yang menariknya, saya ni memang tak internet-savvy langsung, dulu nak buka email pun tak reti, sekarang boleh ada bisnes di internet! Huh, saya sendiri tak sangka.

    Sekarang ni, saya rasa saya boleh capai apa saja yang saya nak, cuma perlu teruskan belajar dan praktikkan dalam kehidupan saya dan berdoa. Insyaallah..

  2. Salam September

    Berbeza dengan Irfan. Saya tidak dikenali dan saya juga tidak pernah masuk sebarang suratkhabar πŸ™‚

    Saya Irwan Dahnil. Mohd Irwan bin Dahnil. Irwan Dahnil nama panggilan biasa. Hook dengan komuniti IrfanKhairi bila saya membuat research tentang internet marketing. Dan sehingga kini research masih berjalan untuk menyelesaikan pengajian master.

    Harap2 bole berkenalan dengan yang lain. Apa kata kita pegi minum teh tarik ramai2? πŸ™‚

  3. Assalamualaikum.

    Salam perkenalan.
    Nama saya Abdul Hidier.
    Hidet tu kira nama glamor saya lah.
    Saya tidak mempunyai apa-apa perniagaan setakat ini.

    Wassalam.

  4. Assalamualaikum.

    Salam kenalan…
    Nama saya Azahari bin Waid.Oleh sebab nama saya dah pendek,memang takde la nama pendek lagi selain Azahari.
    Tak lama lagi saya nak sambut hari jadi ke 27.Tapi rasanya orang US la yang paling ingat hari jadi saya sebab peristiwa tu(September 11)..hehe.. Buat masa ni belum lagi melancarkan perniagaan apa-apa tapi insyaAllah dalam masa terdekat ni saya akan usahakan.Salam usahawan & perkenalan!

  5. Salam sejahtera semua,

    Panggil zul sahaja sudah cukup, apa yang dipaparkan sejak saya mengikuti perkembangan bisnes internet ni sudah memberi satu impak yang cukup besar pada diri saya, dulu saya fikir bisnes internet perlukan modal besar, tapi banyak lagi cara yang boleh dilaksana, pokok pangkal ada idea dan cara nak laksana, jangan lupa berguru dengan yang pakar.

    Sememangnya perniagaan konvensional dan internet punya kelebihan tersendiri, dan saya cuba ke arah merealisasikan bisnes internet. Terima kasih semua atas nasihat, panduan dan tunjuk ajar dari kalian semua, ilmu yang sedikit dikongsi ramai, semua dapat manfaat.

    p/s: ingat kerjasama dan muafakat,ingat “semut”

  6. Assalamualaikum…

    Salam Perkenalan dalam remang-remang Merdeka..

    Saya dilahirkan 32 tahun yang lalu. Ruhayat Mohd Nazir nama diberi. Nama panggilan Hayat yang bererti ‘hidup’. Mudah-mudahan kehidupan dan perniagaan saya dan anda semua ‘hidup’ dalam dakapan iman.

    Saya menjalankan perniagaan percetakan di Kajang, Selangor. Alhamdulillah, lepas 4 tahun, dapat beli mesin cetak sendiri tanpa loan. Berkat sokongan kawan-kawan, ia terus berkembang.

    Saya menyertai workshop Irfan 22hb. Julai 2006 dan dari situ saya cuba ‘link’kan perniagaan saya dengan internet. Dengan fokus kepada kad nama / name card, ia menjadikan kita lebih pakar. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan.

    Terima kasih atas tips-tips dari Irfan.. Beliau adalah kawan dan guru!

  7. maaf tuan, saya mohamad hapisol othman dari utara malaysia. saya baru saja buat perniagaan internet ni. untuk makluman, saya begitu meminati jutawan usahawan melayu (terutamanya irfan). inilah kali pertama saya menulis di sini setelah sebulan menjadi pembaca yang setia di ruangan ini. harap dapat berkongsi dgn sahabat usahawan internet di sini bagi menambahkan ilmu perniagaan internet saya. saya baru 4 bulan membaca buku irfan dan skrg cuba mengaplikasikan ilmu dlm buku tersebut. niat dihati saya, teringin sangat nak join workshop irfan cuma masa tidak mengizinkan lagi.pohon maaf jika tersalah susun ayat.

