Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan– ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.
Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?
Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.
Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya “Anything else was secondary and an unnecessary distraction”
Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.
Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.
Ketika saya mengejar impian saya, saya cuma tidur 3-4 jam setiap hari! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Untuk berjaya mesti ada pengorbanan. Suka dengan input nie. Semua orang yang berjaya kini sebenarnya melalui liku-liku sukar sebelum mereka mencapai kejayaan. Contohi pengorbanan yang mereka curahkan. Jangan asyik ingat nak cepat kaya jer.. Tapi 24 jam asyik membuta je 🙂 . Langsung tiada usaha ke arah tu. Tq untuk tips nie 😉 .
Wow! Sungguh hebat pergorbanan mereka yang telah berjaya. Nak ikut cara pun saya tak larat. Tu sebab tak jadi kaya lagi kot … 😛
Ya! Insyaallah… sekarang ini pun, saya rasa dah hampir 5 bulan saya tidur 3-4 jam je setiap hari. Kadang-kadang memang terasa penat sangat. Tapi selagi tak sampai cita-cita di hati.. saya kena kuatkan semangat.
nak berjaya mmg memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi. Semua org yg dah berjaya bukannya senang2 dapat kejayaan dan kesenangan yg mereka kecapi hari ini dengan mudah dan sekelip mata…
Allah tak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri berusaha untuk mengubahnya. There’s no such thing as “duit terpijak” lainlah kalau anda terlalu bernasib baik! Again, itu pun rezeki Allah dan hanya dengan izinNya… Apatah lagi kalau yg harap nak jadi kaya cepat internet dan sanggup berkompromi tentang halal haramnya?? Renung2kan….
Kalau tak silap Tun Mahathir juga (semasa menjadi pemimpin kita) tidur 3 ke 4 jam sehari. Tak hairanlah mengapa dia jadi pemimpin yang sangat hebat dan berjaya. Saya merinduinya….
Assalamualaikum.
Irfan,
kesan dari fikir sebenarnya telah memberi kesan kepada banyak pelayar-pelayar internet menyebabkan ramai yang nak jadi kaya macam tetapi ramai yang nak kaya dengan cepat dan jual idea untuk kaya cepat melalui internet.Tolong ingatkan mereka tanpa usaha yang betul dan doa serta izin Allah,kita tidak akan berjaya dunia dan akhirat. Wassalamualaikum.
Bukan senang nak senang.
Bukan semua orang yang senang/berjaya tu hatinya tenang. 😀
Tetapi hati/fikiran yang tenang boleh membawa kepada kesenangan.
Hisham;
“Jangan harap senang nak bersenang lenang” 😉
Ya, sy sanggup. Spt shuth, sy juga tidur dlm beberapa jam saja. Bagi sy selagi x sampai target,selagi tu kena terus berusaha. tiada jln singkat..
oh.. mcama tu…
eemm… saya ni minat baca komik… berapa jam pun boleh… tapi mcama nak jadikan hobi saya tu, saya boleh jadi jutawan… sifu.. tolong bagi idea…
Saya amat setuju dengan Post hari ini.
Memang untuk berjaya, kita amat memerlukan usaha yang kuat. Saya sendiri bekerja dari rumah selama 15 – 20 jam sehari dan tersenyum apabila membaca post hari ini.
Tetapi saya menasihatkan anda semua supaya tidur paling kurang 5 jam sehari.
Jika badan anda tidak cukup tidur,ia tidak begitu baik untuk kesihatan dalam janga masa panjang. Immune system jadi rendah, Minda tidak begitu cerdas.
Saya jugak masih dalam perjalanan mencapai impian. nak tanye sikit, sekarang sudah pun mencapai impian, adakah masih tidur 3-4 jam sehari, atau sekarang dah lebih relax ?
Semuanya bisa kerana cinta.
Semuanya bisa kerana terbiasa.
Semuanya bisa kerana ganjarannya.
Waduh..waduh..
