Bagi yang selalu ikuti ruang blog saya ni, pasti tau yang sejak bulan lepas, macam-macam yang kurang baik terjadi kepada saya… bermula:
IK ambil tindakan undang-undang
dan…
Bila orang mengambil kesempatan atas anda
sampai la…
Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaanΒ
Berturut-turut perkara negatif terjadi pada saya π
Ingat lagi tak, pesanan saya ketika itu, kalau sesuatu kurang baik terjadi pada kita…
Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!
So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa! π
Walaupun bertalu-talu negative things happened to me, saya masih boleh senyum… happy… dan tak pun effected dengan perkara-perkara negatif tersebut. Bila kita positif, kita akan menarik perkara-perkara positif kepada kita… ni yang mat salleh sebut “Law of Attraction”.
Tetapi, dalam Al Quran dah lama sebut mengenai ini untuk kita bersabar & redha, pasti akan dapat hikmahnya!
So, Rabu baru ni, saya dapat panggilan yang amat menggemibrakan saya daripada real estate agent saya!
Pertengahan tahun lepas, saya membuka salah satu rumah saya untuk dijual *Rumah untuk dijual*. Bungalow 3 tingkat saya di Seremban2. Kini, syukur Alhamdulillah rumah tersebut telah dijual! π Yezzaaa!
Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!
So, walaupun bertalu-talu perkara negatif terjadi pada saya sejak bulan lepas, saya sentiasa sabar, redha dan yakin bahawa pulangannya pasti datang π Kali ini, pulangannya datang dalam bentuk RMXXX,XXX keuntungan!
Jujurnya, saya tak sangka rumah saya ni boleh terjual dalam keadaan ekonomi sedang mengalami kesusahan. Saya sangka, mungkin tahun depan atau 2011 baru boleh terjual. Tuhan lebih berkuasa memberi rezeki kepada umatnya dalam sekelip mata sahaja.
So, pesanan terakhir saya, tak kira apa sahaja yang terjadi kepada kita, bersabar sepenuh hati… dan redha sepenuh hati (bukan berlakon sabar & berlakon redha)… you must really feel it in your heart! Pastinya pulangan yang lebih lumayan akan diberikan-Nya!
Now that’s the real meaning of “Law of Attraction”. Eat your heart out “The Secret”! π
Rumah telah dijual! Untung RMXXX,XXX ketika ekonomi down!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Great Reality entry :). Thanks again for reminding us how important it is to handle tough situations from Islamic point of view.
And congratulation for the big profit!
Salam Irfan
Congratulations ! on your recent sale. Sememangnya good things will happen eventually. Kena redha kepadaNya. I will have to learn from you that and seeing your success confirmed that anything is possible we just need to put our heart in it ! I have always wanted to start something on my own and am still soul searching . Talking about ppl taking dvantage of me..all thetime and sometimes I feel like am I the problem why do I attract so many negativity ???
Maybe you can enligthen me .. internet business is something I think I wanna do so that I can spent more quality time at home but I am too scared to take the risk . Pls advice
thanks. Wassalam.
Alhamdullilah.
Allah sentiasa menguji hamba-Nya.Kita bersabar dan terus redha kehendaknya,pasti kejayaan akan tiba
T-shirt Palestine
http://fotoharian.blogspot.com
Alahamdulillah….di awal2 tahun lagi saya telah memperolehi beberapa kejayaan yang tidak diduga dalam sesuatu perkara yang saya lakukan,itulah saya rasa hikmah daripada berkat kesabaran kita dalam menempuhi dugaan.Di penghujung 2007 dan awal 2008 banyak dugaan yang berlaku keatas diri saya,kadang terasa cukup menyeksakan.Alahamdullilah dengan kekuatan dan kesabaran yang yang diberikan Allah saya dapat meneruskannya.
Tahniah kepada IK dan terima kasih di atas peringatan.Semoga Allah murahkan lagi rezeki kita semua.
having a positive thinking(macam IK) is the reason why succesful people can still achieve something even in bad times.