  8. assalamualaikum…
    Nama saya eiza, saya seorg tenaga pengajar di Sabah, berasal n9, saya baru mempunyai seorg anak. saya amat2 berminat utk menjadi jutawan mcm Irfan Khairi..bile ek turn saye? :)saya pun ade cita2 utk bekerje dari rumah sambil membesarkan anak2..walaupun saya sudah mempunyai pekerjaaan tetap,rasenye duit mcm x cukup jek…perniagaan internet pun saya takde lagi..saya cume sempat beli buku Irfan Khairi.CD belum dpt beli lagi…tunggu gaji bulan depan..nak pi workshop? rm rm rm..cemane nak jadi jutawan nih..saya selalu baca tip2 nih..saya dah pun tulis angan2 saya diatas kertas,dan x selalu bace πŸ™‚ insya Allah jika kita ada cita2 mungkin satu hari nanti saya akan menjadi jutawan beriman…amin…
    bersyukur selalu…

    Salam mesra,
    Jutawan Beriman.

  9. Saya Mohammed Farid Sulaiman, usia dah 32.

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada Irfan Khairi sbb menyediakan tip-tip yang amat berfaedah.

    Sebenarnya saya dah hampir 11 bulan saya study tentang internet marketing (IM) tapi belum buat duit lagi..saya sekarang dalam proses menyiapkan sebuah ebook.

    Hapan saya sebelum Oktober 2006 saya akan start jual ebook tu.

    Thanks…

    P/s: Macam katalah matlamat perlu di publish biar kita tau yang semua orang dah tau apa matlamat kita…he..he..

  10. Saya rasa kita patut buat kelab internet marketer Malaysia, dimana kita boleh membuat program2 yang berkaitan dengan internet…macam mana Irfan Khairi?

  11. Assalamualaikum..

    saya emio. nama manjerrrrr.. hahaha.. mmg langsung x dikenali..

    idea biz dah ada.. cuma x laksana lg.. tgh kumpul stamina.. hmm strategi salah ni.. jgn ikut..

    saya rasa anjuran minum teh tarik oleh saudara Irwan tu bagus juga.. hehe..

    ok slamat berkenalan..

  12. Assalamualaikum,

    Salam perkenalan untuk semua.

    Saya,Noor Azam B. Abdullah. “ambo” merupakan kata ganti diri bagi “saya” dalam bahasa kelantan.bukan nama glemer pun.

    Saya seorang programmer dan masih bekerja sepenuh masa sebagai seorang programmer di KL.Saya juga seorang pemalu.sebab tuh jarang nak tinggalkan komen kat sini.

    Terima kasih diucapkan terutamanya kepada Irfan Khairi juga semua kawan-2 yang banyak memberi motivasi untuk memulakan bisnes di internet.

    Ini merupakan petikan dari buku Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad yang bertajuk ” Inilah Jalan Kami..” semoga ada manfaat untuk semua.


    Cita Cita Usahawan Cukup Tinggi
    Kadang-kadang usahawan dikatakan bermimpi
    Gerak Kerja Usahawan penuh wawasan
    Mengalahkan mereka yang punya kelulusan
    Yang mampu merancang,tidak punya pengalaman

    Kalau tidak
    Usahawan tidak boleh berada
    Dipuncak jaya
    Memiliki yang tidak dimiliki
    Usahawan bukannya manusia luar biasa
    usahawan berdiri di atas kaki sendiri

    Usahawan punya Idola sendiri
    Yang patut dicontohi
    Bahkan Sejarah Kejayaan usahawan sendiri
    Akan ditulis oleh orang suatu hari nanti

    Paling Penting
    Usahawan manusia bertakwa
    Banyak kebajikannya
    Banyak Ibadahnya
    Banyak Zikirnya
    Kuat Perjuangannya
    Amat kasih usahawan pada Rasulnya
    Amat cinta usahawan pada Tuhannya