Lakukan kerja anda dengan rasa cinta yang selalu pupuk dan dibajai sehingga ianya menjadi tabiat anda. Motivasikan dengan ganjaran yang akan anda perolehi.
Apa ganjaran diidamkan yer? Wang? Kuasa? Harta? Nama? Syurga?
Mmmmm…Semuanyer aku nak
Saya juga tertarik dengan post kali ini. Saya suka baca kisah-kisah seperti ini sebagai motivasi diri.
Di samping mereka, saya jga pernah terdengar Tiger Wood juga buat latihan luar biasa. Apa yang saya dengar, beliau mula berlatih bermain golf sejak umur 3 tahun dan setiap hari bermula jam 4 pagi. Tolong betulkan kalau saya silap…
Pengorbanan masa sangat penting kan. Tapi tak semua orang sanggup apatah lagi kalau lambat dapat hasil… InsyaAllah saya tetap dengan usaha saya walaupun lambat. Walau macam mana pun, tetap kena luangkan masa untuk usaha ini sehingga impian tercapai.
Kata orang, dalam kesempitan ada kesempatan.
Terima kasih, …memang betul tu banyak kali saya dengar orang kata kalau nak bejaya kena usaha kuat….seperti pepatah melayu “asal bisa tegal biasa”. Tapi itulah, bila adalah masalah contohnya saya akan mula hilang semangat. Mungkin ada cara untuk mengatasi masalah ini untuk dikongsikan
Yeap.. “No pain, no gain”
Struggle, suffer, sacrifice
p/s : azizmansor, saya juga dengar Tiger Wood buat 2000 swing practice SETIAP HARI!!
Irfan,
saye rase yang paling penting kita tahu apa matlamat kita dan kita seronok melakukannya. Sebab, kalau kita betul-betul yakin dengan itu, kita akan yakin usaha kita dan kita sanggup berusaha bermati-matian kearah itu.
Tapi bagi saya, mencari matlamat adalah sesuatu yang paling susah..sampai sekarang saya masih belum betul-pasti apa matlamat saya.kadang-kadang saya nak jadi professional yang makan gaji (bidang ICT, dimana saya sekarang), kadang2 pulak saya nak kerja sendiri dan lebih kepada bidang seni (bridal dan fotografi pengantin)..
Boleh bagi komen ?
sekarang saya masih lagi tidur 3-4 jam. cuma kini pada waktu siang, perlu bahagikan masa kepada keluarga- bagi yang sudah berumahtangga & ada anak2 pasti faham. dahulu kala, memang 24jam depan PC sahaja masa bujang trang tang tang 🙂
juga, sekarang tidak lagi pressured seperti dulu, sebenarnya to make the first million is the hardest! bila dah make a million, kerja2 kemudian semakin mudah.
10 jam sehari depan PC, tak jemu-jemu ubahsuai website dan cari info.. Sekarang telah nampak hasil sedikit, walaupun tak banyak..Isteri pun faham…
Yeap. Saya setuju dengan Istiqamah katakan. Apabila sesuatu perkara dibuat secara berterusan setiap hari walaupun hanya menggunakan 1-2 jam je… ia pasti mendatangkan hasil. Tanam azam dan tekad dengan keputusan kita agar kita tidak jemu membuat sesuatu perkara berulang kali. Ala macam cite Thomas Edison? Work smart ok.
burn over the bridge 🙂
dont stop until we get there.. 😀
Dalam ebiz nie memang perlu sedia untuk berkorban tenaga dan masa.. yang penting perlu bijak membahagikan masa antara bisnes dengan keluarga.. 🙂
Saya setuju dengan bahawa untuk mendapatkan 1 juta yang pertama adalah cabaran yang paling sukar, tetapi untuk menggandakan 1 juta yang pertama itu menjadi 2 juta adalah lebih mudah.. emm, kalau tak silap Azizi Ali juga pernah menulis tentang ini di dalam buku beliau 🙂
hai semua, pekabar? saya sanggup, sebab saya masih bujang..hehe 🙂
Baru tadi abis baca pasal Yusry di majalah Maskulin edisi April 2007, dia menyatakan betapa dirinya seorang yang ‘workaholic’ sebab syok sendiri bila dah buat kerja, tak terasa dari pagi sampai ke malam, kekadang sampai ke subuh! tapi berbaloi juga, bila dia bergelar jutawan muda yang low profile..
