Pendapatan sederhana

Minggu lepas, saya berkesempatan bersama Dato Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai, Chef Li– penulis buku “Jutawan Senyap”. Sudah lama saya nak berjumpa Chef Li, minggu lepas, rezeki saya dapat bersamnya dalam program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

Agak menarik dalam buku Jutawan Senyap, ia menyebut tentang ukuran “kesederhanaan” di Malaysia pada pendapatnya iaitu…

Pendapatan antara RM15,000-RM20,000

Mungkin tanggapan pertama anda adalah… RM15,000 sederhana? Kalau RM1,500 okay lah jugak! 🙂

Cuba fikirkan sejenak.

Sekiranya anda menganggap RM2,000 atau RM3,000 sebagai sederhana, tidakkah itu menghadkan kejayaan anda? Sekiranya anda meletakkan RM10,000 atau RM20,000 tidakkah ia akan memberi satu benchmark yang baru untuk anda?

Di Malaysia sudah ramai yang berpendapatan lebih dari RM15,000MEMANG RAMAI! dari golongan koprat, profesional dan juga ahli perniagaan. Lebih ramainya adalah ahli perniagaan!

Mulai hari ini, letakkan satu bench mark baru dalam minda anda- anggap bahawa pendapatan sederhana adalah RM15,000 di Malaysia!

Sekarang, tidakkan anda rasa anda perlu berusaha lagi? 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Pendapatan sederhana

  1. Saya setuju dgn bahawa sudah ramai yg berpendapatan RM15k. Terutamanya jika mengambil kira pendapatan seisi rumah. Lihat sahaja kereta apa yg mereka pakai (dan berapa buah kereta!), anda sudah boleh menilainya.

    Dalam kehidupan alaf baru ni, RM15k memang dikira sederhana jika mengambil kira kesan inflasi. Bagi mereka ini, kenaikan harga minyak tak banyak memberi kesan. Malahan, boleh merancang untuk beli kereta baru lagi! 😉

  2. Kalau Rm1,500 pada hari terasa memang tidak cukup, terpaksa cukup-cukupkan..

    Dulu masa kecil, bercita-cita nak pendapatan RM1,200.. masa tu memang gaji tu besar..

    Skrng ni walaupun dapat gaji lebih dari RM1,200 rasa masih x cukup. Rupenye saya dah hadkan keupayaan saya sendiri macam yang cakap.

    Tapi sejak beberapa tahun lepas saya dah mula nak cari income lebih tapi tak ada target berapa banyak satu bulan. So, atas nasihat saya dah pun tetapkan berapa banyak dan sudah ada beberapa perancangan untuknya. 😉

  3. slmt pg ,
    terkejut juga saya tengok gaji sederhana RM15,000…
    igt RM1500 je…hehe

    apa yang kata tu memang menarik…
    sebelum ni saya pernah rasa kalu RM10,000 sebulan dah ok lah…
    tapi bila baca post ni…memang RM1000 tu tak ok dah…hehe

    kena usaha lagi…

    han

  4. Pendapatan sederhana RM15,000???? Ini memang kena betul2 tukar mind set nie. Macam mana nak tukar mind set ? Semoga awal muharam yg bakal menjelma lagi 2 hari nie boleh di jadikan titik tolak perubahan mind set saya dan kita semua Aminnnn…

  5. 15K – 20K untuk peniaga tu kira sederhana la, tapi untuk yang makan gaji tu kira dah mewah tu . Tu macam gaji GM/CEO dah … tapi kalau berniaga, segalanya mungkin. Program bersama Chef Li tempoh hari sangat infomatif dan rasanya tak cukup masa sejam tu, banyak yang chef sampaikan cuma masa tak cukup untuk huraian lebih lanjut. Tahniah kerana menjemput beliau.

  6. Salam irfan
    saya setuju dengan pendangan doktor, sekarang ni 15k pun dah rasa sikit, bila kita dah set target kita lebih tinggi.
    tapi bercakap saja dan ada keyakinan adalah dua pekara berbedza.
    untuk ada keyakinan, langkah pertama ialah bergaul dengan mereka-mereka yang dah capai 15k sebulan. yang lain nya akan ikut sekali.
    so apalagi, jom ramai-ramai attend bangkel jutawan irfan khairi. tq.

