Malam tadi saya berbuka puasa di Sri Pentas (Stesen untuk TV3, Channel 8 & TV9) sempena episod akhir siri realiti “Menjana Impian” TV9.
Terdapat sesi akhir bersama kesemua peserta (di lakukan behind the scene dan tidak akan disiarkan) kiranya last words untuk motivasikan peserta bersama Saudara Nizal & saya sendiri. Tip hari ini, bukan daripada saya, tetapi daripada my brother Nizal kepada peserta yang saya ingin berkongsi dengan anda.
Katanya… (lebih kurang)
Bila diluar nanti, be the VERY BEST of what you want to be. Kalau nak jadi jururawat, jadi jururawat yang TERBAIK. Kalau nak jadi composer, jadi composer yang TERBAIK. Kalau nak masuk bidang broadcasting, jadi yang TERBAIK sekali. You need to be the VERY BEST in what you do.
Pesanan Nizal adalah amat tepat sekali. Tambahan, baru saya teringat, ia adalah nasihat sama yang diberikan oleh Azizi Ali ketika seminar jutawannya.
Dunia ini penuh dengan mereka yang mencapai kejayaan yang sederhana. Pencapaian sederhana tidak mencukupi. Untuk berjaya dengan cemerlang, anda perlu jadi the VERY BEST dalam industri anda sendiri. Dan berita baiknya, di Malaysia, masih banyak lagi ruang-ruang untuk jadi the VERY BEST yang masih belum dipenuhi.
Kepada adik-adik Menjana Impian & pembaca Tip Satu Minit, nasihat ini adalah nasihat yang terbaik sekali untuk anda ikuti.
ps: lagi berita baik dari TV9 untuk saya. insyaallah akan ada lagi penglibatan saya bersama TV9 tidak lama lagi dalam rancangan reality TV baru (berkaitan dengan IT!).
pps: tadi juga dapat bertemu dengan Adibah Nor. Salah seorang penyanyi favourite saya. Tapi tak sempat bergambar!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Wah Niazl tu,
Best kan maksudnya terbaik. Dia nak suruh jadi sangat terbaik? Huh!……Dahsyat..
Lama-lama popular macam Siti Norhaliza lah nampaknya! Syabas.
Memang banyak orang yang mencapai kejayaan yang sederhana.Kita tak boleh jadi orang yang sederhana kejayaannya kerana kita akan dapat hasil yang sederhana juga.Rugi la kita kalau kita fikirkan untuk jadi sederhana sahaja.Kita kena kuatkan semangat jadi antara yang terbaik.Secara tak langsung pendapatan yang kita dapat juga pendapatan yang terbaik dan lumayan.
Salam Usahawan.
p/s: Tak sabar nak tengok program realiti tv IT
Seringkali kita mengeluh kenapa hasil kita tidak memuaskan sedangkan kita dah buat yang TERBAIK.
>Memang kita dah buat yang TERBAIK tapi belum SEHABIS BAIK.
TERBAIK bermaksud BEST.
SEHABIS BAIK bermaksud VERY BEST.
Assalamualaikum….
Hari ini adalah hari yang ke 17 Ramadhan kita berpuasa dan sedang berada di fasa yang kedua iaitu 10 hari pengampunan Allah kepada hambanya, so mintak ampunlah banyak2 semoga diampunkan dosa-dosa kita yg telah lalu.
Maka benarlah apa dikatakan oleh Irfan dan Abang Comel Nizal. Kita mestilah menjadi peneraju utama dalam industri masing-masing. Supaya kalau orang lain cuba tiru industri kita, pelanggan tetap akan tengok dan ingat kepada peneraju dulu. Contoh paling senang RahsiaInternet. Semoga terus sukses.
Mengimbau kejayaan seeorang..
Semuanya terbaik dalam situsi yang berlainan
Nicol David..squash
Schumi….F1
Lee Chong Wei…badminton
Saya…???
Anda…???
Adios
bak kata Azizi Ali;
“hidup ini terlalu singkat untuk
menjadi sederhana”
saya kenal nizal tahun lepas masa MHI TV3 interview (bersama Abby Fana kini Sinar FM)
sejak kenal Abg Nizal, terus rapat dengannya oleh kerana selalu bertukar fikiran mengenai kejayaan. Matlamat kami berdua sama- mahu melihat generasi baru mencapai kecemerlangan.
Insyaallah there will be more plans untuk mewujudkan generasi yang cemerlang. Kami harapkan sokongan anda semua orait?
Makin hari makin mencabar hidup ni..
No choice but to strive for the best
yerp… bestmen always win….
aim high.. jump to the moon …sape nak sambung..hehe 😛
Saya sokong semua.. Be the best among the best.. Betulkan ??
Before you strive to be the best,you need a champions mindset for you to set your goals with,not allowing 2nd place for you.To be succesful you need to be greedy.
Greed for a lack of a better word is good.Greed is right, greed works.Greed cuts through and captures the essence of the evolutionary spirit.
Greed, in all of its forms, greed for life, for money, for love, knowledge has marked the upward surge of mankind.
If you know Gordon Gekko then you know what i’m talking about!heheh
Selamat Berbuka Puasa Semua!
Betul tu…
saya sokong 100%…
Kite hidup ni, mesti cabar diri kita utk jadi yang terbaik dalam ape saje yang kite buat…
Good luck for everyone…
yerp…. hopefully kita semua akan jadi the VERY BEST dlm bidang masing2. am telling this to myself too 😉
Saya setuju…pendapat tu..dalam satu buku Fadzilah Kamsah..die amik contoh Datin Ct…(dah tukar title)…Ct bukan nak berjaya tetapi ingin sangat berjaya..tengok Ct skang…?