  13. Nama saya Sharifah Hamidah..masih berkerja dengan kerajaan.
    Ada perniagaan internet/bukan internet tetapi belum begitu berjaya….pakej percutian..tetapi belum menampakkan hasil melalui internet.Melalui leaflet/flayier..ada juga sikit..boleh bertahantapi tak rancak.
    Pernah menyertai workshop/dan beli buku…

    Salam perkenalan kepada semua.
    Beidi_mat(nama saja2 dalam internet)

  14. assalamualaikum,

    nama saya leLabu. nama manja Rosli Hassan. umur yg dah berlalu 26 tahun, yang tinggal tak tahu lagi. skrg keje gomen, dok blanja duit rakyat.

    cuba berjinak-jinak ngn internet sebab lepas nih nak blanja duit sendiri pulak.

    selamat berkenalan.

  15. Sdra Irfan,
    Saya ingin dikenali sebagai PokNeng. Sebagaimana yang dimuatkan dalam blog saya yang terbaru…Apa Yang Ku Dapat?…mudah-mudahan 1 September 2006 membuka lembaran baru dalam kehidupan saya untuk lebih serius mendapatkan sesuatu dari teknologi internet ini. Amat saya harapkan sokongan dan dokongan dari rakan-rakan yang iklhas dan jujur serta sehaluan.

  16. Asslamu’alaikum,

    Nama penuh saya, Wan Saliha bt Wan Husin, umur 31 tahun, sudah berumahtangga.

    Sentiasa mengikuti perkembangan e-biz & tip dari Irfan tapi tak sempat nak hantar komen. Saya memang berminat menjadi usahawan suatu hari nanti.

    Sekarang saya bekerja sepenuh masa tapi pada hujung minggu saya dan suami mengusahakan bisnes kecil-kecilan (buat makanan ringan/keropok). Sebenarnya sebelum kahwin lagi saya meniaga kecik2, tapi tak serius. Sekarang baru nak serius, nak sahut seruan kerajaan menjadi usahawan bumiputera.

    Sekarang saya tengah study nak buat website. Insya-Allah kalau dah ada website nanti,saya jemput semua member ke website saya.

    Sekian, wassalam.

  17. Assalamualaikum…semua
    Salam Perkenalan…

    Saya Mohd…just panggil mat..simple name..saya ni x-student UTM kos Sarjana Pengurusan…saya dah lame berminat berkaitan dengan “self-development” semasa study lagi…tapi byk yg saya x praktik…bermule thn 2006,saya dah mule menulis matlamat,membaca pelbagai jenis buku (termasuk buku Irfan),mencari artikel pelbagai topik di Internet untuk dibaca pd waktu mlm…sblm merancang hari seterusnya..saya baru je membeli laptop yg mmg saya cube capai thn ni..tercapai akhirnya..tiap2 hari saya akan lihat brosur laptop…sblm tido..saya dalam proses nak menulis e-books..cume masih dalam proses nak kumpul idea..moga2 saya berjaya dan rakan2 semua…Jutawan?..mmg saya nak jd jutawan sblm umur 30..thn..skang baru berusia 24 tahun…

  18. assalamualaikum…

    nama : ahmad riezal b abd rahman
    menetap : ipoh
    status : single
    pekerjaan : pekerja kantin sekolah (partime selepas tamat pengajian)
    umur : baru masuk 25thn

    setelah mebaca buku saudara azizi ali millionaire in me (seorang pemuda yg membina logo website utk azizi ali) .. saya cari sehingga sy jumpa siapa dia sebenarnya ..ehem ehemm πŸ™‚

    saya terus join workshop tersebut pada 7January06 .. terima kasih

    i’m on track to my target…

  19. assalamualaikum
    salam perkenalan semua.

    saya sememangnya menjadikan tip irfan sbg bahan bacaan saya hampir setiap hari jika talian internet saya ok, adakalanya talian saya tak ok sebab saya tinggal di ujung-ujung kawasan kg di sabah ni.nak pakai streamyx tak mengizinkan sebab talian telefon saya jenis CDMA.sukacita ari ni baru ok saya punya internet ni setelah hampir setengah bulan tak boleh connect jadi syukur pada Allah, Alhamdulillah.