  7. Pada yang belum , mulai setkan target (kalau rasa RM15,000.00 tu terlalu tinggi, kurangkan sikit, tapi untuk beberapa waktu tertentu sahaja, kemudian tingkatkan lagi) dan teruskan usaha dengan penuh dedikasi dan disiplin yang jitu untuk mencapaikannya.

  8. Nak dapat RM15,000 :

    1)Tukar mindset

    2)Tukar strategi.

    Duit amat relatif nilainya.

    Satu ketika RM10 rasa mcm banyak, dan ada
    kalanya RM50 masih terasa sedikit (contohnya belanja makan malam).

  9. betul tu..

    kadar ekonomi isi rumah perlu di naik taraf…dgn ambil kira inflasi yang semakin naik…

    at least.. boleh “tersenyum” sentiasa .. tak kire tengah bulan atau hujung bulan… sepanjang tahun “tersenyum” kan lagi bagus…dan amat digalakkan.. bila ceria sentiasa.. semua kerja senang buat (pesan Dato Fadzilah Kamsah)

    masalah besar mcm mana pun senang je nak setel kan.. 🙂

  10. Saya setuju dengan pandangan

    Negara kita Malaysia yang aman dan stabil dari segi ekonominya membuka peluang kepada rakyatnya mengecapi pendapatan yang lebih banyak.Jika RM15,000 itu dikira sederhana bagi rakyat Malaysia saya setuju. Ini kerana ada ramai pendapatan asing puu mampu mengecapi Rm50,000 sebulan di Malaysia ini. Tapi masalahnya ramai dikalangan kita masih bermentaliti makan gaji(8-5) dan tidak minat berniaga.

  11. RM15,000-RM20,000 adalah £2k to £3k bagi orang dari United Kingdom.

    Sederhana bagi mereka? Yes! And there’s nothing to be proud about that.

    Mercedes Benz S-Class 350 hanya berharga £50k di sana dan Proton Wira berharga RM50k di sini… 🙁

    UK graduate tempatan hanya boleh menjana gaji dalam lingkungan £300 to £500 bagi fresh grad… Hampir sama dengan pembantu rumahnya tapi perbezaannya hanya dari segi mata wang saje.

    Dunia ni memang tak adil…

    Tapi untuk orang yang sentiasa berfikiran dan bercita besar, dia tetap akan berjaya dalam apa-apa pun sahaja…

  12. Salam semua,

    Ya, 15K adalah pendapatan sederhana…bagi yang bekerja, kene lihat industri apa yg kita ceburi..pastikan kita berada di industri yg betul…contohnya oil and gas…15K sebulan tu tahap designer (diploma aje) belum lagi engineer…pepandai la congak sendiri yer..tapi kalau nak lagi besar…keje kat pelantar minyak..jadik oil iller…ada yg mencecah RM90k permonth sebab 1% of keuntungan pelantar..dia dpt juga…
    Apa yg penting..kita kene berada di industri yg betul….earn as much as u can, then cari modal buat business…wat say u guys?

  13. skrg nih gji 3000 x ckp. tolak tu ini tgl ckp2 utk blanje sbln. x dpt simpan. klu 2 org keje ok lg, dpt ler spn ckt2 utk kecemasan.

  14. woo! ho! ho! ho! (nangis nie), saya dah kerja gomen lebih 25 tahun, gaji masih bawah RM10K. rupanya saya nie hidup di bawah paras kemiskinan, patut pun sempit! woo ho! ho! ho!

  15. bg peniaga online mcm sy .. 15k paras biasa (jualan la..bukan untungnya)..hehehe.. mmg target monthly 25k.. penah la capai 3,4 bulan dlm setahun..
    kalu masih keja mkn gaji gamaknya..skang ni paling tinggi gaji ina pon dlm 3k

Leave a Reply

Your email address will not be published.