Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewaangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut…
Sering kali ini terjadi kepada saya 🙂
Terdapat satu teknik membuat keputusan yang ditunjukkan di dalam buku classic “Think & Grow Rich” tulisan Napolean Hill. Ramai orang yang berjaya termasuk Henry Ford, J Paul Getty dan Abraham Lincoln (semua orang lama-lama sebab buku classic) menggunakan cara ini. Saya sendiri juga menggunakan cara ini.
Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar- pakar industri masing-masing.
Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.
Mungkin anda boleh bertanya…
- “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
- “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
- “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”
Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun 🙂
Yang bestnya, cara ini amat efektif! Ia membantu kita membuat keputusan dengan lebih tepat.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Betul tu Saya setuju. Dalam satu kuliah Kemahiran Membuat Keputusan yang saya ikuti, ada diajar teknik ni. Think like what success people think. But make a change from that. Baru ada originality. Betui tak?;)
hensem la gambar dalam ruangan sastera Berita Harian hari ni. Siap tersenyum simpul lagi..eheh 😉
eh, macam mana lah boleh tersesat dalam Berita Harian pulak. Yang gebu sebelah saya tu Osman Affan http://www.3dalam1.com . Sebelah Osman Ahmad Fadzli. Very talented motivator & writer.
Buku classic tapi idea bernas.Satu teknik membuat keputusan yang bagus.Elok juga buat satu topik tentang senarai buku menjana motivasi.Saya pun nak mencari buku motivasi tapi tak tau buku apa yang patut saya beli.
Sekadar cadangan 🙂
Salam Usahawan !
Saya amat setuju Irfan, saya selalu amalkan kaedah ini bila buat sesuatu keputusan, hasil nya amat baik. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan, apa yang saya amalkan menggunakan kaedah ini. Saya akan pastikan gambar idola saya sentiasa terpampang dalam ofis. Setiap hari saya gunakan daya imaginasi seolah-olah saya seorang CEO meminta idola saya memberi nasihat untuk memajukan perniagaan yang sedang kami jalankan. Keputusannya amat memberansangkan. Hasilnya sekarang ini jualan syarikat kami semakin berkembang.
Bagi membuat keputusan yang penting, saya cadangkan agar kita gunakan kaedah ini, selepas itu sembahyang istiharah dan tawakal, pasti berjaya
Bab buat keputusan ni memang agak berat especially utk pompuan. Sbb diri sendiri byk komitmen dgn family, keputusan di tangan suami. Kedua, kekadang tak begitu berani menghadapi risiko. Ketiga, malas nak berhadapan dgn isu, jika keputusan itu menjadi isu. Apapun keputusan saya utk ke workshop Jutawan Internet sudah lulus, pendaftaran juga telah berjaya (18/11/2006). Alhamdulillah.
saya setuju.. pada permulaan saya banyak baca buku dari robert kiyosaki(rich dad poor dad)tu dan saya cadangkan semua rakyat malaysia mebacanya. Sehingga sekarang saya dan masuk buku ke-4 beliau dah. Tapi saya banyak ulang2 yela english pun tak berapa bagus sangat. hehe.. Still have to work hard to be like you 🙂
ahaa.. trick ini paling best, kalau nak menang dalam meeting @ apa2 perbincangan 🙂
sebenarnya teknik ini adalah spiritual, memang ada kajian tentang otak dan brainwave, connectionnya dgn manusia dan bagaimana kita boleh lakukan pasa sahaja dgn lebih cemerlang dgn teknik otak ini, the silve method juga merupakan kajian otak manusia dan bagaimana kita boleh jadi doktor, menyuruh sel2 badan membuat kerja, very fascinating
Apabila saya inginkan jawapan atas kekusutan, kumpulan imaginasi saya terdiri dari wajah hansem IK,(bodek sikit je..)Azizi Ali, Osman Affan, Zamri Nanyan, Shamsuddin Kadir(SK) dan beberapa orang lagi sifu-sifu saya hehe..
http://www.h2jbiz.com/blog
Memang problem betullah bila time nak buat keputusan ni. Tambah2 bila melibatkan kos. patut pun gaji decision maker besar…Ok tq IK sekarang jugak saya akan cuba teknik ni!
Saya selalu gunakan teknik ni.amat berkesan dan memberangsangkan.
Yang bestnya, IK pun ade skali dalam ‘dream team’ tu.
Assalamualaikum
Membuat keputusan sangat bergantung kepada setakat mana info,ilmu dan pengalaman sipembuat keputusan.
IK kata,
“Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar- pakar industri masing-masing.”
Bagaimana halnya jika pakar-pakar industri pun hanya dikenal sekadar nama saja…tidak pernah tahu berkenaan latar belakang dan pencapaian mereka?
Saya berpendapat, jika masih kurang info, ilmu dan pengalaman ada baiknya tanya terus kepada pakar!
Pun begitu teknik tersebut berkesan pada orang tertentu.IK contohnya.
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
Thanks IK.Mmg kadang2 dlm perniagaan ni perlu buat satu keputusan yg drastik..Tips ni membantu saya utk membuat satu keputusan yg bijak dan rasional
assalamualaikum
think and grow rich, sebuah buku yang menarik dibaca , dan baik untuk di jadikan panduan dan inspirasi.
Insyallah memang boleh menolong kita buat keputusan dengan rasional dan elakkan terlalu beremosi.
Saya sering berhadapan dgn situasi sebegini. Moga2 dgn penggunaan “teknik membuat keputusan” ni dapat membantu. Terima kasih IK.
lama tak tulis komen kat blog IK yang diminati ini walaupun lawat hari-hari..
info menarik ni..
(tukar nick baru)
good tips.Akan digunakan lepas ni dan masa-masa akan dtg..Tq IK
saya sgt setuju dgb idea IK tue.. untuk mebuat sesuatu keputusan kita seharusnya berfikir seperti mana seorang usahawan melakukannya.. ‘imaginasi’ merupakan senjata yang kuat di dalam dunia perniagaan..imaginasi mampu merobohkan pelbagai halangan yang kita hadapi…
saya akan imaginasikan Irfan Khairi ketika ingin menulis blog… percaya atau tidak? 🙂
bleh mintk tlong bg makna kemahiran membuat keputusan x?