    Nama penuh Rosmawati Abdul Hamid, kengkawan panggil Ros aje, anak murid panggil cikgu ros atau kalau waktu ajar subjek agama mereka panggil ustazah ros.

    Ade gak minat nak join biz tapi buat masa ni nak join internet biz ni masalah besarnye nilah talian ni. so berdikit-dikitlah buat skit-skit MLM.

    InsyaAllah dalam perancangan nak buat bahan pendidikan anak-anak untuk pendidikan islam bersama suami sebab pendidikan ni yang paling mesra dengan diri saya tambahan pula melihatkan keadaan dunia yg semakin mencabar ni keinginan nak bantu ibu bapa di malaysia mencari sumber untuk pendidikan islam anak-anak yang amat terhad kini menambahkan semangat saya untuk mencipta sesuatu yang baru untuk mereka.

    So doakankanlah semoga saya berjaya.kagum dengan kejayaan orang-orang biz seperti anda semua.

  20. Name Penuh: Alfirus Ahmad
    Perkerjaan: Freelance kat rumah atau dikenali sebagai SOHO (web dan exe)
    Umur: 24
    Status: Single minggel
    Lokasi: Ipoh, Perak
    Cite cite jangke pendek: Menjadi pesaing friendster, myspcase, geocities dan blogspot.com
    Cite cite jangke panjang: Kete 3 biji, rumah 2 biji, anak 8, bini 2, company tersenarai di bursa saham kuala lumpur.. 3rd board pun jadi la

  21. Assalamualaikum,
    Nama saya AIZUL HAIKAL B KHAIRUL ANWAR,
    Biasanya saya ringkaskan dengan AHKA,,
    saya umur 22thn, dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, isteri masih belajar kaq UM, dan saya pulak hampir 5 bln menganggur dah selepas tamat kontrak dengan TM,, hari-hari tak lepas baca tips 1 minit ni,,,Memang cita-cita saya masa sekolah lagi saya mahu kerja sendiri,,bernigalah.. kalau ada yang ramai-ramai ni nak pakai orang kerja bolehlah panggil saya, saya perlukan pendapatan sekarang ni,,, saya dah hampir give up ni,,, mintak bantuan lah yer,,
    kalau ada kerja kosong boleh emailkan saya di
    ahka_84@yahoo.com.my..

    apa-apa pun saya kena terima kasih kpd irfan,,kerana dengan perkongsian ilmu beliaulah..semangat saya utk menjadi usahawan sentiasa berkobar2..
    wassalam..

  22. assalamualaikum…ape kabar usahawan semua!!!Luar biase baik kan(amik ayat mase wat MlM dulu..heheh)…
    salam ukhwah semua..terime kasih pade keran a mewujudkn tip 1 minit.. amat bergune utk kite semua…sy MOHD MUZRI BIN MOHAMAD.dari kecik sampai skarng org panggil sy Muyie.baik dik kalangan famili sy mahupun kawanΒ²..tapi kalo cikguΒ² n pensyarah panggil sy Muzri..dy bagi komen dulu gune nikname kamrient.blogspot.com..sy last sem student di KUiTTHO BATU PAHAT.amik degree in electrical engineering(robiti and automation)..sebelum ni sy telh meceburkan diri dlm MLM..start situ lah sy semakin meminati bisnes..skrg sy supply jaket/sweater aand tshrt dekat university, kolej and sekolahΒ²…masih lagi buat part time…(kalau nk buat tempahan boleh lah hubungi saye…:D)…
    minat sgt utk melebarkn lg minat dlm internet marketing..tp skarang xde mase sgt..insyallah lepas abis study ni boleh lah..kalau berpeluang nk join seminar ..insyallah…
    ok salam perkenalan utk semua….moge kite semua berjaye seperti juge..yosh!!!!