Congrat IK on selling your house!
tahniah IK..mmg allah akan tlg umatnya yg bersabar..sama jgk dgn menderma..derma xkn wat duit kita abis sbb allah akn bls derma kita tu dgn berlipat kali ganda lg..
Salam;
Kena banyak sabar, banyak hikmahnya
Teringin nak tengok gambar rumah yang IK tinggal sekarang ni… π
Askum…
Alhamdulillah… & Congratulations IK! Di atas kejayaan menjual banglo u:-)
Juga syabas kerana IK berjaya bertahan dan masih bersemangat dalam meneruskan perjuangan dgn sifat positif walaupun perkara negatif melanda berkali-kali!!
Salam IK,tuhan memang sengaja menduga umatnya agar kita sedar siapa sebenar diri kita,moga dalam susah itu ada hikmah,insya-Allah π
sabar memang keywordlg popular bg mereka yg ingin berjaya
tiap kali saya ‘down’ dalam bisnes internet ini, saya akan buka blog IK… ia memberi saya satu motivasi yang hebat.
Dan inilah motivasi yang paling membuatkan saya bersemangat!
tahniah..
semoga rezeki bertambah..
amin~
Ya lar Mas Kahwin,
saya pun teringin nak tengok jugak.
IK,
congrats on your recent sale. Bila lagik mau open table sama regular visitor ni? π
SABAR + REDHA = HIKMAH! π
Huhuhuhu.. Memang dugaan ada hikmahnya…
Tahniah kerana berjaya menjual rumah dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.
Agaknya boleh tak IK ceritakan apakah ciri-ciri rumah tersebut yang menyebabkan ianya senang dan cepat dijual. Saya ni minat gak property, semua buku tulisan saudara Azizi Ali saya baca.
Bercakap pasal dugaan dan ujian, memang ada hikmah yang besar di sebaliknya, kita diduga kerana Allah sayangkan kita semua. Kadang-kala kita perlu berundur beberapa tapak supaya dapat melompat kehadapan dengan lebih jauh lagi.
“SABAR ITU INDAH”
PADA REALITINYA BUKAN MUDAH UNTUK BERSABAR.TAPI BILA DAPAT LEPAS TAHAP ITU(DUGAAN/KESAKITAN DAN SEBAGAINYA)MEMANG BEST.
Salam,
Sabar dan redha. Itulah yang selalu disebut oleh kebanyakan orang tanpa merasai atau menjiwai maksud yang sebenar. Hikmah itu akan datang bila sabar dan redha itu datang hati yang ikhlas seperti yang IK katakan. Sesungguhnya Allah akan menduga seseorang mengikut tahap kemampuannya. Tahniah kepada IK kerana berjaya menjual banglo tu.
Tiada apa yang mustahil sekiranya fikiran kita sentiasa positif!
Tahniah!!
Salam,
Sebenarnya bukan senang menjadi seorang penyabar dan redha dengan musibah yang datang kepada kita. Pada kebiasaannnya manusia keluh kesah apabila berdepan dengan musibah yang diuji dari Allah. Alhamdulillah Mr. Irfan dapat menempuhi dengan redha dan sabar dugaan yang datang. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita apabila berhadapan dengan masalah seumpamanya.
Sekian
aik??abang irfan jual rumah tu?bukan baru pindah
sane ke???
habis abang tinggal katne skg?
biasala…hidup byk dugaan….dugaan mcm tu berlaku kat ramai org.kan?kan?
yahoooooo!!!!
bolehlah blanja kita roti pisang + teh tarik
π
sabar senang diucap oleh kata2,tapi dihati penuh dengan keresahan bila ditimpa musibah.Ingin dikongsi bersama TIPS merawat hati gelisah : Banyak berselawat kepada Rasulullah tidak kira dalam apa jua keadaan baik dalam kenikmatan atau sebaliknya,necaya hati menjadi tenang dan permasaalahan dapat diatasi,insyaallah..
thanks for the kind words… yup! walaupun macam2 terjadi, i have no doubt in mind yang very soon tuhan akan give me lots of good stuff!
