Satu idea sahaja

Saya pernah berbual dengan kawan saya (berbangsa Cina) yang merupakan seorang agent insurans yang sangat berjaya. Namun begitu, dirinya tidak pandai membaca / bercakap bahasa Inggeris.

Dalam berbual dengannya, saya amat tertarik dengan satu idea yang digunakannya dalam mendapat pelanggan kerana ianya amat unik sekali. Saya tanya dari mana dia mendapat idea tersebut?

Katanya dari buku “Blue Ocean Strategy”. Saya sendiri pernah membaca buku tersebut dan memang saya akui, idea tersebut datang dari buku yang dinyatakan. Tetapi, yang saya peliknya, bagaimana dia dapat membaca buku tersebut sedangkan buku itu agak advance dan dia tak reti berbahasa Inggeris. Jadi, saya pun tanya.

Jawapannya: Saya hanya baca sikit sahaja buku tu, dan ambil satu idea sahaja untuk saya implementasikan.

Pengajaran: Dengan hanya satu idea sahaja, diimplementasikan dengan betul, ia dapat mengubah haluan perniagaan anda! Idea boleh dapat dari mana-mana, tetapi, terpulang kepada individu untuk mengimplementasikannya dengan berkesan!

Ada pula yang membaca beberapa buah buku, tetapi langsung tidak mengimplementasikan walaupun satu idea. Mereka ini adalah dikalangan orang2 yang rugi…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

37 thoughts on “Satu idea sahaja

  1. Great! Idea yg satu tuu la saya masih tercari2. Maksud saya, idea yg betul2 ada umph!
    Harap2 sambil santai kat kampung next week dapat la idea tu. 😉

    -amokdemanis-

  2. Betul.. jangan ambil atau minta idea orang banyak-banyak. Dapatkan satu, fikir buruk dan baiknya. Sesuaikan dengan cara kerja kita sendiri dan yang penting mesti berani mencuba dan berusaha…

  3. macam tu lah kalau ada keinginan dan kemahuan untuk berjaya…berbanding dengan mereka yang menghabiskan ribuan ringgit utk beli buku-buku perniagaan dan menyertai seminar tapi tidak diaplikasikan dalam perniagaan tak ada gunanya….emmmm…good news

  4. saya rasa ada betulnya begitu. antara sebab kenapa peniaga internet tidak berjaya adalah kerana terlalu banyak info masuk. mat saleh cakap info overload. dah banyak sangat masuk, otak tak mampu pikir dan tangan x sempat nak cekau. at last, end up doing nothing. (selalunya lah) so, pikir2 kan lah. 🙂

  5. Bagus juga idea tu…buat je 1 idea yang kita rasa boleh buat sehabis baik dari simpan banyak idea tapi tak buat langsung.

  6. Kalau nak seribu daya.Itu baru 1 je idea.Kalau 101 cara promosi tu dipraktikkan, bayangkanlah hasilnya.Kelemahan bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan penghalang atau alasan untuk berjaya.Nak berjaya ni banyak cara dan takde alasan patut diberi untuk nak berjaya 🙂

  7. Cabaran kita di information age ni…banyak sangat info (info overload)….silap2 satu pun tak implement…kena fokus apa yang nak dibuat….

  8. tip ari ni memang ada kena-mengena dengan saya….saya betul-betul tumpukan idea dalam satu bidang sekarang ni…dengan idea yang satu ini akan dikembangkan menjadi cabang-cabang yang luas……seluas mana? kita tunggu dan lihat….

    p/s:nak tahu idea saya?
    http://www.cetakbaju.com

  9. Yang penting kita kena berani mencuba! Kalau dapat 1 idea tapi tak mencuba kita tak dapat tahu hasilnya.

  10. Saya dah dapat satu idea mempromosikan produk dan perkhidmatan menggunakan “Email Percuma” eg: Yahoo!!, Incredimail etc.

    Caranya adalah dengan menggunakan semula “Spam email” yang anda diterima setiap hari sebagai agen(lagi banyak spam email yang diterima lagi bagus) 🙂

    Tahukah!!! anda, sebenarnya email percuma yang anda langgan boleh bertindak sebagai ‘auto responder’ dengan membuat beberapa ‘setting’ yang ramai pengguna internet tak tahu (mungkin ada yang sedia maklum/tahu caranya):D

    Untuk ketahui kaedan dan caranya sila ke: http://www.spammingmenow.promoprosper.com 😉

    Mungkin cara ini tidak begitu berkesan untuk semua produk tetapi mungkin disebaliknya bagi anda yang belum mencuba kaedah ini.