    Muzri aka Muyie
    Kamrie Enterprise
    012-6656874
    017-7295019
    Y.M: nameless_oiLux

  23. nama: Dhiana Mohd Abu Bakar
    umur: 31 tahun 1 bln 21 hari
    status: berkahwin, anak 4 (7,5,1,3bln)
    asal n tinggal: jitra kedah
    kerja: pendidik

    dah beli buku Irfan kita nih tp masih berangan2 nak p kursus beliau. sebabnya tpaksala tunggu suami balik bangladesh bulan 12 ni baru bleh p kursus. if not xda sapa nak jaga anak4.

    minat dgn bisnes masa kat mrsmps sb kat sana homeroom dimestikan berniaga setiap weekend mengikut giliran. minat diteruskan masa kat pppitm dgn rajin buka gerai sendiri dgn kwn2 yg minat bisnes sb nak cari duit poket sbmasa tu saya ada antar duit biasiswa kpd adik2 yg belajar. maklum shj la 2 org kat u n 4 lg sek men n ren, manalah seorang ayah yg bekerja sbg pembantu tadbir MADA mampu nak tanggung dgn gajinya. dah kerja pun masih tanggung 5 adik jd duit gaji masih x cukup. apa yg paling senang ialah berniaga. syukur ada suami yg bleh menanggung kami anak-beranak dan tak pernah merungut malah menyokong jadi duit gaji n hasil bisnes saya belanjakan pada adik2.

    skrg dah relax sb adik ke3 dah ambil alih jd saya n adik ke2 joint buat bisnes. kami sdg belajar cara2 nak berbisnes di internet tak lama lagi, insyaallah.

  24. Saya plak.nama penuh mohd shamsuriyadi mamat. Kat internet lebih famous dengan RajaAds. Penulis ebook Raja Adsense. Baru 4 bulan join Internet Business,sebelum just join affiliate orang.

    Umur 23 tahun.Bujang tapi not available.hehehe..

    Matlamat jangka pendek utk dapat pendapatan 4 angka sebulan dalam internet dah tercapai.Alhamdulillah..Saya berjaya buktikan pada keluarga saya yang selalu saya cari kerja lain..Kerja dari rumah pun boleh buat duit banyak..

    Matlamat jangka panjang plak nak jadi jutawan mcm IK..

  25. Assalammualaikum,
    saya din dari selangor, asal kuala kangsar, umur 27.. saya dah beli dah buku dan cd.. sekarang ni tengah berusaha nak buat.. tapi bak kata modal tak cukup.. nak pergi workshop rm rm pulak masalah.. apa apa pun selamat berkenalan dan maju jaya. ‘Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia pada usahanya’

  26. Assalamualaikum, salam perkenalan buat membaca setia ruangan ini. Saya Asmah Binti Mansor, berkahwin dan ada dua orang anak. Saya suka membaca tip-tip dlm ruangan ini. Malah belum pernah miss setakat ini. Saya baru je berjinak-jinak dalam internet, beli buku pun belum.

    Tapi, jauh di sudut hati, saya mau bebas kewangan dan kerja yang fleksibel. Tapi hati takut. Takut tersalah langkah. Akhirnya saya sekadar jadi pembaca saja dan biarkan angan-angan saya berlalu dan tiada penghujung. Saya nak berubah, tapi takut….

  27. Assalamualaikum,

    Nama saya AZIZI.
    Bukan AZIZI ALI, tapi satu tempat kerja dgn dia.
    Cita-cita saya nak jadi jutawan macam dia jugak,
    tapi jutawan internet macam Irfan Khairi.

    Semua projek/idea tergendala sebab kat rumah takde line telefon/internet.

    Tapi setelah setahun menunggu dan berkat doa,
    akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah.

    Jumpa lagi.

    MUHAMAD AZIZI BIN ABD RAHMAN
    …so nama penuh Irfan ape?

  28. Assalamualaikum,

    Nama saya Mohd. Hafizan, umur 31 tahun…orang Kedah… masih sorang2.