Saya dah nak kawin ni pun tido 4-5 jam saja.. banyak dok buat nak capai .. tapi alhamdulillah semua dah ready.. tunggu masa nak ijab kabul sahaja..
saya juga tidur beberapa jam sahaja.
Bruce Lee pun ada mengatakan yg beliau tak takut dengan orang yang belajar 1000 jenis tendangan, tapi beliau ‘takut’ dengan orang yang berlatih SATU TENDANGAN beribu-ribu kali. 🙂 Bermakna, fokus betul2 pada satu perkara itu boleh menjadikan kita lebih berjaya.
Thanks tips kali ni.
– amalkan doa(seimbang dunia/akhirat) setiap hari sbgai zikir, pasti akan TUHAN tunaikan samaada srta mrta di dunia atau tertangguh di akhirat atau sbgai ganti, dosa diampunkan.
– pastikan doa benar2 difahami, berusaha berterusan menambah ilmu dan praktikkan ilmu walau sdkit, sentiasa bermula seadanya.
– kita pasti TENANG, BERSEMANGAT DAN MENCAPAI IMPIAN, asal jgn suka ubah haluan.
Untuk mengecapi kejayaan perlukan tumpuan khusus, tak kira apa jenis perniagaan yang kita jalankan.
Selamat menyambut Maulidur Rasul.Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam.
Sungguh banyak cabaran yang dihadapi baginda dalam menegakkan syiar Islam. DiMaki, DiCaci, Diancam bunuh,Ditawar rasuah dan sebagainya bukanlah halangan baginda menyampaikan amanat Allah sehingga tercetusnya kejayaan yang paling
gemilang.
Semoga Maulidurasul kali ini menjadi pencetus semangat baru kepada kita semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan. Amin..
sanggupkah anda? sempena Maulidur Rasul kita amalkan slh satu sifat Nabi iaitu pemaaf. setiap sblm tidur maafkan diri sndri dan smua org, smbung dgn istighfar hingga terlelap…..
betul2 sanggup berkorban….kite akan dpt capai ape yg kite impikan…..
Sejak saya hadiri workshop in Januari, memang saya kurang tido. Surf net di siang hari dan malam buat paperwork. Itupun selepas anak tido. Bagi yang dah ber’famili’ memang kena bahagi masa. Satu tip yang saya implement
setiap hari “Apa saja idea yang terlintas, saya catitkan”. Ianya amat berkesan.
Terima kasih di atas tip itu.
Pada pandangan saya untuk berjaya dgn cemerlang dalam bidang diceburi perlu fokus..
Untuk berjaya dgn bidang yg difokuskan perlu ada beberapa perkara utk difikirkan:
Apakah bakat kita dalam sstu bidang itu menepati dengan kehendak sesuatu bidang bisnes ,
Jika bakat tida anda terpaksa berusaha lebih masa utk berjaya sedangkan org yg berbakat hanya perlu mengambil masa yg singkat utk berjaya.
Sbg contoh Kepakaran Chef Wan dalam bidang masakan dalam bidang masakan mmg telah terbentuk sejak kecil lagi bila bakat itu diasah ia akan lebih cepat berjaya daripada org yg baru cuba2 utk belajar bidang masakan . thanks
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas ringkas namun menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,
“Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.”
Menjawab soalan “Sanggupkah anda?”
Ambo sanggup!.. (..diulang 10 kali!) dan sedang menyinsing lengan untuk mencipta sejuta yang pertama. InsyaAllah 23 bulan lagi.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Hard”
Assalamualaikum
Kita mesti fokus dalam sesuatu bidang kita ceburi barulah berjaya
Thanks tuan IK atas perkongsian itu.