The problem is, ada antara kita yang bahagian “redha” tu tak bersungguh. bila tak puas hati, memang simpan dalam hati sampai bila-bila… for me, itu bukanlah redha. Redha bila kita 100% buangkan segala perasaan marah dan tak puas hati dalam hati kita.
Baru lah Allah swt akan beri kita pulangan yang berganda-ganda π
“Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. “
Salam IK, sabar ajela…:)
Betul kata IK tu. dalam Al-Quran dah ada banyak perkara. Org barat dah lama kaji Al-Quran, pasal tu mereka berjaya!
sabar dan terima dgn positif pada semua perkara.
ada dengar saintis barat pun masuk Islam sebab kan kajiannya tentang perbuatan dan ajaran dalam Islam.
Positif dan sabar walau kita terima negatif.
Secara unumnya belajar ilmu minda separa sedar untuk lebih tahu berkenaan dengan Law of Attraction.
Wassalam, Adios
http://glowglokal.com/blog
p/s: Masih lagi banyak perlu belajar dalam banyak hal.. hehe.. π
Siapa nak ada masalahkan…
tapi setiap yang hidup akan melalui perkara yang sama dengan cara yang berbeza.
Dengan ini kita akan dimatangkan dengan pengalaman kita… Utk IK selamat maju jaya & doakan yang baik2 utk semua.
Masa susah atau sewaktu senang, kita hendaklah sentiasa mengingatiNya. Itulah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu.
Walau apa sekalipun terjadi, sabar dan redha di atas apa yang berlaku adalah formula terbaik. Pasti ada hikmah disebaliknya.
IK dah pun tunjukkan salah satu contohnya. Terima kasih atas segalanya.
Syabas dan tahniah.Banglo mudah terjual sebab org tu tau siapa pemilik asal kot.
Aku menulis bukan kerna nama.Hehehehe
god will….. just go with the flow… insyallah no problem
Terima kasih IK,nasihat yang terbaik
belajar sains metafizik mungkin dapat membantu.saya peminat kelab sains metafizik
Alhamdulillah akhirnya terjual jugak rumah tu. Taruh la gambar rumah sekarang walaupun bukannya untuk dijual tapi pasti lebih cantik dari rumah idaman yang telah terjual tersebut.
Alhamdulillah, rezeki baby Cinta kot! π
Assalamualaikum!
Lama dah rasanya tak menjengah di sini. Tertarik saya dengan entry IK tentang HIKMAH dari SABAR dan REDHA.
Tahniah pada Ik kerana terjualnya rumah tu. Kisah IK tu memang sesuai menjadi panduan supaya kita menuntun diri untuk menjadi insan yang selalu bersabar dan redha dengan ketentuan dari Allah. Ini kerana Dialah Pencipta Sekalian Alam. Setiap sesuatu dalam genggamannya. Oleh itu semua hajat kita tujukan padaNya – hanya padaNya.
Bercakap tentang Sabar dan Redha memang mudah. Namun pengalaman saya sendiri, untuk melaluinya dan mengharunginya tidak semudah berkata-kata. Maklumlah sebagai insan yang yang lengkap dengan berbagai pengisian sifat-sifat yang selayaknya kita mesti belajar MUJAHADAH untuk menjadi seperti yang IK kata BENAR-BENAR SABAR DAN REDHA. Jika berjaya ia menjadi KEMANISAN DALAM HIDUP. Itulah yang dirasai IK, bila terjualnya aset tu.
Cerita IK lebih menguatkan kepercayaan dan keyakinan saya bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang yang tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu@tertanggung oleh hamba tersebut. Syukur atas nikmat Islam san Iman yang ada pada kita. Jiwa yang bukan Islam pasti tidak merasai apa yang kita rasa…..
Semoga melalui ruang ini juga kita dapat berpesan-pesan tentang kebenaran dan kesabaran seperti dlm Surah Al-Asr.