    Saya seorang yang Allah tugaskan mencurah ilmu Bahasa Arab di bumi Sarawak dah 6 tahun..best ooo…banyak tempat memancing πŸ™‚

    Saya sangat berminat dengan buku motivasi dan blog berkaitan dengannya..jadi, walaupun bertugas dari 7 pagi sampai 4 petang, malamnya selalu ada urusan kemasyarakatan, time cuti pi memancing dan balik kampung, tetapi dalam usaha meningkatkan taraf hidup saya telah berjaya memperolehi lebih RM2000 sebulan, bukan melalui internet.

    Saya ingin berkongsi maklumat dengan sahabat2.. hubungi saya macamana saya buat…ustaz@pengetahuanislam.com, nanti saya kirimkan.

    Sekarang ni pula tengah ikut nasihat dari Irfan di sini, dan tengah usaha adaptasikannya.. tambah lagi pendapatan melalui internet pula… insyaallah, berkat doa semua.. bukan gila duit, tapi niat membantu mak ayah, adik abang, pak mak saudara yang kat kampung nun… yang menoreh getah, yang buat sawah padi.. mereka senang, kita pun senang juga…kan?

    Matlamat saya, 11 Mac 2017 nanti saya berjaya kumpul RM 1 juta…tolong doa ye Irfan dan sahabat2 πŸ™‚

  29. Assalamuaikum,
    Hmm..ramai gak kali ni,saya pun nak join lah..sbb jarang bg komen kat sini,hehe..
    ok,saya bernama Khalid Bin Uzer(nama cam dato K’)hehe..:P
    Bekerja di syarikat takaful dan masih belajar di OUM.
    Umur awal 20-an.
    Memang b’minat utk berniaga dan skrg tgh usahakan dgn skop yg kecik dulu.
    Masih mencari idea utk kandungan web.Saya minat tentang teknologi perkomputeran,kesihatan,ilmuan Islam,dan motivasi.
    Kawan2 boleh bg idea tak,apa yg nak sy letak kat muka depan laman web sy nanti?leh sent email kat:khalid_uzer@yahoo.com

    terima kasih & kawan2 πŸ™‚

  30. ha…

    kan bagus dapat berkenalan sesama kita. mengeratkan ukhuwah.

    peserta Workshop Jutawan Intenet juga ramai di sini. Bagi anda yang telah memulakan perniagaan Internet, I’m so happy for you!

    Saya doakan kejayaan anda semua disini. Saya harap anda juga turut mendoakan kejayaan saya.

  31. Sambung kembali..

    Tgh nk kumpul duit pergi kursus Irfan jerk.. Insyaallah.. Saya pergi nnt.. Tgh atur strategi untuk diri sendiri. Walaupun masih bergelar seorang pelajar. Moto diri “BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER”.

  32. Salamz semua saya Murtaza panggil taza. Masih bekerja di intitusi kewangan. Lum ada produk sendiri tapi yang jual barangan affiliate, MLM dah ada…masih baru…

  33. Assalamu’alaikum,

    Saya Hamidi Bin Tajuddin. Umur 32 thn. Telah mengikuti blog tuan semenjak hari pertama di ‘online’ kan. Baru 2 bln menjalankan perniagaan sendiri iaitu hardware & software support utk PC, notebook, printer, server & yg sewaktu dengannya, juga utk kerja-kerja automation seperti interfacing device utk machine dsbnya.

    Sebelum ini bekerja dgn ex boss selama 8thn. Lulusan IKM dlm bidang Electronic Intruments. Sedang cuba utk implement tips tuan dlm perniagaan saya yg bukan berasaskan perniagaan internet.

  34. wah,ramainya,

    apa pun tahniah Irfan dan selamat berjaya,
    saya zawiah,

    dah gi workshop bulan Julai ari tu,
    sekarang saya join affiliate scorea,sambil belajar,
    saya memang minat bisnes,
    salam perkenalan
    boleh lah email saya

    azlan_za@yahoo.com

  35. asal kelantan, 24 tahun. hidup berpindah randah macam orang arab badwi… hampir seluruh bandar malaysia dah menetap.