Terlalu banyak sebenarnya pergorbanan orang yang berjaya. Mungkin pada penglihatan orang mudahnya dia kaya…
Tetapi di sebalik tabir, hanya empunya kekayaan yang tahu hakikat yang sebenar.
Apapun percayalah pada diri. InsyaAllah cemerlang.
Saya rasa ramai juga yang percaya kepada The Secret…
Katakan pada alam apa yang kau mahu,
pasti alam akan dengar dan berikan…
Ianya konsep Islam, berdoalah , InsyaAllah
dengan usaha dan keyakinan pasti berjaya!
Saya masih blur tak tahu kearah mana nak mula. Ingat nak masuk stormreaders yang baru baca tadi. Hidup ini terlalu menghimpit.I am facing a very hard life now please…. help me Irfan. I pun teringin nak berjaya juga nak make money macam you all juga. Thanks for sharing.
Salam,
Saya teringat kata-kata billionaire Donald Trump dalam buku beliau yang hanya tidur pukul 1 pagi dan bangun pukul 4 pagi semata-mata untuk mendahului pesaing-pesaing beliau.
Satu tip yang berguna daripada orang yang berjaya, kan?
Masih ingat pesanan tu sampai sekarang. Bagi saya, suami banyak beri ruang dan sokongan walaupun kejayaan belum nampak jelas. Alhamdulillah
Perkongsian artikel lama dan isi kandungan buku Tuan Irfan Khairi..sungguh bermakna walaupun ia tips arkib 🙂
Fazilah – Ingin menjadi orang yang berjaya anda perlu tenang, sekiranya “I am facing a very hard life now” dan ingin sertai mana-mana bisnes terutamanya bisnes internet kerana di sangka boleh selesaikan masalah dalam masa singkat ia sebenarnya betul-betul memberi bebanan kepada anda.
Apa pun masalah anda, perlu tenang sebelum menempuh alam bisnes. Tiada jalan mudah untuk anda berjaya 🙂
PS : Sekadar pandangan ringkas selaku newbie
Salam..
Salam kejayaan buat semua..yang penting kerja keras, tumpu dan tekun..Tidur 3-4 jam takpe..cuma jangan subuh gajah..hehe..
Salam semua..
Hj Hayat
* Lama dah tak mengomel di blog sifu..punyalah ‘tekun’ buat biz..hahaha..
fokus pada matlamat dan kerahkan segala usaha dan kudrat k earah itu.Ingatlah kisah air di dalam gua yang menitis di atas batu.Walaupun batu itu secara jasadnya adalah keras,tetapi,akibat titisan yang berterusan oleh air,maka lekuklah batu itu.
wah!
banyak betul jam tu practice.
saya sanggup!
🙂
Saya pegang PRINSIP 3B
Berusaha,Berdoa,Bertawakkal!
🙂
semoga artikel ini dapat menjadi motivasi kepada kita semua….tiada jalan mudah untuk berjaya…
ape yang saya nampak sekarang..orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri.
Salam, betul tu, masa amat mencemburui kita terutama untuk menyiapkan kerja harian, namun rugi kalau kita tak peruntukkan sedikit masa untuk mempelajari ilmu perniagaan online walaupun seminit.
nak berjaya kena berkorban tak bleh nk duk diam je..mana datang hasil kalau macam tu
IK, that’s typical successful man. I still work 20 hours a day until today. Bila senang sikit, orang cakap…”itu kroni”, “itu penipu….” dan macam2 lagi. Not to mentioned how Tiger Woods punya story and others. Good one IK!
bersemangat balik bila baca post entry kali ne..walaupun da lama,,masih segar menyemarak hati sesiapa pun
3-4 jam je sehari??
sgt2 berdisiplindan kuta bekerja IK ni.. no wonder IK jadi jutawan dalam masa usia muda..
so formula berjaya ialah –> kurangkan masa tidur anda!!