Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu… 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

15 thoughts on “Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu

  1. dengan adanya planning/blueprint … we are on track to achieve results…

    i keep reminding myself,to be successful millionaire..jgn langgar hukum alam…tq IK

  2. Skim piramid… melalui e-dagang. Sejak awal tahun, saya tercari-cari apa itu e-dagang. Menyedari potensinya, saya berhasrat terbabit dengannya. Malangnya saya terjebak dengan skim piramid (MLM) yang bertopengkan e-dagang. Wang telah dilaburkan, biarpun pelbagai usaha dilakukan, namun pulangannya tak seberapa. Kemudian saya disedarkan bahawa kaki-kaki yg saya cari utk diletakkan di bawah saya, adalah utk memanjangkan lagi senarai mangsa yg seterusnya. Saya berhenti mencari kaki kerana tidak mahu menjadikan mereka mangsa-mangsa saya pula. Saya kasihankan mereka. Kemudian saya terjumpa dengan Irfan Khairi di internet dengan e-dagangnya. Inilah sebenarnya yg saya cari… kini saya sedang berusaha. Moga saya berjaya.

  3. blueprint bagi saya bermaksud… peta/tracking guideline yg kita rancangkan/bina sendiri dan cuba untuk disiplinkan diri mengikuti guideline/blueprint/peta/tracking yg kita bina itu..

    kita adalah bos dalam menentukan masa depan perniagaan kita sendiri..

    en.zoomer..saya pun byk kali kene tipu..
    berhati2 dlm memilih rakan niaga jgn terlalu mudah percaya janji2 manis itu.. failure is the secret path to success..harap2 jgn patah semangat..just do it.. 🙂

  4. Riezal, thanks for the kind advise. Tapi biasalah, lumrah manuasia, dalam pada kita berhati-hati pun, kita boleh terkena.

    Inilah yang katakan pengalaman tu kan? Dan kita mendapat pengajaran dan ilmu darinya. Itupun pada mereka yang mahu belajar, biarpun dari kegagalan.

  5. Kadang kala saya terfikir, saya sendiripun merancang utk melakukan sesuatu. TETAPI apa yang dirancang itu selalunya hampeh di tengah jalan…enjin rosak kot..

    Lebih-lebih lagi bila ada orang2 MLM yg ambik kesempatan…udahlah orang takda duit, dia korek juga duit kiter kan…tapi setakat ini saya tak berapa percaya ngan MLM ni…dengar bolehlah cuba tidak pernah…saya bukan saja takut duit hilang tapi saya memikirkan betapa susahnya saya nak dapatkan satu sen tuuuu…adoiii siang malam berjaga-jaga nih…

    cuma, bagi saya, tak salah bagi kita yg berilmu “menjual ilmu” kita untuk berniaga spt menjual perkhidmatan…itulah kadang kala manusia ni nak copek kayo…tak sabar-sabar tambahan bila tengok piramid tu amboiiii angkanya juta-jutaan…poning lalat sekejap kan..

    bagaimanapun, saya tetap dgn pendirian & sptmana Irfan sendiri sudah berjaya, saya percaya pada ilmu akan membawa kejayaan. Rancanglah perniagaan bersandarkan ilmu & amal bukan dengan kemaruk nak kayo sekianlah saja ucapan saya hehe.

  6. Decision is the Pathway To Power!

    – saya pinjam kata-kata ini dari Anthonny Robbins..

    Selepas kita membuat keputusan dan pilihan yang tepat, kita akan bekerja untuk menjayakannya, tetapi harus ada ilmu untuk mengenalpasti yang mana palsu dan yang mana jalan kejayaan sebenar. Berhati2 memilih perniagaan sebegini. sekiranya terlalu disogokkkan dengan ayat2 yang berkata “anda akan kaya” , “kaya segera” “Get Rich Quick” – jauhi…

    walaubagaimanapun, cara yang paling cepat dan selamat belajar ialah meniru kejayaan org yang telah berjaya. ia cepat dan selamat.. ikuti langkah Irfan dan carilah produk yang bersesuaian dan lakukan penjualan secara berhemah dan penuh informasi..

    Anda dah pilih untuk berjaya? nah, lakukan langkah seterusnya..!

  7. boleh tk cadangkan kepada saya apakah dan bagaimanakah untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang tetap setiap bulan.adakah melabur itu satu cara yang baik untuk mendapatkan hasil dan apakah, dimanakah saya perlu melabur.sekiranya saya ada duit RM1000 dimanakah saya boleh melabur?

  8. Saya x sanggup buat MLM (Meniaga Larut Malam)sebab x tergamak nak pau/rembat duit org lain. MLM ni benda RM10 diorang jual balik RM200. Itu sebab tauke boleh buat rumah banglo & downline masing-masing boleh beli kete besar.Produknya pulak kebanyakannya hampeh. Tauke dia sendiri pun taknak guna.

  9. Assalamualaikum/ selamat sejahtera,
    Janganlah sebab anda gagal dalam MLM anda semua mengatakan MLM mengarut. Sperti yg diberitahu Irfan, Perancangan, blue print, hala tuju, semuanya kena tahu. Jangan menuduh orang lain jika gagal. Anda gagal kerana anda tidak tahu caranya. Yang kena scam tak tahu mcm mana nak elak. Semuanya boleh dibelajar, antara mahu atau tidak sahaja. Robert T Kiyosaki sendiri mengatakan MLM adalah perniagaan zaman ini.
    Anda jangan join MLM jika anda mahu duduk dan dapat duit. Ia adalah networking,dan semestinya anda kena kembangkan network anda.

    Salam….

  10. betul kata mrapjal tuu,banyak orang tak tahu cara dan apabila gagal salahkan syarikat.sebelum nie saya ada juga buat beberapa mlm,tp tk menjadi.tapi apabila saya join satu syarikat nie saya di ajar macmana nak mula,kembangkan dan kekalkan perniagaan.alhamduliilah saya akhirnya tahu saya yang tak tahu cara nak buat bukan sbb syarikat yang tak bagus….
    jangan mimpi nak dapat kereta apatah lagi income bebelas ribu kalau tk kuat semangat…….
    we are doing rejected bussiness in mlm

    maaf kalau sesiapa yang terasa……

  11. Saya setuju dengan mrapjal..
    JAngan mudah menyalahkan orang lain..MLM adalah konsep perniagaan terhebat..Ada banyak cara utk menjadi business owner dan investor..
    xada istilah gagal dalam MLM, yg ada adalah istilah GIVE-UP, that’s y if u r not fix enough don’t join any MLM..

    HANYA ORANG2 YG KUAT BERADA DI PLATFORM INI..wallahualam

  12. Saya cuma nak kongsi pendapat…Bagi saya disiplin diri adalah yang terpenting sekali untuk menjadi apa yang kita mahukan. Kejayaan dan kekayaan bergantung kepada sifat positif kita bagaimana cara untuk mencapainya. Tapi bukannya untuk sama sekali menyalahkan kegagalan perniagaan yang kita pernah lalui.. Jangan komplen atas atau yang bawah.. yang penting sekali kita, samada hendak ataupun tidak….

Leave a Reply

Your email address will not be published.