  36. nama sy pula wan utra malaysia,sy rasa dlm ramai2 yg anta slm pengenalan sy yg agk muda skali,spm thn 2001.buat masa skrg sy btl2 kagum dgn kjyaan saudr irfan khairi.smnjak sy layari web irfan khairi sy rskn sesuatu yg menarik saya pelajari.dlm usia yg muda sy tlh menyusuri jalan utk menjadi jutawan walaupun sy kurang pengalaman dengan harapan dgan adanya bantuan saudara irfan sdkit sebanyak dpt membantu sy manjadi jutawan dalam bidang MLM!

  37. Irfan org kuala ghopanya…kat mano ? dekat tak dgn taman bunga raya ? kalo balik rayo tahun nie balik sana, inform lah kat sini, ohoo…what a coincidence

  38. La… Irfan & B, teman oghang sayong.. sayong tengah.. labu sayong.. gamoknya.. jutawan-jutawan (dan bakal jutawan) memang ramai dari kuale ye.. πŸ˜‰

  39. Wahhh..ramainya yang perkenalkan diri. Ini tentang saya pula.

    Nama: jumrah (nama samaran saja)
    Umur: 42 thn
    Kerja: Surirumah.
    Anak: 4 (16, 12, 9, 7)
    Minat: motivasi, IT, bisnes from home
    Sekarang cuba berjinak2 dgn internet sebagai satu cara menjana pendapatan.

    Hmmm…saya baru tahu Irfan pun orang Kuale, macam saya juga. Tapi asal usul kita tak penting kan, yang lebih penting semangat untuk majukan diri.

    Selamat berkenalan semua!

  40. Assalamualaikum…

    Nama : Saharudin Salleh
    Asal : Terengganu
    Menetap : Sungai Petani,Kedah
    Umur : 33 Tahun
    Status: Berkahwin
    Anak : 3 (Semua Puteri)
    Pekerjaan : Pelukis Pelan

    Saya Amat Berminat Mengenai Perniagaan Internet.
    Kerana Saya Percaya “KUASA” Internet.

    Bersamalah Kita Berja Dalam Apa Jua Yang Kita Ceburi…………

    Terima Kasih……

  41. assalamualaikum..

    saya Azhadi..penuntut tahun akhir electrical engineering. Amirez ni asalnya nick name saya. tapi kawan2 kat kampus suka panggil saya dengan nama ni. lekat sampai sekarang πŸ˜‰ saya memang minat dengan perniagaan lagi2 secara online. buat masa ni saya tengah planning dengan kawan untuk buat biz. banyak panduan saya dapat p saudara Irfan. Thanks Irfan !

  42. Salam utk semua. Saya thalib,

    Saya ada baca buku Irfan dan beli CD. Bila sebut perniagaan online memang minat. Nak sangat ikuti kursus tapi duit tak cukup2. Education backgruond bukan IT , tapi matematik. Skrg kerja dalam bidang IT – Networking. Nak jual barang kat internet, tapi takde barang yg nak dijual. Tgh. try affeliate. Banyak info yg dpt dari

    sekian

  43. Assalamualaikum!!!

    Saya perkenalkan diri saya sbg Jiha Sj la ek!Fisrt time bg komen dalam nie…sbnrnye mmg minat sgt2 ngan perniagaan melalui internet nie tap blum penah cuba, tapi selalu baca tip2 Irfan ni untuk tingkatkan confident diri. Insyaallah bila dah yakin harap satu hari bleh jadi cam sifu kite..Irfan. I respect u a lot!!!

  44. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Bulan Ramadhan kepada sume usahawan internet,

    Perkenalkan saya Baharin, bekerja di salah sebuah syarikat R&D yang mengalami masalah kini. Disebabkan bermasalah dengan tiada gaji beberapa bulan saya tercari-cari business yang simple untuk saya ceburi. Saya baru je kenal perusahaan internet ni setelah membaca tentang artikel tentang Irfan. Agaknya memang Allah dah mendorong saya untuk berkecimpung dalam business internet ni. Saya dah katam baca buku RJJIT oleh Irfan… tapi tak puas hati kalau tak berguru rasanye. Saya terus daftar diri dan insyaallah akan bersama dalam seminar di JW Mariot 23 September.

    Diharap kita dapat jumpa di sana.

    Baharin

Leave a Reply

Your email address will not be published.