Wassalam.
alhamdulillah….rezeki mencurah2 nampknye…walaupun musim gawat…setiap yg berlaku ade hikmah nye….:D
Tahniah dapat jual rumah
Memang sabar dan redha itu perlu dalam meneruskan hidup. Terima kasih kerana mengingatkan
Sememangnya dalam hidup ni hendaklah sentiasa bersabar dan jangan terlalu ikut kan rasa hati kerana hidup ni akan sentiasa diberi ujian dari Allah S.W.T. Saya sendiri pun tgh mengalami beberapa ujian dari Allah S.W.T dan yang paling tension untuk saya adalah pasal penceraian dan anak, bekas suami pulak terlalu selfish, saya terpaksa menyerahkan hak penjagaan anak padanya..hu..hu…hal ni cukup memberi tekanan pada saya, sebab tu saya masuk ke laman web ni utk cari tips2 yang boleh kurangkan tekanan saya. Kalau tak sabar rasanya boleh jadi gila!!!!!
Anyway thanks for ur tips.
hanya orang yang sanggup berjalan waktu malam gelap dapat melihat indahnya bintang di langit.
kerana sesungguhnya kesabaran itu menjayakan segala usaha kita.
gagal tu mesti ade sbb…
msti ade hikmah..
tunggu je n nnti akan tau jugak pe himahnye..
yg plg pntg pengalaman mase nak mnuju kjyaan tu!!
minta izin publish this entry in my blog.to share with others.
Allah murahkan rezki IK.Alhamdulillah.
salam
saya selalu bersabar dengan tunang
dia akan membuatkan saya menjadi gila apabila kami bergaduh
tak balas mesej
tak angkat telefon
walaupun salah dia
saya tak mampu untuk menjadi kuat
bantulah saya
salam..
thanks for the blog….
ketika ini saya sedang menahan marah dengan rakan serumah saya yang betul2 melampau…
dah lama saya bersabar dan akhirnya hari ini saya dah memakinye berkali-kali…
tp slps saya bace blog nie saya jadi tenang kembali…
belajar menjadi positif dan sabar…
TQ…
assalammualaikum….
masyaallah…
Tuhan itu maha pengasih dan penyayang terhadap umatnya….
oleh itu di beriNya ujian kepada hambanya supaya mereka kembali ke jalan yang benar dan merasakan hidup yang lebih baik berlandaskan ajaran islam…..
Oleh itu jangan cepat berputus asa dan menyalah kan sesiapa tetapi sama sama kita muhasabah diri kita sendiri di mana kesilapan kita…..
insyaallah , hidup kita akan lebih gembira dan tenteram….zikir lah selalu apabila ada kelapangan…semoga hati kita tenteram dan jauh dari hasutan iblis yang memang sifatnya mahu menghasut umat manusia, kerana itu memeng janjinya kepada Allah…..
sama-sama kita sabar sabar sabar…..redha redha redha….
hikimah hikmah hikmah….=), insyaallah, mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
aku dah lama bersabar
if i have conflic in my family how i can handle it ? even dah sabar tapi my kelemahan is bout family matter .
sy putus cinta dan terasa btol2 kehilangannya selama 8 bulan cm menagih simpaty terhadap nya semula..
n now dye da ade gf..:(
tpi satu sy pka sekarang..sy perlu tabah, sabar dan redhakan pemergiannya biakan dye bahagia dan sy pon bole jdi seprti nya..
insyaallah!
Sabar adalah sesuatu yg bagus.
sabar juga adalah separuh daripada iman.
InsyaAllah. Allah akan beserta dengan org yg bersabar.
ALLHAMDULILLAH DENGAN MEMBACA ARTICLE NI SYA BERASA TENANG,SYA BERBANYAK BERTERIMA KASIHLAH,BILA SESORANG ITU SEMAKIN BERSABAR DENGAN SIKAP SESORANG SEMKIN BANYAKLAH PAHALA YANG KITA PEROLEHI.ALLAH SENTIASA MENGUJI UMATNYA YANG BERIMAN COZLAH KITA DEBERIKAN PELBAGAI UJIAN DAN DUGAAN.ALLAH SENTISA DISAMPG KITA YANG BERSABAR N SYG KITA.SO REDHA N ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.THINK POSITIVE….