    Hisham;
    “Cara Promosi…Yang Hilang”

  11. ASM wr.wb. Good Idea betul. Tak cuba tak tahu. Baru hari saya dapat satu tip baru…keh-keh-keh.Betul tak Sekarang saya sudah dapat motto baru..iaitu “Now Everymen can Smile” selaras dengan produk yang saya promosikan. Jumpa lagi.Bye

  12. Idea ape yang apek tu pakai ye?
    Saya pun baru dilantik jadi agen insurans ni.
    Mmm.. rasa2 tip-tip yang bagi sebelum ni pun boleh pakai. Boleh pilih dan implement

  13. terima kasih doctor irfan…. andalah yang memecah benteng minda orang melayu tentang perniagaan internet di malaysia

    kalau servive kita betul-betul unik,
    sebaik-sebaiknya kena daftar TRADE MARK atau SERVICE MARK dulu, kalau tak nanti orang rebut, garu kepala jawapnya… daftar SERVICE MARK agak mahal jugak bagi orang biasa macam saya.. kena kumpul duit dulu la.(kalau silap perbetulkan)

  14. Tu baru satu idea diimplementasikan. Bayangkan kalau dia boleh berbahasa inggeris dan baca semua buku tu, dan aplikasikan idea yg dah dipelajari dengan betul… tentu hasilnya lebih hebat kan?

    Tapi bak kata bloggers yg lain, kalau tak fokus satu pun tak menjadi. Mungkin lebih baik utk senaraikan idea2 yang kita fikirkan hebat dan sesuai dengan bisnes kita, then susun ikut priority, yang mana nak diimplementasikan dulu – satu persatu. Dan jgn lupa utk rekodkan hasil/outcome setiap idea yang digunakan supaya kita tahu yg mana paling sesuai dgn bisnes kita dan boleh diguna pakai utk jangkamasa yg panjang tanpa perlu memerah otak mencari idea lain.

    http://www.MotivasiHaji.com
    http://www.SoftwareForMuslim.com
    http://www.DirektoriBisnes.com – advertise for FREE! (for 2 months)

  15. Saya setuju .fokus pada satu idea atau teknik dulu..sebelum belajar idea yang seterusnya…Thanks

  16. There are many ways to skin a cat 😉

    Warren Buffet telah ingatkan kita semua mengenai “circle of competence”

    idea yang kita ada perlu within circle of competence kita utk memastikan ia diaplikasikan dengan baik.

  17. saya terbaca satu artikel atau e-book percuma berkenaan idea bisnes.ada beratus idea didalamnya dan saya hanya tertarik dan teruja dgn satu shj idea yg ditulis dalam artikel itu.Sudah setahun saya mempraktikkan idea itu menjadi bisnes saya kini.ternyata berkesan dan berjaya mengubah masalah kewangan saya yg terdahulu!Kini kiosk saya telah menjadi tarikan pelanggan saya! Servis pelbagai di dalam satu kiosk! Pengajaran manis yg saya dapat dari satu idea bisnes yg saya jumpa secara tak sengaja.
    Baca,faham,buat analisa/pengiraan,praktik dan pasarkannya!Alhamdullilah..

  18. Satu Cara marketing insurance adalah mengunakan FUD Factors- (Fear, Uncertainty & Doubt)
    Ada 2 stategy:

    1. Menaikkan FUD- Pelanggan pastinya akan berasa takut ,tidak selamat dan ketidakpastian masa depannya sekiranya tidak membeli produk kita.

    2. Mengurangkan FUD-Pelanggan akan diberikan maklumat secukupnya supaya hilang keraguannya dan seterusnya membeli produk kita.

    Kini terdapat juga variasi moden FUD – FUN,UNDOUBTFUL & DELIGHT.Pastinya lebih menarik

    Sebenarnya FUD telah digunakan oleh ramai peniaga untuk meningkatkan jualan mereka termasuklah produk2 internet.

    Wassalam

  19. Hi, satu tips yang menarik. Jika meklumat tidak mencukupi diberikan pelanggan insuran kebanyakkannya tidak menyambung polisi mereka, coz mereka tak tahu untuk apa mereka perlu ada polisi tersebut.

  20. saya pun minat jugak nak berniaga kiosk yang menyediakan pelbagai perkhidmatan….tapi nak cari ebook percuma tu kat mana ya?can somebody help me pls

  21. betul. nampak gayanya..x boleh cari makan lah financial motivator kita kalau benda ini benar2 berlaku… 🙂

  22. so mulai daripada hari ini banyak-banyak lah kumpul idea ya yang termampu dan implementasi kan semua nya okey dalam masa tiga tahun anda akan digelar datuk jutawan huhuhu

  23. Menarik tip kali ni. 🙂

    Antara idea yang paling berkesan (yang saya nampak pada ramai mereka-mereka yang berjaya), adalah: “JUST DO IT”. 🙂

    Yang Ikhlas,
    Mohd Azam

  24. Hmm, lama dh x jenguk blog ni..skang bru nk kutip semula ilmu2 yg dapat dlu & kumpulkan semula jadi satu pakej, hehe..

    dapatkan satu idea dan praktikkan secepat mungkin 🙂

  25. Betul tu kalau kita kembali balik pada agama kita iaitu mengamalkan ilmu yang dipelajari sememangnya amat dituntut. Seperti pepatah mengatakan ilmu yg tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah

Leave a Reply

Your email address will not be published.